Tronserve perkenal laman web DIY di Malaysia

Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia, Tronserve (M) Sdn Bhd memperkenalkan Iaman web berkonsepkan DIY (do it yourself) serta aplikasi mesyuarat maya, Link pertama di Malaysia , hari ini.Menariknya mengenai laman web berkonsepkan DIY pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh rakyat tempatan di platform Tronserve ini, ia menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti membina komuniti, peluang pekerjaan serta pengajian secara online.

Malah kemunculan Link turut mencipta satu fenomena baharu apabila kehadirannya memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan sebarang mesyuarat atau interaksi secara maya apabila hampir seluruh dunia kini berdepan pandemik Covid-19 hingga ada yang bekerja daripada rumah.

Menurut KetuaPegawai Pemasaran, Arash Abdullah, pelancaran dua platform terbaharu ini dilihat sebagai satu kemudahan baru bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan dalam mendepani Revolusi Perindustrian Keempat atau lndustri 4.0 (IR 4.0) yang kini giat dibicarakan oleh pelbagai pihak.

“Suka atau tidak, sekarang atau nanti, masanya sudah tiba untuk kita menyesuaikan diri dalam mendepani gelombang perubahan kepada gaya hidup dan cara kita bekerja. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, pIatform yang disediakan ini bakal membantu rakyat Malaysia “untuk menjadi individu yang lebih maju serta mahir dalam IT.

“Laman sesawang berkonsep DIY yang ditawarkan ini turut menampilkan beberapa cabang menarik seperti mencipta satu komuniti baharu yang mana ia dapat menarik lebih ramai badan korporat dan individu menyertai dan mengembangkan idea di dalam satu platform.

”Selain itu, laman web ini turut memberi peluang pekerjaan bagi membantu syarikat dan rakyat yang’sa’ling mencari pekerja dan pekerjaan dengan lebih mudah dan berkesan. Menerusi platform yang disediakan ini juga, khalayak boleh menimba ilmu apabila ia merriberi ruang kepada tenaga pengajar dan pelajar bertukar bahan pelajaran secara atas talian.

“Tidak ketinggalan, cadang Iain yang dicipta adalah seperti platform E-Dagang untuk membantu SME menjalankan perniagaan ’offline’ ke ’online’ sérta direktori perindustrian iaitu meningkatkan imej SME dengan memudahkan pelanggan berpotensi untuk mencari maklumat syarikat.

”Jadi laman web berkonsep DIY yang ditawarkan ini memberi segala kemudahan dan akses dalam satu laman web kepada masyarakat selain lebih berdaya saing dalam mengetuai apa-apa tugasan dengan strategik,” katanya.

Tambah Arash lagi, ”platform mesyuarat maya yang dibangunkan kepada rakyat Malaysia ini dilihat adalah masa yang tepat untuk digunakan apabila kebanyakan syarikat tempatan meminta pekerja mereka untuk bekerja daripada rumah.

“Llnk turut mampu mcnghubungkan antara majikan dan pekerja dengan mudah dan pantas . Llnk turut menjamln keselamatan data setiap individu daripada tersebar.” katanya.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *