Tremendous JOOX Live Concert

Aplikasi strim muzik, JOOX, telah menyediakan para pendengarnya dengan lagu-lagu  hits dan pemegang carta sejak 3 tahun yang lalu! Bersempena dengan ulang tahun ketiga mereka dan IN Festival : Influencers 2018, JOOX ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka menerusi Tremendous JOOX Live Concert pada Sabtu, 22 September, dari pukul 7.30 malam di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Peminat aplikasi muzik popular ini bakal berhibur dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See!

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan barisan penyanyi untuk meraikan ulang tahun ketiga kami melalui acara Tremendous JOOX Live Concert. Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamanya untuk pelanggan JOOX, berdasarkan populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut,” ujar Angie Tan, Pengarah Perkembangan Perniagaan HOOX.

”Bilangan pendengar lagu-lagu artis yang akan tampil di malam konsert terus meningkat, dan masih stabil dalam senarai lagu-lagu popular yang dimainkan hingga ke hari ini,” tambahnya.

Penyanyi yang juga pemenang pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah menyatakan bahawa JOOX telah memberikan para peminatnya sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyiannya tidak kiralah yang lama mahu pun baru. Penyanyi  berbakat besar ini muncul dengan lagu terbaru bertajuk ‘Layarlah Kembali’ dan lagu ini mendapat respons yang baik di aplikasi Joox.

Tremendous JOOX Live Concert

Sementara itu, Akim and The Majistret menyatakan bahawa aplikasi seperti JOOX merupakan satu aplikasi yang baik untuk band-band seperti mereka. Ini kerana aplikasi ini berjaya memperkenalkan muzik mereka kepada audiens yang lebih besar. “Kami tidak akan berjaya mendapat bilangan para peminat seperti hari ini kalau bukan kerana JOOX membantu mempromosikan muzik kami,” ujar  mereka yang popular dengan lagu ‘Potret’ dan ‘Lagu Untuk Laila’.

“Ini merupakan cara kami menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong  JOOX selama tiga tahun beroperasi,” ujar Angie.

“Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan telah berkembang  dan kami berharap dapat terus menyediakan peminat kami dengan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif  dalam masa terdekat! ”

Peminat hanya perlu membeli JOOX VIP untuk mendapatkan 1 pas masuk biasa, atau JOOX VIP tiga bulan untuk mendapatkan 1 pas masuk VIP ke Tremendous JOOX Live Concert. Kad VIP boleh dibeli melalui JOOX atau di mana-mana cawangan 7-11 (terhad kepada Malaysia Barat), bermula Khamis, 6 September.

Bagi mereka yang membeli kad VIP dari cawangan 7-11, jangan lupa untuk membawa kad tersebut ke RedBox The Gardens atau RedBox Low Yat Plaza mulai 13 September (Khamis) hingga 17 September (Isnin) bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang untuk menebus Pas masuk anda. Jangan ketinggalan kerana Pas masuk adalah terhad.

Jika anda membeli kad melalui JOOX, anda akan menerima mesej pengesahan yang anda perlu tunjukkan di kaunter penebusan untuk masuk. Anda juga boleh melawat laman Facebook JOOX Malaysia (facebook.com/JOOXMY) untuk maklumat lanjut mengenai cara menebus pas masuk anda.

JOOX juga turut menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, termasuk JOOX P2P Live, yang membolehkan anda merasai P2P secara langsung dan bertemu artis / VJ kegemaran anda seakan di studio, pada hari IN Festival: Influencers 2018 pada 22 September dan 23 September, dari 11 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Terdapat juga booth karaoke, video mini VOOV, (di mana pengunjung boleh membuat video mini!) Dan putaran percuma ‘wheel of fortune’ (terma dan syarat dikenakan).

Jangan lupa untuk singgah sebelum konsert bermula mendapat beberapa hadiah percuma atau mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Hadiah Utama serta bertemu dengan Social Influencers dari seluruh Asia Tenggara!

Muat turun sekarang untuk memulakan jelajah muzik premium anda mulai hari ini!

Contest :

  1. Berikan 3 nama artis yang bakal mengadakan persembahan di Tremendous JOOX Live Concert?
  2. Namakan lokasi Tremendous JOOX Live Concert?
  3. Sila email nama,number telefon dan umur ke hi@selebritionline.com . Tajuk email ialah Contest :Tremendous JOOX Live Concert

Hadiah – Hadiah 

10 Pairs Normal Tickets 

Contest ini berlangsung sehingga 6.00 petang 21/9/2018. Pemenang akan dihubungi menerusi email dan telefon pada 8 malam 21/9/2018.Keputusan adalah muktamad.

Check Also

Roh dan Fitrah Bakal Diterjemahkan Menerusi Konsert “Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng”

Usah di nilai pada nama yang tampak tidak begitu komersil, tetapi hargailah dan pandanglah pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *