Lite FM Perkenal Tagline Baharu ‘Relaxing Favourites’

Tanggal 15 Febuari 2016 akan datang, Lite FM bakal mengumumkan pembaharuan tagline stesen iaitu ‘Relaxing Favorites’ secara langsung melalui corong radio. Sempena dengan perlaksanaan tagline baharu ini, stesen Lite FM turut menganjurkan sebuah kempen menarik khas buat pendengar setia Lite FM!

Menurut Aaron Pinto selaku Pengurus Rangkaian Kandungan Lite FM,

Stesen Lite FM memberikan hiburan berbentuk lagu-lagu nyanyian penyanyi popular seperti Michael Jackson, Whitney Houston, Wham!,Belinda Carlisle, Boyzone, Vanessa Williams, The Corrs dan ramai lagi. Stesen kami turut memainkan lagu-lagu terkini seperti artis-artis terkenal Ed Sheeran, Sam Smith, Adele, Maroon 5, dan beberapa nama lain lagi. Rangkaian ini telah wujud sejak beberapa tahun lalu dengan beberapa tagline sebelumnya seterusnya beralih kepada ‘Relaxing Favourites’ di mana kami memainkan muzik terbaik dari tahun 80-an, 90-an sehingga harini.

Tagline baharu ‘Relaxing Favourites’ tercetus melalui perbualan kami bersama beberapa pendengar, di mana mereka berkongsi pandangan terhadap jenis muzik yang dimainkan pada Lite FM. Selain itu, mereka turut memberikan maklum balas positif terhadap isi kandungan yang diberikan oleh penyampai radio Lite FM – Steve, Shaz, Ross, Craig dan Soraya yang telah memberi inspirasi yang penuh makna buat para pendengar. Kini, Lite FM sedang dalam proses pembaharuan tagline dan kami berharap pendengar akan menyukainya.” tambah beliau.

Peraduan ‘Relaxing Escapade’ di Lite FM

Menurut satu artikel oleh The Malaysian Insider,

Rakyat Malaysia menghadapi tahap tekanan perasaan yang lebih tinggi iaitu pada 63% berbanding purata global sebanyak 53%. Tekanan ini adalah berpunca dari tekanan semasa kesesakan lalulintas jalanraya, infrastruktur IT yang tidak mencukupi dan tempoh sesi mesyuarat yang terlampau lama.

Selaras dengan slogan baru Lite FM, stesen ini akan menganjurkan sebuah peraduan selama 3 minggu bermula 15 Februari. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya menghantar idea percutian impian anda (bernilai RM10,000) di laman web Lite FM. Berikutan itu, Lite FM akan memberi ganjaran kepada 5 peserta bertuah bernilai RM1,000 berbentuk hadiah penginapan hotel, manakala bagi idea percutian yang paling kreatif akan diberi ganjaran dengan perjalanan bernilai RM10,000.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Lite FM dan pertandingan baru ‘Relaxing Escapade’, sila layari litefm.com.my.

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *