TIPS: Melancong Sambil Belajar Bahasa Korea Secara Percuma

TIPS: Melancong Sambil Belajar Bahasa Korea Secara Percuma | Seandainya anda melancong di Korea, Oppa cadangkan untuk anda menikmati program percuma yang disediakan untuk mereka yang berminat untuk belajar bahasa Korea dan menambah kenalan Korea.Terdapat banyak tempat yang menyediakan program sebegini. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Namun, tempat yang paling sesuai adalah di Itaewon iaitu di sebuah Café yang bernama Harley.

Oppa cadangkan di sini kerana di Itaewon juga terdapat banyak restoran halal. Jadi, sangat mudah untuk anda untuk mencari makan di sini. Bagaimanapun, Oppa sedikit sedih, kerana satu-satunya restoran Malaysia sudah pun ditutup di sini atas sebab tertentu.

Atas dasar itu, Oppa harap satu hari nanti Oppa boleh buka restoran sendiri di sini memandangkan ramai kenalan dan senior Oppa suka masakan Malaysia yang Oppa masak. Malah, mereka juga menyokong agar Oppa buka café sendiri.Seandainya anda berkunjung di café yang oppa katakan tadi, anda akan belajar bahasa korea selama dua jam. Yang mana, anda hanya perlu daftar saja apabila sampai di situ.

Kelas percuma ini di adakan setiap hari selasa dari jam 7.30 malam sehingga 9.30 malam. Selepas daftar anda akan dibawa berjumpa dengan kenalan baru berbangsa Korea yang akan mengajar anda sekaligus menjadi teman baru anda.

Mahu tahu lebih tentang café ini, sila hantarkan pertanyaan ke hi@selebritionline.com.

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *