Tuesday , March 19 2024

FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 dibawakan khas oleh MCALLS

Selepas 7 bulan berlalu, Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR kini kembali memeriahkan industri hiburan tempatan.

Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18hb Ogos 2018 jam 8 malam.

Apa yang menarik kali ini, sebelum ini selama dua tahun berturut-turut festival muzik ini diadakan di tempat terbuka, kali ini penganjur memilih untuk mengadakannya di stadium tertutup sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihat 39 idola mereka beraksi dalam 7 kumpulan lebih daripada 120 minit.

Lebih istimewa, peminat K-pop yang berusia antara 15-17 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) berpeluang untuk menyaksikan konsert itu dengan harga tiket bernilai RM34. Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www.mcalls.asia/kwave3.

Sila semak laman Facebook MacpiePro di @MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi www.macpiepro.com untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls ini.

FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 DIBAWAKAN KHAS OLEH MCALLS

🔹 Tarikh: 18hb Ogos (Sabtu)

🔹 Masa: 8pm

🔹 Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

CARA MEMBELI

www.mcalls.asia/kwave3

HARGA PAKEJ MASUK (termasuk tiket konsert + yuran pemprosesan RM4 + SIM PEK Mcalls Y33 bernilai RM30)

Berdiri Bebas

• RM478 (Rock Zone) (Tempat Berdiri Bebas Terhad)

Tempat Duduk Bernombor

• RM498 (Long TV Zone M) (Tempat Duduk Terhad)

• RM398 (Mbooster Zone C)

• RM368 (Ecolite Zone Q (L), Dutch Lady Zone Q (R))

• RM298 (JBL Zone A)

• RM208 (Schwarzkopf Professional Zone L)

• RM168 (Ecolite Zone P (L), Dutch Lady Zone P (R))

• RM98 (Ecolite Zone S (L), Dutch Lady Zone S (R)) (Tempat Duduk Terhad)

• RM34 (Alpha Youth Package – Zone S (Berusia antara 15-17, lahir pada tahun 2001-2003)

Check Also

ROMANIA WINS BIG AT 11TH INTERNATIONAL VOICE OPEN COMPETITON WORLD FINALS IN MALAYSIA!

Romania emerged the big winner at the 11th International Vocal Open Competition when 3 of …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *