S LINE CETUS FENOMENA DI TONTON: THRILLER KOREA EKSKLUSIF SERENTAK DENGAN KOREA

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2025 – Platform penstriman nombor satu negara, Tonton, kembali mencuri perhatian apabila menayangkan secara eksklusif drama Korea terbaru, S LINE, sebuah thriller fantasi misteri yang kini menjadi bualan hangat di seluruh Asia. Drama ini mula ditayangkan serentak dengan Korea Selatan bermula 11 Julai 2025, menjadikan Tonton sebagai platform rasmi pertama di Malaysia yang menayangkan kandungan premium tersebut.

S LINE dibintangi pelakon popular Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee dan Arin, dan merupakan adaptasi daripada webtoon terkenal hasil karya Kkomabi, yang juga dikenali melalui siri A Killer Paradox. Jalan ceritanya berpusat kepada satu fenomena aneh iaitu kemunculan garisan merah ‘S LINE’ di atas kepala individu yang pernah menjalinkan hubungan intim — tetapi hanya segelintir orang mampu melihatnya.

Drama ini membawa penonton menyusuri dunia fantasi gelap penuh skandal dan ketegangan, apabila Han Ji-wook (lakonan Lee Soo-hyuk), seorang detektif karismatik, berusaha menyiasat kebenaran di sebalik fenomena tersebut. Turut membantu ialah Kyu-jin (Lee Da-hee), seorang guru yang turut memiliki keupayaan melihat garis itu, dan Shin Hyun-heup (Arin), pelajar remaja yang terkesan seumur hidup dengan kemunculan garisan ini.

Lebih membingungkan, fenomena ini dikaitkan dengan satu siri pembunuhan berantai yang menggemparkan bandar. Ketiga-tiga watak utama terjerumus dalam dunia penuh rahsia, pengkhianatan dan persoalan moral — sehingga memaksa mereka memilih antara kebenaran dan keselamatan diri.

S LINE bukan sahaja tampil dengan naratif unik dan sinematografi memukau, malah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai dalam Festival Siri Antarabangsa Cannes ke-8, serta memenangi Anugerah Muzik Terbaik menerusi komposer Lee Jun Oh.

Setakat ini, S LINE mencatat jumlah tontonan luar biasa dan kini trending dalam carta kandungan paling tinggi di Tonton. Siri enam episod berdurasi 50 minit ini ditayangkan secara berkala: dua episod pada 11 Julai, diikuti dua lagi pada 18 Julai, dan dua episod terakhir pada 25 Julai 2025.

Untuk mengikuti fenomena S LINE Tonton, strim sekarang di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton. Jangan lepaskan peluang menyaksikan siri thriller Korea paling berani tahun ini!

Check Also

KONSERT DEEP PURPLE LIVE IN MALAYSIA 2025 GEGARKAN MEGA STAR ARENA NOVEMBER INI

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2025 – Peminat muzik rock tanah air bakal menyaksikan sebuah detik …

PERAYAAN PATAHATI UNIVERSE 2025 TAMPILKAN NOH SALLEH & INSOMNIACKS DI MELAKA

MELAKA, 11 JULAI 2025 – Sebuah persembahan bertemakan penyembuhan emosi bakal mencatat sejarah tersendiri apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *