Ana Raffali Bercinta?

Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali dengan nama pentas Ana Raffali kini dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang juga teman di universiti satu ketika dulu.

Dipetik daripada Berita Harian, penyanyi “Tolong Ingatkan Aku” mengakui dia seorang yang sukar difahami tetapi lelaki ini berjaya mengambil hati dan memahaminya, sekaligus melengkapkan hidupnya.

“Saya suka sikapnya yang memahami karier dan kehidupan saya sebagai seorang artis. Kami sudah berkenalan lebih kurang enam tahun lalu tetapi sebagai teman rapat sahaja. Saya tidak menyangka persahabatan tersebut boleh melangkah ke hubungan yang lebih serius,” ujar penyanyi yang sentiasa tampil dengan baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.

Malah pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 ini turut memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga memandangkan sudah berusia 26 tahun. Namun dia menegaskan bukan dalam tempoh terdekat ini.

“Saya serahkan kepada ketentuan Ilahi dan doakan yang terbaik sahaja,” kata Ana lagi yang turut memberitahu tidak kisah jika jodohnya tiba di saat karier sedang meningkat.

 

 

Check Also

Poster rasmi Jakel Fenomena Raya 2026 menampilkan Fazura dan barisan duta utama dalam busana raya eksklusif di Kuala Lumpur

JAKEL FENOMENA RAYA 2026: EVOLUSI 40 TAHUN & SINERGI EKSKLUSIF BERSAMA FAZURA

Jenama tekstil dan fesyen terkemuka negara, Jakel, terus melakar sejarah tersendiri dengan penganjuran pertunjukan fesyen …

Poster konsert solo Taeyong NCT TY TRACK REMASTERED di Kuala Lumpur pada 11 April 2026.

TAEYONG NCT UMUM KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA APRIL INI

Ketua kumpulan NCT yang berbakat besar, TAEYONG, secara rasmi mengumumkan kepulangan beliau ke Malaysia untuk …

Leave a Reply