Waris Dunia Moden Alexander Shorokhoff Raikan Ulang Tahun Ke 20

Mr Alexander Shorokhov Bersama Red Army Watches Malaysia team

Alexander Shorokhov berbesar hati membawa rekaan hidupnya, setelah hampir 20 tahun kejuruteraannya dipilih oleh sekumpulan bakat muda dari  Rusia untuk mempelajari pasaran bebas di Frankfurt khasnya dan juga industri  di serata Jerman umumnya.

Kelangsungan daripada kejayaan Alexander menjadikan label ini cukup meluas sebagai pembekal jam tangan disegani Rusia dan Eropah Barat sebelum menjadi perhatian bersama teknologi pendail masa di bawah koleksi milik jenama Poljot-International.

Selepas berjaya mencipta nama dan peluang sebagai pembikin jam tangan, dia juga berjaya menggabungkan elemen terkini dalam pembikinan jam tangan yang dihasilkan mengikut rekaan berteknologi tinggi meskipun dalam berhadapan dengan saingan jam mekanikal dari Switzerland yang mendominasi pasaran.

Pada tahun 2003, pembikin jam tangan bergaya ini telah memberi komen terhadap status dunia pembuatan jam tangan dengan meletakan namanya sebagai jenama jam tangan berkenaan yang telah menjadikan komposer Rusia terkenal, Rchaikovsky berminat untuk melahirkan koleksi bersejarahnya.

Dalam majlis penuh selesa di Restoran Sassorosso di ibu negara, Alexander Shorokhov telah turun padang dan bertemu dengan wakil media di Kuala Lumpur. Momen indah itu merupakan detik paling bermakna, apatah lagi sukar untuk melihat pencipta jam tangan itu sendiri bersalaman dan menerangkan serba sedikit berkenaan jam tangan rekaannya dan juga keistimewaannya menerusi koleksi Avant Garde dan Heritage Collection.

Alexander telah terbang ke Kuala Lumpur dari kawasan indah Alsenau, iaitu bandar lama berusia 600 tahun berhampiran Frankfurt yang telah menjadi kediaman pilihannya sempena ulang tahun ke-20 berkenaan.

Selepas selesainya ucapan pembukaan daripada pengacara majlis, Xavier Mah dan juga tidak ketinggalan sepatah dua patah daripada Pengarah Eksekutif Red Army Watches Malaysia, Soemantri Kusumadi, tayangan video bercerita tengan sejarah jenama berkenaan disiarkan. Tayangan video itu menceritakan  keistimewaan, inovasi serta proses rekaan jam tangan berkenaan sehingga menjadi bualan hangat.

Sebagai peruncit yang membawa rekaan Shorokhoff, Red Army Watches dalam masa yang sama memperkenalkan kepelbagaian pilihan tertentu lagi istimewa dalam industri pembuatan jam tangan.

“Sememangnya kami amat berbesar hati membawa Alexander ke sini. Jenama ini telah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Red Army Watches dan kami berpandangan ke hadapan untuk meneruskan kerjasama pada masa akan datang, terutama sekali dalam memperkenalkan rekaan terkini daripada pembikin jam tangan terbaik ini,” kata Kusumadi.

Dalam majlis berkenaan juga, Alexander turut menerangkan mengapa dia memilih Peter Tchaikovky, Leo Tolstoi, Fedor Dostoevsky dan Alexander Pushkin dalam merealisasikan koleksi Heritage Series miliknya itu.

Mr. Alexander Shorokhov

Menurutnya, Tolstoi mewakili rekaan jam tangan yang mempunyai kepingan emas yang dikenali sebagai skeletonized chronograph, manakala Dostoevsky pula merupakan kesempurnaan bak seorang penyair. Diikuti rekaan penggera klasik terbaik milik Tchaikovsky dan Pushkin pula memperkenalkan hiasan tangan untuk wanita yang memiliki butang pemusing halus dan kerdipan berlian di tengah-tengahnya.

“Saya hanya membawa yang terbaik daripada lagenda kegemaran ramai Rusia ini. Ini merupakan penghormatan kepada asal usul saya, walaupun sejak kami memindahkan pasukan dan proses pengilangan kami ke Jerman. Walaubagaimanapun, setiap satu jam tangan dibuat dengan menggunakan kepakaran tertinggi dari Jerman. Koleksi ini memberi makna tersendiri kepada penjenamaan Alexander Shorokhoff dan juga bagi menghormati kepada sesiapa saja yang hadir sebelum kewujudan kami,” katanya berjenaka.

“Perjalananan kami dalam seni pembuatan jam tangan tentunya sangat menarik. Setiap satu jam tangan memberi makna tersendiri kepada si pemakai. Ianya merupakan kebijaksanaan kami dan tentunya kami mahukan sesuatu hasil yang boleh dibanggakan.

“Jadi saya menyerlah kesempurnaan kualiti dan persamaan dalam rekaan jam tangan kami. Itulah kunci utama dalam pencapaian kejayaan kami,” katanya Alexander.

Kepada  pengumpul jam tangan yang tegar, Red Army Watches telah menghadiahkan setiap tetamu dengan bekas jam tangan yang diperbuat daripada kulit rekaan J. Myers Company.

Bagi melengkapkan lagi majlis  berkenaan, seorang individu bertuah telah dipilih untuk membawa pulang seutas jam tangan Alexander Shorokhoff untuk menghiasi pergelangan tangannya.

Untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini, sertai facebook Red Army Watches di redarmywatchesmalaysia.

Check Also

3 SELEBRITI ANTARA 18 USAHAWAN WANITA BERPENGARUH MALAYSIA DIIKTIRAF DI MAJLIS MIWE 2024

Majlis Pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *