SO Staff

Destinasi Bajet Musim Ke-4 Lebih Banyak Percutian Ekonomi

Logo Destinasi BajetRehat, rawat dan rileks! Itu antara kebanyakan idea percutian pendek buat mereka yang memiliki gaya hidup yang sibuk. Percutian juga mampu memberikan anda idea-idea baru selain mengurangkan tekanan dari tempat kerja. Namun halangan utama di dalam menunaikan impian percutian anda pastinya dalam menentukan bajet mengikut kemampuan sendiri. Namun itu bukan lagi satu masalah kerana rancangan log pengembaraan Destinasi Bajet yang kini memasuki musim ke-4 bakal memberikan anda tips tentang bagaimana anda boleh mendapatkan percutian yang bermakna walaupun dengan bajet yang rendah.

Diana Rusdi
Diana Rusdi

Bersiaran sejak 11 Mac lalu, jenama Destinasi Bajet tetap utuh dengan memberikan pelbagai tips tentang bagaimana para penonton boleh menikmati percutian idaman mereka dengan bajet yang berpatutan. Rancangan log pengembaraan setiap hari Selasa jam 9.00 malam di ntv7 itu mengekalkan tiga pengacara sama sejak musim ketiga – Qi Razali, Razif Hashim dan Diana Rusdi – bakal membawa para penonton menjelajah di dalam dan di luar negara. Mengambil tugas mengacara bersilih ganti untuk setiap episod, kali ini mereka akan ke Singapura, Jakarta, Surabaya, Macau, Hong Kong, Chiang Rai dan banyak lagi.

Qi & Razif
Qi & Razif

“Semua orang memang gemarkan percutian namun bagaimana anda menghabiskan percutian itu juga suatu yang penting. Perancangan yang baik bakal membuahkan percutian yang lebih bermakna. Menerusi rancangan Destinasi Bajet, kami berharap kami dapat memberikan idea kepada para penonton untuk bagaimana menghabiskan masa percutian mereka dan apakah tempat yang harus dilawati mereka di setiap destinasi pilihan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

Saksikan Qi Razali serta rakan pengacaranya – Razif Hashim dan Diana Rusdi di ntv7, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam untuk mendapatkan tips percutian yang bakal membawa anda ke destinasi pilihan dengan bajet yang ekonomi. Serta ulangannya setiap hari Sabtu jam 11.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my

Pelakon Veteran Sidek Hussain Meninggal Dunia

SidekHussain

Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.

Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh dekat sini tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko tinggi.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

 

Adam (AF2) & Fiza (Elite) Sah Cerai Talak 1

 

fiza_adam

Akhirnya kemerlut rumah tangga mereka, terjawab. Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri.

Memetik kenyataan di sebuah portal, Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula menyifatkan mereka sudah tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.

Terdahulu suasana di ruang mahkamah menjadi kecoh apabila Fiza memohon kepada mahkamah agar mengarahkan para wartawan tidak berada di dalam ruang mahkamah.

Fiza berkata, dia enggan kisah peribadinya bersama Adam didedahkan pihak media kepada umum. Permohonan itu kemudiannya dibenarkan oleh TuanMuhamad Nazri.

“Saya memohon agar kes kami dibicarakan tanpa wartawan atau pihak-pihak lain dalam ruang mahkamah ini.

“Ini adalah atas alasan saya seorang selebriti yang dikenali. Saya tidak mahu masyarakat tahu tentang hak peribadi kami,” katanya sebelum bermulanya prosiding.

Adam dan Fiza tiba di mahkamah sekitar pukul 12 tengah hari dan prosiding kes penceraian mereka bermula kira-kira 45 minit kemudian.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.

*Sumber – Malaysiandigest.com

 

XPDC Teruskan Konsert Demi Peminat Walaupun Penganjur Bermasalah

DSC_2317-1

Konsert ‘XPDC Live In Concert’  sempena 25 tahun XPDC malam semalam sepatutnya menjadi satu kenangan manis buat para peminat tegar mereka namun ia bertukar menjadi pahit.Ini gara-gara pihak penganjur gagal melunaskan bayaran terakhir kepada XPDC.

XPDC kini diterajui oleh Mael (vocal), Izo (Gitar) dan Amy (Drum). Manakal Eddie pula bertindak sebagai pemain bass undangan sempena konsert ini. Konsert ini dibawa khas oleh ‘Return Of Rock’ dan dijayakan bersama ‘SNF racing’ dan Life Records.

Konsert yang sepatutnya bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam terpaksa ditangguhkan gara-gara masalah penganjur.Konsert hanya bermula sekitar jam 11 malam walaupun pihak XPDC tidak mendapat bayaran terakhir dari pihak penganjur.XPDC teruskan juga konsert ini demi para peminat mereka yang telah mula berada di Litar Antarabangsa Sepang seawal jam 4 petang.

Ketika ditemui selepas konsert, Izo menjelaskan “Ini merupakan insiden yang pertama mereka tidak mendapat keseluruhan bayaran sepanjang 25 tahun berkecimpung didalam industri muzik di Malaysia.Sepatutnya bayaran terakhir dijelaskan sebelum kami memulakan persembahan,”.

“Kami juga berharap agar para peminat diluar sana tidak menyalahkan XPDC dengan insiden yang berlaku tadi. Ini kerana segala persiapan serta sound check telah pun dibuat. Konsert bermula agak lewat kerana masalah bayaran yang belum dilunaskan oleh pihak penganjur. Kami tetapkan teruskan konsert ini demi para peminat walaupun tidak mendapat bayaran penuh.Sepatutnya kami menyampaikan 18 buah lagu termasuk beberapa medley namun kerana permit untuk konsert ini hanya sehingga jam 12 tengah malam maka kami hanya sempat menyampaikan hanya 10 buah lagu sahaja,” tambah Amy.

“Kami berharap agar insiden ini tidak berlaku lagi kepada XPDC serta artis lain di Malaysia. Jika ada penganjur di luar sana yang mahu bekerjasama dengan XPDC untuk konsert akan datang kami sedia berbincang,” tambah Izo lagi. Pihak SelebritiOnline cuba mendapatkan komen dari pihak penganjur namun gagal kerana mereka sudah tiada di tapak konsert.

XPDC memulakan konsert dengan lagu Ntahapahantah dan diikuti dengan Bahalol dan Hidup Bersama. Dek kerana kesuntukan masa, pihak XPDC hanya dapat menyampaikan beberapa lagi lagu seperti Hentian Ini,Titian Perjalanan,Hairan Bin Ajaib,Senapang Patah dan Semangat Yang Hilang. Konsert ini berakhir sekitar jam 12.15 tengah malam dengan lagu Apa Nak Dikata menjadi lagu penutupnya.

Walaupun konsert ini selama satu jam lebih sahaja, namun ia dapat mengubat sedikit kekewaaan para peminat tegar XPDC.Sempena 25 tahun XPDC di persada seni tanahair, pihak Life Records turut menerbitkan album kompilasi yang mengandungi 25 buah lagu terbaik dan popular termasuk sebuah lagu terbaru XPDC iaitu Khilaf.

*credit photo : Harris Daniel

 

 

 

 

 

 

Konsert Pi Mai FM Shopping Utara Meriah

Konsert Pi Mai FM Shopping Utara Crowd Shot

”Pi Mai FM Shopping Utara” melibatkan 3 buah negeri di Utara Semenanjung Malaysia berlangsung pada 12 April & 13 April yang dibawakan oleh Tourism Malaysia. Penyertaan dibuka selama 2 minggu sebelum perlumbaan untuk memilih peserta yang layak. Ramai yang menghantar penyertaan namun hanya 30 orang peserta sahaja yang dipilih untuk menyertai ”Pi Mai FM Shopping Utara” ini. Peserta perlu melengkapkan segala tugasan dan cabaran diberikan selama 2 hari dalam masa yang terpantas. Hadiah yang dibawa pulang oleh para peserta ialah RM5000 (tempat pertama), RM2500 (tempat kedua) dan RM1500 (tempat ketiga). Penyampaian hadiah tersebut disampaikan oleh En. Harun Pilus, Ketua Pengarah Tourism Penang. 

Azmir, Alif Satar, David Low, Mamak, Shahril, Dato M Daud Kilau, Acong Sweetchild

Lanjutan dari perlumbaan “Pi Mai FM Shopping Utara”, kempen diteruskan dengan Konsert Pi Mai FM Shopping Utara yang berlangsung dengan meriahnya pada 19 April 2014 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Konsert ini juga dianjurkan sempena ulang tahun pertama Pi Mai FM ke udara. Acara bermula pada jam 3 petang dan berterusan sehingga lewat malam. Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan disebelah siang sebelum konsert bermula; antaranya sesi ramah mesra bersama penyampai-penyampai Pi Mai FM, acara busking, booth jualan dan banyak lagi.

Pemenang Pi Mai FM Shopping Utara – Juara (Kumpulan SAS), Naib Juara (Kumpulan Rantai Feri), Ketiga (Kumpulan Tu Dia Doq Mai)

Untuk memeriahkan lagi acara dan sebagai gimik “Konsert Pi Mai FM Shopping Utara” pelbagai hadiah disediakan antaranya TV LED, IPAD dan IPHONE 5C. Hadiah utama yang tersedia untuk pendengar merupakan sebuah skuter VESPA model LX150 terima kasih kepada Naza 2 Wheel.

Sesi Memotong Kek Sempena Ulang Tahun Pertama Pi Mai FM dan Harijadi David Low

Antara artis-artis Malaysia yang menggegarkan “Konsert Pi Mai FM Shopping Utara” adalah Dato’ M. Daud Kilau, Bunkface, Zamani, Black, IamNeeta, Alif Satar, Sweet Child dan DATA.

Mamak dan Black

Menurut Pengurus Rancangan Pi Mai FM, Mira Sakhia “Sangat gembira dan teruja untuk Konsert pertama Pi Mai FM ini. Jumlah penyertaan dan sambutan peraduan “Pi Mai FM Shopping Utara” dari pendengar juga diluar jangkaan saya. Sokongan padu dari orang utara membuatkan kami lebih bersemangat untuk terus menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama pendengar”. 

Malam Media Red Box 2014

DSC_0178

Malam Media Red Box Karaoke, sebuah acara tahunan anjuran kumpulan karaoke terkemuka Red Box, diadakan sekali lagi di salah sebuah cawangannya di Red Box Ria, Tingkat 8, KL SOGO pada hari Isnin, 21hb April 2014. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis dilengkapkan dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2013, yang terdiri dari 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular 2013. 

DSC_0189

Ms. Valerie Choo, Pengarah Urusan Red Box Karaoke, sewaktu ucapannya memberitahu, “Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan untuk lagu-lagu yang mengungguli carta Red Box Karaoke sepanjang tahun 2013. Setiap lagu yang tersenarai di dalam carta ini adalah dibuat berdasarkan pemilihan oleh para pelanggan dari setiap cawangan Red Box, Red Box Ria, Green Box & Red Box PLUS sendiri. Secara peribadi, anugerah ini kami anggap sebagai satu pengiktirafan kepada sumbangan dan bakat yang lahir dalam industri ini dan besar harapan kami agar ia mampu diiktiraf sebagai satu pencapaian oleh artis dan syarikat rakaman itu sendiri. Tahniah saya ucapkan kepada lagu-lagu yang berjaya”.

DSC_0287

Ms Valerie Choo turut berkongsi rasa terharu beliau terhadap keprihatinan dan kesungguhan media dalam menyampaikan pelbagai mesej positif tentang perkembangan Red Box Karaoke. Beliau berharap agar jalinan sedia ada ini berterusan dalam membantu usaha Red Box Karaoke memartabatkan lagi industri muzik negara. Sewaktu ucapannya, beliau turut memberitahu bahawa Malam Media Red Box Karaoke telah berjaya menjadi acara tahunan kerana sokongan dari semua pihak. “Setiap tahun, kami sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diterima. Ia merupakan satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala sokongan yang diberikan,” ujar beliau.

DSC_0267

Antara aktiviti pada malam tersebut, termasuklah aktiviti berkaraoke, acara makan malam, permainan dan cabutan bertuah. Mereka yang bertuah bakal membawa pulang pelbagai hadiah lumayan seperti LED TV, Smartphone, Basikal, Set Teater Rumah, Set Wangian, Hamper, Jam Berjenama, Baucar Tunai dan banyak lagi yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan, Ms. Valerie Choo dan Ketua Pegawai Operasi, Mr. Michael Yong. Majlis yang mengiktiraf populariti lagu karaoke tempatan & antarabangsa ini turut menyaksikan kemunculan artis terkemuka HyperAct dan persembahan dari komposer Haron Ahmad yang menyampaikan single terbaru beliau bertajuk Suara Kami (featuring Jay Jay). Hadirin turut dibekalkan ‘goodie bag’ yang berisi barangan tajaan ‘Aura White’ dan ‘Baucar 9-Grid’ tajaan Red Box Karaoke yang antaranya menawarkan privilege ‘Beli 1 Percuma 1’, ‘Diskaun 30%’, potongan harga RM20, RM50, dan banyak lagi. ‘Baucar 9-Grid’ tersebut yang sah digunakan hingga 31hb Julai 2014 boleh didapati di mana-mana cawangan Red Box, Red Box Ria & Green Box Karaoke bersempena dengan promosi Members’ Day yang berlangsung hingga 31 Mei 2014. Promosi Members’ Day tersebut turut menawarkan Diskaun 15% kepada setiap pelanggan, hanya dengan menunjukkan Kad Keahlian Biasa semasa check-in. Mereka yang mempunyai Kad Keahlian DotRed pula boleh menikmati Diskaun 20% untuk setiap seorang yang berada dalam satu bilik.

 

  ANUGERAH KARAOKE POPULAR 2013 

 Inggeris Melayu 
1. WHEN I WAS YOUR MAN

BRUNO MARS, WARNER MUSIC

1. PUTIH-PUTIH MELATI 

ST12, UNIVERSAL MUSIC

2. GET LUCKY

DAFT PUNK, SONY MUSIC

2. HANYA AKU

HYPERACT, INDIGITAL SDN. BHD.

3. THRIFT SHOP

MACKLEMORE & RYAN LEWIS,

WARNER MUSIC

3. SAHABAT

NAJWA LATIF FEAT. SHAM KAMARUL & SLEEQ, NAR RECORDS

4. JUST GIVE ME A REASON

P!NK FEAT. NATE RUESS, SONY MUSIC

4. BAHAGIAMU DERITAKU

HAFIZ, MBNS

5. WAKE ME UP 

AVICII, UNIVERSAL MUSIC

5. PENGLIPUR LARA 

HAZAMA, MBNS

6. ROYALS 

LORDE, UNIVERSAL MUSIC

6. KALAU AKU KAYA 

ALTIMET & AWI RAFAEL,

WARNER MUSIC

7. SKYFALL 

ADELE, WARNER MUSIC

7. SETENGAH MATI MERINDU 

JUDIKA, SONY MUSIC

8. ROAR 

KATY PERRY, UNIVERSAL MUSIC

8. AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG 

TEGAR, RUSA MARKETING

9. WRECKING BALL 

MILEY CYRUS, SONY MUSIC

9. SANDIWARA CINTA

REPVBLIK, MVM PRODUCTION

10. GIRL ON FIRE 

ALICIA KEYS, SONY MUSIC

10. SAYANG

SHAE, WARNER MUSIC

“Everyday Robots” official music video by Damon Albarn is OUT NOW

image002

“Everyday Robots” official music video by Damon Albarn is OUT NOW!!

