SO Staff

‘Around The World Concert With Mizz Nina’ Pada 18 Mei 2013

Mizz Nina bakal mengadakan konsert solonya yang pertama pada 18 Mei 2013 ini di KL Live bermula jam 8.30 malam. Konsert ini akan berlangsung selama sejam.Konsert ini juga bakal menampilkan Jay Park, Teh Tarik Crew dan Noh Salleh. Raja Malek bakal mereka bentuk pentas untuk konsert ini dan Genervie Kam pula sebagai muzik direktor.

Tiket-tiket sudah mula dijual di jual di redtix.airasia.com dan juga di Rock Corner serta Victoria Music Outlets.

 

Detail:

Tarikh :18 Mei 2013

Jam : 8.30 malam ( 7.30 malam pintu mula dibuka)

Tempat : KL LIve

Tiket : RM70 ( Limited untuk Pre-Sale release sahaja. Mula dijual pada 17 April 2013)

              RM100 (General dan di pintu masuk)

 

*credit photo ~ Todak Merah

 

 

Rockawayfest Showcase Announces Change of Venue and the Addition of Local Headliner

With a week to go to the first Rockawayfest Showcase of 2013, Livescape announces the change of concert venue. The special showcase featuring American bands, Coheed and Cambria with special guests Circa Survive will now move from KL Live to the Bentley Music Auditorium in Mutiara Damansara, Petaling Jaya. “We’ve decided to move to a more intimate venue to bring both bands closer to their fans and the Bentley Music Auditorium is also engineered for better acoustics which we are certain the punters will cherish”, said Rahul Kukreja, Director of LIVE Events for Livescape.

In line with their mission of highlighting local talents, Livescape has added Malaysia’s post-hard-core phenomenon, Tres Empre into the line-up. “We are very excited to have Macbeth Footwear and one of their endorsees TRES EMPRE opening up for the show, we had them up on stage at Rockaway 2011 and since then, the band has gained a strong fan base. They will also be releasing their album later in the year,” he continues.

Since their inception in late 2010, Tres Empre have evolved from being a post-hard-core band to a fluid, dynamic, melodic group that adeptly blends catchy melody, charged rhythmic guitars and ambient moods. In April 2011, the band released their single called, ‘Defiance’, followed up by their sold-out debut EP entitled Division Of Dreamers in 2012. These fine lads are currently working on their first full-length album, which is scheduled for release at the end of 2013.This show is the fourth Rockawayfest Showcase organized by Livescape and it is their first collaboration with Singapore’s, LAMC Productions. The showcases are smaller scale gigs, which lead up to the finale, Rockaway Festival 2013. Pre-sale tickets at RM120 are still available via AirAsia Redtix and its participating outlets Rock Corner and Victoria Music Centre until 23 April 2013. On concert day, tickets can be bought at the price of RM170.

New York progressive rockers Coheed AND Cambria are touring in their epic two-part, release The Afterman while Circa Survive are out and about promoting their latest album, Violent Waves. Last October, Coheed and Cambria released the latest instalment of their career-spanning Amory Wars saga with Ascension, the first part of their double album The Afterman. Part two of the album, Descension, which made its debut on the 5th of February. Violent Waves is the fourth studio album by Circa Survive and it was released late last year. The album was recorded in a span of a week and proudly produced by the band.

Updated Details:

Date: 24th April 2013

Time: Doors open at 7pm, Show starts at 8pm

Venue: Bentley Music Auditorium, Wisma Bentley, 3, Jln PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Ticket Prices: RM120 (pre-sale) and RM170 (at the door)

Tonton Rancangan PRU-13 Di TV,Digital, Radio & Media Cetak Media Prima

Peluang menyaksikan salah satu acara paling bersejarah dalam negara ini cukup bermakna dan pastinya menjadi satu pengalaman menarik buat semua rakyat Malaysia.Daripada pengumuman tarikh pilihan raya umum, kepada kempen besar-besaran yang dilakukan semua parti bertanding, sehinggalah kepada hari kemuncak pengundian di mana semua rakyat Malaysia layak menentukan hak mereka, tiada yang lebih baik daripada berada di negara tercinta sendiri.Oleh sebab itu, Media Prima Berhad hadir dengan rancangan komprehensif untuk orang ramai dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat sebaik mungkin bersempena dengan kedatangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menerusi media cetak (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), rangkaian televisyen (TV3, ntv7, 8TV dan TV9) dan juga platform media digital (Media Prima Digital) Media Prima Berhad, beberapa program khas dan laporan berkaitan PRU-13 akan ditawarkan. Dikendalikan wartawan tersohor seperti Datuk Johan Jaafar, Datuk Ahmad Bin A. Talib, Dato’ Manja Ismail serta personaliti TV seperti Raymond Goh, Sheahnee Iman Lee, Praevitriana Yul dan Zainal Ariffin Ismail, program-program ini akan mengenengahkan permasalahan serta mencari penyelesaian kepada segala isu dan persoalan orang ramai.

MyUndi merupakan produk Media Prima Digital  dengan kerjasama rangkaian televisyen Media Prima dan New Straits Times Press (M) di mana portal ini (www.myundi.com.my) membawakan berita terkini dari tiga akhbar utama iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times. Laman ini turut memaparkan analisis, perbincangan serta laporan terkini mengenai PRU-13 dari TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Boleh diakses menerusi 3 bahasa; Melayu, Inggeris dan Mandarin, keputusan PRU-12 yang lepas  juga boleh didapati selain maklumat berkenaan calon yang bertanding.

Aplikasi ‘Live Streaming’ pada portal MyUndi pula membawa penonton ke lokasi-lokasi ‘panas’ yang dijangka sengit pada PRU kali ini. Pada 10 April yang lalu, MyUndi telah berjaya membawakan siaran langsung pengumuman tarikh PRU-13 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Hari yang sama juga pada jam 11.00 malam, program TV3, Soal Jawab bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad juga dapat ditonton secara langsung menerusi portal MyUndi. Sepanjang tempoh pengundian, MyUndi akan membawakan lebih banyak program secara langsung serta perkembangan terkini dari semua stesen TV dan akhbar secara global.

Rangkaian media cetak Media Prima Berhad – New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro – juga turut bekerjasama dalam membawakan informasi berkaitan pilihan raya. Antara inisiatif yang telah diambil adalah mengedarkan BH Petang secara percuma yang mengandungi berita utama dan gambar sekitar musim pilihan raya serta perbincangan khas bersama Majlis Profesor Negara oleh Berita Harian yang membawakan topik menarik sepanjang pilihan raya sejak Februari lalu.

New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro juga akan mempromosikan kesemua platform digital oleh Media Prima Berhad. Harian Metro turut memperkasakan saluran MY Metro TV dengan mengundang tetamu khas untuk berdiskusi tentang topik menarik berkaitan PRU-13 di mana inisiatif itu dimulakan sejak 11 April lalu dan dijangkakan bakal diteruskan sepanjang musim pilihan raya ini.

Bagi memulakan kehangatan demam PRU-13, TV3 telah membuka tirai menerusi Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang disiarkan secara langsung pada 6 April 2013 jam 8.30 malam diikuti program Soal Jawab Khas, sebuah program bual bicara yang membincangkan isu berkaitan sosiopolitik, dalam dan luar negara pada 8 April 2013 dimana Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir sebagai tetamu istimewa.

TV3 juga akan mewujudkan rancangan tambahan selama sejam diberi nama ‘Mandat 2013’ yang akan disiarkan sebaik sahaja ‘Buletin Utama’ tamat pada jam 9.00 malam bagi membicarakan isu-isu berkaitan politik dan pilihan raya bermula 20 April sehingga 4 Mei 2013.

Namun pada tarikh penamaan calon (20 April), TV3 akan menyiarkan Mandat 2013 secara langsung dan dihoskan oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar, Datuk Ahmad A. Talib (Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial) dan Dato’ Manja Ismail (Editor Kumpulan Rangkaian Berita dan Radio, Media Prima Berhad). Pada hari mengundi (5 Mei) Mandat 2013 akan bersiaran seawal jam 6 petang di mana personaliti TV seperti Norliza Mohd Zin, Saiful Nizam Ismail, Izwan Azir Salleh, Meor Malik Raiyani, Azura Zainal Ratin dan Nasharuddin Tajuddin akan memberi laporan terkini dari semasa ke semasa.

ntv7 juga turut memenuhi kehendak penonton sasarannya dengan slogan Saluran Pilihan Raya 2013 Anda, dalam memberikan informasi mengenai PRU-13, di mana program-program menarik seperti ‘Malaysia Votes GE13’ dan ‘Viewpoints@7’ akan bersiaran.Dihoskan oleh Praevitriana Yul, Sheahnee Iman Lee, Jasmine Abu Bakar, Tan Chung Han, Raymond Goh dan Anita Woo, ‘Malaysia Votes GE13’ akan bersiaran pada 5 Mei bagi membawakan keputusan pilihan raya dan maklumat mutakhir serta pengumuman pucuk pimpinan kerajaan baru nanti. Manakala pengacara berpengalaman dan merupakan bekas pengamal perhubungan awam, Hamdan Ahmir pula mengelolakan rancangan temubual setengah jam, Viewpoints@7 yang membincangkan isu berkaitan situasi politik tempatan sempena PRU-13.

Rancangan ini dirakamkan secara siaran langsung dan disiarkan pada hari yang sama. Rancangan istimewa ini telah bersiaran sejak 16 Februari dan akan ke udara setiap minggu sehingga hari pencalonan. Dan kemudian akan bersiaran setiap hari sehingga hari pilihan raya. Viewpoints@7 akan mengundang tetamu daripada latar belakang berbeza ke studio bagi membincangkan topik pilihan dalam setiap episod.

Untuk TV9 pula, Chat PRU13 akan memaparkan dan memperkenalkan calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13. Program ini akan mula bersiaran pada 20 April jam 10.30 malam setiap hari sebanyak 15 episod sehingga 4 Mei. Program ini akan dihoskan oleh Syed Mohd Khair @ Arab bersama Azura Abu Samah dimana lebih memfokuskan kepada pembabitan golongan muda dalam pilihan raya pada tahun ini disamping memperkenalkan beberapa wajah baru yang bakal bertanding di beberapa kawasan undian PRU13.  Penonton juga boleh mendapatkan informasi lanjut mengenai Chat PRU13 melalui laman sosial yang dibuat khas bersempena PRU-13 pada tahun ini, iaitu Facebook www.facebook.com/chatPRU13@tv9, Twitter dan Instagram (chatPRU13@tv9).

TV9 juga akan menyiarkan program bual bicara yang akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai  semua keputusan PRU13 sepanjang tempoh pengundian. Program ‘Malam PRU’ ini akan dihoskan oleh pengacara berkaliber seperti  Zainal Ariffin Ismail, Amin Hayat Abdul Rahim, Syed Mohd Khair, Azura Abu Samah, Zuhairah Mustafa Al-Husin dan Luqman Hakim Abdul Malik. Sedikit kelainan yang ingin dipaparkan menerusi Malam PRU13 ini, di mana bilangan undian atau calon bagi setiap kerusi yang dipertandingkan akan dipaparkan disamping penonton dihiburkan dengan topik-topik menarik yang akan dibincangkan oleh pengacara berpengalaman dan juga persembahan nyanyian daripada penyanyi dan pemuzik jemputan secara langsung yang bersiaran dari Sri Pentas.  Malam PRU akan bersiaran pada 5 Mei, jam 8.00 malam.

8TV juga tidak terkecuali dalam membawakan liputan khas secara langsung pada hari Pilihan Raya menerusi 8TV Mandarin News “General Election-13 Special” bermula 7.00 petang sehinggalah keputusan parti yang menang diumumkan. Meraikan semangat kerjasama, pasukan berita dan hal ehwal semasa, Mandarin 7 bakal bersama 8TV Mandarin News dalam menghasilkan liputan khas besar-besaran. Edisi berita ini akan dihoskan penyampai berita ntv7 & 8TV seperti Tan Jia Yong, Liew Li Li, Chew Siew Yeong, Owen Yap, Lee Siad Huey dan Tan Ley Teng.

Dalam pada itu, usaha Media Prima Berhad dalam menawarkan liputan eksklusif, berinformasi dan pantas kepada para penontonnya bersempena Pilihan Raya Umum ke-13 ini membuktikan bahawa Media Prima merupakan satu-satunya syarikat media bersepadu yang menawarkan maklumat menyeluruh menerusi media cetak, rangkaian stesen televisyen dan radio serta media digital kepada rakyat Malaysia. Langkah agresif Media Prima Berhad ini adalah untuk memastikan orang ramai menerima sebanyak maklumat yang mereka inginkan dan mendapat informasi terkini dengan kehadiran Pilihan Raya ke 13 dijangkakan bakal menarik minat dan menjadi tumpuan orang ramai.

RANCANGAN-RANCANGAN PRU-13 DI MEDIA PRIMA:

TV3

Mandat 2013 – 20 April – 4 Mei (9.00 malam) dan 5 Mei (bermula 6.00 petang)
Pengacara: Datuk Johan Jaaffar, Datuk Ahmad A. Talib dan Dato’ Manja Ismail

Laporan siaran langsung dari PWTC oleh Norliza Mohd Zin, Saiful Nizam Ismail, Izwan Azir Salleh, Meor Malik Raiyani, Azura Zainal Ratin dan Nasharudin Tajuddin

ntv7

Malaysia Votes GE13 – 5 Mei (bermula 6.00 petang)
Pengacara: Praevitriana Yul, Sheahnee Iman Lee, Jasmine Abu Bakar, Tan Chung Han, Raymond Goh and Anita Woo

Viewpoints@7 – setiap Sabtu, jam 11.00 malam (sebelum Hari Pencalonan), setiap hari pada jam 12.00 tengah malam (selepas Hari Pencalonan sehingga tarikh Pilihan Raya)

Pengacara: Hamdan Ahmir

8TV

8TV Mandarin News “General Election-13 Special” (bermula 7.00 petang)
Pengacara: Tan Jia Yong, Liew Li Li, Chew Siew Yeong, Lee Siad Huey, Owen Yap dan Tan Ley Teng,

TV9

Malam PRU – 5 Mei (8.00 malam)
Pengacara: Zainal Ariffin Ismail, Amin Hayat Abdul Rahim, Syed Mohd Khair, Azura Abu Samah, Zuhairah Mustafa Al-Husin and Luqman

Chat PRU 13@9 – 20 April sehingga 4 Mei 10.30 malam)
Pengacara Syed Muhammad Khair Syed Hussain @ Arab dan Norazura Abu Samah

Festival KakiSENI Pada 22 April – 1 Mei 2013 Di Pavilion KL

Pavilion KL akan dimeriahkan dengan sambutan seni yang terbesar pernah bertapak di tengah-tengah ibu kota Malaysia selama sepuluh hari bermula daripada 22 April sehingga 1 Mei 2013. Seramai 516 orang penggiat seni tempatan dan antarabangsa akan meninggalkan jejak seni di segenap pelosok Pavilion dengan pelbagai persembahan pentas, aktiviti jalanan dan forum perbincangan seni.

Pengurus teater terkenal, Moo Siew Keh dan Ben Cutler akan mengkuratorkan beberapa persembahan pentas penggiat-penggiat teater terkenal. Moonshine dan The Wknd akan mengendalikan pentas muzik yang bakal menampilkan pemuzik-pemuzik tempatan di antaranya adalah The Impatient Sisters, Az Samad, Arabyrd, Amir Jahari, They Will Kill Us All dan ramai lagi.12 buah karya-karya seni oleh Stephen Menon, Liu Cheng Hua, Donald Abraham, Louise Low dan ramai lagi akan dipamerkan sekitar gedung tersebut. Seni visual ini akan dikuratorkan oleh Sharmin Parameswaran dari Galeri Interpr8.

Forum-forum di bawah Kata Tindak Seni bakal membawa penggiat-penggiat seni profesional, pakar dan pengkritik seni dari rantau ini bersama untuk membincangkan cara-cara mengembalikan kegemilangan seni persembahan di Malaysia.Pentas antarabangsa akan menyaksikan Joe Bone dan Ben Roe berganding bahu bagi satu persembahan noir epik muzikal. Pentas ini juga akan menampilkan koreografer terkenal Marcos Morau dan pelawak profesional Carlo Jacucci.

Pada 28 April, Festival KakiSENI akan berarak dari Pavilion KL ke Bukit Bintang dengan deruman gendang Hands Percussions dimeriahkan dengan penari Butoh terkenal Nyoba Kan, pakar akrobatik berapi En La Lona, ASWARA dan ramai lagi.Festival KakiSENI ini juga bakal meraikan dan mengiktirafkan penggiat-penggiat seni persembahan tanahair terkemuka di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-10 yang akan bermula dengan Anugerah Teknikal pada 22 April dan malam Anugerah Seni BOH Cameronian yang ke-10 pada 1 Mei 2013.

Low Ngai Yuen selaku Ketua Kakiseni berkata, “Kami ingin mengingatkan semua orang kepada kepentingan nilai seni – dalam menimba pengalaman baru, membenarkan ekspresi kreatif dan sebagai kaedah utama dalam menumpaskan sempadan kepada kreativiti. Seni menyatukan semua orang. Kami juga ingin mempromosikan seni sebagai salah satu cabang perniagaan maka kesemua program yang dijalankan selama sepuluh hari ini bertujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat swasta. Ini merupakan satu sambungan daripada Ujibakat Backers yang kami adakan di Kuala Lumpur tahun lepas.”

Untuk maklumat lanjut, layari http://festival.kakiseni.com

Sajian Dalam Kegelapan Bersama Simplot

Syarikat penanam, pembuat dan pembekal kentang terkemuka dunia, Simplot, telah menganjurkan majlis jamuan istimewa dalam keadaan bergelap untuk para wakil media bertempat di restoran Dining in the Dark KL di Changkat Bukit Bintang, menampilkan menu istimewa Simplot Popcorn Hashbrown.

Para wakil media telah dihidangkan dengan makan malam empat sajian yang lazat, bermula dengan aperitif untuk menghangatkan suasana. Makan malam dimulakan dengan tiga jenis pembuka selera yang terdiri daripada Simplot Popcorn Hashbrown. Para tetamu perlu menggunakan deria mereka dengan sepenuhnya selain peralatan makanan secara berhati-hati dalam kegelapan. Kakitangan restoran yang cacat penglihatan sentiasa bersedia untuk membantu memastikan pengalaman para tetamu menikmati hidangan dalam gelap berjalan dengan lancar.

Sajian utama menu mengandungi ‘popcorn hash brown’ dimasak dengan beberapa cara yang direka khas secara teliti. Oleh kerana ruang makan tidak mempunyai sebarang cahaya, para tetamu perlu bergantung pada deria rasa, bau dan sentuhan mereka untuk meneka makanan yang dimakan. Sajian berakhir dengan hidangan pencuci mulut yang enak.

Ong E-Laine, Pengurus Pemasaran Komersial Serantau Simplot Asia Tenggara berkata, “Kami gembira dapat menunjukkan pelbagai cara yang menarik bagi menyediakan Simplot Popcorn Hashbrown untuk keluarga dan sahabat anda melalui pengalaman gastronomi  yang unik ini.” Beliau seterusnya berkata, “Popcorn hash brown yang rangup dan bersaiz kecil ini bukan sahaja menjadi kudapan yang lazat, tetapi juga menjadi pilihan yang ideal untuk pelbagai cara masakan kerana tidak mengandungi sebarang  trans-fat, kolesterol, perasa tiruan atau bahan awet.”

“Kami di Dining in the Dark KL sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman sajian yang unik untuk para pelanggan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Simplot dan mencuba pelbagai cara untuk memasak dan menghidangkan hash brown selain daripada menggoreng,” kata Nicole Pua, pengurus Dining in the Dark KL.

Sebagai syarikat pertama yang menawarkan kentang goreng beku secara komersial pada akhir tahun 1940an dan sebagai antara pembekal perkhidmatan makanan beku yang terbesar di dunia, Simplot Malaysia merupakan pemilik 5 jenama produk di negara ini iaitu Leggo’s, John West,  Edgell, I&J dan Simplot. Untuk maklumat lanjut tentang Simplot, sila layari http://www.simplot.com.my/.

DAPHNE Kini Di Malaysia

DAPHNE, sebuah jenama kasut yang terkemuka dari Tanah Besar China telah bertapak di Malaysia melalui gedung utamanya di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Gedung terbaharu ini memperagakan koleksi kasut terbesar Musim Bunga/Panas 2013 dan beg yang menyerlahkan setiap wanita menjadi ikon gaya tersendirinya.Gedung utama tersebut direka khas untuk memaparkan konsep jenama DAPHNE yang menyerlahkan ‘approachable fashion’ kepada para pelanggannya. Gedung tersebut menggambarkan tenaga mesra, feminine, berinspirasi dan beramah melalui warna merah jambu yang sama dengan logo DAPHNE.

DAPHNE yang terletak di kawasan yang meliputi seluas 1,381 kaki persegi, mempunyai pelbagai bahagian yang menampilkan pelbagai koleksi kasut dari yang bergaya, untuk upacara khas seperti perkahwinan, parti kepada kasut klasik dan selesa serta beg-beg yang cukup bergaya dan menarik perhatian.

DAPHNE yang mewakili gaya dengan kualiti tinggi dan selesa dipakai direka khusus untuk memenuhi kehendak setiap wanita pada setiap masa. Berlandaskan kepada konsep jenama DAPHNE, terutamanya ‘Approachable’, ‘Enhanting’ dan pelbagai pilihan, DAPHNE akan memaparkan koleksi Musim Bunga/Panas 2013 yang direka khusus dengan kombinasi elemen fesyen dan gaya hidup untuk mencipta kasut bergaya yang mudah didapati oleh setiap wanita.

DAPHNE, pengeluar kasut terkemuka bangga dengan kepentingan yang diberikan terhadap setiap langkah dalam proses mereka kasut. Para pekerja yang merupakan tunjang belakang terhadap inovasi yang canggih terus menyediakan kasut yang selesa setanding dengan fesyen terkini kepada para pelanggan.

DAPHNE kini mempunyai lebih daripada 4000 peruncit yang tersebar di sekitar Tanah Besar China dan kini menuju ke pasaran antarabangsa. Para pelanggan yang mengunjungi DAPHNE akan dapat menikmati pengalaman membeli yang unik dan canggih ketika mereka membuat pilihan dari pelbagai jenis kasut dan beg yang direka khusus untuk memenuhi citarasa mereka.

Sensasi Dari Korea Kini Di KFC

KFC Malaysia sekali lagi berjaya mencipta kelainan tersendiri! Kini dengan KFC Spicy Korean Crunch, satu lagi tambahan hidangan terbaharu yang unik dalam penyediaan ayam goreng. Ia menampilkan campuran tujuh jenis cili dari seluruh dunia dan sos pedas istimewa dari Korea yang pasti memuaskan citarasa pelanggan yang bijaksana.

Apakah rahsia yang menjadikan KFC Spicy Korean Crunch begitu istimewa? Di samping ramuan perapan yang terdiri daripada adunan tujuh jenis cili dari seluruh dunia, ia turut disaluti sos pedas Korea sebaik selesai digoreng sebelum ditaburi bijan yang siap dibakar. Kombinasi ini menjadikan KFC Spicy Korean Crunch hidangan yang sungguh menyelerakan bagi citarasa rakyat Malaysia.

KFC Spicy Korean Crunch merupakan hidangan unik yang membolehkan pelanggan menikmati perisa Korea yang sensasi. Dengan tagline ‘Sensasi Dari Korea’, KFC Spicy Korean Crunch pasti akan memikat selera mereka yang sentiasa inginkan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain, termasuk golongan yang meminati segala-galanya dari Korea.

Bersempena promosi ini, KFC menawarkan 2-Spicy Korean Crunch Combos. 2-piece combo dan 3-piece combo ini masing-masing berharga RM12.30 dan RM15.50. Ia termasuk dua ketul ayam (2-piece combo) atau tiga ketul ayam (3-piece combo), salad kentang berjagung serba baru, wedges saiz biasa dan satu minuman berkarbonat saiz biasa. Pelanggan juga boleh menukar pesanan mereka daripada ayam Original Recipe kepada Spicy Korean Crunch dengan menambah RM0.20 bagi setiap ketul ayam.

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, usaha pengiklanan dan promosi bagi KFC Spicy Korean Crunch menerusi pengiklanan di TV, radio dan akhbar, pengiklanan di luar, bahan-bahan di pusat jualan dan menerusi media online/sosial. KFC Spicy Korean Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk jangka masa terhad iaitu selama dua bulan bermula 10 April 2013, selagi stok masih ada.

KFC juga merupakan penaja bersama “2013 Asia Super Showcase in Malaysia” menampilkan para selebriti K-Pop yang bakal diadakan pada 12 Mei 2013 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pizza Double Sensation Terbaru Daripada Pizza Hut

Pizza Hut telah melancarkan produk terbaru di seluruh negara, iaitu Pizza Double Sensation, khusus kepada pengemar piza untuk menikmati dua kali keseronokan dalam satu harga.Keunikan produk terbaru ini memberi pengalaman baru dalam menikmati piza kerana piza dua dalam satu ini mempunyai dua kerak berinti dan dua lapisan atasan yang berbeza di dalam satu piza.

Pertama, Pizza Double Sensation ini mempunyai gegelang keju cair dalam kerak berinti, yang lapisan atasnya pepperoni enak, lada benggala, dan cendawan dalam sos barbeku madu.Kedua, ia mempunyai gegelang sosej yang disaluti keju parmesan keemasan dihias atas kerak kedua dengan berinti rol ayam lembut, bawang berkaramel dan sos salsa.

Pizza Double Sensation ini berada di pasaran di seluruh restoran Pizza Hut dalam negara bermula daripada 11 April sehingga tempoh yang terhad.Piza bersaiz biasa berharga RM26.90, dan saiz besar berharga RM35.90. Bagi hidangan berkumpulan, set kombo bersama sup, garlic breadstix dan 7Up Revive berharga RM29.90 untuk dua orang dan daripada RM48.90 untuk empat orang.

Pengiklanan dan promosi bagi produk ini termasuk iklan di dalam televisyen, radio, iklan bercetak dan laman media sosial.

 

Siwon Choi Bantu Tingkatkan Pengguna LINE di Malaysia

LINE iaitu peneraju dunia perkhidmatan mesej telefon bimbit, mengumumkan matlamat untuk menggandakan bilangan penggunanya di Malaysia pada tahun ini. LINE akan terus melabur dan memperkembangkan bilangan komuniti pengguna tempatan melalui pelbagai jalinan usahasama dengan syarikat tempatan dan melaksanakan kempen pemasaran bersepadu  secara meluas yang akan menampilkan bintang dari Korea, Siwon Choi.

Sebagai permulaan kempen tempatannya yang pertama, LINE akan menayangkan iklan komersil TV tempatan yang dibintangi oleh Siwon Choi, penyanyi dan pelakon antarabangsa terkenal. Penggambaran iklan tersebut mengambil tempat di Tasik Ampang Hilir.Beliau sendiri hadir pada sidang media sebentar tadi serta memperkenalkan bilik ruangan maya dan avatarnya di LINE PLAY,perkhidmatan komunikasi LINE yang menggunakan avatar.

Antara selebriti terkenal yang telah memiliki LINE Official Account termasuk Zizan Razak, Danny One, Liyana Fizi, Isaac Dang, Chris Tong Bing Yu, Jane Ng dan Keqing. G-Dragon daripada Big Bang juga baru-baru ini melancarkan lagu terbarunya melalui LINE Official Account. Peminat boleh memuat turun set eksklusif G-Dragon Sticker yang membolehkan mereka mendengar lagu terbaru beliau “GO” secara percuma.

Di Malaysia, LINE juga kini berfungsi atas platform Nokia S40 yang didatangkan pakej lengkap bagi telefon pintar Nokia Asha. Ianya merupakan platform tambahan kepada peranti sedia ada seperti Blackberry, Window Phone, iPhone dan Android.

 

Peminat Fanatik Sambut Kedatangan Lawson Di KLIA

Sejak awal pagi tadi hampir 50 orang peminat Lawson telah berada di KLIA untuk menunggu kehadiran idola mereka. Akhirnya tepat jam 12 tengahari hari kumpulan dari Britain ini keluar dari balai ketibaaan. Ia dianggotai oleh Andy Brown (acoustic guitar dan lead vocals), Ryan Fletcher (bass guitar dan backing vocals), Joel Peat (lead guitar dan backing vocals) and Adam Pitts (drums).

Lawson bakal mengadakan showcase Lawson “Chapman Square” di The Stage,Avenue K pada 13 April 2013 jam 7.00 malam.

 

 

19 Selebriti Popular Tonjol Bakat Kulinari Dalam MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2

Seramai 19 selebriti popular Malaysia bakal menunjukkan bakat mereka didalam bidang kulinari bagi merebut gelaran MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2. Ia bakal disiarkan pada hari sabtu sehingga selasa jam 9.00 malam bermula 20 April 2013 di Saluran 104.

Mereka terdiri daripada Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Michael Ang, Norish Karman, Sathiya, Celina Khor, Afiq Muiz, Cat Farish, Yassin Yahya, Radhi OAG, Syanie Hisham, Enot, Lydiawati, Keroz Nazri,Syura, Sabhi Saddi, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Untuk musim ke-2 ia masih lagi mengekalkan konsep yang serupa di mana barisan selebriti akan diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan mental dan fizikal ketika di dapur.

Ia bakal bersiaran selama 10 minggu dan masih mengekalkan penkritik dan juri tetap yang sama iaitu Chef Jo, Chef Adu Amran dan Chef Zubir.

 

Konsert Solo ‘G-DRAGON 2013 WORLD TOUR : ONE OF A KIND’ Jun Ini

G-Dragon bakal mengadakan konsert solonya di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 22 Jun 2013 jam 8 malam. Konsert ini adalah konsert solo pertama beliau di Malaysia dan dinamakan ‘G-DRAGON 2013 WORLD TOUR : ONE OF A KIND’ . Ia dibawakan khas oleh Running Into The Sun dan Woohoo! Experience.

G-DRAGON 2013 WORLD TOUR : ONE OF A KIND adalah konsert kedua solo beliau tetapi yang pertama untuk konsert solo jelajah. Ia bakal menampilkan beberapa lagu terbaru seperti One of a Kind, Crayon dan The XX. Konsert ini telah bermula di Olympics Gymnastics Arena,Seoul pada 30 Mac 2013. Seterusnya ia akan menjelajah ke Jepun, Hong Kong, Taiwan, China, Malaysia, Singapore, Thailand dan Indonesia.