Tuesday , May 17 2022

WIRDORA Lancar Outlet Ketiga di IOI Mall Putrajaya

Wirdora telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan outlet ketiganya di IOl Mall Putrajaya sekaligus menjadikan outlet ini yang terbesar sekali dengan keluasan 370 kaki persegi. Sebelum ini Wirdora telah berjaya membuka tiga cawangan iaitu di KLCC, KL East Mall dan terbaru sekali di IOI Mall, Putrajaya selain memiliki Ibu Pejabat (HQ) di Ampang Jaya, Selangor,

Menurut pengasasnya, Wirdalina Tauhed, pembukaan outlet di sini adalah kerana kerana lokasinya yang strategik dan serta menjadi tumpuan pelanggan. Terletak di Level 1 unit 74, outlet Wirdora ini berkonsepkan elegan dan moden selari dengan imej produk yang mengetengahkan eleman eksklusif dan premium.

“Sejurus dengan pembukaan outlet Wirdora di IOI Mall Putrajaya,maka seterusnya perancangan kami adalah untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara. Pada tahun ini, saya dan suami nekad untuk membuka outlet di sini kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan utk mengadakan butik fizikal sekitar sini.

“Kebanyakan pelanggan kami suka melihat produk secara fizikal. Ini kerana produk kami seperti aksesori wanita yang lain di mana mereka suka membelek dan mencuba sendiri produk tersebut. Kami percaya kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Alhamdulillah, maka, tertubuhlah Wirdora di sini.

Memiliki suasana outlet yang kemas dan Selesa, outlet Wirdora ini menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk menarik bermula pada harga RM10 hinggalah RM500. Seleksi rangkaian di sini termasuklah kerongsang, peniti skaf, tudung bawal dan shawl, pelitup muka, stokin tangan dan inner hijab, butang baju melayu, tas kerongsang dan banyak lagi.

Sempena pembukaan outlet ini, Wirdor turut menawarkan pelbagai promosi termasuklah potongan diskaun dan hadiah menarik buat pelanggannya.

Wirdora telah ditubuhkan pada Mei 2017 di bawah pengasasnya iaitu Wirdalina Tauhed dan kini diusahakan bersama suaminya, Khairool Anwar Laksama. Minat beliau yang mendalam dalam bidang bisnes dan fesyen maka tertubuhnya Wirdora yang menawarkan pelbagai jenis aksesori fesyen muslimah terutamanya kerongsang dan peniti tudung bagi wanita yang memeniingkan penampilan bergaya,eksklusif dan mewah.

Selain menjual aksesori hijab, Wirdora turut memperkenalkan rangkaian lain termasuklah tudung, butang baju melayu pelitup muka, stokin lengan, dan lain-iain lagi. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web kami www.wirdora com atau serta kami sebagai stokis, ejen atau dropship dengan menghubungi di talian 018-2724897

 

Check Also

YAYASAN USAHAWAN MALAYSIA Memberi Penghormatan Kepada 27 Usahawan Termasuk SYATILLA MELVIN & SHAHEIZY

Yayasan Usahawan Malaysia telah berjaya menganjurkan SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) 2022 Edisi Utara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.