Noraniza Idris Anjurkan Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘MALAY WORLD CULTURAL PARADISE’

Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘Malay World Cultural Paradise’ berhasrat untuk menjadi sebuah produk yang menjadi tarikan pelancongan pilihan nombor satu di Malaysia khasnya komuniti setempat seterusnya menjadi platform promosi aktiviti seni dan kebudayaan Melayu ke peringkat global. Justeru itu, menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh. Festival ini dianjurkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat di samping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program ini adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris.

Menuruf pengasas program modal insan ‘Malay World Cultural Paradise’ yang juga merupakan ratu etnik Malaysia, Noraniza Idris, perancangan 2022 akan menjadi satu titik tolak dalam usaha membangunkan seni dan budaya untuk lebih dekat dengan masyarakat generasi pelapis secara agresif walaupun masih menghadapi kekangan pendamik dan penajaan yang kurang memberangsangkan.

Program ini telah diadakan selama 3 hari di setiap destinasi pilihan yang bermula di AEON Mall Shah Alam Selangor pada 10 hingga 12 Disember 2021, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Program ini seterusnya akan menjelajah ke 7 destinasi negeri pilihan iaitu Johor, Kelantan, Negen Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula awal Januari sehingga berakhir Jun 2022. Matlamat siri jelajah Malaysia ini adalah bertepatan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran peringkat global ke arah menjana pendapatan negara dan juga profesion pilihan.

Sepanjang 3 hari di AEON Mall Shah Alam, program ini telah membawakan pertandingan permainan Zapin secara spontan berkumpulan iaitu Tingkah Geruh peringkat zon untuk mencari 16 peserta terbaik yang bakal mara ke peringkat Kebangsaan sebagai acara utama. Sebanyak 14 kumpulan telah berentap untuk mengumpul agregade pencapaian tertinggi. Acara ini akan menjadi aktiviti utama seiring dengan majlis pra pelancaran festival yang berlangsung pada 12 Disember 2021, Ahad, 2.00 petang.

Selain acara ini, terdapat 12 acara sampingan seperti Pertandingan nyanyian ‘Irama Malaysia Academy Awards’, Pertandingan Kompang Berirama ‘Rhythm of Unity’, Pertandingan MUA Awards kategon cilik dan dewasa, Pertandingan Peragaan Busana kategori dewasa, Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban dan Bowling Kampung. Pertandingan Treasure Hunt turut diadakan bagi menyemarakkan aktiviti peserta bersama usahawan.

Sebagai penganjur adalah menjadi hasrat untuk menjadikan e-Festour AKZ5.0 ini sebagai festival yang paling meriah dalam edisinya dengan sasaran 1000 peserta yang turut menarik minat ramai pengunjung yang hadir dengan pematuhan S.O.P yang ditetapkan.

Sempena pra pelancaran ini, sebuah perjanjian persefahaman telah diadakan bersama Symphony Travel and Tour Sdn Bhd, AEON Mall, Persatuan Bumiputera Makeup Artis Malaysia sebagai salah satu strateginya adalah untuk membantu produk pelancongan Malaysia dan usahawan kembali pulih dari sudut ekonomi disamping itu juga penganjuran program ini dapat menghimpunkan penggiat-penggiat seni seluruh Malaysia untuk bebas berkarya menerusi platform pertandingan yang disediakan. Sasaran program ini turut menyediakan akfiviti peserta seawal usia 4 tahun tanpa had umur dan pelbagai kaum.

Persembahan kebudayaan turut diserikan oleh artis budaya ‘Malay World Cultural Paradise’ yang mempersembahkan tarian multiracial etnik sebanyak 3 kali sehari bermula jam 11.00 pagi, 2.30 petang dan 8.00 malam selama 30 minit dengan menjadikan busana Tradisional Melayu sebagai pakaian rasmi.

Hari pertama, pada 10 Disember 2021, Jumaat, pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Forum Sihat, Budaya, Kecantikan Luaran dan Dalaman. Acara ini akan diserikan oleh 4 orang panel terdiri darijpada Dr. Mohammad Ihab Bin Ismail mewakili pakar perubatan dalaman, Puan Al Arabi Binti Mohamed, mewakili pengasas produk makanan kesihatan, Puan Rosnawati binti Salleh mewakili Makeup Artis Malaysia dan Puan Noraniza binti Idris mewakili Artis rama Malaysia.

Pengunjung berpeluang merasai permainan rakyat menerusi pertandingan bermain Congkak dan Dam Ular. Pengunjung juga dapat mengambil peluang mempelajari asas kesenian Zapin sambil membuat senam seni berasaskan 10 modul Zapin di Malaysia selama 40 minit. Di sebelah malam, acara pertandingan nyanyian lagu-lagu Irama Malaysia pula dimeriahkan oleh 10 peserta dari seluruh Malaysia.

Pada hari kedua, 11 Disember 2021, Sabtu, pengunjung akan dapat menyaksikan Tatiseni Awards menerusi penglibatan peserta Akademi Tatihseni Malaysia. Sebanyak 114 anugerah telah dinilai berdasarkan video tugasan peserta. Perftandingan MUA Awards seramai 30 kumpulan turut dijalankan serentak dengan penyertaan 4 kumpulan terbaik pertandingan Kompang Berirama.

Pada hari ketiga , 12 Disember 2021 pula merupakan acara kemuncak. Acara dimulakan dengan pemainan rakyat dan Treasure Hunt. Perfandingan bakat luar biasa kanak-kanak berusia 6 – 12 tahun, Kids Got Talent akan diteruskan dengan penglibatan 14 peserta menerusi video rakaman awal untuk dinilaikan secara langsung. Di sebelah petang, majlis pra pelancaran telah disempumakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim selaku penaung program.

Bersempena pra pelancaran ini juga, 14 kumpulan telah berentap untuk merebut kedudukan tertinggi bagi melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan kelak. Sebanyak 10 usahawan turut sama dalam program pra pelancaran ini sebagal pengenalan. Acara ini akan membawakan 50 usahawan tempatan ke 7 buah lokasi bermula Januari 2022 akan datang. Artis yang bakal terlibat dalam program ini adalah Noraniza Idris, Ihab Ismail dan Azmir Ariff.

Program ini diiangka membawa penglibatan 500 peserta bagi mematuhi syarat penyertaan. Program ini anjuran Sekretariat Malay world Cultural Paradise iaitu gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, Kerabu Media & Event sdn Bhd dan C2Joy (M) Sdn Bhd.

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *