Saturday , February 24 2024

XPDC Bakal Gegarkan Sepang 26 April 2014

XPDC bersama penganjur

Genap sudah 15 tahun “Konsert Raksaksa XPDC Brutal” berlalu.  Pada 11 April 1998, bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur, kumpulan XPDC telah membuat persembahan di hadapan  lebih dari 13,000 peminat dengan cara yang tersendiri.

Kini, XPDC sekali lagi bakal menggegarkan pentas dengan Konsert ‘RETURN OF ROCK XPDC LIVE IN CONCERT 2014’ bertempat di LITAR ANTARABANGSA SEPANG PADA 26 APRIL 2014 sekali gus akan mengubat rindu jutaan peminat muzik rock tanahair.

Band Rock yang lebih dikenali sebagai ‘Raja Funfair’ suatu ketika dahulu mula membina empayar rock pada penghujung tahun 80-an dan akan mengembalikan ingatan khalayak terhadap zaman kegemilangan tersebut dengan cara yang unik dan tersendiri dalam konsert ini nanti.

XPDC pose 3

XPDC – satu nama yang besar di dalam industry muzik tanahair, kini diterajui oleh Mael (vocal), Izo (gitar) dan Amy (drum). Manakala Eddie pula bertindak sebagai pemain bass undangan sempena konsert ini.

Konsert yang bakal berlangsung bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam ini dibawa oleh ‘Return Of Rock” dan dijayakan bersama ‘SNF Racing’ iaitu satu acara permotoran tempatan yang mula mengisi minat masyarakat Malaysia hari ini.

Sempena 25 tahun XPDC berada dalam persada seni tanahair, Life Records iaitu syarikat rakaman yang menaungi  XPDC turut menerbitkan sebuah album kompilasi  yang mengandungi 24 buah lagu terbaik dan popular XPDC serta sebuah lagu terbaru XPDC yang berjudul KHILAF. Lagu ciptaan IZO XPDC dan liriknya dinukilkan oleh  Zul Hamat iaitu salah seorang juri Pencetus Ummah ini telah ditonton lebih dari 220 ribu tontonan selepas 4 bulan di upload di youtube http://www.youtube.com/watch?v=aYx3lvsisJo manakala Official Muzik Video nya telah ditonton lebih dari 25 ribu selepas 2 bulan di upload di youtube http://www.youtube.com/watch?v=owSGtWu_3rw  .

Webpage-Banner

Album yang berharga hanya RM25.90 ini turut dijual semasa konsert ini berlangsung nanti.

Tiket boleh dibeli secara online di www.myticket.my atau di semua cawangan rock corner. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi http://www.facebook.com/RORevent   atau  hubungi talian 017-3889555. Untuk Pre-Sale, harga hanya RM48 sahaja manakala RM68 semasa Door Sale.

Check Also

Kisah Tiga Sahabat Dalam MONEY NO ENOUGH 3

Wang tidak pernah cukup! Kisah MONEY NO ENOUGH 3 mengisahkan tentang tiga sahabat baik dari …

8 comments

  1. as,skum.. power xpdc di sepang,ada xkuar album live disepang,bila nak kuar album baaaru,bila nak buat konsert di ipoh,bersama-sama kumpulan teja sofea/syj amuk?

  2. as,skum.. power xpdc di sepang,ada xkuar album live disepang,bila nak kuar album baaaru,bila nak buat konsert di ipoh,bersama-sama kumpulan teja sofea/syj amuk?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *