‘Tonton Music’ Destinasi Terbaru Anda Untuk Menerokai Koleksi Muzik

IMG_4484

Menyedari percaturan teknologi yang semakin meningkat, kini Media Prima Digital, Rangkaian Radio Media Prima dan Rangkaian Televisyen Media Prima hari ini dengan rasminya melancarkan portal ‘Tonton Music’ bagi memenuhi kehendak terkini penggemar muzik. Portal muzik sehenti format audio ini telah diperkenalkan seiring dengan anjuran Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) pada 26 Januari 2014 lalu dan boleh dilayari di www.tontonmusic.com.my.

Media Prima Digital merupakan sayap digital kumpulan Media Prima Berhad yang bertanggungjawab terhadap inovasi ‘Tonton’, portal video nombor satu di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 3.7 juta pengguna berdaftar dengan catatan statistik sebanyak 1.5 juta pelayar unik bulanan, sehingga 8 juta tontonan video bulanan dan 27.6 juta paparan halaman bulanan.

Rangkaian Radio Media Prima, di bawah pengurusan Media Prima Berhad mempunyai 3 stesen radio yang menyasarkan pendengar di bawah usia 35 tahun. Hot FM, Fly Fm serta one FM mempunyai hampir 4.4 juta pengikut melalui laman sosial utama dan pencapaian tersebut merupakan satu kejayaan sebagai sebuah rangkaian radio yang bersifat kompetitif, agresif tetapi peribadi. Sebagai peneraju platform media sosial dalam industri penyiaran radio, segala hebahan aktiviti 3 stesen radio tersebut kerap dikemaskini untuk informasi pendengar mereka.

Sejak ditubuhkan pada 2006, TV9 telah mengembangkan sasaran penonton kepada golongan muda dan tampil sebagai stesen percuma nombor 2 negara. ‘Tonton Music’ dilihat amat sesuai dengan kehendak penonton sasaran TV9 iaitu ‘Young Fresh Mass Malay’ (YFM) yang sentiasa mahukan sesuatu yang lebih unik dan menghiburkan. Dengan kejayaan program realiti ‘Versus’ yang mencetus fenomena di laman sosial, TV9 dilihat sebagai satu medium yang ideal untuk menarik minat golongan muda yang mempunyai kepelbagaian minat dalam muzik tanpa batasan.

IMG_4478

Menerusi ‘Tonton Music’, Media Prima Digital, Rangkaian Radio Media Prima dan Rangkaian Televisyen Media Prima melangkah terus dengan menyediakan lebih pilihan kepada pengguna melalui tawaran hiburan berbentuk audio secara ‘streaming’. ‘Tonton Music’ merupakan portal pertama seumpamanya menawarkan streaming audio secara percuma melalui gajet pintar di Malaysia dan ia adalah produk pertama di dunia menampilkan integrasi media digital secara menyeluruh untuk fasa pertama. Terkini ‘Tonton Music’ menawarkan lebih daripada 280,000 lagu kepada pengunjung portal tersebut.  Melalui fasa kedua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, pelayar boleh menikmati akses sepenuhnya tanpa iklan hanya dengan yuran langganan serendah RM4.99/sebulan sahaja!

Portal ini juga adalah sebuah representasi unik menampilkan jenama radio terkenal iaitu Hot FM (Melayu), Fly Fm (Inggeris), one FM (Cina) serta slot 9X di TV9 (Indie).

Ketiga-tiga stesen radio tersebut telah mengumpulkan 5.5 juta untuk jam mendengar atas talian, tahun lalu. Jumlah itu telah membuktikan pendengar radio tidak lagi konvensional, malah sudah merintis dengan pendekatan yang lebih inovatif. “Magic Radio” adalah salah satu daripada ciri unik ‘Tonton Music’ yang membolehkan pendengar mencipta susunlagu dengan senarai lagu dan segmen radio kegemaran mereka . Fly Fm X, Hot FM X dan one FM X menawarkan ruang ekstensif di mana pelayar ‘Tonton Music’ boleh mengakses lagu yang dimainkan melalui frekuensi stesen radio tersebut. Buat pertama kalinya, segmen popular seperti Panggilan Hangit, Top 5 dan Krappi Call boleh didengari berulangkali melalui “Magic Radio”.

Selain itu, portal ini membolehkan mereka untuk mengenali barisan penyampai Fly Fm, Hot FM dan one FM dengan satu klik ke atas profil mereka. Tidak hanya itu, pelayar juga dapat mengetahui senarai susunlagu penyampai kegemaran mereka.

TV9 menerusi jenama 9X memfokuskan untuk memberi kepuasan kepada para penonton berusia 15 hingga 29 tahun yang inginkan kelainan dalam menikmati genre muzik yang berbeza. Karya ciptaan artis-artis indie tempatan akan diperdengarkan di ‘Tonton Music’ melalui saluran 9X TV9. 9X juga akan turut memuat-naik senarai lagu tema drama-drama Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad seperti Cinta Jannah, Diandra, Alam Maya dan Cinta Jangan Pergi melalui Tonton Music. Peminat boleh mendengar lagu-lagu pilihan para selebriti kesayangan mereka antaranya Elfira Loy dan Hanie Hidayah ketika mereka membeli-belah menerusi program ‘Mad Markets’ manakala dengarkan muzik pilihan Iedil Putra semasa beliau melengkapkan cabaran dalam program ‘Jetlag’.

Penggemar muzik juga boleh mengakses ‘Tonton Music’ untuk mendapatkan program-program signatur serta acara anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) untuk versi ‘streaming’ audio. ‘Tonton Music’ berjaya merekodkan lebih daripada 67,000 unit ‘streaming’ untuk  kedua-dua album rakaman dan langsung AJL28 dalam jangkamasa 48 jam serta hampir 50,000 ribu pelawat unik dalam masa 1 bulan.  Pelayar juga boleh berkongsi lagu-lagu kegemaran bersama rakan mereka melalui rangkaian media sosial yang ada.

“Media Prima Digital sangat gembira dan berbangga mengumumkan pengenalan versi penuh ‘Tonton Music’. Melihat kepada pertumbuhan permintaan yang tinggi untuk media digital masa kini, kami yakin portal muzik ini akan diterima ramai dan menguasai arena digital. Bermula dengan pengenalan ‘streaming’ secara video dan kini secara audio, kami akan terus berusaha menawarkan pustaka muzik yang pelbagai dan menyeluruh. Ciri-ciri baharu dan menarik juga bakal diperkenalkan buat pengguna kelak,” menurut Dato’ Zainul Arifin Mohammed Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, En Seelan Paul melihat ‘Tonton Music’ sebagai sebuah kolaborasi pintar bersama Media Prima Digital serta TV9. “Satu kolaborasi bijak apabila kita dapat menyatukan pencinta muzik yang juga dalam masa yang sama merupakan pengguna teknologi digital tegar. Senario ini bukan hanya sekadar ‘trend’ tetapi membuktikan kepentingan evolusi teknologi yang sentiasa berubah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Integrasi multiplatform ini selain mampu memenuhi jangkauan jenama kepada rangkaian radio kami. Portal ini akan memenuhi selera muzik rakyat Malaysia untuk mendengar seleksi lagu pilihan bila-bila dan di mana sahaja mereka berada.”

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “TV9 amat teruja dengan kolaborasi bersama ‘Tonton Music’ buat julung kalinya dan berharap langkah ini dapat memberikan impak yang besar buat peminat setia muzik indie. Ini adalah salah satu usaha TV9 dalam mengenengahkan muzik indie daripada kelompok asal ke aliran utama industri tempatan kita. Kolaborasi bersama ‘Tonton Music’ menjadi salah satu platform untuk pengemar dan pencinta muzik indie ini untuk terus mengekspresikan karya mereka. Selain memberi ruang yang lebih besar buat peminat muzik berkongsi kepelbagaian genre muzik yang jarang-jarang dapat diperolehi di Malaysia, ‘Tonton Music’ memberi lebih kepuasan kepada para peminat drama serta program Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad untuk menikmati lagu tema yang menjadi kegemaran mereka di mana sahaja.”

Menerusi pengenalan portal ini, Media Prima Digital dilihat bakal menguasai pasaran kandungan muzik secara digital di negara ini selain mampu melebarkan capaian perkhidmatan pengiklanan secara digital. Alami audio muzik terbaik di ‘Tonton Music’ dengan melayari www.tontonmusic.com.my  hari ini menerusi komputer, telefon pintar (iOS dan Android) atau tablet! Pendaftaran adalah PERCUMA.

Check Also

COËX TERUS DIHANTUI “PAKU DURJANA”

Kumpulan M-POP berbakat COËX yang terdiri daripada empat gadis cantik – Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy merupakan artis di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *