Aach…Aku Jatuh Cinta

Filem pertama hasil kolaborasi ini, “Aach…Aku Jatuh Cinta” (AAJC) dibintangi pelakon muda terkenal Indonesia, Pevita Pearce (Yulia) dan Chicco Jerikho (Rumi), menceritakan kisah cinta dua insan dengan latar belakang keadaan ekonomi, sosial juga politik pada 1970-an, 1980- an dan 1990-an.

DSC_0064ok

Sinopsisnya menarik berkisar pada kehidupan dan masyarakat. Ia lebih lengkap dengan suntikan pergolakan ekonomi, sosial dan politik hingga memberi kesan terhadap keluarga, isi rumah dan juga hubungan mereka. Pada masa sama, hubungan cinta unik, puitis, penuh tawa dan tangis berputik di antara Yulia dan Rumi mewarnai perjalanan hidup mereka semasa melewati perubahan zaman.

DSC_1830ok

Rumi adalah seorang yang nakal dan selalu menimbulkan masalah. Bagaimanapun personaliti anehnya itu telah menyebabkan Yulia, seorang gadis jelita tertarik dengan dirinya. Perbezaan dua karakter ini menyebabkan hubungan mereka penuh tragedi, kacau bilau, lucu dan bahagia.

120x200 copy

AAJC ditulis dan diarahkan pengarah tertemuka Indonesia, Garin Nugroho. Pengalamannya lebih 24 tahun sebagai penggiat seni dengan pelbagai pengiktirafan antarabangsa berjaya meletakkan Garin sebagai salah seorang pengarah yang disanjungi ramai. Filem “Cinta Dalam Sepotong Roti” yang diterbitkan pada 1992 adalah permulaan fenomena hasil karya seninya hingga dikenali di rantau Asia. Garin sering menerapkan unsur perspektif politik dan pandangan kritikal peribadinya mengenai masyarakat setempat ketika berkarya bagi menghasilkan naskhah yang sarat dengan bahasa filem.

AAJC mendapat suntikan sama yang mana Garin menghamparkan jalan cerita berdasarkan pengalaman hidup peribadinya. Beliau sekali lagi berjaya mencipta satu karya unggul yang penuh dengan gayanya tersendiri.

DSC_4599

Filem cinta agung ini mula mendapat pengiktirafan apabila menjadi rebutan oleh Festival Filem Antarabangsa Busan untuk tayangan perdana pada Oktober 2015 lalu. AAJC dikeluarkan secara besar-besaran untuk tayangan pawagam tempatan di Indonesia pada 4 Februari 2016.

Check Also

Roh dan Fitrah Bakal Diterjemahkan Menerusi Konsert “Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng”

Usah di nilai pada nama yang tampak tidak begitu komersil, tetapi hargailah dan pandanglah pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *