Sempena Hari Kemerdekaan ke-57 Malaysia, Astro akan menjalankan dua kempen Merdeka yang bermula dari 15 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 sebagai tanda penghormatan kepada Malaysia dan semua rakyat Malaysia. Kempen pertama, Negaraku akan mempersembahkan Malaysia melalui 48 program baru di beberapa saluran TV Astro untuk meraikan keindahan dan kepelbagaian negara Malaysia. Kempen Merdeka yang kedua, Kempen Derma Darah #kitasama di seluruh negara yang bertujuan untuk memperkuatkan mesej kami iaitu βSemangat Perpaduan Mengalir dalam Diri Kitaβ
Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, βSempena sambutan Merdeka ini, kami akan menjalankan dua kempen. Kempen Negaraku akan menyiarkan 48 program tempatan dan antarabangsa yang baru untuk meraikan kepelbagaian, keunikan, keindahan dan perpaduan Malaysia. Untuk menambahkan lagi elemen keseronokan dalam kempen ini, kongsilah detik-detik kemerdekaan anda bersama kami dengan menggunakan hashtag #kitasama. Β Pada masa yang sama, kempen derma darah #kitasama ini menekankan kepentingan perpaduan kebangsaan dan sifat tolong-menolong antara rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakangβ.
Terdapat 48 rancangan baru, antaranya ialah βSalomaβ (Astro First, CH480), βSelempang Kuningβ dan βKerana Anggunβ (Astro PRIMA, CH105), βSambanthanβ (Vaanavil, CH201) dan βFamily GO CUTIβ (Astro AEC, CH301), βJiwa dan Ragakuβ (Astro Arena, CH801), βOh My English!: 1957 Merdeka Part 1 & 2β (Astro TVIQ, CH610), dan banyak lagi.
Kepelbagaian dan kebudayaan Malaysia juga akan menjadi fokus kali ini dalam saluran TV antarabangsa Astro dengan rancangan-rancangan utama seperti βRide & Seek: Borneoβ (HISTORY, CH555), βJonathan Phangβs Gourmet Trainsβ (AFC, CH703), βTime Capsule Malaysiaβ (HISTORY, CH555), βMalaysia Street Food Circus with Makansutraβ (TLC, CH707), βMegastructures: The Penang 2nd Bridgeβ (National Geographic Channel, CH553), βKL Enforcersβ (CI, CH732) dan βEye on Malaysia: Malaysiaβs Best Teachersβ (Discovery, CH551).
Datoβ Dr Faraizah Bt Datoβ Abd Karim, Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara berkata, βKami ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana menjemput kami untuk menjadi sebahagian daripada kempen derma darah #kitasama. Kempen ini juga disokong oleh sekumpulan artis yang boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kempen ini. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan lebih banyak rakyat Malaysia untuk menderma darah kepada Pusat Darah Negara kerana hanya terdapat 2.5% daripada rakyat Malaysia yang menjadi penderma.β
Β Bakat-bakat dan artis Astro telah meluangkan masa untuk menyertai kempen derma darah #kitasama. Sarimah Ibrahim dari MIX FM, Radio Astro menyatakan bahawa, βKempen derma darah #kitasama ini bertujuan untuk menyampaikan mesej penting bahawa walaupun kita mungkin berbeza dalam pelbagai aspek, tetapi akhirnya, kita semua sama sahaja dan dapat bersatu padu sebagai satu negara. Saya berasa amat bangga menjadi sebahagian daripada kempen yang menggariskan kepentingan perpaduan negara.β Sementara itu, Asmawi Bakiri dari Astro Arena juga menyebut bahawa, βSaya berharap bahawa kami dapat membantu kehidupan orang lain dan menghimpunkan orang ramai untuk membantu sesama rakyat Malaysia yang memerlukan darah.β
Kempen derma darah ini akan diadakan di 8 negeri termasuklah Malaysia Timur untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menderma darah kepada Pusat Darah Negara Malaysia. Orang ramai dijemput untuk menyertai kempen derma darah ini di:
- KSL City Mall, JB (15 & 16 Ogos),
- East Coast Mall, Kuantan and Greentown Mall, Ipoh (23 & 24 Ogos),
- Cheras Leisure Mall, Klang Valley (30 & 31 Ogos),
- Stadium Sultan Mizan, Planet Gempak Kuala Terengganu (5 & 6 September),
- Prangin Mall, Penang and Centerpoint, Kota Kinabalu (13 & 14 September), and
- Plaza Merdeka, Kuching (16 September).
Para penonton boleh melayari www.astro.com.my/Negaraku untuk mendapatkan jadual rancangan Merdeka dan juga maklumat lokasi kempen derma darah #kitasama
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia



















































































































