Yana Samsudin & Fadzil Zahari Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

20-Yana-Samsudin-Dan-Fadzil-Zahari-Selamat-Bergelar-Suami-Isteri-ROTIKAYA1-1000x663

Dengan sekali lafaz, Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2013), Yana Samsudin sah bergelar isteri kepada adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari.

Majlis pernikahan berlangsung sebentar tadi di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Johor. Majlis itu berlangsung secara sederhana dihadiri keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan teman wartawan.

Pasangan itu dinikahkan Imam Shamsul Rizalaris Abd Hamid dari Masjid Jamek Yong Peng selain dihadiri teman artis seperti Erra Fazira dan Shaheizy Sam.

08-Yana-Samsudin-Dan-Fadzil-Zahari-Selamat-Bergelar-Suami-Isteri-ROTIKAYA-1000x663

Pengantin perempuan yang anggun dengan persalinan Bianco Mimosa menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 berserta lima dulang hantaran yang berbalas tujuh untuk pihak lelaki. Yana turut menerima wang hantaran sebanyak RM50,000.

Pelakon yang cukup dikenali dengan watak Wawa Semput itu mula mengenali Fadzil pada 2009. Fadzil menghantar rombongan meminang pada 14 Disember lalu dan pernah datang merisik pada 16 September 2010.

Esok pasangan sama padan ini akan diraikan di Dataran Gemilang Yong Peng. Pada majlis nikah itu, dekorasi dan hantaran disempurnakan oleh Flair Design manakala perunding perkahwinan dan penyelaras majlis diketuai Zuhairry Zainal.

Sumber : Berita Harian,MalaysianDigest

Kredit Photo : Project Two PI,Rotikaya

Check Also

MEISKA ADINDA MENSAJIKAN LAGU ‘DURSILA’ UNTUK OST DRAMA MALANG SI PUTERIMEISKA ADINDA

Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *