Pertempuran Penyanyi Rap Dalam “WORD”

word

Hip Hop merupakan sejenis interpretasi lagu yang kebanyakan pendengarnya tergolong daripada generasi muda dan golongan urban. Kandungan Hip Hop membenarkan penyanyi memberi pendapat tentang sesuatu perkara yang difikirkan dan membawa aksi dan gaya mereka ke pentas. Hip Hop juga membawa elemen rapping dan MC dengan cara tersendiri.

Bagi penggemar muzik dan budaya Hip Hop 8TV bakal membawakan kepada anda sebuah rancangan realiti terbaru WORD untuk rappers-rappers di Malaysia. Word bakal menyaksikan pertempuran penyanyi rap di Malaysia untuk menunjukkan kepakaran masing-masing dalam rapping dan MC. Antara peserta yang terlibat adalah Mr.Dan, Tactmatic, Sayla, Jin, Aman- Ra, Saph, Justin dan Ego.

Setiap ‘pertempuran rap’ akan diadili mengikut kemahiran rapper dalam prosa, perbendaharaan kata dan yang paling penting, bagaimana mereka boleh menewaskan lawan mereka.Program ini juga membawakan cabaran yang unik ke dalam setiap minggu antaranya ‘Out Of The Box’ di mana rapper-rapper ini perlu memilih topik secara rawak dari kotak yang disediakan dan mereka perlu ‘rap’ berkenaan dengan topik yang dipilih. Rapper-rapper ini juga akan menerima cerita pendek dari penonton dan perlu rap tentang kisah penonton tersebut dalam cabaran ‘My Story’.

Rancangan ini akan diadili oleh penyanyi rap terkenal Jason Abdul Hakim Schadt atau lebih dikenali dengan nama Vandal dan Reefa yang akan menentukan juara program ini sekaligus membawa pulang wang tunai bernila RM25,000. Vandal turut diberi tanggungjawab mengacarakan rancangan ini.

WORD juga bakal menampilkan seleberiti jemputan setiap minggu antaranya Point Blanc, Navigator, Illegal dan mereka yang memberi impak dalam muzik Hip Hop di Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul, muzik Hip Hop sebenarnya mempunyai pengikut tersendiri dan 8TV cukup teruja dengan penerbitan program sebegini.

“Ini merupakan julung-julung kalinya pertandingan rap dibawakan ke kaca televisyen. Kita mempunyai ramai penyanyi rap berbakat di Malaysia dan saya berharap program WORD ini dapat menjadi platfom terbaik untuk mereka mempamerkan bakat masing-masing untuk khalayak.

WORD yang mengetengahkan muzik Hip Hop diharap dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda dan memberi rasa baru dalam penerbitan program di Malaysia,” tambah Airin.

WORD akan menemui penonton setiap Jumaat jam 10.00 malam bermula 20 September 2013 di saluran 8TV.

 

Check Also

Warna Warni Hari Raya Ushera tampil dengan visual raya warna-warni dan busana eksklusif.

WARNA WARNI HARI RAYA BAWA “MANIFESTO” AIDILFITRI USHERA

Warna Warni Hari Raya Ushera menjadi penampilan lagu raya ketiganya selepas Suka Ria Raya (2017) …

Golden Chicken Ahmad’s dilancarkan sempena kempen Ramadan at Ahmad’s bertema Untuk Dikongsi Bersama.

AHMAD’S TELAH MELANCARKAN GOLDEN CHICKEN SEMPENA RAMADAN 2026

Ahmad’s Fried Chicken telah melancarkan Golden Chicken Ahmad’s sempena Ramadan. Pada masa yang sama, jenama …

Leave a Reply