Everyday Robots is produced by Richard Russell of XL, with whom Damon produced Bobby Womack’s ‘The Bravest Man In The Universe’- and features guest appearances from Brian Eno and Natasha Khan (Bat For Lashes).  Led by title track ‘Everyday Robots’, the 12 songs here invite the listener into Albarn’s world for a genuine ‘one-to-one’ and are the most soul-searching and autobiographical creation of his.  The songs’ subject matter is more directly personal than before and is inspired by Albarn’s experiences from early childhood to now, including the trappings of our modern existence, computer games, mobile phones and nature versus technology.  The lead, title track ‘Everyday Robots’ is accompanied by a video directed by artist and designer Aitor Throup. The film is a digital portrait of Albarn by Throup and uses CGI software and actual cranial scans and facial reconstruction techniques to explore and reveal the process of building a uniquely personal portrait of an artist and individual.

With his first album – solo track, Everyday Robots and it will be available for your viewing on

Youtube : http://www.youtube.com/user/damonalbarnmusic

Spotify: Damon Albarn

iTUnes: www.itunes.com/damonalbarn to purchase single

“Kotarayaku” Buah Tangan Terbaru Altimet

IMG_1929 edited

Boleh digelarkan antara salah seorang pejuang seni bagi genre Hip Hop terkenal di Malaysia bermula dengan penglibatan beliau bersama TEH TARIK CREW, ALTIMET atau nama sebenar beliau Ahmad Bin Abdul Rahman berjaya menjadikan genre ini sebaris dengan irama-irama lain di Malaysia dan mempunyai kalangan pengikut yang ramai terutamanya golongan muda. Kepada yang tidak mengenali ALTIMET, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi  atau rapper malahan beliau adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records.

Setelah sekian lama berkarya, beliau seakan-akan terlupa untuk menghasilkan album untuk dirinya sendiri, maka setelah kemuncak kejayaan beliau dalam menempa sejarah menjadi antara 3 terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 28 menerusi lagu “Kalau Aku Kaya” nyanyian duet beliau bersama Awi Rafael, beliau telah muncul dengan album penuh beliau berjudul “ KOTARAYAKU” yang telah pun berada di pasaran bermula 12 April yang lalu.

IMG_1970 edited

Menjadikan tema kembali ke sekolah, ALTIMET telah menjadikan sekolah lama beliau iaitu Bukit Bintang Boys School, Petaling Jaya sebagai lokasi pelancaran album dan mini showcase beliau. Ia menarik minat ramai pengikut setia beliau termasuklah pelajar-pelajar sekolah tersebut. Menjelaskan, tentang idea tersebut, apabila dicadangkan tema tersebut oleh perancang majlis, beliau terlintas untuk menjadikan sekolah lama beliau sebagai satu lokasi kenangan manis untuk beliau dan beliau rasa bersyukur apabila pengetua sekolah tersebut memberikan lampu hijau dan turut sama hadir ke majlis pelancaran tersebut.

IMG_1977 edited

Bernaung di bawah sayap KARTEL RECORDS milik rapper terkenal JOE FLIZZOW, album KOTARAYAKU memuatkan 11 buah lagu di mana 7 lagu beliau merupakan lagu duet ALTIMET bersama-sama artis terkenal tanahair. Antara penyanyi yang membuat penampilan khas untuk 7 buah lagu tersebut antaranya ialah Noh Salleh, Salam, Aman RA, Tomok, Awi Rafael, Imran Ajmain, Mirwana dan The Trisno Trio. Album ini dipasarkan oleh Sony Music Malaysia.

Tracklist:

01 Kotarayaku (feat. Noh Salleh)

02 Syukur

03 Kalau Aku Kaya (feat. Awi Rafael)

04 Hello (feat. Trisno Trio)

05 I Am

06 Kembali

07 Kotarayaku II

08 Aku Tahu (feat. Tomok)

09 Itu Ini Begitu Begini (feat. Mirwana)

10 Maafkan Kami (feat. Imran Ajmain)

11 Belantara Konkrit (feat. Salam & Aman-RA)

 

 

 

 

MFACE Lancarkan MFACE LIVE

photo2

MFace merupakan salah satu rangkaian hiburan sosial yang boleh juga dimuat turun di telefon pintar.  Dan MFace jugak menyasarkan kepada golongan remaja yang ingin kan hiburan di hujung jari dan dengan aplikasi ini mereka mudah mendapatkan maklumat hiburan dan juga permainan online.

Dato Ac Mizal merupakan pengerusi  MFace  dan Kini muncul dengan produk terbaru iaitu MFACE LIVE dimana produk ini mengetengahkan bakat bakat muda dari golongan melayu & cina sebagai platform untuk mencuba sesuatu yang baru. Di sini kami mencungkil bakat muda sebagai seorang DJ serba boleh.

Kami juga masih memberi peluang kepada mereka yang berminat di luar untuk menjadi seorang DJ. Selain itu mereka juga harus mempunyai personality yang ceria boleh menyanyi, berinteraksi, kreatif dan sempoi.

MFace Live juga memberi peluang kepada mereka untuk membuat pendapatan sampingan hanya di rumah. Ini kerana DJ MFace ini akan bersiarandarii rumah dengan menggunakan internet sahaja.

Anda boleh memuat turun aplikasi dengan hanya menaip MFACE LIVE melalui telefon pintar Android anda dan boleh juga layari di DJ.MFACE.ME dan jika mempunyai sebarang pertanyaan sila like facebook mface.me .

Yovie & Nuno Lancarkan Album “Still The One”

IMG_6171-1

Baru-baru ini salah satu band terkenal di Indonesia iaitu Yovie & Nuno telah melancarkan album terbaru mereka “Still The One” di KFC Tugu Tani.Yovie & Nuno kini tampil dengan vokalis terbaru iaitu Windura selain Yovie Widianto,Diat dan Dikta.

Pemilihan Windura dilakukan melalui audition #GalauCariVokalis yang telah diadakan tidak lama dulu.Album terbaru mereka ini masih lagi mengekalkan irama muzik pop moden dan lagu Sakit Hati menjadi taruhan sebagai single pertama.

IMG_6147-1

“Setelah 4 tahun tidak melahirkan album terbaru, kami ingin memberikan sesuatu yang berlainan serta terbaik untuk para peminat.Ia satu jangka masa yang agak lama buat para peminat.Kami bekerjasama dengan Music Factory dan KFC Indonesia supaya para peminat dapat membeli album ini dengan senang,” jelas Yovie.

Album ini mengandungi 11 buah lagu dengan lagu Sakit Hati menjadi single pertama.Tiga orang finalis didalam pencarian #GalauCariVokalis turut berkolaborasi didalam album ini.Mereka adalah Airlingga untuk lagu Malam Mingguku, Intan Ayu untuk lagu Kamu Bukan Kekasihku dan Bayu Satrio untuk lagu Lebih Baik Aku.

IMG_6192-1

Album “Still The One” ini sudah boleh didapati di KFC seluruh Indonesia. Ia merupakan kerjasama antara Sony Music iaitu label untuk Yovie & Nuno, Music Factory dan KFC Indonesia.

 

Planet Gempak Ola Bola 2014 Jelajah 4 Lokasi

antara selebriti yang akan terlibat di Planet Gempak Ola Bola

Tahun ini, Astro sekali lagi bakal menjelajah ke beberapa lokasi untuk mendekatkan lagi hubungan dengan seluruh rakyat Malaysia. Planet Gempak Ola Bola akan ke empat buah destinasi – di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Terengganu – bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman hebat menjadi sebahagian daripada dunia Astro.

Pelbagai tarikan menanti pengunjung Planet Gempak Ola Bola 2014 yang mempersembahkan kandungan istimewa dari segmen Melayu, Cina dan India, serta keriuhan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL. Karnival ini ialah penghargaan untuk rakyat Malaysia berbilang kaum dan latar belakang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro. Ia sebahagian usaha 360 darjah yang diketengahkan agar jenama Astro terus dekat dengan masyarakat melalui pengisian, perkhidmatan serta penganjuran acara yang sentiasa relevan.

Kekal dengan slogan ‘Alami Dunia Astro Anda’, Planet Gempak Ola Bola bakal mempersembahkan rancangan terhebat Astro untuk dialami sendiri oleh pengunjung karnival. Para peminat program tempatan dalam semua segmen bahasa utama serta seleksi program antarabangsa dapat mengikuti dan mengenali dengan lebih mendalam rancangan kegemaran mereka.

Pegawai pengurusan kandungan Astro bersama selebriti yang akan terlibat di Planet Gempak Ola Bola

Penggemar muzik akan menikmati rangkaian konsert yang menampilkan artis berbilang bangsa dari pelbagai genre – menjanjikan persembahan hebat daripada penghibur seperti Hafiz, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Illa Damiaa, Waris, Mark Adam & Awi Rafael; Ratna, Iris, Shamini, Sushmeeta, Denesh, Kabil & Akila; serta Geraldine Gan, Jie Ying, Shian Ter & Justin Ng. Kanak-kanak dapat beramah mesra dengan mascot rancangan animasi seperti Upin & Ipin, Finn & Jake, The Smurfs serta Ninja Turtles.

Kembalinya karnival besar-besaran ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak aktiviti hiburan, permainan, pameran, persembahan serta promosi interaktif kepada pengunjung; tetapi juga membawakan demam PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan. Terdapat perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara dan pengunjung dapat mengambil bahagian untuk menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.

Planet Gempak Ola Bola pastinya memberi peluang kepada pengunjung mendekati dan berinteraksi dengan selebriti serta personaliti idola masing-masing, sambil merapatkan lagi hubungan antara keluarga dan rakan-rakan dengan menyertai aktiviti untuk semua peringkat umur.

Kali ini jelajah Planet Gempak Ola Bola akan bermula di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 & 27 April. Perjalanan diteruskan ke lokasi kedua iaitu Perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang (17-18 Mei), seterusnya ke Perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru (13-14 Jun) dan akhir sekali di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu (5-6 September).

Dina Nadzir, Geraldine Gan dan Iris menyabyikan lagu tema Planet Gempak Ola Bola

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata di majlis pelancaran Planet Gempak Ola Bola semalam, “Pertama sekali, terima kasih atas sokongan yang diberikan semua pihak yang menjayakan Planet Gempak tahun lalu, terutamanya para pengunjung yang melengkapkan kemeriahan di setiap lokasi. Maklum balas memberangsangkan pada tahun lalu membakar semangat kami untuk terus menganjurkan acara ini. Sambutan luar jangkaan yang diterima meyakinkan kami bahawa karnival ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Kami percaya, kehadiran program kegemaran ramai seperti MasterChef Malaysia, Maharaja Lawak Mega, Fear Factor, Kilauan Emas dan sebagainya ditambah pula dengan pesta bolasepak yang bakal mengambil tempat adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.”

Yayasan Angkasawan Malaysia, yang bekerjasama dengan Astro TVIQ, juga akan menjalankan aktiviti di Planet Gempak Ola Bola bagi mempromosikan bidang sains, teknologi dan angkasa kepada pengunjung. Sebuah kubah gergasi serta sebuah Maskot Angkasawan setinggi 40 kaki akan menempatkan kegiatan pembelajaran dan kesedaran awam yang bermanfaat.

Acara Planet Gempak Ola Bola pertama di Bukit Jalil nanti turut bakal menyaksikan percubaan Astro mendapat pengktirafan Malaysia Book of Records untuk catatan siaran rancangan komedi secara langsung 24 jam tanpa henti. Persembahan 24 jam rancangan komedi terbitan Astro ini akan bermula pada Jumaat 25 April, jam 10 malam sehinggalah Sabtu 26 April, jam 10 malam. Ia akan disiarkan secara terus-menerus di Astro Warna (Saluran 132) dan dijayakan oleh barisan artis terkenal tanah air. Rekod ini, apabila berjaya direalisasikan, pasti mencipta tanda aras baharu dalam industri penyiaran, terutama penyiaran komedi tanah air.

Fear Factor Malaysia antara tarikan di Planet Gempak Ola Bola

Khairul Anwar Salleh menambah, “Di kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk hadir menikmati suasana riang di Planet Gempak Ola Bola dan mewarnai lagi karnival ini. Datanglah beramai-ramai dengan rakan-rakan dan seisi keluarga, semoga Planet Gempak Ola Bola kali ini membina jalinan muhibah yang lebih erat antara kita.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.planetgempak.com.my .

Nikmati Sensasi Rasa Itali Di Pizza Hut

pic1

Apabila ia disediakan dengan setulus hati dan jiwa, rasanya sentiasa lebih enak; begitulah ungkapan yang menggambarkan promosi Rasa Itali, terbaru dari Pizza Hut. Promosi yang merangkumi sajian menarik resepi Itali, dari piza ke pasta dan juga ke pembuka selera, setiap hidangan menampilkan penggunaan keju Itali istimewa, doh yang diuli tangan, dan inti dari bahan-bahan segar yang berkualiti.

Dengan slogan “Nikmati sensasi rasa Itali“, promosi terbaru dari Pizza Hut kali ini diinspirasikan dari keistimewaan masakan Itali yang bukan sahaja dibuat setulus hati, malah dengan penuh kasih sayang, sepertimana kebiasaan orang Itali menyediakan hidangan mereka.

pic3

“Kali ini, kami telah kembali ke negara asal kelahiran piza, negara Itali, untuk memberikan anda kelazatan citarasa Itali. Dari keju Itali istimewa di atas piza gourmet hinggalah ke menu pasta yang tersedia dengan ramuan berkualiti tinggi dan  segar, setiap hidangan dihidangkan dengan ikhlas dari kami. Rasanya pasti lebih mempersona kerana ia disediakan dengan setulus hati dan sepenuh jiwa,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

“Masakan Itali bukan sahaja enak dimakan, malah lebih enak dinikmati dengan sepenuh hati. Sajian menu promosi Rasa Itali adalah inisiatif dari Pizza Hut untuk menghidangkan makanan yang tiada tolok bandingnya dari segi rasa dan kualiti khas bagi pelanggan-pelanggan setia kami untuk dinikmati bersama-sama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang,” katanya.

pic4

Rasa Itali memperkenalkan piza flatbread dalam tiga citarasa enak. Penggemar ayam pasti akan menyukai Piza Ayam Florentine dan juga Piza Ayam Romano. Bagi penggemar daging lembu, Piza Daging Tuscan pasti akan memuaskan selera anda dengan hirisan ketulan daging enak.

Menyerlahkan lagi menu ini ialah pembuka selera seperti Bruschetta Italiano dan Bebola Daging Mama Mia, dan juga dua jenis pasta iaitu Fettuccine Krim Bawang Putih dan Spageti Ayam Pesto bagi penggemar pasta.

Untuk makan di restoran, Pizza Hut menawarkan promosi Rasa Itali dalam dua jenis set iaitu Signature Course yang menawarkan satu pilihan piza, satu pilihan pasta, satu hidangan Bruschetta Italiano kesemua dari promosi Rasa Itali dan dua gelas Pepsi. Kesemuanya pada harga RM32.90 (jimat RM15.20). Ultimate Course pula menawarkan dua pilihan piza, satu pilihan pasta, satu hidangan Bebola Daging Mama Mia kesemua dari promosi Rasa Itali, dan satu jag Pepsi pada harga RM59.90 (jimat RM26.50).

pic6

Promosi Rasa Itali juga ditawarkan melalui khidmat penghantaran atau bawa pulang melalui pembelian Big Italia Box yang mengandungi satu pilihan piza Rasa Itali, satu pilihan pasta Rasa Itali, lapan ketul Bruschetta Italiano, empat ketul drummet New Orleans, dan dua mangkuk sup harian; kesemuanya untuk harga yang berpatutan iaitu RM49.90 (jimat RM13.17). Menu Rasa Itali juga ditawarkan melalui Pair Deals dimana pelanggan boleh membeli dua piza saiz biasa yang terdiri daripada pilihan satu piza Rasa Itali dan satu pilihan Family Favourites Traditional pizza pada harga RM34.90 (jimat RM11.80).

Promosi Rasa Itali kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang bermula dari 17 April 2014.