Tonton Siaran ‘Majlis Perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei’ Di NTV7 & Tonton.com.my

Ramai sudah mengetahui bahawa pemain badminton no. 1 negara, Dato’ Lee Chong Wei bakal mengakhiri zaman bujang bersama pasangannya, Wong Mew Choo. Bagaikan buku bertemu ruas, kedua-dua pasangan itu sama-sama lincah dalam arena sukan badminton. Siapa menyangka kisah cinta yang berpanjangan selama 11 tahun kini akan berakhir dengan penyatuan dua hati.

Bagi menghargai jasa pasangan ini yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di persada negara, ntv7 dan portal Tonton akan menyiarkan liputan khas bagi acara perkahwinan yang bakal berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Liputan eksklusif ini dibawakan KHAS OLEH ntv7 setelah PENGUMUMAN sebagai media rasmi dibuat oleh Dato’ Lee Chong Wei dalam SIDANG MEDIA pada 3 November lalu.

Siaran langsung ‘streaming’ menerusi portal Tonton boleh diakses pada 9 dan 10 November dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my.

Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam  dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya. Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu.

Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei:

 Tarikh

Tonton

ntv7

9 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.

*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefonpintar (Android 2.3+ & ios5+)

 

Lintas langsung menerusi <Edisi 7> pada 7.00 malam dan <7 Edition> pada 8.00 malam.
10 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.

*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3+ & ios5+)

 

Siaran langsung selama sejam di ntv7 bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
11 November  Rancangan dokumentari khas ‘A Galaxy Of Love’ pada pukul 9.00 malam.

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

“𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *