One of the most-awaited fashion events in the country, the Mercedes-Benz STYLO Fashion Grand Prix returns for the 7th year to the capital city from the 24th to the 29th of March 2014.
Entitled “Wearable Fantasies”, a series of high profile, tongue-in-cheek styled fashion events will dominate several nightspots and venues dotted along Jalan P.Ramlee in the week leading up to the 16th Petronas Malaysia F1 race. Leading the signing ceremony at the media conference for the 5-day festival was its Presenter, Mercedes-Benz Malaysia represented by its President & CEO Roland Folger .
“We are happy to be back with STYLO for the 7th year. Our partnership has evolved over the years. Initially planned as an annual fashion festival to support the Malaysian F1 celebrations the STYLO fashion event has since become a prelude to the successful Mercedes-Benz STYLO Asia Fashion Week which was launched last year”, said Roland Folger
“The B2B trade fashion event under the Asia Fashion Week banner is an annual affair and it will be staged in Kuala Lumpur once again later this year binging in fashion heavyweights from over 15 Asian countries to Malaysia”, he said.
“Owing to the success of Asia Fashion Week (AFW), we have now migrated all trade-related fashion activities from the Fashion Grand Prix (FGP) into the AFW leaving the FGP as a true fashion festival for pure fashion entertainment during the F1 season. Fashion’s merely the excuse”, said Datuk Nancy Yeoh, President & CEO of STYLO International.
Mercedes-Benz STYLO FGP 2014 is a 5-day festival comprising 6 events which will be staged this year in the centre of Kuala Lumpur’s nightspot on Jalan P.Ramlee. With Poppy Garden and Hap Seng Star as official venues, the fashion festival will kick off with a pyjamas-inspired event and tribute to Men’s Fashion, ‘A Stylish Slumber featuring Men …and More Men’ will showcase Datuk Tom Abang Saufi, Joe Chia, QUARTER HOMME and newcomer Kinsleger.
The third evening will see THE FASHION WORLD OF SUZIE WONG come to life. Chinoiserie chic with classic styles and beehive hair will be the order of the evening as A Cut Above, Official Hair of the Mercedes-Benz STYLO FGP celebrates its 35th anniversary the same evening. The fashion showcase will also feature designs by Keith Kee and Jason Yek.
This will be followed by Alter Ego which will feature Super Heroes, Villains, Bikers and Babes in Bill Keith creations besides members of the Harley Owners Group taking centrestage at this unique event which will be in tribute to Ronnie Choong, known fondly as the entrepreneur behind the success of the Jalan P.Ramlee’s nightlife. The evening will also feature the Semi-Finals of the Emerging Designers Competition of Mercedes-Benz STYLO FGP 2014.
Stylo FGP 2014 will culminate with the black-tie Mercedes-Benz STYLO Fashion Awards Gala, “Who is Gatsby?” on Friday night at Hap Seng Star, awarding the best in the fashion industry. Whilst Zang Toi, Jovian Mandagie, Bon Zainal, Fairuz Ramdan and Illiza Ho will flaunt their designs on stage, French Fashion DJ and former lingerie model Petra Silander will be flown in from Paris to turn the beat up post awards. Former supermodel and beauty queen Kavita Sidhu will be the host of the evening.
On Saturday afternoon, A Royal High tea with official jeweler De Beers Diamond Jeweller will be held at Hap Seng Star. This will be a private event for a handpicked audience of 60 pax to a private viewing of the Talisman Jubilee Crown will be unveiled to a crowd comprising members of the Malaysian royal families. Created in celebration of the Queen’s Jubilee the unique De Beers Talisman crown will be flown in from London for a short exhibition in various parts of Kuala Lumpur. Its month-long exhibition at London’s Harrods generated much international interest.
“ This year’s theme is ‘Wearable Fantasies’. It’s hard to beat the Talisman Jubilee Crown when it comes to wearing one’s ultimate fantasy”, said Yeoh. The Talisman Jubilee Crown is made up of 974 diamonds which include a 28 carat, a 26 carat and a 73 carat stone.
Stylo will close the week with a showcase by Shawn Cutler, Azlan Adrian Arif and Phuna Boon Yi at Mercedes AMG Petronas F1 Party at the Simfoni Lake of the KLCCP Park.Other partners present at the signing ceremony were Visa Worldwide(official card), Kinohimitsu, A Cut Above (official hair), Diva Productions (official make-up); Asia Fashion Inc, (online retail partner); ICAD (formerly PJ Cad) for backstage support, Malaysian Official Designers’ Association (MODA) and Bumiputra Designers Association (BDA).
MENERUSKAN kesinambungan rangkaian telefon bimbit pintarnya, Alcatel Malaysia memperkenalkan One Touch Idol X+ dengan cip pemprosesan Octa Core bagi menggantikan One Touch Idol X yang dikeluarkan tahun lalu.
Dilengkapi perkakasan terkini seperti skrin berdefinisi tinggi (HD) penuh IPS, saiz skrinnya mencecah lima inci dengan 441 pixle per inch (ppi) yang diperkasakan oleh Corning Gorilla Glass 2.
Peranti terbaharu itu turut dilengkapi dengan kamera utama 13.1 mega piksel dan depan dua mega piksel di samping storan RAM dua giga bait (GB) serta cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh Mediatek.
Menariknya mengenai Idol X+ ini, peranti juga terbina dengan dua slot mikroSIM bagi memudahkan mereka yang aktif menggunakan dua SIM serentak.
Dengan ketebalan 7.9 milimeter, bateri telefon bimbit pintar ini dipertingkatkan kapasiti sehingga 2500mAh.
Fungsi peranti ini turut diperluaskan dengan penggunaan BOOMband iaitu peranti yang dipakai di tangan untuk memantau aktiviti kesihatan pengguna.
Fungsi BOOMband yang dilihat seperti `buddy’ kepada Idol X+ ini ialah mengira jumlah langkah serta memantau kalori yang telah dilakmukan sepanjang hari selain turut mengira jangka masa tidur.
Di samping pengenalan kepada Idol X+ ini, Alcatel turut memperkenalkan One Touch Idol Alpha yang dilengkapi pemprosesan Quad Core khusus buat mereka yang gemarkan reka bentuk unik dan lebih menarik.
Idol Alpha direka menggunakan besi pada keliling dengan lengkungan bagi memberikan keselesaan ketika memegang selain ditambah sisi lutsinar sekali gus menampakkan keanggunan dan keunikannya berbanding yang lain.
Dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Quad Core pada kelajuan 2GHz dan storan RAM satu GB, peranti ini diperkemaskan dengan skrin IPS 4.7 inci yang diperbuat dari Dragontrail Glass dengan resolusi HD 1280 x 720 piksel.
Kamera utama mampu merakam gambar pada 13.1 mega piksel manakala kamera depan dua mega piksel bersama kapasiti bateri 2000mAh. Kedua-dua telefon bimbit pintar ini telah berada di pasaran dengan harga Idol X+ RM1,299 manakala Idol Alpha RM1,099.
Bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.alcatelonetouch.com/ml.
Mark your calendars music lovers, on this coming 9th of April 2014, the smooth grooves from UK legends UB40 will resonate across KL Live for their first Malaysian show.With numerous US Billboard Top10 entries, UK chart toppers and global hits UB40 is the icon of all modern pop-reggae acts this last 25 years.
The Birmingham outfit has sold more than 7million copies of their albums worldwide, making them the most successful reggae band of all time. Now back touring together with iconic voice Ali Campbell at the helm once again, UB40 is set to groove you with the best tunes of their illustrious history together.
Tickets are priced at RM158 for normal lower tier entry and RM258 for VIP upper level entry. All ages are allowed entry.Doors open at 7.30pm and Showtime starts at 9pm. Strictly no drugs and weapons are allowed.
Tickets can be purchased at Ticketpro Malaysia through their hotline or at www.ticketpro.com.my. Tickets also sold at Rock Corner, Music Valley, Victoria Music, the Guitar Store and other participating outlets.
Proudly brought to you by the purveyors of good music acts, UCS Clockwork Malaysia.Ticketpro can be contacted at +03-7880 7999.Hotline Ticket can be contacted at 017-3555134.
Tefal, pembuat peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan Tefal ActiFry FZ7072 iaitu satu periuk yang menawarkan kaedah memasak yang sihat dan moden di samping menggunakan teknologi memasak yang praktikal. Periuk dari Perancis ini mendapat sanjungan ramai dan merupakan No.1 di Eropah dan Kanada, memastikan penggunanya dapat memasak dengan lebih mudah dan sihat serta mengekalkan rasa sesuatu makanan itu tatkala tidak menjejaskan kandungan khasiat dalamnya. Pengguna-pengguna yang menjalani rutin kehidupan harian yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk memasak di rumah, akan mendapati bahawa Tefal ActiFry FZ7072 adalah penyelesaian terbaik untuk mereka. Golongan bekerja kini berpeluang untuk menikmati makanan sihat dan menyelerakan tanpa perlu menahan nafsu makan mereka terhadap juadah yang lazat.
Berbanding dengan cara menggoreng yang konvensional, Tefal ActiFry FZ7072 merupakan penyelesaian semulajadi dan sihat kerana ia tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Periuk ini datangnya bersama sudu pengukur pintar Actifry (14ml) yang mana membenarkan pengguna-penggunanya untuk mengawal kuantiti minyak yang digunakan dalam sesuatu masakan. Untuk memasak satu kilogram makanan, hanya sesudu minyak sudah memadai dan ia menghasilkan lemak serendah 3 peratus. Maka dengan adanya Tefal ActiFry FZ7072, anda sekeluarga akan dapat menikmati juadah makanan yang lazat lagi sihat.
“Selain memastikan diet berkhasiat dan seimbang untuk mengelakkan kegemukan, kita juga perlu mencari masa untuk memasak makanan yang sihat. Kesibukan rutin harian kita semua juga menyebabkan kita tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan yang sihat untuk sekeluarga dan akhirnya terpaksa membeli makanan dari luar ataupun berkunjung ke restoran makanan segera berhampiran, dan dengan erti lain kita menjamu makanan yang kurang kandungan khasiatnya,” kata Kelvin Mow, Pengarah Urusan, GROUPE SEB (Singapura & Malaysia). “ Di Tefal, kami sentiasa percaya bahawa terdapat cara yang lebih mudah untuk memasak makanan yang sihat untuk ahli keluarga tersayang. Teknologi terbaru kami iaitu Tefal ActiFry FZ7072 adalah merupakan revolusi kulinari yang dicipta untuk memenuhi permintaan anda. Teknologi inovatif ini ialah penyelesaian untuk mengekalkan diet sihat dan seimbang tanpa perlu mengorbankan untuk menjamu makanan yang sedap.”
Tidak seperti penggoreng elektrikal yang biasa, Tefal telah merekabentuk ActiFry FZ7072 untuk memasak apa jua makanan segar tatkala mengekalkan kandungan nutrisinya. Dengan menampilkan sistem peredaran udara panas denyut terpaten Tefal, ia menghasilkan aliran udara panas yang seimbang sewaktu memasak, maka Tefal Actifry berupaya meningkatkan rasa semulajadi makanan yang dimasak itu tanpa menjejaskan kandungan vitamin dan khasiatnya. Suhu memasak yang digunakan oleh periuk itu adalah terkawal pada 170°C, dan menjadikan ia sesuai digunakan untuk menggoreng sebarang jenis makanan.
Seramai 53 orang pelajar cemerlang SMK Kota Kemuning yang berjaya mendapat keputusan A+ dalam semua matapelajaran SPM.
Bersempena dengan hari pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 yang berlangsung pada hari ini, Astro Tutor TV SPM mengambil kesempatan untuk turut bersama meraikan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut di sekolah-sekolah terpilih di sekitar ibu kota.
Pihak penerbitan Astro Tutor TV SPM telah berada di beberapa buah sekolah ini bagi menemu ramah para pelajar, guru dan ibu bapa akan keberkesanan menggunakan Astro Tutor TV SPM saluran 603 sebagai medium bagi mengulang kaji dan seterusnya menghadapi peperiksaan SPM.
Krew produksi Astro Tutor TV merakamkan reaksi girang para pelajar SPM 2013 setelah mendapat keputusan mereka.
Sekolah-sekolah yang terbabit dalam menjayakan kempen ini adalah SMK Taman Seraya, Ampang, SMK Sri Serdang, Sri Kembangan dan juga SMK Kota Kemuning, Shah Alam. Selain itu, penyampai radio Hitz.fm, Ean dan Jinnyboy turut membuat penampilan istimewa mereka di SMK Kota Kemuning untuk memeriahkan suasana bagi meredakan debaran yang dirasai di samping memberikan sokongan serta meraikan para pelajar di sekolah tersebut.
“Kami di Astro Tutor TV sentiasa komited dalam menyampaikan kandungan ilmiah terbaik berdasarkan sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi pelengkap bagi pembelajaran di bilik darjah dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh meliputi saluran-saluran ulangkaji bagi sekolah rendah dan menengah. Ini merangkumi lima saluran televisyen yang dilengkapi dengan butang merah interaktif, pembelajaran atas talian, penganjuran variasi aktiviti sama ada di sekolah atau kawasan awam, produk-produk penerbitan dan media sosial”, kata Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro.
Nurdini Binti Mohd Ridwan (dua dari kiri) merupakan salah seorang pelajar yang mendapat keputusan A+ dalam semua matapelajaran.
Katanya lagi, Kempen Keputusan SPM 2013 ini adalah bagi para pelajar untuk meraikan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM setelah memerah keringat dan masa untuk mengulang kaji demi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Astro Tutor TV SPM ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelajar, ibu bapa dan guru yang telah memilih saluran ini untuk menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran pelajar. Rasai pengalaman pembelajaran interaktif terhebat yang berkesan, menghiburkan dan padat dengan ilmu pengetahuan hanya di Astro Tutor TV.
Konsert hari ketiga FMFA2014 yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan selepas berbincang dengan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba, Bukit Jalil National Stadium,Millennium Patriot Security dan RELA.
Setakat jam 5 petang 15 Mac, hanya seorang yang dilaporkan telah mati dan bukan lima orang seperti yang diberitakan.
Larangan daripada pihak penganjur mengenai dadah
Pihak Livescapeasia akan memberitahu detail-detail penembusan semula wang untuk tiket-tiket mulai minggu depan. Para pemegang tiket boleh merujuk www.futuremusicfestival.asia untuk penembusan tiket.
AirAsia baru-baru ini telah melancarkan promosi terbaru bagi hidangan sarapan pagi yang dinamakan Breakfast Combo. Ia mula dilancarkan pada 1 Februari 2014 yang lepas.
Breakfast Combo dari Air Asia ini terdiri daripada Pak Nasser’s Nasi Lemak, Roti Canai dengan Chicken Curry,Rice Congee dengan Scallops serta Pancake dengan butter & maple syrup.Semua breakfast combo ini berharga dari RM10 dengan percuma minuman coffee atau teh tarik.Ia hanya untuk penerbangan AK sahaja dan bermula dari jam 5.30 pagi hingga 11 pagi setiap hari.
Untuk Combo A iaitu Pak Nasser’s Nasi Lemak ia berharga RM12 termasuk percuma air coffee atau teh tarik.Ia dihidangkan dengan sambal ikan bilis,rendang ayam dan telur rebus.
Bagi Combo B pula, menu ini berharga RM10 terdiri daripada Roti Canai dengan Kari Ayam berserta ubi kentang. Teh Tarik atau coffee juga diberi secara percuma untuk combo ini.
Untuk combo C, Rice Congee dengan Scallops merupakan sajian sarapan pagi yang popular bagi kaum cina. Ia kini juga boleh didapati ketika berada didalam pesawat AirAsia. Harga untuk combo ini RM10 dengan coffee atau teh tarik percuma.
Bagi combo D pula ia adalah sajian Pancake dengan butter & maple syrup dan berharga RM10 dengan coffee dan teh tarik percuma. Kini kita boleh menikmati hidangan sarapan seperti pancake dan roti canai apabila kita berada di awan biru juga.
“Serata Galaksi Mencari Legasi”. Setelah melakar kejayaan besar dalam mengangkat martabat bidang sketsa komedi dan nyanyian ke peringkat lebih tinggi menerusi Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama serta perkembangan kerjaya juaranya, Achey dan naib juara, Kumpulan Bochik, kini pihak TV3 dengan berbesar hati membawakan kembali program pencarian penghibur terunggul iaitu Bintang Mencari Bintang musim kedua! Sifu dan anak didik manakah pula yang bakal meraih gelaran juara Bintang Mencari Bintang untuk musim baru ini?
BMB ialah sebuah rancangan program realiti dari TV3 yang memperlihatkan kewibawaan barisan Sifu terkenal tanah air dalam menggilap bakat baru berdasarkan bakat sketsa komedi dan nyanyian bagi menyambung legasi mereka. BMB musim pertama berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.8 juta (16.2 TVR) atau 54.4% syer penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement). Malahan tontonan keseluruhan BMB Akhir musim pertama telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah hampir 5 juta sepanjang siaran dari jam 9.00 – 12.00 tengah malam pada 23 Jun yang lepas.
Faizal Ismail bersama anak didiknya, kumpulan Tokan & Gbob
Ketika mula disiarkan tahun lalu, ia secara automatik telah mendapat tempat di hati masyarakat tempatan. Kini memasuki musim yang kedua (BMB2), peminat setia bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit di antara anak didik yang dibimbing oleh sifu-sifu yang mempunyai portfolio mengagumkan dalam bidang ini. 6 sifu yang akan memegang tanggungjawab besar dalam mencorak haluan anak didik musim ini adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik,Faizal Ismail (FBI), Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus.
Menariknya, BMB2 mengekalkan 3 Sifu iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Faizal Ismail dari musim pertama kerana prestasi mereka yang konsisten dari permulaan hingga ke peringkat akhir BMB. Kami berharap ketiga-tiga Sifu ini dapat membentuk bakat yang bagus seperti Achey, Bochik, Titan dan Tapaw. Sementara itu tiga Sifu baru iaitu Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus dipilih untuk menjadi Sifu berdasarkan kualiti tersendiri seperti mempunyai pengalaman luas dalam bidang komedi dan nyanyian selain berkaliber sebagai tenaga pengajar.
Harun Salim Bachik bersama anak didiknya, kumpulan TakTih & Ehah
Pencarian anak didik berbakat untuk program BMB2 ini telah pun memulakan siri jelajahnya pada 28 & 29 Disember 2013 lalu bertempat di Bumi Kenyalang, Sarawak dan kemudian siri jelajah BMB2 juga telah terbang ke negeri Perak pada 4 & 5 Januari 2014 di Ipoh, serta negeri kedah pada 10 & 11 Januari 2014. Pencarian uji bakat BMB2 diteruskan lagi di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah pada 18 & 19 Januari 2014 dan di Johor Bahru pada 31 Januari & 1 Februari 2014. Penerimaan masyarakat umum terhadap program realiti BMB2, ternyata mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan daripada orang ramai apabila hampir satu ribu orang telah menghadiri sesi uji bakat BMB2 yang berakhir pada 8 & 9 Februari 2014 di Kuala Lumpur. Sesi uji bakat di setiap lokasi telah ditapis terlebih dahulu oleh panel profesional iaitu Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) dan Ajai selaku juri menggalas tanggungjawab untuk memilih yang berkelayakan menjadi anak didik BMB2.
Seramai 23 anak didik yang terdiri daripada 1 peserta solo dan 11 peserta kumpulan yang dipilih untuk menggamatkan saingan BMB2 kali ini. Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu dari Kumpulan A dan satu lagi dari Kumpulan B. Bagi saingan peringkat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat minggu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik dari Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir. Sebelum tiba minggu terakhir, hanya lima kumpulan, layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Adlin Aman Ramlie bersama anak didik kumpulan Kepoh & Jebat
Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa, “Kesemua anak didik ini adalah yang terbaik daripada lebih 1,500 calon yang telah hadir ke sesi uji bakat. Kami sendiri kagum dengan sambutan yang cukup menggalakkan terhadap program ini. Kesemua 23 orang anak didik bagi musim ini mempunyai keunikan dan kriteria tersendiri. Barisan Sifu telah melakukan pemilihan dengan amat teliti. Anak didik juga telah memulakan sesi latihan dan persiapan bersama barisan Sifu bagi mempamerkan persembahan terbaik di konsert pertama yang akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 16 Mac 2014 pukul 9.00 malam.”
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin berkata, “Bakat yang dilahirkan menerusi program Bintang Mencari Bintang musim pertama berjaya menyerlah di arena seni tanah air. Kehadiran mereka ternyata diterima ramai. Buktinya, juara musim pertama BMB, Achey kini mempunyai program sendiri yang diberi nama ‘Kintang Kintung’ di samping tercalon dalam kategori top 5 artis baru lelaki popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Malah, bekas peserta BMB musim pertama yang lain juga tidak kurang hebatnya apabila masing-masing menjadi pilihan produser tempatan untuk tawaran berlakon di samping mengacara sesebuah program. Oleh itu, TV3 meneruskan inisiatifnya mencari pelapis dalam bidang komedi dan nyanyian menerusi program Bintang Mencari Bintang musim kedua.”
Ebby Yus bersama anak didiknya kumpulan Sumbu & PK
“Kami terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh orang ramai kerana biarpun belum lagi memulakan siaran di televisyen, Bintang Mencari Bintang musim kedua sudahpun mendapat maklum balas yang amat positif di kalangan masyarakat. Ini dizahirkan dengan sambutan para peserta di kesemua lokasi sesi uji bakat. Selain itu, program Bintang Mencari Bintang musim kedua yang mula disiarkan di TV3 sejak 23 Februari 2014 menerusi episod uji bakat yang lalu turut mendapat jumlah tontonan yang amat memberangsangkan. Semua ini seolah-olah memberi tanda positif bahawa program Bintang Mencari Bintang mampu untuk mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Jesteru, kami merasakan tanggungjawab yang lebih besar untuk memberikan yang terbaik kepada para penonton terutamanya daripada sudut kandungan dan pengisian program ini” tambah Cik Sherina Nordin.
Sepanjang 16 episod, BMB2 menampilkan Adibah Noor dan Achey sebagai pengacara program. Selain itu, BMB turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Manakala, dua lagi juri tetap bagi musim ini iaitu A.R Badul akan menjadi juri untuk konsert Kumpulan A dan Ahmad Idham juri untuk konsert Kumpulan B.
Afdlin Shauki dan anak didiknya kumpulan OOOOO & MMMMM
Untuk musim kedua ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan We Chat dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB2 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 beserta trofi.
Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB2 menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.30 petang. Program yang dihoskan oleh bekas anak didik BMB musim pertama iaitu kumpulan Titan ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB2.
Menerusi paparan sepanjang sesi uji bakat yang disiarkan dalam tiga episod BMB2 pada 23 Februari 2014, pelbagai karenah, ragam dan aksi para anak didik dapat disaksikan hanya kerana ingin bergelar anak didik BMB2. Ikuti konsert BMB2 mulai 16 Mac 2014 yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam.
Barisan Sifu BMB2
Di samping itu, ’Bintang Mencari Bintang Spontan’ yang merupakan program spin off daripada BMB2 bakal disiarkan menerusi TV9 bermula 4 Mei 2014 setiap hari Ahad jam 8.30 malam. Menerusi program 30 minit yang dihoskan oleh naib juara BMB musim pertama iaitu Fad dan Abam dari kumpulan Bochik, para penonton dapat menyaksikan gelagat anak didik BMB musim kedua tampil melakukan cabaran sketsa yang bertemakan spontan. Pemenang akan ditentukan oleh undian peserta BMB2 itu sendiri dan sebanyak RM2,000 menanti buat pemenang Bintang Mencari Bintang Spontan.
Bagi merasai bahang kehangatan program BMB2, TV3 mengadakan satu acara ‘Pentas Khas Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 Bersama Penampilan Khas Eksklusif Bocey’ di Concourse Area, SACC Mall, Shah Alam, Selangor pada hari Selasa,11 Mac 2014, pukul 8.00 malam. Menerusi acara ini, peminat yang hadir boleh bertemu dan mengubati rindu pada telatah bekas anak didik BMB musim pertama dan mengenali barisan Sifu dan anak didik BMB musim kedua dengan lebih dekat.
Saiful Apek bersama anak didiknya,kumpulan 2AZ & Lampu
Program realiti bakat sketsa komedi ini turut mendapat sokongan padu daripada radio Hot FM selaku geng radio. Ikuti informasi dan perkembangan terkini mengenai BMB2 menerusi radio Hot FM serta layari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bmb2014 dan laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#BMB2014) untuk menghangatkan lagi bahang BMB2!
Tanpa ada gosip yang bertiup kencang benarkah pelakon cantik Kilafairy khabarnya sudah menemui cinta sejatinya? Tetapi betulkah jejaka pilihannya itu berada jauh nun di negara India? Namun semua ini hakikatnya hanya berlaku dalam sebuah drama bersiri terbaharu bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Cinta Agra” di TV2.
Mengisi slot Galeri Famili mulai 17 Mac depan, setiap Isnin – Rabu, pukul 2.30 petang, drama konflik cinta tiga segi ini turut menampilkan pelakon Shah Iskandar, Narenth Rao, Ezzaty Abdullah, Hairi Safwan dan Raja Ema.
13 episod drama bersiri arahan Jamal Khan bertemakan Bollywood yang membabitkan lokasi di sekitar New Delhi dan Kashmir, India ini mengetengahkan watak gadis bernama Aleeya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang serta kemewahan oleh ibu bapanya Dato Hafiz dan Datin Marlia. Oleh kerana terlalu sayang semua kehendak Aleeya diturutkan. Dato Hafiz adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan pembinaan yang terkenal di Malaysia. Oleh kerana kesibukan Datin Marlia dengan perniagaannya menyebabkan Dato Hafiz mempunyai seorang kekasih yang bernama Iza tanpa pengetahuan orang lain.
Aleeya masih menuntut di sebuah kolej terkenal di Ibu Kota di dalam bidang Pengurusan Perniagaan bersahabat baik dengan dua orang teman baik di kolej iaitu Nadya dan Sem. Aleeya kerap berkunjung di rumah Nadya dan Sem begitu juga dengan Sem dan Nadya kerana kedua orang tua Nadya dan Sem juga sibuk dengan kerja.
Dato Hafiz mempunyai seorang rakan kongsi bernama Dato Zakuan yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Aril. Aril seorang yang suka berfoya-foya dan tidak mahu membantu di dalam menguruskan syarikat ayahnya. Selepas tamat pelajaran dari Amerika. Aril lebih suka menghabiskan masa dengan berhibur dan melepak dengan kawan-kawannya di kelab malam.
Ketika Dato Hafiz dan Dato Zakuan keluar untuk bermain golf, Dato Zakuan telah memberitahu masalahnya mengenai Aril kepada Dato Hafiz. Dato Hafiz mencadangkan agar Dato Zakuan membawa Aril ke syarikatnya dan membenarkan Aril bekerja di syarikatnya buat sementara waktu. Dato Zakuan bersetuju dan berharap dengan cara ini dapat mengubah perangai Aril.
Aril yang pada mulanya tidak berminat dengan tawaran itu akhirnya berubah fikiran setelah melihat Aleeya yang datang ke pejabat untuk berjumpa dengan ayahnya. Aril berpura-pura fokus terhadap kerjanya bila di depan Dato Hafiz. Dato Hafiz tidak perasan tindakan Aril adalah semata-mata hendak memikat Aleeya. Dato Hafiz dan Dato Zakuan amat gembira dengan perubahan Aril dan dalam diam mereka mula mengaturkan rancangan untuk menyatukan kedua-dua anak mereka iaitu Aril dan Aleeya. Selepas pulang dari pejabat tanpa pengetahuan Dato Zakuan. Aril kembali kepada perangai lamanya suka berpoya-poya dan menghabiskan masa dengan perempuan.
Aleeya terdengar perbualan antara Dato Hafiz dan Datin Marlia mengenai rancangan mereka untuk menyatukan Aleeya dan Aril. Aleeya mula memikirkan bagaimana cara untuk menghalang rancangan Dato Hafiz dan Datin Marlia. Aleeya telah meminta pendapat dengan Nadya dan Sem.
Cuti semester telah bermula. Aleeya, Nadya dan Sem telah membuat rancangan untuk pergi bercuti. Setelah lama berfikir mereka telah bersepakat untuk pergi ke India. Mereka begitu gembira apabila sampai di sana dan telah meminta pihak hotel untuk menyediakan seorang pemandu pelancong bagi membawa mereka pusing-pusing India.
Mereka diperkenalkan dengan seorang pemandu pelancong bernama Syameer yang berasal dari Malaysia. pelbagai insiden berlaku yang kemudiannya membuatkan berputik rasa cinta dalam diri Syameer terhadap Aleeya. Namun di sebalik itu dia menyedari kekurangan diri dan perbezaan agama dan taraf hidup mereka ibarat langit dengan bumi.
Hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Aleeya. Sebaliknya mereka mengaturkan mahu mempercepatkan pernikahan Aleeya dengan Aril. Aril pula mula menunjukkan belangnya bila Aleeya terang-terangan menolak cintanya dan mahu mengambil kesempatan terhadap gadis itu.
Lalu berjayakah cinta Aleeya dan Syameer bersatu? Bagaimana pula dengan nasib Aril yang bersembunyi di sebalik kebaikan sedangkan hakikatnya dirinya tidak sebaik yang disangka.
Malaysia menepati ramalan ke separuh akhir setelah mudah melepasi Jepun dalam suku akhir Sepaktakraw Siri Super Akhir Istaf 2013/14 dengan menumpaskan Jepun 15-1, 15-9 di Stadium Titiwangsa di sini.
Cuma 22 minit sahaja diperlukan regu Izurin Refin, Mohd. Hanafiah Dolah dan Mohd. Muqlis Borhan untuk meraih pertemuan separuh akhir dengan Brunei yang mengejutkan Singapura 15-11, 15-6 pada satu lagi suku akhir.
Sesudah melepasi mudah Singapura dan Perancis dalam Kumpulan B, anak buah Jamaluddin Hassan jelas sukar disaingi regu Jepun, Masahiro Yamada, Masanori Hayashi dan Seiya Takano.
Kata Jamaluddin, “kami lebih banyak menekan Jepun lebih awal ketika mereka belum menemui rentak servis. Hanya pada set kedua, mereka cuba bangkit mengejar ketika ketinggalan 6-9.
“Dengan kami mendahului begitu jauh, tekanan menjadi kian kurang, begitu juga kesilapan daripada segi servis dan libasan. Namun inilah corak permainan sebenar yang kita nantikan selepas tiga perlawanan Siri Super.
“Brunei saya dapati membawa barisan pemain yang lebih baik daripada siri sebelum ini. Mereka ada saiz dan prestasi yang bagus kerana melalui lebih banyak (tiga perlawanan) Kumpulan D.” katanya.
Sementara itu, kata Muqlis, ketua pasukan negara, “kami mengharapkan sokongan lebih ramai penonton apabila beraksi dalam separuh akhir nanti.
“Regu kami sudah mencapai peningkatan dan keserasian jadi saya yakin kami boleh buat kejutan untuk bergelar juara kali pertama Siri Super dengan penampilan sulung saya di sini,” katanya.
Sementara itu, musuh tradisi Malaysia, Thailand turut mara ke separuh akhir dengan menundukkan Indonesia 15-2, 15-10 namun bakal berdepan ujian lebih getir, Korea Selatan yang menumpaskan India 15-10, 15-3.
Regu juara dunia itu, Kritsana Tanakorn, Supachai Maneenat dan Somporn Jaisinghol cuma memerlukan 24 minit untuk menang manakala Korea Selatan mengambil masa selama 23 minit ke atas India.
KEPUTUSAN 7 MAC 2014:
Suku akhir (Lelaki) – Korea Selatan kln. India 15-10, 15-3;
2NE1, the No.1 Girl Group in Korea will hold their 2014cworld tour concert “ALL OR NOTHING” in Malaysia on May 24th (Saturday) 2014, 7:30pm at Stadium Negara Kuala Lumpur, organized by IME Productions.
2NE1, after South Korea, will be visiting 9 countries including Japan and China, meeting fans in 13 cities including Seoul, Hong Kong, Malaysia and Yokohama for their 17 concerts. All eyes are on the girls to see what they’ve got this time for the international fans.
More expectations build up as it is said the two world-renown directors Travis Payne and Stacy Walker will once again join in on the girls’ World Tour. 2NE1 will be showing their individual strengths in this tour compared to last tour, and also a great number of veteran staffs joined him for the tour.
The creative director of 2NE1 world tour is Travis Payne, who directed choreography of Michael Jackson’s ‘This Is It’ tour, and Stacy Walker, who was also another choreography director for Michael Jackson, will be participating. Furthermore, ‘Possible’ will be participating as the visual contents creator. Gil Smith II, the music director of Britney Spears, Chris Brown, Lil Wayne and many other big names, will be leading his fellow band members to collaborate with 2NE1 as well. Thus, 2NE1 will be able to show even more upgraded sound and performance.
IME Production is the lead promoter of 2NE1 2014 World Tour “ALL OR NOTHING” in Malaysia.
Ticket launch will be held on March 9th (Sunday) at Sungei Wang Plaza concourse area from 11:00a.m. till 3:00p.m. First 500 purchaser comes with exclusive giant poster and First 200 tickets comes with Clio make up product.
Online sales will begin on March 9th (Sunday) at 3:00pm via TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) .
Ticketcharge ticket hotlines will begin on March 10th (Monday) at 10a.m., please call
(603) 92228811 to purchase your ticket.
Outlet sales will begin on March 10th (Monday), please visit TicketCharge office, Speedy music store, Rock Corner music store, Victoria music center, Neway Karaoke outlet and Celcom blue cube outlet.
Tickets for 2NE1 2014 WORLD TOUR “ALL OR NOTHING” IN MALAYSIA are priced at:
• VVIP RM599 (Numbered Seat)
• Rock Zone RM499 (Free Standing)
• RM399 (Numbered Seat)
• RM199 (Free Seating)
For more information, please log on to IME Production official Facebook (www.facebook.com/imepmy) or 2NE1 official Facebook (http://www.facebook.com/2NE1).
Sebanyak enam kumpulan sudah mengesahkan tiket ke peringkat akhir malam kemuncak Lantai Cilik musim kedua. Pertandingan yang diperkasakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini kembali berdasarkan sambutan memberangsangkan sejak musim pertama diwujudkan.
Kemuncak Lantai Cilik musim pertama saja mencatatkan rating lebih 1 juta penonton dan menyaksikan Kiawayan Dance Club (KDC) dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kiawayan, Tambunan, Sabah, muncul juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 serta hadiah sampingan. Malah Kumpulan tersebut telah dibawa mewakili Malaysia di Minggu Malaysia London, United Kingdom untuk persembahan kesenian anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai insentif kemenangan mereka.
Bagaimana dengan kemuncak Lantai Cilik musim kedua yang bakal berlangsung 8 Mac depan di Auditorium Perdana Angkasapuri dan dipancarkan secara langsung di TV2? Ia bakal dihoskan Fimie Don dan Seri Nabilla serta menampilkan adik Nik Nur Amalin sebagai juri culik.
Enam kumpulan yang berentap ialah Tunas Tari Warisan, Sekolah Kebangsaan Tangga Batu (Melaka), Sekolah Kebangsaan St Agnes (Kota Kinabalu Sabah), De Art Convent Sekolah Kebangsaan St Francis Convent (Sabah), Sekolah Kebangsaan Sri Amar Kota Tinggi (Johor), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti Puchong (Selangor) dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (Selangor).
Hadiah berjumlah keseluruhan sebanyak RM 112,500 bakal dimenangi pada malam itu. Johan saja bakal membawa pulang wang tunai RM50,000, Naib Johan bakal memperoleh wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga pula wang tunai sebanyak RM15,000. Hadiah turut diiringi sijil dan trofi.
Tiga lagi kumpulan tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya menerima hadiah saguhati bernilai RM2,500 berserta trofi dan sijil. Istimewanya penonton yang menyertai kuiz dianjurkan dan menjadi pemenang soalan terkumpul juga bakal merebut motosikal Modenas yang ditawar sebanyak tiga buah.
Sidang media mengumumkan finalis diadakan 22 Februari lalu di Lighthouse Cafe, Sunway Lagoon Resort. Ia dihadiri Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Mohd Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia).
“RTM gembira dengan kerjasama erat bersama JKKN serta Kementerian Pendidikan Malaysia ini dan mengharapkan kemuncak Lantai Cilik kali ini akan gegak gempita dengan kehadiran penonton di Amphitheatre Sunway Lagoon serta Malam Kemuncak di Auditorium Perdana Angkasapuri dan di rumah. Kerjasama tahun lalu menerusi penganjuran yang sama cukup membanggakan RTM dan JKKN,” kata Norhyati.
Sementara itu, Norliza pula beranggapan pengalaman JKKN dalam bidang tarian kanak-kanak hasil kerjasama dengan RTM dan Kementerian Pendidikan yang menyokong penuh usaha JKKN untuk terus melatih Kumpulan Tunas Budaya selaku katalis dalam menyediakan generasi akan datang yang celik seni dan budaya terus dipertingkatkan.
“Kami terus komited untuk membimbing dan menggalakkan generasi muda Malaysia untuk mencintai seni dan budaya. Penggalakkan program berteraskan Pembangunan Modal Insan /Kelab Asuhan Seni seperti Kelab Asuhan Seni, Kelab Tunas Budaya (KTB), Kelab Giat Budaya (KGB), Bimbingan Seni Budaya Rakyat (BSBR), Kelab Siswa Budaya (KSB), Sekolah Seni dan Jurulatih Seni Budaya Negara terus dipertingkatkan.
“Begitu juga dengan program PERMATA Seni Koir dan PERMATA Seni Tari yang merupakan program di bawah naungan Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melalui PERMATA Seni serta diselaraskan urusannya oleh JKKN bagi membimbing kanak-kanak yang berbakat cemerlang dalam bidang seni tari dan koir di bawah lingkungan umur 7 hingga 12 tahun.
“Jadi usaha ini tak akan pernah putus. Kerjasama strategik JKKN dengan RTM serta sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia menguatkan lagi apa yang mahu diperjuangkan. Buat enam kumpulan Lantai Cilik musim kedua selamat maju jaya dan buat yang terbaik pada malam kemuncak nanti,” katanya.
Lantai Cilik 2 (LC2) menjadi manifesto berterusan dalam mencari bakat luar biasa menerusi cabang tarian tradisional dan kontemporari. Kerjasama strategik dan berterusan antara RTM dan JKKN serta dengan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pertandingan tarian itu membuktikan kesungguhan ejen kerajaan itu memartabatkan kreativiti bakat muda di negara ini.
Program ini bukan sekadar mencari sang juara sebaliknya dalam perjalanan ke arah itu ia turut menonjolkan beberapa nilai positif dalam usaha mengembangkan kebolehan bakat muda terutama dalam tarian. Di samping itu ia dapat meningkatkan keyakinan diri, kerja pasukan serta daya saing yang boleh dicontohi generasi muda.
Jangan lupa kemuncak Lantai Cilik musim kedua bersiaran di Auditorium Perdana Angkasapuri dan boleh ditonton secara langsung di TV2 mulai jam 9 malam pada 8 Mac ini.