USAHAWAN PERUBATAN RESHMA PRAKASH MEMBANGGAKAN NEGARA DENGAN MEMENANGI 2 GELARAN UTAMA DI MRS INDIA WORLDWIDE 2024

Bukan selalunya kita melihat perwakilan Malaysia pulang ke tanah air dengan gelaran utama selepas bersaing dalam pertandingan ratu antarabangsa yang berprestij, namun Dr Reshma Prakash, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah klinik perubatan pembedahan di Johor, membanggakan negara kita dengan memenangi bukan sahaja satu tetapi dua gelaran utama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Reshma, seorang ahli psikologi berusia 33 tahun dan ibu kepada tiga orang anak dari Segamat, Johor telah dinobatkan sebagai Mrs India Worldwide Water 2024 dan juga Mrs India Worldwide South Asia 2024, di pertandingan akhir Haut Monde Mrs India Worldwide 2024 yang telah diadakan di Hotel Ajman yang berprestij di Dubai pada 6hb Mei 2024. Reshma juga memenangi gelaran subsidiari Mrs Elegant.

Haut Monde Mrs India Worldwide ialah salah satu pertandingan ratu cantik terkemuka dari India yang menyediakan pentas antarabangsa untuk wanita di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dan memperagakan kecantikan mereka tanpa mengira usia mereka. Mrs India Worldswide telah mengendalikan acara itu selama lebih sedekad dan meraikan wanita diaspora India dari seluruh dunia. Pertandingan itu mempamerkan bakat, keanggunan, dan pemerkasaan wanita yang beretnik India.

Pertandingan itu menerima lebih 20,000 pencalonan tahun ini, dan selepas proses pemilihan antarabangsa yang melelahkan itu, hanya 104 calon dipilih untuk bertanding di peringkat akhir dunia di Dubai tahun ini. Reshma adalah satu-satunya perwakilan dari Malaysia yang layak mewakili negara kita selepas mengharungi proses pemilihan global yang sukar dan mencabar.

Pemenang-pemenang dari pertandingan itu telah dipilih oleh panel juri yang dihormati, yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mrs India Worldwide Bharat K Bhramar. IJuri-jurinya termasuk pereka rambut selebriti Sylvie Rodgers, pelakon Bollywood Tisca Chopra, pemenang Haut Monde Mrs India Worldwide 2021 Amisha Sethi, pemenang Zon Antarabangsa Haut Monde Mrs India Worldwide 2022 Reshma Vipin Nambiar, pemenang Haut Monde Mrs India Worldwide 2023 Aparajita Sinha, pemenang Haut Monde Mrs India Worldwide 2023 Fire Rakhi Saha, pemenang Haut Monde Mrs India Worldwide Earth 2023 Manjari Priya Gupta, jurugambar fesyen terkenal Rony Kaula, dan pemenang Haut Monde Mrs India Worldwide 2022 Ruchika Malhotra. Persembahan itu berlangsung di bawah koreografi mahir dan arahan Alison A Woodham yang berbakat, dilengkapi dengan kepakaran penggayaan fesyen  Anjali Sahani.Perlawanan akhir pertandingan ratu cantik itu diserikan dengan kehadiran personaliti terhormat dari industri hiburan dan profesional yang cemerlang.

Reshma dilahirkan di Segamat, Johor. Bapanya seorang jurutera tentera udara dan ibunya seorang suri rumahtangga. Pada awalnya Reshma dibesarkan di Jitra, Kedah kerana bapanya berpangkalan di sana. Reshma berpindah ke Segamat, Johor selepas ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan ketika dia baru berusia 9 bulan. Ibunya yang balu mula bekerja di kilang plastik pada usia 28 tahun untuk menjaga Reshma dan adiknya Prathisha. Bagi memperbaiki keadaan mereka, ibu Reshma memelajari kejururawatan dan menjadi jururawat di pusat hemodialisis tempatan di Segamat.

“Ibu saya Prema Narayanan memang luar biasa dan akan sentiasa menjadi teladan saya. Dia adalah ibu saya, dan sekali gus ayah saya,” luah Reshma semasa sesi temu bual media sejurus selepas pulang dari Dubai.

“Dia berusaha menpersekolahkan kami walaupun mempunyai wang yang sangat sedikit. Kami tidak dapat menghadiri kelas tuisyen pun. Di sebalik semua cabaran, kakak saya lulus dalam perakaunan kewangan manakala saya lulus dalam bidang psikologi. Kami berdua adalah pelajar cemerlang. Kakak saya kini bersama AIA sebagai seorang pengurus dan saya menyertai Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru ketika berusia 23 tahun,” tambahnya.

Reshma bertemu suaminya Dr Raymond Rony, seorang doktor perubatan di hospital itu dan mendaftarkan perkahwinan mereka pada 2015. Dia mendapat anak lelaki pertamanya melalui pembedahan C pada 2017. Dia mendapat anak kembarnya, seorang lelaki dan seorang perempuan pada tahun berikutnya melalui kelahiran normal tetapi ia adalah kelahiran yang sukar. Dia kehilangan banyak darah semasa itu dan dikejarkan ke ICU. Tetapi Reshma bertekad untuk terus hidup demi anak-anaknya dan berjaya mengatasi kecemasan itu.

Pada masa itu Reshma telah pun memulakan sebuah klinik bersama suaminya. Kerana dia sangat berdedikasi kepada pekerjaannya, dia kembali bekerja seminggu selepas bersalin untuk merawat pesakitnya. Ia amat penting baginya dan merupakan satu pencapaian yang hebat baginya kerana dia boleh membantu wanita lain mengatasi masalah mereka. Dia didorong oleh keadaan pesakitnya, kebanyakannya adalah wanita yang bercerai atau belum berkahwin.

Reshma sentiasa meminati pentas dan berada di hadapan kamera sejak zaman persekolahannya lagi. Dia pernah jadi model komersial sambil bekerja sambilan sebagai pelayan di McDonald’s atau KFC ketika berusia 19 tahun. Dia boleh memperoleh antara RM 150 hingga RM 200 untuk setiap sesi penggambaran.

Perjalanan Reshma dalam pertandingan itu bermula apabila suaminya mendaftarkannya tahun lalu. Beliau adalah salah seorang daripada dua perwakilan yang dipilih dari Malaysia untuk menyertai pusingan pra-pemilihan pada bulan Mac 2023.Pra-pemilihan telah dijalankan melalui banyak mesyuarat Zoom. Dia diberi 13 tugasan untuk diselesaikan yang perlu dibentangkan melalui Instagram. Tugasan ini menyumbang 60% daripada jumlah markah keseluruhan.

Memandangkan beberapa tugasan ini agak menyukarkan dan sangat khusus, Reshma memutuskan untuk melibatkan Reuben James & Sam Joshua daripada Benjomind Creative Agency untuk membantunya, kerana Reshma tidak aktif dan tidak mahir di media sosial pada masa itu.

Beberapa tugas yang diberikan kepadanya, termasuk meraikan perayaan Holi, kerana pertandingan itu memfokuskan kepada budaya dan warisan India. Dia juga perlu belajar yoga dan tarian tradisional. Dia juga melibatkan Stephen, seorang jurugambar dan jurugambar profesional dari SN Film di Klang untuk membantunya dalam persiapannya. Walaupun separa buta, Stephen yang berdedikasi itu, memandu dari Klang ke Johor Baru untuk membantunya dengan aktiviti melengkapkan kandungannya.

Walaupun dia berasal dari suku kaum Malayalee dan hanya bercakap dalam bahasa ibundanya, bahasaTamil, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, dia terpaksa belajar sedikit Hindi, untuk membantunya memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik dalam pertandingan itu.Disebabkan masanya yang terhad sebagai orang dewasa yang bekerja dengan jadual yang padat, dia terpaksa menyelesaikan tugasan seminggu dalam masa 3 hari. Dia juga terpaksa belajar menari bhangra dalam masa kurang dari 2 jam.

{“ARInfo”:{“IsUseAR”:false},”Version”:”1.0.0″,”MakeupInfo”:{“IsUseMakeup”:false},”FaceliftInfo”:{“IsChangeEyeLift”:false,”IsChangeFacelift”:false,”IsChangePostureLift”:false,”IsChangeNose”:false,”IsChangeFaceChin”:false,”IsChangeMouth”:false,”IsChangeThinFace”:false},”BeautyInfo”:{“SwitchMedicatedAcne”:false,”IsAIBeauty”:false,”IsBrightEyes”:false,”IsSharpen”:false,”IsOldBeauty”:false,”IsReduceBlackEyes”:false},”HandlerInfo”:{“AppName”:2},”FilterInfo”:{“IsUseFilter”:false}}

Semua tugasnya perlu diselesaikan dengan sempurna, malah, lebih daripada sempurna, jika tidak, dia merasakan dia tidak layak. Untuk ini, Reshma sangat menghargai pasukannya yang berdedikasinya dan semua pihak yang membantunya di peringkat persediaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.Persiapannya telah mengambil masa lebih dari enam bulan. Dia mengadakan pertemuan dengan penganjur setiap hari Sabtu dari 10.00 malam hingga 2.00 pagi di mana dia dilatih dan dibimbing dalam semua aspek pertandingan seperti diet, komunikasi, advokasi dan lain-lain lagi. Semua aktivitinya harus disesuaikan dengan program pertandingannya kerana dia tidak boleh ketinggalan di dalam apa-apa aspek pun.

Segala usahanya berbaloi apabila dia diumumkan sebagai salah seorang finalis dan satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya melangkah ke peringkat akhir dunia.
“Suami saya adalah tulang belakang saya sepanjang proses ini,” kata Reshma.

Dia terbang ke Dubai pada 27hb April 2024, tiga hari sebelum permulaan minggu pertandingannya untuk membiasakan diri dengan persekitaran, meluangkan sedikit masa bersama keluarganya dan memulakan langkah awal pertandingan. Dia ditemani oleh suaminya, tiga anaknya dan ibunya. Mereka adalah pembimbing soraknya sepanjang pertandingan.

Pada 30hb April 2024, Reshma mendaftar masuk ke Hilton Dubai Al Seef, hotel rasmi minggu pertandingan. Rakan sebiliknya ialah Dr Niraja Patel, seorang doktor pergigian dari Amerika Syarikat.

Aktiviti pertandingan bermula serta-merta pada hari berikutnya di atas kapal persiaran di mana pusingan pengenalan diri diadakan. Ini diikuti dengan latihan catwalk dan koreografi, yang difasilitasikan oleh Allison Woodham, pengasas The Model Book of India. Acara ini berlangsung sepanjang hari, meninggalkan mereka semua kurang daripada 4 jam untuk tidur.

Hari kedua pertandingan itu menyaksikan dia bangun seawal jam 3.00 pagi untuk bersolek dan mengikat kain sari sendiri, untuk sesi bergambar profesional bersama Rony Kaula, seorang jurugambar terkenal Bollywood. Ini iikuti dengan latihan catwalk dalam saree merah jambu yang sama, selama 4 hingga 5 jam lagi. Pada jam 6.00 petang, para delegasi bergambar sekali lagi dengan berpakaian serba hitam. Mereka terpaksa balik, mandi dalam masa 5 minit, selesaikan solekan dalam masa 15 minit sahaja dan kembali dengan pantas ke tempat acara, hampir satu kilometer jauhnya dari hotel penginapan mereka.

Hari ketiga pertandingan menyaksikan dia menuju ke satu lagi sesi penggambaran dan aktiviti pertandingan dengan pakaian peranginan berwarna oren. Kesemua perwakilan terpaksa memakai pelbagai jenis barang kemas dan aksesori semasa sesi penggambaran.

Aktiviti pertandinganya tidak terputus-putus. Hari keempat menyaksikan dia menuju ke hotel lain untuk sesi bergambar pakaian renang pada pukul 6.00 pagi. Tugas itu lebih rumit kerana dia terpaksa mencari jalan ke tempat penggambaran secara sendiri sebagai sebahagian daripada pertandingan itu. Penggambaran itu tidak terhad dan perwakilan boleh memakai penutup yang sesuai semasa penggambaran kerana ia adalah pertandingan untuk puan.

{“ARInfo”:{“IsUseAR”:false},”Version”:”1.0.0″,”MakeupInfo”:{“IsUseMakeup”:false},”FaceliftInfo”:{“IsChangeEyeLift”:false,”IsChangeFacelift”:false,”IsChangePostureLift”:false,”IsChangeNose”:false,”IsChangeFaceChin”:false,”IsChangeMouth”:false,”IsChangeThinFace”:false},”BeautyInfo”:{“SwitchMedicatedAcne”:false,”IsAIBeauty”:false,”IsBrightEyes”:false,”IsSharpen”:false,”IsOldBeauty”:false,”IsReduceBlackEyes”:false},”HandlerInfo”:{“AppName”:2},”FilterInfo”:{“IsUseFilter”:false}}

Reshma yang aktif, cergas dengan perawakan yang sempurna, selesa dengan penggambaran itu. Dia mempunyai badan yang tegap dan langsing kerana dia seorang peninju terlatih, pemegang tali pinggang hitam dalam karate, ahli gimnastik, penari salsa dan atlet MSSM yang kompetitif dalam acara lari berpagar 200m.

Hari terakhir pertandingan telah diadakan di Hotel Ajman. Semua perwakilan hanya disediakan buah-buahan dan jus untuk sarapan pagi. Pakaian pertandingan akhirnya ialah gaun malam berwarna biru muda yang disumbangkan oleh pereka fesyen rasmi pertandiingan iaitu Anjali Shani. Dia juga terpaksa memakai kasut tumit 3 hingga 4 inci dan mendapat bantuan daripada jurusolek.

Semasa pertandingan berlangsung, perwakilan telah dipotong daripada 104 kepada 60. Semasa pemotongan ini Reshma menerima gelaran subsidiari Mrs Elegant.Dia kemudiannya dinobatkan sebagai Mrs South Asia dan berjaya masuk ke dalam Top 22 walaupun merupakan satu-satunya calon dari Malaysia. Malah Singapura mempunyai 5 perwakilan manakala Hong Kong mempunyai 2.Apabila ditanya apakah kualiti yang perlu ada pada wanita dalam pusingan soal jawab, dia menjawab semua wanita harus mempunyai kualiti kepimpinan. Jawapannya mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Walaupun kurang sihat dan telah muntah di belakang pentas semasa pusingan akhir pertandingan yang mencabar itu, dia diumumkan sebagai salah satu daripada lima penyudah teratas. Dia berjaya menahan diri dan bercakap tentang unsur air, menekankan bahawa 70% daripada bumi adalah diliputi oleh air. Kebetulan juga dia telah menyampaikan cenderahati berunsur air kepada semua perwakilan. Malah video pertandingannya adalah berdasarkan unsur air.

Tidak mengejutkan, Reshma telah dipilih dan dinobatkan sebagai Mrs India Worldwide Water 2024, menyebabkan keluarganya menyorak dalam keterujaan dan kegembiraan atas pencapaiannya yang menakjubkan di pentas dunia.

Gelaran utama Mrs India Worldwide Earth 2024 dimenangi oleh Mousumi Sinha Dutta, dari Amsterdam.

“Saya sangat bangga dan gembira kerana bekerja keras dan memenangi dua gelaran berprestij ini dan satu gelaran subsidiari untuk negara saya. Mewakili Malaysia di pentas antarabangsa adalah penghormatan besar,” kongsi Reshma yang teruja.”

“Cabaran terbesar saya sepanjang pertandingan ialah mempelajari cara melibatkan diri di media sosial, mempelajari bahasa Hindi untuk memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik dengan penganjur dan perwakilan lain, menguruskan masa saya dan mengatasi kekurangan tidur,” tambahnya.

“Saya telah membuat 100 kenalan dari 42 negara semasa di sana, semua wanita berbakat, yang banyak mengajar saya sepanjang pertandingan itu. Mereka datang dari semua lapisan masyarakat, agama, pelbagai etnik India, gaya hidup, umur dan profesion. Malah seorang nenek kepada dua cucu bertanding bersama. Saya benar-benar menundukkan kepala saya kepada mereka,” tambah lagi Reshma.

“Saya menikmati lawatan saya ke Dubai. Ia adalah bandar yang sangat indah dan selamat, terutamanya untuk wanita. Tiada siapa yang akan mengganggu anda di mana-mana sahaja anda melancong di bandar itu. Orang mereka peramah. Semua perwakilan juga mesra tidak kira dari mana mereka datang. Kami seronok menikmati Dubai chai dan berkongsi teh. Saya juga melihat mini Kerala di Dubai dengan ramai suku kaum Malayalee menjalankan perniagaan mereka. Ia benar-benar pengalaman yang menakjubkan melawat bandar ini dan untuk berada di dalam pertandingan yang mencabar tetapi bermakna ini,” sambung Reshma.

“Apabila saya berada di sana, saya sentiasa bercakap tentang perpaduan Malaysia dan menggalakkan rakan-rakan perwakilan untuk melawat Malaysia,” kata Reshma dengan bangganya.

“Saya sentiasa bercakap dengan orang secara sopan ketika berada di Dubai. Ia sentiasa memukau mereka, lebih-lebih lagi apabila saya memberi mereka salam kebangsaan kita. Saya juga meminta CEO pertandingan itu untuk melakukan perkara yang sama. Semua orang mengagumi cara rakyat Malaysia menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain,” tutup Reshma dengan gembira.

Reshma benar-benar rasa diperkasa daripada keseluruhan pengalamannya di Dubai. Dia berhasrat untuk memberi tumpuan kepada keluarganya terlebih dahulu. Dengan dua gelaran utama dalam tangannya, Reshma juga ingin untuk membuka rumah amal untuk gadis yang kurang bernasib baik. Beliau juga berhasrat untuk membantu wanita yang menghadapi kemurungan dan mereka yang berhasrat membunuh diri. Dia ingin membawa mereka ke kehidupan yang lebih baik dan lebih positif.Mesej terakhirnya adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada semua lelaki yang menghormati dan melayan isteri mereka sebagai ratu.

Check Also

International Fashion Runway 2024: Satu Sambutan Spektakuler Fesyen Global dan Warisan Budaya

International Fashion Runway (IFR) 2024, yang dianjurkan oleh International Celebrity Pageant Group Sdn. Bhd. dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *