“TOP CHEF JUST DESSERTS” CABAR KEBOLEHAN PESERTA

Saat terasa lapar, pasti ramai di antara kita yang mencari hidangan berat untuk mengisi perut. Namun ianya sudah pasti tidak lengkap sekiranya tiada hidangan pencuci mulut Inginkan sesuatu yang baru? Tonton rancangan realiti terbaru ntv7, Top Chef Just Desserts yang bersiaran setiap hari Sabtu jam 8.30 malam yang bukan sahaja memberi anda pilihan hidangan manisan bagi mengakhiri makan malam, malah penuh dengan drama dalam cabaran mencari chef pastri yang paling terbaik.

Penuh dengan resepi dan kisah menarik, rancangan realiti sepanjang 10 episod ini memerlukan 12 orang pesertanya melalui dua buah cabaran iaitu ujian ‘Quickfire’ dan pusingan penyingkiran Dalam ujian yang diberikan, para peserta bakal diuji dalam asas masakan dan kemudiannya kreativiti dan hasil manisan mereka bakal menjadi penentu dalam pusingan penyingkiran. Apa yang menariknya ialah mereka juga terpaksa menggunakan ramuan pelik, eksotik dan adakalanya terpaksa bekerja sebagai penyedia makanan dalam sebuah acara sebenar.

Top Chef Just Desserts akan dihoskan si jelita Gail Simmons yang juga pakar kulinari dan seorang penulis berkaitan makanan yang turut dibantu oleh oleh barisan juri pakar. Dalam mencari juara chef dalam cabaran realiti ini, Johnny luzzini, seorang ketua chef pastri di restoran terkemuka Jean-Georges, Hubert Keller yang merupakan pemilik restoran dan finalis bagi Top Chef Masters dan Dannielle Kyrillos, editor di DailyCandy bakal mengadili segala usaha peserta sama ada layak atau tidak. Berlatarbelakangkan bidang masakan dan kepakaran merasa, ternyata para jurinya tidak akan memberi laluan mudah buat mereka.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai ‘top chef’? Tonton Top Chef Just Desserts yang bersiaran sejak awal Februari ini setiap hari Sabtu jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Nantikan resepi-resepi hidangan pencuci mulut yang pastinya membuka selera, memberi inspirasi dan penuh dengan aksi drama.

 

 

Check Also

MASING MASING VERSI TRADISIONAL,ERNIE ZAKRI DI KELAS TERSENDIRI

Lagu Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan saja dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *