SO Staff

Konsert Pi Mai FM Shopping Utara Meriah

Konsert Pi Mai FM Shopping Utara Crowd Shot

”Pi Mai FM Shopping Utara” melibatkan 3 buah negeri di Utara Semenanjung Malaysia berlangsung pada 12 April & 13 April yang dibawakan oleh Tourism Malaysia. Penyertaan dibuka selama 2 minggu sebelum perlumbaan untuk memilih peserta yang layak. Ramai yang menghantar penyertaan namun hanya 30 orang peserta sahaja yang dipilih untuk menyertai ”Pi Mai FM Shopping Utara” ini. Peserta perlu melengkapkan segala tugasan dan cabaran diberikan selama 2 hari dalam masa yang terpantas. Hadiah yang dibawa pulang oleh para peserta ialah RM5000 (tempat pertama), RM2500 (tempat kedua) dan RM1500 (tempat ketiga). Penyampaian hadiah tersebut disampaikan oleh En. Harun Pilus, Ketua Pengarah Tourism Penang.Β 

Azmir, Alif Satar, David Low, Mamak, Shahril, Dato M Daud Kilau, Acong Sweetchild

Lanjutan dari perlumbaan β€œPi Mai FM Shopping Utara”, kempen diteruskan dengan Konsert Pi Mai FM Shopping Utara yang berlangsung dengan meriahnya pada 19 April 2014 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Konsert ini juga dianjurkan sempena ulang tahun pertama Pi Mai FM ke udara. Acara bermula pada jam 3 petang dan berterusan sehingga lewat malam. Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan disebelah siang sebelum konsert bermula; antaranya sesi ramah mesra bersama penyampai-penyampai Pi Mai FM, acara busking, booth jualan dan banyak lagi.

Pemenang Pi Mai FM Shopping Utara – Juara (Kumpulan SAS), Naib Juara (Kumpulan Rantai Feri), Ketiga (Kumpulan Tu Dia Doq Mai)

Untuk memeriahkan lagi acara dan sebagai gimik β€œKonsert Pi Mai FM Shopping Utara” pelbagai hadiah disediakan antaranya TV LED, IPAD dan IPHONE 5C. Hadiah utama yang tersedia untuk pendengar merupakan sebuah skuter VESPA model LX150 terima kasih kepada Naza 2 Wheel.

Sesi Memotong Kek Sempena Ulang Tahun Pertama Pi Mai FM dan Harijadi David Low

Antara artis-artis Malaysia yang menggegarkan β€œKonsert Pi Mai FM Shopping Utara” adalah Dato’ M. Daud Kilau, Bunkface, Zamani, Black, IamNeeta, Alif Satar, Sweet Child dan DATA.

Mamak dan Black

Menurut Pengurus Rancangan Pi Mai FM, Mira Sakhia β€œSangat gembira dan teruja untuk Konsert pertama Pi Mai FM ini. Jumlah penyertaan dan sambutan peraduan β€œPi Mai FM Shopping Utara” dari pendengar juga diluar jangkaan saya. Sokongan padu dari orang utara membuatkan kami lebih bersemangat untuk terus menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama pendengar”.Β 

Malam Media Red Box 2014

DSC_0178

Malam Media Red Box Karaoke, sebuah acara tahunan anjuran kumpulan karaoke terkemuka Red Box, diadakan sekali lagi di salah sebuah cawangannya di Red Box Ria, Tingkat 8, KL SOGO pada hari Isnin, 21hb April 2014. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis dilengkapkan dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2013, yang terdiri dari 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular 2013.Β 

DSC_0189

Ms. Valerie Choo, Pengarah Urusan Red Box Karaoke, sewaktu ucapannya memberitahu, β€œAnugerah ini merupakan satu pengiktirafan untuk lagu-lagu yang mengungguli carta Red Box Karaoke sepanjang tahun 2013. Setiap lagu yang tersenarai di dalam carta ini adalah dibuat berdasarkan pemilihan oleh para pelanggan dari setiap cawangan Red Box, Red Box Ria, Green Box & Red Box PLUS sendiri. Secara peribadi, anugerah ini kami anggap sebagai satu pengiktirafan kepada sumbangan dan bakat yang lahir dalam industri ini dan besar harapan kami agar ia mampu diiktiraf sebagai satu pencapaian oleh artis dan syarikat rakaman itu sendiri. Tahniah saya ucapkan kepada lagu-lagu yang berjaya”.

DSC_0287

Ms Valerie Choo turut berkongsi rasa terharu beliau terhadap keprihatinan dan kesungguhan media dalam menyampaikan pelbagai mesej positif tentang perkembangan Red Box Karaoke. Beliau berharap agar jalinan sedia ada ini berterusan dalam membantu usaha Red Box Karaoke memartabatkan lagi industri muzik negara. Sewaktu ucapannya, beliau turut memberitahu bahawa Malam Media Red Box Karaoke telah berjaya menjadi acara tahunan kerana sokongan dari semua pihak. β€œSetiap tahun, kami sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diterima. Ia merupakan satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala sokongan yang diberikan,” ujar beliau.

DSC_0267

Antara aktiviti pada malam tersebut, termasuklah aktiviti berkaraoke, acara makan malam, permainan dan cabutan bertuah. Mereka yang bertuah bakal membawa pulang pelbagai hadiah lumayan seperti LED TV, Smartphone, Basikal, Set Teater Rumah, Set Wangian, Hamper, Jam Berjenama, Baucar Tunai dan banyak lagi yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan, Ms. Valerie Choo dan Ketua Pegawai Operasi, Mr. Michael Yong. Majlis yang mengiktiraf populariti lagu karaoke tempatan & antarabangsa ini turut menyaksikan kemunculan artis terkemuka HyperAct dan persembahan dari komposer Haron Ahmad yang menyampaikan single terbaru beliau bertajuk Suara Kami (featuring Jay Jay). Hadirin turut dibekalkan β€˜goodie bag’ yang berisi barangan tajaan β€˜Aura White’ dan β€˜Baucar 9-Grid’ tajaan Red Box Karaoke yang antaranya menawarkan privilege β€˜Beli 1 Percuma 1’, β€˜Diskaun 30%’, potongan harga RM20, RM50, dan banyak lagi. β€˜Baucar 9-Grid’ tersebut yang sah digunakan hingga 31hb Julai 2014 boleh didapati di mana-mana cawangan Red Box, Red Box Ria & Green Box Karaoke bersempena dengan promosi Members’ Day yang berlangsung hingga 31 Mei 2014. Promosi Members’ Day tersebut turut menawarkan Diskaun 15% kepada setiap pelanggan, hanya dengan menunjukkan Kad Keahlian Biasa semasa check-in. Mereka yang mempunyai Kad Keahlian DotRed pula boleh menikmati Diskaun 20% untuk setiap seorang yang berada dalam satu bilik.

 

Β Β ANUGERAH KARAOKE POPULAR 2013Β 

Β Inggeris MelayuΒ 
1. WHEN I WAS YOUR MAN

BRUNO MARS, WARNER MUSIC

1. PUTIH-PUTIH MELATIΒ 

ST12, UNIVERSAL MUSIC

2. GET LUCKY

DAFT PUNK, SONY MUSIC

2. HANYA AKU

HYPERACT, INDIGITAL SDN. BHD.

3. THRIFT SHOP

MACKLEMORE & RYAN LEWIS,

WARNER MUSIC

3. SAHABAT

NAJWA LATIF FEAT. SHAM KAMARUL & SLEEQ, NAR RECORDS

4. JUST GIVE ME A REASON

P!NK FEAT. NATE RUESS, SONY MUSIC

4. BAHAGIAMU DERITAKU

HAFIZ, MBNS

5. WAKE ME UPΒ 

AVICII, UNIVERSAL MUSIC

5. PENGLIPUR LARAΒ 

HAZAMA, MBNS

6. ROYALSΒ 

LORDE, UNIVERSAL MUSIC

6. KALAU AKU KAYAΒ 

ALTIMET & AWI RAFAEL,

WARNER MUSIC

7. SKYFALLΒ 

ADELE, WARNER MUSIC

7. SETENGAH MATI MERINDUΒ 

JUDIKA, SONY MUSIC

8. ROARΒ 

KATY PERRY, UNIVERSAL MUSIC

8. AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANGΒ 

TEGAR, RUSA MARKETING

9. WRECKING BALLΒ 

MILEY CYRUS, SONY MUSIC

9. SANDIWARA CINTA

REPVBLIK, MVM PRODUCTION

10. GIRL ON FIREΒ 

ALICIA KEYS, SONY MUSIC

10. SAYANG

SHAE, WARNER MUSIC

β€œEveryday Robots” official music video by Damon Albarn is OUT NOW

image002

β€œEveryday Robots” official music video by Damon Albarn is OUT NOW!!

Everyday Robots is produced by Richard Russell of XL, with whom Damon produced Bobby Womack’s β€˜The Bravest Man In The Universe’- and features guest appearances from Brian Eno and Natasha Khan (Bat For Lashes). Β Led by title track β€˜Everyday Robots’, the 12 songs here invite the listener into Albarn’s world for a genuine β€˜one-to-one’ and are the most soul-searching and autobiographical creation of his.Β  The songs’ subject matter is more directly personal than before and is inspired by Albarn’s experiences from early childhood to now, including the trappings of our modern existence, computer games, mobile phones and nature versus technology.Β  The lead, title track β€˜Everyday Robots’ is accompanied by a video directed by artist and designer Aitor Throup. The film is a digital portrait of Albarn by Throup and uses CGI software and actual cranial scans and facial reconstruction techniques to explore and reveal the process of building a uniquely personal portrait of an artist and individual.

With his first album – solo track, Everyday Robots and it will be available for your viewing on

Youtube :Β http://www.youtube.com/user/damonalbarnmusic

Spotify: Damon Albarn

iTUnes: www.itunes.com/damonalbarnΒ to purchase single

“Kotarayaku” Buah Tangan Terbaru Altimet

IMG_1929 edited

Boleh digelarkan antara salah seorang pejuang seni bagi genre Hip Hop terkenal di Malaysia bermula dengan penglibatan beliau bersama TEH TARIK CREW, ALTIMET atau nama sebenar beliau Ahmad Bin Abdul Rahman berjaya menjadikan genre ini sebaris dengan irama-irama lain di Malaysia dan mempunyai kalangan pengikut yang ramai terutamanya golongan muda. Kepada yang tidak mengenali ALTIMET, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi Β atau rapper malahan beliau adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records.

Setelah sekian lama berkarya, beliau seakan-akan terlupa untuk menghasilkan album untuk dirinya sendiri, maka setelah kemuncak kejayaan beliau dalam menempa sejarah menjadi antara 3 terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 28 menerusi lagu β€œKalau Aku Kaya” nyanyian duet beliau bersama Awi Rafael, beliau telah muncul dengan album penuh beliau berjudul β€œ KOTARAYAKU” yang telah pun berada di pasaran bermula 12 April yang lalu.

IMG_1970 edited

Menjadikan tema kembali ke sekolah, ALTIMET telah menjadikan sekolah lama beliau iaitu Bukit Bintang Boys School, Petaling Jaya sebagai lokasi pelancaran album dan mini showcase beliau. Ia menarik minat ramai pengikut setia beliau termasuklah pelajar-pelajar sekolah tersebut. Menjelaskan, tentang idea tersebut, apabila dicadangkan tema tersebut oleh perancang majlis, beliau terlintas untuk menjadikan sekolah lama beliau sebagai satu lokasi kenangan manis untuk beliau dan beliau rasa bersyukur apabila pengetua sekolah tersebut memberikan lampu hijau dan turut sama hadir ke majlis pelancaran tersebut.

IMG_1977 edited

Bernaung di bawah sayap KARTEL RECORDS milik rapper terkenal JOE FLIZZOW, album KOTARAYAKU memuatkan 11 buah lagu di mana 7 lagu beliau merupakan lagu duet ALTIMET bersama-sama artis terkenal tanahair. Antara penyanyi yang membuat penampilan khas untuk 7 buah lagu tersebut antaranya ialah Noh Salleh, Salam, Aman RA, Tomok, Awi Rafael, Imran Ajmain, Mirwana dan The Trisno Trio. Album ini dipasarkan oleh Sony Music Malaysia.

Tracklist:

01 Kotarayaku (feat. Noh Salleh)

02 Syukur

03 Kalau Aku Kaya (feat. Awi Rafael)

04 Hello (feat. Trisno Trio)

05 I Am

06 Kembali

07 Kotarayaku II

08 Aku Tahu (feat. Tomok)

09 Itu Ini Begitu Begini (feat. Mirwana)

10 Maafkan Kami (feat. Imran Ajmain)

11 Belantara Konkrit (feat. Salam & Aman-RA)

 

 

 

 

MFACE Lancarkan MFACE LIVE

photo2

MFace merupakan salah satu rangkaian hiburan sosial yang boleh juga dimuat turun di telefon pintar.Β  Dan MFace jugak menyasarkan kepada golongan remaja yang ingin kan hiburan di hujung jari dan dengan aplikasi ini mereka mudah mendapatkan maklumat hiburan dan juga permainan online.

Dato Ac Mizal merupakan pengerusiΒ  MFaceΒ  dan Kini muncul dengan produk terbaru iaitu MFACE LIVE dimana produk ini mengetengahkan bakat bakat muda dari golongan melayu & cina sebagai platform untuk mencuba sesuatu yang baru. Di sini kami mencungkil bakat muda sebagai seorang DJ serba boleh.

Kami juga masih memberi peluang kepada mereka yang berminat di luar untuk menjadi seorang DJ. Selain itu mereka juga harus mempunyai personality yang ceria boleh menyanyi, berinteraksi, kreatif dan sempoi.

MFace Live juga memberi peluang kepada mereka untuk membuat pendapatan sampingan hanya di rumah. Ini kerana DJ MFace ini akan bersiarandarii rumah dengan menggunakan internet sahaja.

Anda boleh memuat turun aplikasi dengan hanya menaip MFACE LIVE melalui telefon pintar Android anda dan boleh juga layari di DJ.MFACE.ME dan jika mempunyai sebarang pertanyaan sila like facebook mface.me .

Yovie & Nuno Lancarkan Album “Still The One”

IMG_6171-1

Baru-baru ini salah satu band terkenal di Indonesia iaitu Yovie & Nuno telah melancarkan album terbaru mereka “Still The One” di KFC Tugu Tani.Yovie & Nuno kini tampil dengan vokalis terbaru iaitu Windura selain Yovie Widianto,Diat dan Dikta.

Pemilihan Windura dilakukan melalui audition #GalauCariVokalis yang telah diadakan tidak lama dulu.Album terbaru mereka ini masih lagi mengekalkan irama muzik pop moden dan lagu Sakit Hati menjadi taruhan sebagai single pertama.

IMG_6147-1

“Setelah 4 tahun tidak melahirkan album terbaru, kami ingin memberikan sesuatu yang berlainan serta terbaik untuk para peminat.Ia satu jangka masa yang agak lama buat para peminat.Kami bekerjasama dengan Music Factory dan KFC Indonesia supaya para peminat dapat membeli album ini dengan senang,” jelas Yovie.

Album ini mengandungi 11 buah lagu dengan lagu Sakit Hati menjadi single pertama.Tiga orang finalis didalam pencarian #GalauCariVokalis turut berkolaborasi didalam album ini.Mereka adalah Airlingga untuk lagu Malam Mingguku, Intan Ayu untuk lagu Kamu Bukan Kekasihku dan Bayu Satrio untuk lagu Lebih Baik Aku.

IMG_6192-1

Album “Still The One” ini sudah boleh didapati di KFC seluruh Indonesia. Ia merupakan kerjasama antara Sony Music iaitu label untuk Yovie & Nuno, Music Factory dan KFC Indonesia.

 

Planet Gempak Ola Bola 2014 Jelajah 4 Lokasi

antara selebriti yang akan terlibat di Planet Gempak Ola Bola

Tahun ini, Astro sekali lagi bakal menjelajah ke beberapa lokasi untuk mendekatkan lagi hubungan dengan seluruh rakyat Malaysia. Planet Gempak Ola Bola akan ke empat buah destinasi – di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Terengganu – bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman hebat menjadi sebahagian daripada dunia Astro.

Pelbagai tarikan menanti pengunjung Planet Gempak Ola Bola 2014 yang mempersembahkan kandungan istimewa dari segmen Melayu, Cina dan India, serta keriuhan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL. Karnival ini ialah penghargaan untuk rakyat Malaysia berbilang kaum dan latar belakang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro. Ia sebahagian usaha 360 darjah yang diketengahkan agar jenama Astro terus dekat dengan masyarakat melalui pengisian, perkhidmatan serta penganjuran acara yang sentiasa relevan.

Kekal dengan slogan β€˜Alami Dunia Astro Anda’, Planet Gempak Ola Bola bakal mempersembahkan rancangan terhebat Astro untuk dialami sendiri oleh pengunjung karnival. Para peminat program tempatan dalam semua segmen bahasa utama serta seleksi program antarabangsa dapat mengikuti dan mengenali dengan lebih mendalam rancangan kegemaran mereka.

Pegawai pengurusan kandungan Astro bersama selebriti yang akan terlibat di Planet Gempak Ola Bola

Penggemar muzik akan menikmati rangkaian konsert yang menampilkan artis berbilang bangsa dari pelbagai genre – menjanjikan persembahan hebat daripada penghibur seperti Hafiz, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Illa Damiaa, Waris, Mark Adam & Awi Rafael; Ratna, Iris, Shamini, Sushmeeta, Denesh, Kabil & Akila; serta Geraldine Gan, Jie Ying, Shian Ter & Justin Ng. Kanak-kanak dapat beramah mesra dengan mascot rancangan animasi seperti Upin & Ipin, Finn & Jake, The Smurfs serta Ninja Turtles.

Kembalinya karnival besar-besaran ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak aktiviti hiburan, permainan, pameran, persembahan serta promosi interaktif kepada pengunjung; tetapi juga membawakan demam PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILΓ”, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan. Terdapat perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara dan pengunjung dapat mengambil bahagian untuk menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.

Planet Gempak Ola Bola pastinya memberi peluang kepada pengunjung mendekati dan berinteraksi dengan selebriti serta personaliti idola masing-masing, sambil merapatkan lagi hubungan antara keluarga dan rakan-rakan dengan menyertai aktiviti untuk semua peringkat umur.

Kali ini jelajah Planet Gempak Ola Bola akan bermula di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 & 27 April. Perjalanan diteruskan ke lokasi kedua iaitu Perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang (17-18 Mei), seterusnya ke Perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru (13-14 Jun) dan akhir sekali di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu (5-6 September).

Dina Nadzir, Geraldine Gan dan Iris menyabyikan lagu tema Planet Gempak Ola Bola

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata di majlis pelancaran Planet Gempak Ola Bola semalam, β€œPertama sekali, terima kasih atas sokongan yang diberikan semua pihak yang menjayakan Planet Gempak tahun lalu, terutamanya para pengunjung yang melengkapkan kemeriahan di setiap lokasi. Maklum balas memberangsangkan pada tahun lalu membakar semangat kami untuk terus menganjurkan acara ini. Sambutan luar jangkaan yang diterima meyakinkan kami bahawa karnival ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Kami percaya, kehadiran program kegemaran ramai seperti MasterChef Malaysia, Maharaja Lawak Mega, Fear Factor, Kilauan Emas dan sebagainya ditambah pula dengan pesta bolasepak yang bakal mengambil tempat adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.”

Yayasan Angkasawan Malaysia, yang bekerjasama dengan Astro TVIQ, juga akan menjalankan aktiviti di Planet Gempak Ola Bola bagi mempromosikan bidang sains, teknologi dan angkasa kepada pengunjung. Sebuah kubah gergasi serta sebuah Maskot Angkasawan setinggi 40 kaki akan menempatkan kegiatan pembelajaran dan kesedaran awam yang bermanfaat.

Acara Planet Gempak Ola Bola pertama di Bukit Jalil nanti turut bakal menyaksikan percubaan Astro mendapat pengktirafan Malaysia Book of Records untuk catatan siaran rancangan komedi secara langsung 24 jam tanpa henti. Persembahan 24 jam rancangan komedi terbitan Astro ini akan bermula pada Jumaat 25 April, jam 10 malam sehinggalah Sabtu 26 April, jam 10 malam. Ia akan disiarkan secara terus-menerus di Astro Warna (Saluran 132) dan dijayakan oleh barisan artis terkenal tanah air. Rekod ini, apabila berjaya direalisasikan, pasti mencipta tanda aras baharu dalam industri penyiaran, terutama penyiaran komedi tanah air.

Fear Factor Malaysia antara tarikan di Planet Gempak Ola Bola

Khairul Anwar Salleh menambah, β€œDi kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk hadir menikmati suasana riang di Planet Gempak Ola Bola dan mewarnai lagi karnival ini. Datanglah beramai-ramai dengan rakan-rakan dan seisi keluarga, semoga Planet Gempak Ola Bola kali ini membina jalinan muhibah yang lebih erat antara kita.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.planetgempak.com.my .

Nikmati Sensasi Rasa Itali Di Pizza Hut

pic1

Apabila ia disediakan dengan setulus hati dan jiwa, rasanya sentiasa lebih enak; begitulah ungkapan yang menggambarkan promosi Rasa Itali, terbaru dari Pizza Hut. Promosi yang merangkumi sajian menarik resepi Itali, dari piza ke pasta dan juga ke pembuka selera, setiap hidangan menampilkan penggunaan keju Itali istimewa, doh yang diuli tangan, dan inti dari bahan-bahan segar yang berkualiti.

Dengan slogan “Nikmati sensasi rasa Itali“, promosi terbaru dari Pizza Hut kali ini diinspirasikan dari keistimewaan masakan Itali yang bukan sahaja dibuat setulus hati, malah dengan penuh kasih sayang, sepertimana kebiasaan orang Itali menyediakan hidangan mereka.

pic3

“Kali ini, kami telah kembali ke negara asal kelahiran piza, negara Itali, untuk memberikan anda kelazatan citarasa Itali. Dari keju Itali istimewa di atas piza gourmet hinggalah ke menu pasta yang tersedia dengan ramuan berkualiti tinggi danΒ  segar, setiap hidangan dihidangkan dengan ikhlas dari kami. Rasanya pasti lebih mempersona kerana ia disediakan dengan setulus hati dan sepenuh jiwa,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

“Masakan Itali bukan sahaja enak dimakan, malah lebih enak dinikmati dengan sepenuh hati. Sajian menu promosi Rasa Itali adalah inisiatif dari Pizza Hut untuk menghidangkan makanan yang tiada tolok bandingnya dari segi rasa dan kualiti khas bagi pelanggan-pelanggan setia kami untuk dinikmati bersama-sama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang,” katanya.

pic4

Rasa Itali memperkenalkan piza flatbread dalam tiga citarasa enak. Penggemar ayam pasti akan menyukai Piza Ayam Florentine dan juga Piza Ayam Romano. Bagi penggemar daging lembu, Piza Daging Tuscan pasti akan memuaskan selera anda dengan hirisan ketulan daging enak.

Menyerlahkan lagi menu ini ialah pembuka selera seperti Bruschetta Italiano dan Bebola Daging Mama Mia, dan juga dua jenis pasta iaitu Fettuccine Krim Bawang Putih dan Spageti Ayam Pesto bagi penggemar pasta.

Untuk makan di restoran, Pizza Hut menawarkan promosi Rasa Itali dalam dua jenis set iaitu Signature Course yang menawarkan satu pilihan piza, satu pilihan pasta, satu hidangan Bruschetta Italiano kesemua dari promosi Rasa Itali dan dua gelas Pepsi. Kesemuanya pada harga RM32.90 (jimat RM15.20). Ultimate Course pula menawarkan dua pilihan piza, satu pilihan pasta, satu hidangan Bebola Daging Mama Mia kesemua dari promosi Rasa Itali, dan satu jag Pepsi pada harga RM59.90 (jimat RM26.50).

pic6

Promosi Rasa Itali juga ditawarkan melalui khidmat penghantaran atau bawa pulang melalui pembelian Big Italia Box yang mengandungi satu pilihan piza Rasa Itali, satu pilihan pasta Rasa Itali, lapan ketul Bruschetta Italiano, empat ketul drummet New Orleans, dan dua mangkuk sup harian; kesemuanya untuk harga yang berpatutan iaitu RM49.90 (jimat RM13.17). Menu Rasa Itali juga ditawarkan melalui Pair Deals dimana pelanggan boleh membeli dua piza saiz biasa yang terdiri daripada pilihan satu piza Rasa Itali dan satu pilihan Family Favourites Traditional pizza pada harga RM34.90 (jimat RM11.80).

Promosi Rasa Itali kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang bermula dari 17 April 2014.

Strepsils Hits “The Right Note” Sempena Meraikan Hari Suara Sedunia 2014

(BM)Strepsils The Right Note Campaign in support of World Voice Day

Strepsils hari ini melancarkan pertandingan nyanyian The Right Note di seluruh negara bersempena dengan sambutan Hari Suara Sedunia 2014. Pencarian vokal terbaik ini bakal diketuai legenda tanah air, Dato’ Sheila Majid. Lima finalis terbaik berpeluang untuk melakukan persembahan di pentas akhir dan juara akan memenangi Hadiah Utama bernilai RM10,000.

Menyedari kepentingan bagi memiliki suara yang sihat, kempen baharu Strepsils ini membolehkan pemuzik-pemuzik tempatan yang tidak dikenali untuk mencapai impian mereka dengan berkongsi bakat vokal yang terpendam kepada dunia.

β€œSuara yang sihat membantu individu untuk mengekspresi diri, jadi mereka dapat menyesuaikan intonasi mengikut kesesuaian situasi. Hal ini amat signifikan kepada penyanyi atau penggiat seni yang bergantung sepenuhnya kepada suara sebagai kerjaya. Menerusi pertandingan Strepsils’ The Right Note, kami cuba membuktikan kepentingan penjagaan suara dalam mewujudkan impak berharga dalam kehidupan” ujar Cik Hina Nagarajan, Pengurus Besar Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura. β€œKami juga teruja untuk melancarkan kempen ini tidak hanya di Malaysia malah di Singapura. Kami yakin melalui kempen ini, kita akan dapat mengetengahkan bakat-bakat baharu dengan vokal mantap sejajar dengan sokongan terhadap Hari Suara Sedunia. Dengan penyertaan Dato’ Sheila Majid sebagai duta kempen ini, kami percaya bakat-bakat yang dipilih pasti berkualiti.”

Ratu Jazz negara, Dato’ Sheila Majid menambah: β€œSebagai penyanyi profesional dengan pengalaman 29 tahun, kehilangan suara merupakan satu mimpi ngeri terutama apabila persembahan penting hampir tiba. Menyanyi merupakan satu daripada keindahan dunia dan kurniaan memperoleh suara yang sihat. Saya berbesar hati untuk meraikan suara kita bersama kempen Strepsils’ The Right Note.”

Bagi menyertai pertandingan The Right Note, peserta perlu merakam dan memuat naik penyertaan mereka ke www.strepsils.com.my/therightnote antara 15 April hingga 28 Mei 2014 untuk merebut slot lima finalis terbaik.

Ditentukan berdasarkan kombinasi penjurian Dato’ Sheila Majid dan orang awam, lima finalis terbaik akan dipilih untuk menyertai dan bertanding bagi merebut gelaran juara pada pusingan akhir yang akan diumumkan selepas tempoh penyertaan tamat.

ASTRO OASIS Perkenal Dunia Pencetus Ummah

KYS_1047

Program realiti Pencetus Ummah ternyata telah berjaya mencipta fenomena televisyen di Malaysia. Kelainan pendekatan dakwah yang dibawakan berjaya mencuri perhatian dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Terbaru, pihak Astro Oasis bakal menjelajah ke seluruh negara dengan membawakan program Dunia Pencetus Ummah bermula 19 April ini di Dewan JKNN, Seremban, Negeri Sembilan bermula jam 2.00 petang.

Kini, lahirlah sebuah rancangan bagi menghargai masyarakat khususnya peminat program Pencetus Ummah mengalami sendiri suasana pendekatan dakwah dalam Dunia Pencetus Ummah. Hal ini secara tidak langsung dapat meneruskan jenama Pencetus Ummah itu di kalangan masyarakat. Slot rancangan keagamaan ini juga turut akan disiarkan di Astro Oasis (Saluran 106) dan ditayangkan serentak di Maya HD (saluran 135) pada setiap Khamis 9.00 malam bermula 1 Mei.

KYS_1098

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris, β€œAstro Oasis amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa yang diterima daripada seluruh lapisan masyarakat terhadap program Pencetus Ummah yang lalu. Sebagai tanda terima kasih kepada sokongan ini, Pencetus Ummah akan kembali kepada masyarakat dan menyumbang kepakaran kami dalam membangunkan Islam. Kami akan meneruskan pendekatan kreatif kami, kali ini lebih dekat dengan masyarakat yang telah menyokong program kami selama ini.”

Menampilkan Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Fahrin Ahmad sebagai pengacara, Dunia Pencetus Ummah akan membawakan tazkirah oleh PU Hafiz, PU Shahul, PU Yeop, PU Rahmat dan para Pencetus Ummah yang lain dengan pendekatan kreatif seperti yang ditayangkan di televisyen. Dunia Pencetus Ummah turut diselangi persembahan istimewa oleh barisan artis terkenal seperti Shahir, Sabhi Saddi dan kumpulan In Team dan masih mendapat sokongan daripada fasilitator, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak.

Berikut adalah antara lokasi Dunia Pencetus Ummah;

Tarikh

Lokasi

19 & 20 April 2014 Dewan JKKN, Seremban Negeri Sembilan
17 & 18 Mei 2014 MITC, Ayer Keroh, Melaka
13 & 14 June 2014 Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu
5 & 6 Julai 2014 Dewan Utama Wisma Belia, Kuantan Pahang
18 & 19 Julai 2014 Dewan JKKN, Kota Bharu Kelantan
8 & 9 Ogos 2014 Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor
22 & 23 Ogos 2014 Dewan Perbandaran Sg. Petani, KedahΒ 

Sebagai persiapan untuk musim akan datang, pihak Astro Oasis turut mengadakan sesi ujibakat Pencetus Ummah musim kedua serentak di setiap lokasi Dunia Pencetus Ummah ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki Muslim yang fasih berbahasa Melayu dan berusia di antara 18 – 40 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping mempunyai latar belakang agama yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang agama dan memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

KYS_1074

Selain perlu membaca surah Al Fatihah dan beberapa surah lazim, para peserta juga perlu hadir dan bersedia dengan salah satu topik tazkirah seperti berikut;

1.Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β  Bencana Alam

2.Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β  Poligami

3.Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β  Keruntuhan akhlak

4.Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β  Hiburan dalam Islam

5.Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β  Ekonomi Islam

Namanzee menambah, β€œKami di Astro Oasis sentiasa terkehadapan dalam menyusun program untuk disiarkan di saluran ini. Berakhirnya program Pencetus Ummah yang menobatkan PU Hafiz pada Januari lalu tidak bermakna usaha menerbitkan program dakwah di Astro Oasis terhenti setakat itu sahaja. Malah kami terus merancang penerbitan Pencetus Ummah untuk musim yang kedua. Justeru, kami mengalu-alukan kehadiran para peserta ke sesi ujibakat yang akan diadakan ini serta berharap masyarakat akan terus memberikan sokongan padu kepada program Pencetus Ummah selepas ini.”

KYS_0720

Astro mengekalkan pendekatan media baru dengan pelbagai aplikasi menarik untuk mendekati penonton dan peminat secara lebih dekat dengan aktiviti dakwah. Para pengguna telefon bimbit diperkenalkan dengan aplikasi islamik terkini; Salam Muslim. Aplikasi percuma ini mengandungi waktu solat seluruh Malaysia dan peringatan solat, arah kiblat, tasbih digital, nasihat serta kata-kata hikmat dari tokoh islamik dan banyak lagi. Jadual rancangan program-program menarik di Astro Oasis turut terdapat di aplikasi Salam Muslim ini yang boleh dimuat turun di Android Google Play atau di Apps Store sekarang.

Selain itu, para penonton setia Astro Oasis boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi rakaman Dunia Pencetus Ummah dengan melayari www.pencetusummah.com.my

Β 

Coldplay Lancarkan Video Muzik ‘Magic’

coldplay-magic-video-600x337

Coldplay baru sahaja melancarkan single terbaru mereka yang berjudul ‘Magic’. Single ini berda didalam album terbaru ‘Ghost Stories’ yang bakal dipasarkan pada 19 May depan.

Video muzik ini diarahkan oleh Jonas Akerlund dan Zhang Ziyi berlakon sebagai pembantu kepada seorang ahli silap mata yang mabuk.

Single ini boleh dimuat turun di iTunesΒ itunes.com/coldplay.

 

Samsung Malaysia Surprises 55 Selected Owners of GALAXY S5

Photo 3

Samsung Malaysia Electronics rewarded 55 selected fans with a special gift worth RM200 each at five selected locations in Klang Valley and Penang, in conjunction with the consumer launch of the GALAXY S5. These 55 fans were chosen from Celcom Blue Cube and DiGi Concept Store at Sunway Pyramid Shopping Mall, Maxis Centre at Suria KLCC, Samsung Experience Store at The Gardens Mall and Gurney Paragon Mall Penang.

Lee Dong Yong, President of Samsung Malaysia Electronics said: “We are excited to be here today to thank our loyal customers for their enduring support all these years. As such, we decided to select 55 fans to represent the 5 core pillars of the GALAXY S5, which are fun, fit, life, speed and style.

Photo 9

“The GALAXY S5 is Samsung’s people-inspired smartphone to complement every aspect of our consumers’ lifestyles. We look forward to designing more innovative products that resonate with the needs of our consumers,” Lee elaborated.

The GALAXY S5, Gear 2 and Gear Fit are available for purchase at all Samsung Experience Stores nationwide, as well as Samsung’s telco partners – Celcom, DiGi and Maxis. Meanwhile, the devices will be available at all Malaysian retailers by the end of the month, joining the shelves of 125 countries including the US, Europe, Middle East, Latin America and most Asian markets. The GALAXY S5 retails at RM2,399, while the Gear 2 and Gear Fit are priced at RM899 and 599 respectively.

Photo 4

For more information, please visit www.samsung.com/my or visit Samsung Mobile Malaysia Facebook page at https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.