TREC Bakal Jadi Hab Gaya Hidup Dan Hiburan Kuala Lumpur

Image 2

TREC, projek pembangunan terkini dan sedang meningkat naik di tengah-tengah Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan sebagai sebuah Zon Hiburan Terpilih di bawah Tourism EPP8 semasa majlis pelancaran rasmi TREC hari ini.

Image 6

Kementerian Pelancongan telah mengiktiraf TREC sebagai suatu penyumbang utama masa depan dalam usahanya untuk melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Pihak Kementerian mengiktiraf komitmennya untuk menarik paling kurang 1,000 orang pelancong sehari. Selain itu, sebagai suatu projek pembangunan penting di Kuala Lumpur, TREC juga akan mewujudkan lebih 1,800 pekerjaan dan menyumbangkan kira-kira RM140 juta kepada ekonomi tempatan setiap tahun.

Image 1

“Buat masa ini Tourism NKEA memberi tumpuan kepada bidang pelancongan berhasil tinggi yang akan memacu pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga di negara ini,” kata YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. “Dengan mengesahkan projek-projek pembangunan penting seperti TREC, kita bukan sahaja dapat mencapai pertumbuhan bermakna dalam bidang-bidang ini, tetapi juga bergerak semakin hampir mencapai wawasan 2020 kita iaitu menarik 36 juta pelancong dan menjana RM168 bilion dari segi perolehan pertukaran asing.”

Image 1

Terletak di Jalan Tun Razak, TREC akan menjadi kawasan yang pertama dan satu-satunya dibina khas di Malaysia untuk F&B, gaya hidup dan hiburan – nadi hiburan bersepadu serenti seperti yang terdapat di Hong Kong “Lan Kwai Fong”, di Shanghai “Xin Tian Di” dan di Singapura “Clarke Quay”. Memandangkan Fasa 1 dijangka siap awal tahun 2015, TREC berhasrat menerapkan pelbagai suasana menerusi 5 zon yang menawarkan gabungan santapan, kafe indie, pub, kelab dan lounge, yang mampu menarik pelanggan tempatan dan juga antarabangsa.

Image 3

“TREC bertujuan menampilkan kepelbagaian tawaran Malaysia dari segi pengalaman gaya hidup,” jelas pengasasnya, Cher Ng. “Dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pihak kami yakin dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul sambil memperbanyak pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi tempatan, semuanya dalam suasana yang selamat dan terjamin.”

Image 5

TREC dibina atas sebidang tanah seluas tujuh ekar milik Kelab Golf Diraja Selangor di Jalan Tun Razak. Di sinilah juga lokasi baharu Zouk KL, pusat tumpuan pengunjung kelab terulung di kota raya, bakal menjadi pusat hiburan yang tiada bandingannya dalam kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

zouk

Untuk maklumat lanjut sila layari www.trec.com.my

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *