XALF Perkenalkan Sepatu Wanita Bespoke

Pencipta XALF, jenama sepatu bespoke dalam talian, telah menghasilkan Xpression dalam bentuk kasut tinggi yang boleh ditempah khas mengikut keperluan wanita moden. Sebuah majlis sofistikated dianjurkan bagi memperkenalkan jenama itu dan Bentley Gallery Pavilion KL yang disuntik elemen jazz merupakan lokasi paling cocok bagi meraikan tujuan berkenaan.

Menarik para jemputan lebih jauh ke dalam dunia Xpression, Xavier turut memperkenalkan pereka Alfred Hor – yang mengucapkan terima kasih atas kehadiran tetamu dan memberikan penjelasan beliau mengenai proses rumit yang terlibat dalam pembuatan setiap peep-toe, tumit tinggi bertali dan platform tinggi tempahan khas yang unik. Sepatu yang pertama seumpanya itu juga boleh diubahsuai dan pelanggan boleh memilih aksesori sendiri untuk diletakkan pada permukaan tumit.

Aspek menarik jenama kelahiran tempatan XALF Design terletak pada butik virtual yang menawarkan pilihan ubahsuai mengikut citarasa dan selera individu. Gaya klasik diberi nafas baru dengan sentuhan moden, dan setiap satunya menyaksikan penghargaan terhadap seni warisan serta perhatian terperinci.

Setiap rekaan Xpression adalah direka dan dihias khas mengikut citarasa semua yang mengunjungi laman web (xalfdesign.com) atau menghubungi kami untuk temujanji,” katanya lagi. “Perkhidmatan berorientasikan pelanggan juga akan memastikan anda menikmati hasil pembuatan tangan vintaj (dengan kulit anak lembu asli) dan estetika elit untuk keselesaan sempurna hanya untuk anda. Ini adalah rekaan kami yang paling membanggakan.”

Kesempurnaan malam Disember bagi label baru yang mewah itu digemilangkan lagi dengan persembahan fesyen berinspirasikan Xpression membawakan barisan wanita-wanita hebat tanah air antaranya Datuk Yasmin Yusuff, Dato’ Ruby Khong, Mizz Nina, Dynas Mokhtar, Datin Reiss Tiara, Thanuja Ananthan, Debbie Goh, Chris Tong, Cecilia Yong, Elianna, Cassandra Patrick, Dian Sharlin dan Beatrice Au.

Keselesaan jelas ketara apabila mereka memperagakannya di pentas sambil menggayakan dandanan rambut istimewa oleh Backstage Academy. Mereka kelihatan bergembira sambil menonjolkan rekaan bespoke Xpression dengan sentuhan tersendiri yang meningkatkan lagi personaliti dan gaya individu masing-masing, dengan sebahagiannya diselubungi rekaan terpilih daripada Australia, Katelyn Aslett.

[nggallery id=124]

Check Also

Public Bank Mengambil Alih LPI Capital, Keluarga Teh Perkemas Kedudukan Ekuiti

Public Bank Berhad hari ini mengumumkan langkah strategik untuk mengambil alih kepentingan mengawal dalam LPI …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *