Trailer Filem ‘Tanda Putera’

Filem berdasarkan kisah benar ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. (Akan ditayangkan di pawagam pada 13 September 2012).

Antara pelakonnya ialah Rusdi Ramli (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein), Zizan Nin (Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman),Kamarulzaman Taib atau Che’ Kem (Tunku Abdul Rahman), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar). Tidak ketinggalan, Fizz Fairuz yang membawakan watak Tan Sri Arshad Ayub, Nazril Idrus (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Mohd. Khir Mohd. Noor (Abdul Rahman Hashim), Ngasrizal Ngasri (Datuk Harun Idris) dan Razali Hussain (Ahmad Razali Mohd. Ali).

Sinopsis 

Mengangkat persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman Tanda Putera juga menyingkap rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga dan negara mengenai kedua-dua tokoh tersebut.

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Ia menceritakan keadaan selepas rusuhan yang mana Tun Ismail masuk semula ke dalam kabinet. Sebelum ini, beliau telah meletak jawatan kerana tak sihat.

 Tapi disebabkan keadaan negara pada masa itu yang sedang bergelora jadi beliau kembali dan membantu Tun Razak. Menariknya mengenai filem ini ia berjaya membongkar rahsia penting yang disimpan oleh mereka berdua yang mana keluarga dan rakan-rakan turut tidak mengetahuinya. Suhaimi Baba juga turut membuat rujukan menerusi keluarga, rakan terdekat dan pekerja yang pernah berkhidmat dengan dua tokoh itu.

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *