4 Band Lagenda Bakal Gegarkan Konsert ‘THUNDER IN THE EAST 2013’

Clockwork Events dengan bangganya membawakan Konsert rock berskala besar iaitu ‘Thunder In The East 2013’. Ia bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013. Band-band yang bakal gegarkan Stadium Merdeka pada malam itu adalah Loudness, Search, Rusty Blade dan Slank. Melihat kepada line up tersebut boleh dikatakan peminat-peminat yang bakal hadir nanti akan pulang dengan rasa puas.

Loudness – Band heavy metal paling besar pernah ‘dieksport’ Jepun. Memberi pengaruh kepada banyak band-band rock Asia khususnya Malaysia untuk berjaya dalam muzik rock. Pernah membuat konsert di Kuala Lumpur pada Julai 2011.

LOUDNESS

Search – Band rock nombor satu Malaysia yang masih tiada pengganti di Malaysia. Menjadi pengaruh kepada hampir semua anak muda di Malaysia yang bercita-cita menubuhkan band sendiri.

Search

Slank – Band legenda di Indonesia. Sejak tampil dengan album pertama pada 1990, mereka terus ke hadapan dan diangkat sebagai band nombor satu Indonesia. Dengan jualan semua album mencecah jutaan unit, Slank turut berpeluang membuat persembahan di beberapa negara Asia Timur, Eropah dan Amerika Syarikat.

SLANK

Rusty Blade – Band rock paling berbakat pernah lahir di Singapura. Menampilkan muzik rock yang lebih bertenaga dan berat berbanding band-band lain di Kota Singa.

 

RUSTY BLADE

Tiket-Tiket

RM888 (VIP Platinum)

– Menonton dari ruang Rock Zone berhadapan pentas.

– Mengikuti bengkel gitar bersama Akira Takasaki di Bentley Music Auditorium, Kota

Damansara.

– Sesi ‘meet and greet’ bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12 tengah hari.

– Kemeja-T eksklusif percuma

– Poster percuma.

RM398 (VIP Gold)

– Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.

– Sesi ‘meet and greet’ bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12

tengah hari.

– Kemeja-T eksklusif percuma

– Poster percuma.

RM258 (VIP Silver)

– Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.

RM138 (Ticket Biasa)

– Hanya ticket biasa berdiri.

– Tiket bagi dua kategori ini hanya dicetak terhad iaitu tiket VIP Platinum sebanyak 400 keping manakala VIP Gold sebanyak 1,000 keping.

Bagi pembelian awal (early bird) bermula 18 Mei hingga 31 Mei ini, pembeli layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua tiket.

Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999.

– Maklumat mengenai konsert di www.clockwork.my

 

Facebook

https://www.facebook.com/ClockworkCrewMalaysia;https://www.facebook.com/ThunderInTh

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *