HoYo FEST 2025 Gegar Malaysia, Visa Tawar Ganjaran Eksklusif untuk Peminat Permainan Maya

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2025 – Visa, peneraju global dalam pembayaran digital, mengumumkan penglibatan sulung mereka sebagai penaja utama HoYo FEST 2025, festival permainan maya terbesar anjuran HoYoverse yang bakal menggegarkan Pavilion Bukit Jalil dari 24 hingga 27 Julai 2025.

HoYo FEST 2025 Malaysia menjanjikan pengalaman imersif buat peminat permainan popular seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero, dengan pelbagai aktiviti langsung, cosplay, zon komuniti, cenderahati eksklusif, serta pentas persembahan interaktif.

Sebagai rakan eksklusif, Visa memperkenalkan ganjaran istimewa kepada pemegang kad Visa termasuk:

  • Tempat duduk khas di pentas utama,
  • Kaunter pembayaran ekspres di gedung cenderahati,
  • Barangan eksklusif apabila berbelanja menggunakan kad Visa,
  • Peluang mendapatkan HoYo FEST 2025 Badge Blind Box dengan pembelian minimum RM130 (terhad, siapa cepat dia dapat).

Menurut Previn Pillay, Pengurus Negara Visa Malaysia, “Penyertaan kami dalam HoYo FEST 2025 menegaskan komitmen terhadap komuniti permainan dan penyediaan sistem pembayaran yang selamat, pantas dan lancar.”

Malaysia dipilih sebagai lokasi utama kerana pertumbuhan pesat industri permainan maya, dengan nilai pasaran mencecah USD 0.95 bilion dan 75% pengguna dalam talian terlibat aktif. Malah, Gen Z merupakan penyumbang utama trend ini, dengan 61% menjadikan permainan sebagai aktiviti untuk ‘melepaskan diri’, sambil 46% daripadanya sanggup berbelanja demi pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan.

Kajian Visa Gen Z Decoded 2025 turut mendedahkan bahawa 78% pemain di Malaysia bermain melalui peranti mudah alih — menandakan perubahan gaya hidup digital yang semakin dominan.

Melangkaui sekadar hiburan, Visa melihat permainan maya sebagai ruang selamat dan platform ekspresi bagi generasi muda. Penajaan ini juga selari dengan misi Visa untuk menyokong pembangunan ekosistem digital yang dinamik dan menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut, layari www.visa.com

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

HOCK KEE HERITAGE BAWA NOSTALGIA KOPITIAM KE THE GARDENS MALL

Hock Kee Heritage terus mengembangkan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua di The Gardens Mall, sekali …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *