‘Out of Africa’ Koleksi terbaru XALF

XALF11701.jpg copy

Tayangan bermula. Watak pemburu bangsawan, Denys Finch Hatton dilakonkan Robert Redford. Muzik latar disusun indah oleh John Barry. Meryl Streep. Ternyata, Out of Africa filem yang cukup klasik.

XALF memberi penghormatan kepada pemenang Anugerah Akademi ini melalui koleksi yang mengembalikan ingatan terhadap ladang kopi milik Baroness Karen von Blixen-Finecke (pengguna nama pena Isak Dinesen).

Out of Africa berkisarkan kisah berlaku di sekeliling wanita bangsawan dilakonkan Meryl, yang mengahwini sepupunya, Finch Hatton dan ia akan membuatkan anda mengenali Kenya dan setiap watak dalam pengembaraan itu – sekali gus mengundang rasa kagum pada kawasan tasik dinamakan African Great Lakes.

Perasaan sama lantas memberi ilham kepada pengasas XALF, Xavier Mah bersama pasukannya menghasilkan koleksi terbaru diilhamkan daripada corak Safari baru.

“Kami menonton drama romantik berulang kali.

“Dan kami terperangkap dalam setiap babak dan perasaan terutama watak cantik Kaand dan ia satu yang luar biasa olahan pengarah, Sydney Pollack. Idea melarikan diri dari realiti kita sendiri dan memilih pengembaraan adalah menarik.

XALF11725 copy

“Mungkin ia menemukan anda dengan apa yang sebenarnya kita harus hadapi dan jika ada lelaki asing, di daerah asing, kacak, ia pasti membuatkan anda „hidup‟ dengan pelbagai kemungkinan, tanpa penghujung. Lagipun hidup adalah satu perjalanan, bukan destinasi,” kata Mah yang baru saja melancarkan koleksi Aidilfitri dinamakan Wau.

Menariknya,perkara yang tidak masuk akal itu menjadi sebahagian daripada koleksi terbaru XALF kali bersama perasaan berkobar-kobar untuk mengembara dan kecintaan terhadap cosmopolitan, sesuai untuk digayakan sosialis ke acara, yang mungkin berakhir dengan kisah cinta.

Menggunakan pelbagai material, kulit bercorak harimau bintang, harimau, kuda belang dan ular sawa dengan tumit berukuran 3.5 inci, menarik tumpuan mata memandang.

Finh Hatton sukar dijinakkan atau ditambat dan ia digambarkan dalam rekaan.

Ia gambaran dunia haiwan sarat nostalgia, gabungan aliran gaya dan rekaan klasik menjadi koleksi yang mendebarkan dalam koleksi Out of Africa. Warna blok juga terhasil inspirasi daripada alam belantara dan kemodenan si pemakai.

Lengkapkan penampilan dengan kaca mata hitam besar, gaun mewah dan gincu bibir merah terang.

“Sudah pasti, tidak semua kita mampu meninggalkan kehidupan sekarang untuk melalui perjalanan yang tidak diketahui penghujungnya,” kata Mah. “Tapi kita tidak akan merana jika mengikut impian kita, kerana itu yang kita mahukan.”

Check Also

3 SELEBRITI ANTARA 18 USAHAWAN WANITA BERPENGARUH MALAYSIA DIIKTIRAF DI MAJLIS MIWE 2024

Majlis Pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *