Demam FIFA World Cup 2014 Melanda Malaysia

DSC03575 copyBaru-baru ini,para peminat bolasepak di Malaysia diberi peluang keemasan untuk mendampingi Trofi FIFA World Cup yang asli sempena ketibaan FIFA World Cup Trophy Tour by Coca-Cola di Kuala Lumpur.Ini merupaka kali ketiga trofi ini dipersembahkan di seluruh dunia sempena Trophy Tour 2013/2014 yang singgah di 88 buah negara dalam jangka masa 267 hari.

DSC03541 copy

FIFA World Cup Trophy Tour by Coca Cola berlepas dari tapak arca terkenal Christ the Redeemer di Rio de Janeiro pada 12 September 2013 untuk mengharungi 149,576.78 km iaitu jarak tiga kali lebih mengelilingi bumi. Trofi ini berukuran 36.8 cm tinggi dengan berat 6.18 kg diperbuat daripada emas 18 karat dan dihiasi permata malachite ditapaknya.Nama setiap pemenang FIFA World Cup sejak tahun 1974 juga terukir dibawahnya.

Bekas pemain sensasi Manchester United,Dwight Yorke merupakan duta FIFA yang mempersembahkan trofi berprestij ini di Kuala Lumpur.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *