Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.
Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Pengambaran Filem Pendekar Awang bermula pada bulan Januari tahun 2023 dan telah menelan kos sebanyak RM15 juta ringgit.Ia merupakan kesinambungan daripada Filem Mat Kilau pada 2022.
Filem ini juga diarahkan oleh dua pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza. Ia juga menggandingkan pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura dalam sebuah karya yang mengangkat sejarah epik pahlawan tidak didendang.
Menurut Shaharudin Dali, dia berusaha untuk mendapatkan kisah kebangkitan Pahang daripada waris-waris serta cucu cicit selain mengunjungi kubur para pejuang di Kuala Lipis,Pahang.Mendedahkan kajian telah bermula sejak skrip filem pertama terbitannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan, Shaharudin telah bertemu beberapa waris Panglima Awang untuk meminta kebenaran.Menurut Shaharudin Dali juga filem ini merupakan filem fiksyen pahlawan melayu dan bukannya sebuah dokumentari.
Bagi penulis yang telah pun menonton kedua-dua filem dari Studio Kembara, beberapa ‘scene’ dalam Pendekar Awang seperti kehabisan idea dan seperti berulang-ulang ada beberapa ‘scene’ mengambil masa yang lama untuk di habiskan. Ia membuat penonton akan merasa bosan dalam menanti ‘scene’ yang seterusnya.Namun paparan visual sinematik boleh dikatakan lebih menarik daripada filem Mat Kilau.
Penulis memuji penampilan pertama Nadhir Nasar di layar besar, melakonkan karakter lelaki yang beremosi tapi bijak.
Filem ini bakal di tayangkan di pawagam berdekatan anda mulai 11 Januari 2024 ini.
Sinopsis
Berkisar tentang apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?
Watak Awang dibawa oleh pelakon utama Fattah Amin dan watak Sayang pula digalas oleh Nur Fazura. Berikut merupakan watak utama filem ini:
AWANG – Anak didik Tok Gajah ini berjiwa pahlawan, berani, mahir memanah. Tegas dengan cara perjuangannya yang berbeza dari Mat Kilau.
SAYANG – Isteri Awang yang setia dan cekal. Anak perempuan Haji Sulong ini dilatih ilmu persilatan dan memanah. Isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya. Memahami konflik dalaman suaminya.
TAHIR – Anak lelaki Haji Sulong, adik kepada Sayang. Minat mendalam terhadap ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan mahir ilmu menjejak di hutan.
TOK GAJAH – Pemimpin masyarakat Pahang, orang yang rapat dengan Sultan Ahmad, imam perang pahang dan istiqamah serta tegas melawan pencerobohan british.
HJ SULONG – Pemimpin penduduk Kuala Semantan, pengikut Tok Gajah yang setia. Tegas dan dipercayai Tok Gajah.
BRAHIM – Adik Mat Kilau yang sentiasa menjadi pendamping ayahnya Tok Gajah. Mahir bersenjata tekpi. Brahim kecewa dengan sikap Awang kerana tidak menyertai misi Tok Gajah ke Terengganu.