Kecoh semalam di alam maya kisah seorang hamba Allah yang menerima tajaan perkahwinan sehingga RM500 ribu hanya kerana kepetahannya mempromosikan produk-produk secara Live di platform media sosial, Facebook
Bak kata pepatah melayu, ‘tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itulah yang berlaku kepada gadis kecil comel Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL yang mendapat tajaan sempena majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Syafiq, sehingga setengah juta ringgit.
Majlis resepsi tersebut dihadiri lebih 2000 orang jemputan yang terdiri dari kenalan , sanak saudara dari kedua-dua belah pihak serta pihak media yang terdiri dari wartawan dan blogger. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan oleh pemenang One In A Million, Ayu Damit dan disiarkan secara lansung melalui platform Facebook Jamumall.com
Antara penaja yang menaja majlis resepsi Siti Suriani terdiri dari pengasas produk, pemilik butik serta pengusaha seperti Dlia Jean Bridal yang menaja busana pengantin, Wedding by Emma yang menaja deko majlis dan pelamin serta beberapa selebriti ternama yang pernah mendapatkan khidmat Siti JamuMall antaranye CHE TA, FAIZAL FBI, SHUlB , SARAH RAlSU DIN, SHERRY iBRAHlM , SHAHRUL RlDZUAN, DAN LANA NORDIN .
Senarai penaja serta tajaan:
-
Pelamin dan Hiasan Dewan dari Weddings by Emma
-
Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
-
Grand Cake dari Mad About Cake
-
VIP Menu dari Rumpun Selera
-
Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
-
Jamu dari Seri Lady Empire Resources
-
Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
-
Kain Pasang Diamond dari lrahsukri
-
Telekung dari Pretty Aini
-
Set Solekan dari Zacthira Naviilionniza
-
Skarf dari Scarf By Mehrun
-
Printed Box dari Art Creation Printing
-
Minyak Wangi dari Luxe Essencia Resources
-
Pakej Bulan Madu dari Arwarna Resort
-
Joker Cendolz
-
Rempah Ratus Mak Siti
-
Aiskrim Viral
-
Satay Ros Viral
-
Apam Balik by The Vaggies
-
ChefNarKitchen Mee Kari
*Foto diambil dengan #HuaweiP30Pro