SO Staff

GIGFAIRY LIVE – CELEBRATING MALAYSIAN MUSIC

A night of excitement, culture and great music with top Malaysian acts which include Sona One, Resh, De Fam, Paper Plane Pursuit, DJ Biggie, and many more!

Catch an amazing line-up of Malaysian artists at Gigfairy Live on Friday, March 18th from 8pm onwards at KL Live, Jalan Sultan Ismail. Gigfairy Live is brought to you by Brickfields Asia College and organised by FAC3 Entertainment.

Tickets range from RM58 (dance zone), RM98 (party zone), and RM138 (VIP zone) and can be purchased via www.redtix.airasia.com.

Gigfairy Live Poster_A4

For more information and tickets contact us at inquiry@fac3.asia.

Gigfairy is a community marketplace designed to help you book a band or artist for your event from a pool of Malaysian artists while simultaneously creating more gig opportunities for musicians to do what they love – play music.

For more information about Gigfairy, visit www.gigfairy.com or follow us on Facebook (/gigfairy), Twitter (@thegigfairy), Instagram (@gigfairy) and YouTube (/gigfairy).

Kumpulan Junction gegarkan Hard Rock Melaka

Kumpulan rock yang popular sekitar akhir 80-an, Kumpulan Junction akhirnya kembali membuat kemunculan selepas lebih 20 tahun mendiamkan diri dari arena muzik tempatan. Kumpulan yang berasal dari Johor Darul Takzim ini bakal mengadakan persembahan sulungnya pada 12 Mac depan, hari Sabtu bertempat di Hard Rock Café Melaka jam 4 petang.

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu berhantu mereka berjudul Petualang adalah antara kumpulan rock pelopor ketika era itu selain Wings, Search, BPR dan Ekamatra.Malah kumpulan yang terkenal dengan lagu balada berjudul Kembali ini juga pernah menggegarkan industri hiburan tempatan apabila diberi jolokan kumpulan ‘heavy metal’ pertama negara ketika itu.

Kumpulan Junction dianggotai yang oleh Mohd Rashid Taha selaku vokalis, Noorazman Zainal Abidin (pemain gitar), Misman Kisot (pemain bass) dan Muzamil Mohd Salleh selaku pemain drum adalah barisan anggota baru selepas beberapa pepecahan kumpulan berlaku sebelum ini.

Menurut vokalisnya yang mesra disapa Aceed menyifatkan peluang untuk Junction mengadakan persembahan di Hard Rock Café Melaka ini adalah hadiah istimewa buat peminat muzik mereka yang sudah lama menanti kemunculan ini.

“Jujurnya kami berempat sudah lama meninggalkan dunia muzik. Semua sibuk dengan urusan masing-masing dan kerjaya tetap. Namun peminat dan mereka yang membesar dengan muzik kami masih kenal dan sentiasa bertanya bila untuk kami kembali menggegarkan pentas.

“Hinggalah pihak Hard Rock Café Melaka datang mengundang kami untuk kembali beraksi. Sudah tentunya peluang ini tidak sekali kami persia-siakan memandangkan ia adalah platform terbaik untuk kami kembali mengubati rindu peminat,” katanya.

Kumpulan Juction mula mencipta nama pada tahun 1985 dan pernah menerbitkan tiga album keseluruhan namun desakan ekonomi dan persaingan, kumpulan ini senyap begitu saja selepas hampir 10 tahun berjuang.“Junction tidak pernah hilang dan terkubur sebaliknya masing-masing mengambil keputusan untuk menumpukan kepada urusan peribadi terlebih dulu. Mungkin inilah masanya untuk kami kembali menghiburkan peminat,” tambah Aceed lagi.

Peminat yang berminat untuk berhibur dengan Junction dan mendengar kesemua lagu-lagu popular nyanyian mereka bolehlah menghubungi 017-7797091 atau 017-3952865 bagi membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan mereka 12 Mac ini di Hard Rock Café Melaka bermula jam 4 petang.

QODY, WANIE & FAREEZ Layak Ke Final Mentor Milenia

Teka teki sudah terjawab! Tahniah kepada Wanie (Black), Qody (Black) & Fareez (Hazama) kerana berjaya menewaskan Zetty (Azlan) dan Ebba (Akim) untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 6 Mac 2016 nanti.

Selepas lima saingan yang telah berlangsung, akhirnya hanya tinggal Wanie dan Qody dari Kumpulan Black serta Fareez dari Kumpulan Hazama yang masih bertahan untuk merebut gelaran juara Mentor Milenia sekaligus membawa pulang sebuah trofi dan juga hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000!

Wanie - Juara Konsert Mingguan (Separuh Akhir)

Separuh akhir Mentor Milenia menyaksikan persaingan yang sangat sengit antara kelima-lima protege. Selain bernyanyi secara solo, mereka juga berduet dengan artis pilihan untuk membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha menempah tiket ke peringkat akhir.Wanie yang muncul sebagai juara mingguan pada hari Ahad lepas sekali lagi berjaya mencuri tumpuan barisan juri dan juga para penonton. Prestasi Wanie sangat konsisten sejak permulaan pertandingan dan konsep persembahan yang menggunakan elemen Cabaret dengan penampilan istimewa daripada Farhan dan Achey sangat terhibur dan menerima pujian yang tinggi daripada juri.

Qody pula telah menunjukkan sisi yang berlainan apabila memilih Haiza sebagai pasangan duet serta mendendangkan lagu dangdut. Fareez juga kelihatan lebih yakin di atas pentas dengan elemen lakonan dan juga Muay Thai dalam persembahan nyanyiannya.Berikut ialah senarai para protégé dan lagu yang dinyanyikan secara solo dan duet bersama artis pilihan mereka:-

PROTÉGÉ MENTOR TAJUK LAGU / PENYANYI ASAL
Zetty & Awera Azlan Ku Akui (Hafiz Suip) & Sejati (Wings)
Fareez & Eyza Bahra Hazama Berhenti Berharap (Sheila on 7) & Mentera Semerah Padi (Datuk M.Nasir)
Wanie & Farhan Black Diam Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram) & Medley Bujang Dara (Sam Saimun) & Nilai Cinta (Saloma & Ahmad Daud)
Qody & Haiza Black Medley Hakikat Sebuah Cinta & Gerhana Cinta Luka ( Iklim) & Dag Dig Dug (Haiza)
Ebba & Azhael Akim Terukir Di Bintang (Yuna) & My Heart (Acha Saptriasa & Irwansyah)

Tirai konsert separuh akhir Mentor Milenia dibuka dengan persembahan istimewa daripada pengacara Mentor Milenia sendiri, Marsha dan Issey dengan lagu Paling Comel.Turut memeriahkan suasana di studio ialah segmen peserta uji bakat pilihan iaitu Arif yang juga merupakan rapper busker dengan persembahan lagu Medley Syukur & Chantek (Altimet). Persembahan penutup diakhiri dengan rangkaian lagu popular Akim iaitu Bengang dan Inilah Cinta oleh kesemua protege.

Jika sebelum ini keputusan protégé hanya ditentukan oleh jumlah markah juri awam dan undian daripada penonton, bagi peringkat separuh akhir dan konsert akhir Mentor Milenia, juri profesional telah dijemput untuk membuat penilaian. Jumlah permarkahan dibahagikan kepada juri profesional (50%), juri awam (20%) dan jumlah undian daripada penonton sebanyak 30% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia).

Fareez

Juri profesional untuk separuh akhir Mentor Milenia ialah Ajai dan Azmeer.Mentor Milenia yang dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh menyaksikan empat mentor dengan barisan protegenya berentap untuk merebut gelaran juara Mentor Milenia dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100, 000.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah diangkat sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas mengharungi tujuh musim yang memberangsangkan, Mentor muncul dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Qody

 

Nantikan konsert akhir Mentor Milenia yang akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada 6 Mac 2016 (Ahad), jam 9.00 malam – 11.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protégé disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

 

2 Lucky Firefly passenger drives away with a Peugeot 308 & 408

Firefly Airlines today revealed the much-anticipated Grand Prize winners of its Firefly’s Greatest 2015 Giveaway! contest at a ceremony held at Firefly’s Headquarters in Subang today.

A love to fly and a passion for participating in a contest saw two young ladies driving off with a gleaming new car each after emerging winners of the contest.”When I first got the news from Firefly that I have won the grand prize of a Peugeot 408, I was quite shocked and lost for words. However, when it dawned on me that I really have won a car, I was over the moon and ecstatic that mother luck is shining on me. I wish to thank Firefly for giving me this big angpow for 2016!” said an ecstatic Stephanie Aw Mei Hiong who works in Singapore and lives in Johor Bahru.

The Firefly’s Greatest 2015 Giveaway! contest, which kicked off on 7 December 2015, ended on 15 January 2016.

To be in the running to win these attractive vehicles, all that was needed to be done was to book any flight with Firefly between the contest period and answer a simple question by sending a text message of the answer with personal details. Each purchase with a unique confirmation booking number (PNR) was entitled to one (1) entry.

Diana Teh Fang Sheng, a housewife who lives in Klang and fly’s back to her hometown in Langkawi every month said “I joined the contest while travelling back from Langkawi at the airport. I saw the brochure and joined it just for fun without thinking that I will get the chance to win the grand prize. I did not believe at first when I got the call until I received the email confirming the news. Indeed, if you never try, you’ll never know. Thank you Firefly and Firefly has always been the mode of transportation for me and my family to travel back to my hometown because it is convenient, safe, cost effective and value for money.”

10 consolation prize winners were also present at the prize giving ceremony who each walked away with RM200 Firefly cash vouchers. This high-visibility campaign was organized as a way to reward Firefly passengers for their continued patronage.

Firefly chief executive officer Ignatius Ong, was present at the ceremony to congratulate and officially hand over the car keys to the winners. “We are glad that

we could spread some cheer and happiness through this contest. It feels great to see our passengers happy and we hope to be able to make more passengers happy

through our many promotional activities,”

Impian Estranged Tercapai: Jelajah Kampus bermula di Universiti Malaya

JEDA waktu empat tahun tanpa sebarang produk, Estranged yang kembali dengan karya terkini mereka Januari lalu tidak ‘pulang’ dengan tangan kosong.

Jika peluru mereka mengena tepat ke sasaran dengan hit seperti Itu Kamu yang merupakan Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 2007 dan Aurora, kini menerusi album keempat iaitu Sepenuhnya Vol.1 (EP), Hancur Aku menjadi senjata baharu yang telah menjerat hati peminatnya.Menampilkan kolaborasi manis bersama Fazura, menerusi Hancur Aku, Estranged membuktikan Sepenuhnya sebagai sebuah produk lebih segar tanpa meninggalkan elemen sedia kala bawaan mereka, alternatif rock.

Justeru untuk membuatkan hit mereka terus bertebaran, Estranged rancak mengatur dengan pertemuan-pertemuan unik bersama barisan generasi baharu.Alternatif yang diambil ini adalah sebagai langkah meletak kembali keakraban Estranged bersama peminat selain membawa masuk ‘fahaman muzik’ mereka kepada pelapis muzik baharu.

Bersempena dengan kelahiran Sepenuhnya Vol.1 (EP), Estranged yang dianggotai Rich, Din dan Hanafi kini sudah siap sedia untuk menggempurkan ‘gawang’ pelajar di beberapa universiti.

IMG_0301

Tarikh 6 Mac dipilih sebagai permulaan kembara kampus mereka. Universiti tersohor negara, Universiti Malaya dipilih sebagai kampus pertama Estranged memuntahkan senjata seni mereka.Bergerak ke Borneo, 20 Mac akan menyaksikan Estranged mahu memicu adranelin peminat dan graduan kampus di Universiti Malaysia Sabah, sebelum memilih Kolej Profesional Mara di Kuala Beranang pada 2 April.

Bukan sekadar tiga persinggahan sahaja, sesuai dengan impian mereka untuk melakukan siri jelajah kampus sepanjang tahun 2016, beberapa universiti hebat negara turut berada dalam direktori persinggahan mereka.Antaranya adalah Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, UiTM dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu).

Kata Rich, “Walaupun usaha ini tidak disokong dengan penajaan seperti yang diharapkan, kami sedar yang kami tidak boleh berputus asa kerana selain mahu memenuhi jemputan para pelajar, kami sendiri berasa perlu untuk mendekati dan beramah mesra dengan peminat kami khususnya dan peminat muzik amnya. Kami juga menghargai sokongan pihak Drumasia Studio yang bersetuju menjadi penaja peralatan muzik untuk penggunaan kami di sepanjang jelajah ini.”

Tambah Rich, besar harapan mereka apabila seiring dengan jelajah kampus ini bergerak, Estranged berharap ada pihak yang sudi memberi kerjasama dan tajaan kepada mereka. Sehubungan itu, Estranged juga mengalu-alukan para peminat untuk menghubungi mereka melalui akaun Instagram mereka (@estrangedband), jika ada yang ingin mengundang Estranged untuk membuat persembahan di kampus mereka. 

Sebelum Sepenuhnya, Estranged yang ditubuhkan pada 2001 memiliki tiga album iaitu In Hating Memory (2004), Remain Unknown (2008) dan Anugerah Hidup (2013).

Pembukaan FELINNA BOUTIQUE Cawangan SHAH ALAM

Sambutan menggalakkan pembeli mendorong syarikat Raffelinna Sdn Bhd membuka Felinna Boutique iaitu cawangan keempat mereka di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam. Pengasasnya, Nadia Fellina Abd Fattah berkata, pembukaan cawangan ini turut memperkenalkan tiga koleksi tunic dan jubah terbaharu rekaan butik tersebut. 

“Sempena pembukaan butik di Shah Alam ini kami menawarkan harga menarik dan rekaan baru bagi Tunic Rayyan, Dress Lutfiyah dan Jubah Jehan. “Ia menjadikan kesemuanya tujuh tekaan eksklusif yang dijual termasuk kardigan, kurung moden dan selendang. Hari ini kami menawarkan promosi harga runtuh iaitu serendah RM99 bagi jubah dan RM69 bagu tunic,” ujarnya. 

IMG_6087

Felinna berkata demikian pada sidang media pelancaran Butik Felinna di Seksyen 7, dekat sini. Fellina Boutique masih beroperasi di tiga cawangan lain iaitu Bangi, Alor Setar dan Bertam, Kedah. 

Majlis tersebut dilancarkan oleh suaminya yang juga Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd, Muhammad Rafi’e Ramli, pagi Sabtu. Tambah Felinna, bagi majlis pelancaran yang diadakan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad, mereka menawarkan sebanyak 5,000 helai kepada pelanggan yang datang terus ke butik berkenaan. 

IMG_6084

“Untuk hari ini dan esok kami keluarkan sebanyak 5,000 helai kesemuanya dan dijual dengan harga promosi ini kepada pelanggan yang datang ke kedai. “Selebihnya barulah kami akan jual menerusi dalam talian (online), namun secara limited kerana selalunya saiz yang tidak banyak pilihan,” ujarnya. 

Selain itu, kata Fellina, rekaan tunic jenama Dilwale paling mendapat sambutan menggalakkan berikutan fenomena filem hindi Diwale yang masih lagi hangat. 

IMG_6083

Sementara, tambahnya, jubah jenama Adelia dan kardigan turun menjadi pilihan pelanggan. 

“Setakat ini tiga rekaan iaitu Dewali, Adelia dan kardigan adalah yang paling laris dan terpaksa direproduce beberapa kali. “Apa yang saya lihat, pelanggan kami gemar kepada bahan yang tidak terlalu panas dan mempunyai pocket untuk menyimpan barang,” ujarnya. 

Tambah Felinna, dia menitikberatkan bahan yang digunakan tidak terlalu panas, selesa dan mudah untuk wuduk. Oleh yang demikian, dia menggunakan dua jenis fabrik utama iaitu Como Crepe dan Santana yang dirasakan sesuai dipakai dalam keadaan cuaca negara ini. 

IMG_6088

Dalam pada ini, katanua, cawangan terbaharu ini juga sebagai penghargaan kepada semua pelanggan Hijrah Felinna yang berada di Shah Alam, Klang, Subang, Damansara dan kawasan berhampirannya.“Pembukaan ini akan lebih memudahkan pelanggan kami yang berada di kawasan sekitar Shah Alam untuk mendapatkan koleksi terbaru dari butik kami. 

“Kami juga meyasarkan pengunjung dari pelbagai peringkat umur yang mempunyai citarasa tinggi terhadap pakaian muslimah,” ujarnya.Sementara itu, majlis pembukaan secara besar-besaran selama dua hari ini turut dimeriahkan dengan artis-artis terkenal tanah air seperti Hani dan Zue, Uyaina (Juara Nona Manis) pada Sabtu dan Mia Sara pada Ahad.

Dapatkan pelbagai pakaian Muslimah kontemporari di cawangan terbaharu butik Hijrah Felinna Jalan Plumbum, Shah Alam. Butik ini dibuka sepanjang hari Selasa – Ahad bermula 10 pagi sehingga 6 petang. 

Pengalaman OSCARS® Lengkap HBO ASIA Membawa 14 Penonton ASIA Ke “THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS”

HBO Asia, penyiar khusus Oscars®, membawa 14 penonton dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Taiwan dan Hong Kong untuk menyaksikan permaidani merah (red carpet) secara langsung di acara “the 88th Annual Academy Awards”. Bersesuaian dengan glamor dan kegemilangan acara tahunan Hollywood terbesar ini, kesemua 14 pemenang peraduan “HBO’s 2015 Ultimate Oscars® Experience” akan dilayan bagaikan selebriti, tiba di Oscars® pada 29 Februari, berpakaian gaya “red carpet”, dan bersedia untuk menyokong pesaing Oscar® kegemaran, penyampai anugerah and penghibur pada acara tersebut, apabila mereka berjalan di permaidani merah.

Tujuh pasang penonton tahun ini sekali lagi akan berkemungkinan untuk memenangi peluang khusus seumur hidup mengalami Oscars® red carpet secara langsung pada tahun 2017, dengan semua perbelanjaan ditanggung. Penyertaan adalah hanya dengan menjawab soalan yang akan didedahkan semasa siaran secara langsung dan eksklusif acara Oscars® 2016 pada 29 Februari 9.30 pagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hboasia.com/oscars.

Astronaut Mark Watney (Matt Damon) finds himself stranded and alone on Mars, in THE MARTIAN.
Astronaut Mark Watney (Matt Damon) finds himself stranded and alone on Mars, in THE MARTIAN.

THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS akan ditayangkan secara langsung dan eksklusif di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431) merentasi pelbagai skrin pada 29 Februari, bermula dengan OSCARS® RED CARPET ‘LIVE’ pada jam 8 pagi (siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 7 malam), dan THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS ‘LIVE’ pada pukul 9.30 pagi (siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 8 malam). Majlis anugerah ini juga boleh dinikmati secara langsung dengan Astro On The Go. Penonton juga boleh saksikan pada bila-bila masa menerusi On Demand (OD).

Krew media sosial HBO Asia dan hos Janet Hsieh akan melapor secara langsung dari permaidani merah Oscars® 2016 yang gilang-gemilang, di platform media sosial HBO Asia. Dan pada pertama kali, laman mikro HBO Asia (www.hboasia.com/oscars) akan menampilkan rakaman temu bual belakang pentas dan rakaman eksklusif untuk laman web.

SANJAYSSUPERTEAM_001

Dihoskan oleh Chris Rock, Acara Tahunan Anugerah Academy ke-88 akan diadakan di Dolby Theatre® di Hollywood & Highland Center® di Hollywood. Penyampai Oscar® dan penghibur lain yang baru diumumkan adalah Morgan Freeman, John Legend, J.J. Abrams, Sacha Baron Cohen, Henry Cavill dan Dave Grohl.

Penyampai dan penghibur Oscar® yang diumumkan sebelum ini termasuk:

Patricia Arquette

Abraham Attah

Cate Blanchett

Emily Blunt

Louis C.K.

Steve Carell

Priyanka Chopra

Common

Russell Crowe

Benicio del Toro

Chris Evans

Tina Fey

Jennifer Garner

Whoopi Goldberg

Ryan Gosling

Louis Gossett, Jr.

Kevin Hart

Quincy Jones

Michael B. Jordan

Lady Gaga

Byung-hun Lee

Jared Leto

Rachel McAdams  

Julianne Moore

Olivia Munn

Dev Patel

Eddie Redmayne

Daisy Ridley

Margot Robbie

Jason Segel

Andy Serkis

Sarah Silverman

J.K. Simmons

Sam Smith

Charlize Theron

Jacob Tremblay

Sofia Vergara

Kerry Washington

The Weeknd

Pharrell Williams

Reese Witherspoon 

IKUTI HBO ASIA:

www.hboasia.com/oscars

www.facebook.com/hboasia

Instagram: @HBO_Asia
Twitter: @HBOAsia

#HBOAsiaOscars16 

ASTRO KASIH Pupuk Semangat Anak-Anak Remaja Melalui Tayangan Filem OLABOLA

Filem OlaBola yang memulakan tayangannya di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 28 Januari 2016 lalu telah mendapat sambutan positif dari setiap lapisan masyarakat. Malah, apa yang lebih mengagumkan apabila filem ini meskipun sudah berada di pawagam melebihi 3 minggu, namun sokongan penonton masih kukuh dan terus rancak dengan terbuktinya kunjungan mereka di pawagam tanah air.

Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama_20 Feb 5 bersama para pelakon Ola Bola dan Pengarah, Chui

Jika mendengar tajuk OlaBola pasti ramai yang dapat menyangka bahawa filem fiksyen ini akan memaparkan sukan bola sepak. Namun, istimewanya filem arahan pengarah Chiu Keng Guan ini, ia turut menonjolkan nilai persahabatan, kemahiran sukan, keluarga dan keharmonian berbilang bangsa sebagai inti pati utama. Dengan meletakkan nilai-nilai ini, OlaBola diharap mampu memupuk penonton dengan semangat dan sikap berani untuk melakukan apa sahaja demi orang tersayang serta negara.

Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama_20 Feb 2 (Datuk David Yap, Director of Community Affairs, Astro)

Bersesuaian dengan nilai-nilai tersebut, Astro menerusi cabang tanggungjawab sosial korporatnya iaitu Astro Kasih mengambil langkah inisiatifnya dengan mengadakan program tayangan amal filem OlaBola bersama lebih 1000 orang anak-anak dari 14 rumah kebajikan serta para peserta dari Kem Badminton Astro dan Kem Bola Astro.Tujuan mengadakan program tayangan amal ini adalah untuk mendedahkan nilai-nilai yang dipaparkan di dalam filem OlaBola bersama anak-anak yang kurang bernasib baik serta memupuk semangat kesukanan dan memberi inspirasi kepada peserta-peserta Kem Badminton dan Kem Bola Astro.

Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama_20 Feb 1

Usaha di bawah Projek Astro Kasih ini berlangsung selama dua (2) hari di tiga (3) buah negeri bermula 19 Februari 2016. Tayangan amal ini agak bergerak di lokasi dan pada tarikh berikut:

Tarikh Waktu Lokasi
19 Februari 2016 3.00 petang Cathay Cineplexes, Johor Bahru
20 Februari 2016 3.00 petang GSC 1Utama, Petaling Jaya
3.00 petang GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang

Filem OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini adalah sebuah filem yang melambangkan budaya di Malaysia dan lebih menarik lagi ianya memaparkan semangat cintakan negara dalam semangat setiakawan tanpa mengenal latar belakang. Elemen-elemen positif yang diterapkan dalam filem ini diharap dapat menyuntik jiwa anak-anak muda agar mereka lebih menghargai dan membina persefahaman dalam menjadi pemacu kepada kemajuan negara.

Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama_20 Feb 3 with Datuk David Yap, Director of Community Affairs Astro 3

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara. Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan. Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

Untuk mengikuti info terkini tentang Astro Kasih, sila layari www.facebook.com/astrokasihmalaysia.

BIANCO MIMOSA lancar koleksi Bridal Couture 2016

Menyusun langkah baru seiring dengan kemunculan tahun 2016, Bianco Mimosa kini bakal hadir dengan koleksi sulung berkonsep busana pengantin menerusi pelancaran Bianco Mimosa Bridal Couture 2016 sebagai tanda pengenalan.Digarap dan dihasilkan dalam tempoh enam bulan dengantema ‘Fantasi’, ilhamdan idea penghasilan kesemua koleksi. Bridal Couture ini adalah sepenuhnya daripada kreativiti Dato Ida Suraya Mustapha.

Selesa memegang peranan sebagai pemilik dan juga pereka fesyen senior di Bianco Mimosa inspirasi rekaan busana- busana Bianco diambil ketika beliau bercuti di luar negara.Hampir kesemua pelusuk dunia telah dijejaki dan kesempatan tersebut diguna dengan sebaiknya oleh beliau untuk melihat dan meneroka seni rekaan fesyen di setiap negara yang dilawati.

Inspirasi diambil daripada setiap sudut penghasilan sehinggalah ke perincian busana yang kemudiannya diterjemahkan kepada kreativiti beliau dalam sulaman idea berkonsep alam semula jadi.Umpama satu rangkuman eksperimentasi antara keindahan bumi Cappadocia, Turki sehinggalah kepada pesona menara Eifel yang menjadi ikon di bumi Perancis, itu adalah gambaran inspirasi dan ilham yang dihasilkan oleh Dato Ida untuk koleksinya pada kali ini.

ZA8_0339a

Menghimpunkan 25 rekaan busana yang terdiri daripada 4 busana pengantin lalaki dengan 21yang lain adalah busana pengantin wanita, koleksi diterjemahkan dalam tata gaya adibusana couture dan demi couture.Setiap fabrik dan perincian manik dihasilkan sendiri oleh Bianco Mimosa demi menekankan elemen keunikan dan tersendiri yang dimiliki oleh setiap koleksi milik Dato Ida.

Setiap busana yang terhasil adalah umpama satu persembahan menarik yang memiliki konsep serta jalan cerita tersendiri bagi memberi impak dramatik.Konsep busana serta kareografinya diberi suntikan segar bagi meletakkan jenama Bianco Mimosa pada aras kelasnya yang tersendiri.Pemilihan warna bagi setiap busana pula mengikut ramalan perkembangan trend di luar negara serta diberi nafas segar mengikut citarasa tempatan sama ada dalam cara penghasilan busana mahupun perincian manik dan sulaman pada material busana tersebut.

Kebanyakkan fabric dan perincian manik yang digunakan pula diimport dari luar negara seperti chiffon, silk, dutchess, organza silk dan satin silk demi menjaga kualiti dan keselesaan pelanggan atau pengguna kelak.Teknik yang digunakan pula adalah seperti ‘pleating’, sulaman tangan dan mesin serta teknik-teknik manipulasi fabric yang memberi impak seni bagi setiap rekaan.Menariknya di Bianco Mimosa, dalam memberi input dan nilai tambah pada setiap rekaannya, sentuhan idea dan kreativiti anak muda juga turut menjadikan koleksi busananya sesuai mengikut peredaran zaman.

ZA8_0256a

Bianco Mimosa memberi peluang kepada pelajar jurusan fesyen dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau Negeri Sembilan dalam usaha menggalakkan lebih ramai anak muda mampu meraih peluang untuk menceburi dunia fesyen bertaraf antarabangsa dan mengasah bakat dan kreativiti rekaan yang mereka miliki.

Dalam pada itu, Bianco Mimosa turut akan mengadakan peraduan sempena penganjuran malam pertunjukan fesyen Bianco Mimosa Bridal Couture 2016.Peraduan ini menyediakan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama yang disediakan untuk pemenang bertuah pada malam itu berupa sepasang busana eksklusif bernilai RM5,000.Selain itu, antara hadiah lain yang disediakan ialah telefon pintar IPhone 6 (2 buah), Samsung Note 5 (2 buah) serta 20 baucer eksklusif Bianco Mimosa bernilai RM200 setiap satu.

Untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah-hadiah menarik ini, peserta perlu mengikuti laman sosial Bianco Mimosa di instagram di Mybiancomimosa dan ikuti langkah-langkah yang dilampirkan.

Miri Country Music Fest 2016

After an encouraging response towards the first two Miri Country Music Fest, the event will be back bigger and better next year. Country music fans can expect another exciting experience at the third edition of the festival which will be held on February 27 next year.

Next year’s festival will showcase country music bands from Nashville in USA, Australia, Singapore, Indonesia, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu and Miri and these bands will serenade festival goers with their rendition of rock, pop, contemporary, bluegrass and folk country tunes.

The bands for next year are Ruby Boots from Australia, 2Country4Nashville (USA), Leonard and the Country Riders (Singapore), Tantowi Yahya (Indonesia) and Malaysian’s bands Os Pombos (Kual Lumpur), Jonathan Tse (Kota Kinabalu) and Mountain Wind (Miri).

Os Pombos, who is making a second appearance due to popular request, is expected to get the crowd dancing away to their upbeat tunes especially with their vocal harmony. After being in the business for more than two decades and an album to their credit, Os Pombos is definitely the father of Country Music in Malaysia.

12764407_1028550440540379_7512485379910185645_o

Another act to look out for at next year’s festival is another big name in Country music in the region- Tantowi Yahya. Tantowi is not only popular in Indonesia but he is also well known among Country music followers in Malaysia and the nearby countries. A singer,television host, entrepreneur and politician, Tantowi had also released a Country music album.

Ruby Boots is expected to give the crowd a taste of the Australian Country music with their sparky and truth-soaked music and songs. Led by singer and songwriter Bex Chilcott, Ruby Boots music is heart-warming and full of charm.

Leonard and the Country Riders will ride in from Singapore with traditional Country and Western swing as well as classic tunes. The band pride themselves in their ability to “bring back to life” the sound and feel of real old Country Music.

2Country4Nashvill is a husband and wife band that perform traditional Country tunes. Spotting a pompadour hairstyle Jo-el Ulmer and his wife

LeAnne love and passion for Country music is very much evidence in their performances. In fact that was how the duo got the band’s name. They were auditioning for a music competition and was told that their music sounded too Country.

Kota Kinabalu-based Jonathan Tse is a singer, songwriter and music producer. His songs are inspired by faith, love and hope and his energetic performance is very contagious in getting the audience swaying to his beat.

Nearer to home, the boys of Mountain Wind are no strangers to the local music scene. They are often seen performing at clubs, wedding reception and corporate events.

Organized By: Planet Conventions and Events Sdn Bhd, the festival will be held at Parkcity Everly Hotel Miri.

MCMF2016LU_zpsvmeqqyo7

The one-day event will showcase music workshop, line dance session, bazaar and music concert. The day’s program will begin from 2pm onward with the opening of the bazaar and followed with the music workshops. The line dance session will be held from 4pm while the concert will start from 5.30pm onward.

Line dance enthusiasts to get together to share and exchange dance technique and steps at the line dance sessions.

Planet Conventions and Events will once again invite other event organizers to use the festival as a venue to promote their upcoming events. The idea was introduced this year and it was well received with Rurum Kelabit utilizing the opportunity to promote its Pesta Nukenen (Bario Food Fair).

At the music workshop, festival goers can learn how to sing country tunes and play musical instruments. The workshops proved to be quite popular among the audience as that provide them the opportunity to get up-close with the band members.

Miri city is the northern gateway into Sarawak and it is known as the Resort City. Both Malaysia Airlines Berhad and Air Asia have direct flights from Kuala Lumpur, Penang, Singapore, Kuching and Kota Kinabalu to Miri.

MCMF2015SC_zpsaovjw9vf

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 80.00 (Adult)
RM 40.00 (Child)

Tickets are now available in Kuching, Miri and Kota Kinabalu. In Kuching, the tickets are available at Planet Conventions and Events office (tel: 082 250400) while in Miri, the tickets are available at Parkcity Everly Hotel Miri (085 440288) and Planet Borneo Travel and Tour Services (085 414300). In Kota Kinabalu, the tickets are available from Asif Pishori (+6014 6922757).

For More Information:

Phone: +6082 368109
Fax: +6082 362108
URL: www.miricountrymusic.com/
TW: twitter.com/myycountrymusic
FB: www.facebook.com/pages/Miri-Country-Music-Fest/144776799064796

Phone: +6085 414300 / +6082 412100
URL: www.planetborneotours.com
TW: twitter.com/planetborneo
FB: www.facebook.com/PlanetBorneoTT/timeline

Phone: +6082 423600
Fax: +6082 416700
Email: stb@sarawaktourism.com
URL: sarawaktourism.com/
TW: twitter.com/SarawakTravel
FB: www.facebook.com/visitsarawak

Kutipan Filem OlaBola Cecah RM8 Juta Dalam Tempoh 13 Hari

Memasuki hari ke-13 tayangan, filem OlaBola telah berjaya mencatat kutipan RM8 juta box office menerusi 120 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.Sambutan memberangsangkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonnya sejak 28 Januari 2016 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan.

 Filem ini ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila pengguna memperkatakan mengenai filem ini. Secara keseluruhan, OlaBola berjaya mendapat melebihi 200,000 ribu pendedahan di media sosial. Malah filem ini telah menjadi trending sebanyak 9 kali di laman Twitter.

IMG_0987

Manakala jumlah tontonan trailer dari Facebook dan Youtube buat masa ini telah mencatat 1.6 juta tontonan dan dijangka meningkat hari demi hari.

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara. Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan. Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv,   www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.

Tiada Penyingkiran di Minggu Kedua Mentor Milenia

Sekali lagi Mentor Milenia memberi kejutan kepada para protégé dan penonton dengan mengekalkan kesemua lapan protégé untuk mara ke pertarungan minggu ketiga. Keputusan pada malam tersebut telah memberi peluang kepada dua protégé Wanie (Black) dan Mya (Hazama) yang mendapat tempta terendah untuk mempertingkatkan mutu persembahan mereka pada minggu akan datang.

Pertarungan minggu kedua ini menyaksikan Qody (protégé Black) berjaya membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM1,000. Keunikan Qody dalam mempersembahkan lagu medley Zapin Usik Mengusik & Zikir Kasih berjaya mencuit hati para penonton dan juga juri awam apabila muncul dengan baju Melayu lengkap dan menari zapin.

Turut memberi saingan yang bertenaga pada malam itu adalah Nuri dengan lagunya Bang Bang dari filem Pitch Perfect 2, Han (Laskar Pelangi-Nidji), Ebba (No One-Alicia Keys), Zetty (Khayalan-Black Dog Bone), Fareez (Rindu Serindu Rindunya-Spoon), Mya (Apakah Ini Cinta-Judika).

Qody Juara Mingguan (Battle 2)

Persembahan mantap daripada setiap protégé telah membuatkan tiada penyingkiran diumumkan di akhir siaran langsung Mentor Milenia. Ini cukup membuktikan bahawa kesemua protégé yang dipilih untuk berentap di pentas Mentor Milenia adalah berkualiti dari segi persembahan, vokal dan mempunyai daya tarikan tersendiri.

Keputusan yang tidak disangkakan ini sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada para mentor memperbaiki tahap persembahan protégé mereka. Pada masa yang sama, keputusan malam tersebut juga dapat memberi tahap keyakinan tinggi dalam diri setiap protégé dan terus berusaha untuk menjadi terbaik.

Mentor Milenia yang mengandungi Sembilan episod ini dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh. Pemarkahan bagi setiap protégé adalah berdasarkan kepada undian daripada juri awam di studio sebanyak 30% dan selebihnya (70%) menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia). Protégé yang mendapat undian terendah akan disingkirkan setiap minggu. Hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dijadikan habuan untuk pemenang Mentor Milenia di peringkat akhir nanti.

Nuri
Nuri

Mentor Milenia ini dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Siapakah yang bakal tersingkir untuk pertarungan seterusnya? Untuk mendapat keputusannya, jangan lupa untuk saksikan Mentor Milenia yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Sementara itu, Jurnal Mentor Milenia turut memaparkan aktiviti mentor dan protégé dan disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman social. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my