Transformers : Dark Of The Moon

Salam Perkenalan kepada semua pembaca Warisan Chanteq Magazine,

Pada pagi 28 Jun 2011,bertempat di Golden Screen Cinema(GSC) Berjaya Times Square, saya telah berkesempatan menonton filem yang dinantikan ramai iaitu filem Transformers : Dark Of The Moon. Tayangan ini merupakan tayangan khas untuk pihak media. Terima kasih diucapkan kepada pihak United International Pictures Malaysia di atas undangan ini.

Filem Transformers kali ini merupakan sambungan dari filem yang lepas. Teraju utama filem ini Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky selaku hero dalam filem ini sudah pasti tidak akan menghampakan para peminat Transformers. Namun heroin untuk filem ini bukanlah Megan Fox seperti filem-filem Transformers yang lepas, jadi kepada peminat Megan Fox harap anda tidak terkilan. Watak heroin kali ini dibawa oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly Spencer. Antara pelakon-pelakon lain yang turut terlibat adalah Josh Duhammel(Lt. Colonel William Lennox), John Turtorro(Agent Seymour Simmons), Tyrese Gibson(Robert Epps), Patrick Dempsey(Dylan Gould) dan ramai lagi.

Kisah kali ini bermula dengan imbasan peperangan antara Autobots dan Decepticon di planet asal mereka iaitu Cybertron. Lanjutan dari peristiwa tersebut tersimpul juga rahsia pendaratan kecemasan di bulan demi melindungi teknologi yang digelar ‘ARK’. Berbalik kepada kisah kehidupan Sam Witwicky yang telah tamat pengajian kolej dan masih keliru dengan kehidupan setelah kecundang di dalam percintaan. Namun Sam telah menemui penyeri hidupnya yang baru iaitu Carly Spencer. Di kala hubungan mereka sedang mekar, ujian mula melanda. Pihak Autobots dan Decepticon mula mengetahui rahsia mengenai pendaratan kecemasan di bulan dan teknologi ‘Ark’. Pertempuran bermula dan perlumbaan mendapatkan teknologi ‘Ark’ antara Autobots dan Decepticon memulakan aksi. Apakah yang berlaku selanjutnya? Siapakah yang bakal memperolehi teknologi tersebut? Nantikan kemunculan watak Autobots yang terbaru… Untuk mengetahui kisah selanjutnya,jom ramai-ramai ke pawagam…

Kepada peminat filem Transformers,pastikan anda membeli tiket awal-awal. Anda akan lebih berpuas hati sekiranya anda menonton filem ini dalam format 3D. Segala aksi yang ditonjolkan dapat ditonton dengan lebih jelas. Kualiti bunyi untuk filem ini amatlah mengagumkan. Skrip yang dituturkan oleh setiap watak dalam filem ini juga memberi mesej yang begitu jelas serta mampu memberi inspirasi kepada kita.

**rasa macam nak tgk sekali lagi filem ni…BEST GILE!!!

Zhafnim


Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *