SO Staff

SAFI SHAYLA Khas Untuk Wanita Bertudung

DSC03881 copy

Kembara cantik SAFI membuka lembaran tahun baru dengan ketibaan di destinasi bertemakan warna warni budaya dan estetika Kota Maghribi memperkenalkan inovasi kecantikan terbaru khasiat terkitab SAFI. Ia tercipta khusus menjadi perisai mahkota martabat terperlihara muslimah.

Rambut adalah mahkota setiap wanita dan ia melengkapkan sisi pesona keayuan mereka dan pemacu kekuatan personaliti wanita hebat. Namun wanita bertudung di Malaysia sering berhadapan dengan pelbagai masalah kulit kepala dan rambut oleh kerana cuaca yang terik dan lembap. Lanjutan itu, rambut wanita yang bertudung amat mudah berpeluh dan berbau sekaligus menyebabkan kulit kepala menjadi gatal, tidak sihat dan merasa tidak selesa. Rambut memang sama hitam tetapi setiap individu memerlukan manfaat khusus.

SAFI Jenama halal nombor satu tempatan menzahirkan khasiat terkitab dengan teras teknologi di dalam inovasi kecantikan terbarunya SAFI SHAYLA. SAFI SHAYLA pupur penjagaan rambut khusus untuk wanita bertudung memberikan nadi kepada mahkota setiap wanita dengan 1001 manfaat Habbatus Sauda.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

SHAYLA yang dipetik dari perkataan arab yang membawa maksud selendang ini yang dipakai bersama abaya adalah rangkaian lengkap produk penjagaan rambut khusus yang pertama untuk wanita bertudung daripada SAFI – jenama halal nombor satu tempatan.

Diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda dengan formulasi mengurangkan kegatalan kulit kepala para pakar penyelidikan dan pembangunan produk Wipro Unza menzahirkan setiap keperluan khusus mahkota anda .Terbentang untuk anda sebuah inovasi rangkaian produk penjagaan rambut dengan 3 Variasi produk hebat iaitu 4 variasi syampu, penyegar kulit kepala dan perapi rambut sesuai untuk semua jenis rambut.

Pilih daripada rangkaian syampu berikut SAFI SHAYLA – LICIN TERURUS dengan Multivitamin, SAFI SHAYLA –  SEGAR BERMAYA diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer, SAFI SHAYLA – ANTI KELEMUMUR dengan ZPT dan SAFI SHAYLA – KAWALAN RAMBUT GUGUR dengan Protein. Kekalkan kelembapan mahkotamu dengan PERAPI RAMBUT – SAFI SHAYLA dengan 2x ganda manfaat Habbatus Sauda serta Multivitamin untuk setiap jenis rambut dan haruman kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal.

Melengkapkan pupur rambut khusus untuk wanita bertudung ini adalah PENYEGAR KULIT KEPALA – SAFI SHAYLA diperkaya dengan 5x ganda manfaat Habbatus Sauda dan Mentol yang bertindak memberikan kesegaran kepada kulit kepala agar nutrisi rambut mendapat manfaat tersedia dan memberikan keyakinan serta rasa nyaman dingin dengan haruman yang kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal walaupun seharian bertudung melewati agenda harian yang padat atau cuaca yang terik atau lembap.

SAFI SHAYLA memberikan definisi gaya terkini setiap selendang dengan reka bentuk produk berestetika moden dengan percikan palet warna ceria definisi setiap wanita SAFI SHAYLA – Penuh keyakinan, personaliti menarik dan mendukung kemuliaan diri disebalik “Shayla” mereka.

Lahirnya rangkaian yang menjadi pelengkap rohani dan jiwa setiap hawa ini adalah sebahagian daripada jiwa jenama SAFI itu tersendiri. Diperkenal kepada rakyat Malaysia pada tahun 80-an, SAFI menjadi sebahagian daripada kehidupan yang syumul sebagai pelopor jenama produk penjagaan diri, penatagayaan dan kecantikan halal tempatan. Merentasi skala masa dan kemajuan teknologi, jenama SAFI adalah pelengkap rohani dengan rangkaian produk yang berkualiti, inovatif sentiasa terkini dengan pusat penyelidikan dan pembangunan terbesar di Asia tanpa mengkrompomi kehendak syarak.

“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Junjungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  Kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, jelas Pengurus Kanan Produk – SAFI, Nor Aziani Azizan.

SAFI SHAYLA adalah definisi generasi Wanita SAFI alaf ini. Kesinambungan formulasi khusus setiap jenis rambut serta personafikasi identiti tersendiri muslimah moden SAFI menjadi cetusan idea “Gaya Safi Shayla”.  Personaliti generasi muslimah beridentiti dan berintegriti didalam kombinasi harmoni warna ceria SAFI SHAYLA di dalam empat busana GAYA SAFI SHAYLA lengkap berhijab sentuhan esklusif citarasa gaya tersendiri MIMPI KITA.

Biar apa pun gaya melitupi makhota peribadi agung wanita muslim moden kini! SAFI SHAYLA melengkapkan rohani dan jiwa hawa dengan santapan seadanya kerana jiwa yang terisi adalah kecantikan dan keyakinan hakiki. Teman barumu ini boleh didapati disemua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi terpilih.

Anda adalah aspirasi kami! Generasi baru wanita SAFI. Perhebat martabat hebat muslimah moden kini dengan berkongsi dan bina kejayaan kaum hawa di laman sesawang rasmi SAFI www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI  www.facebook.com / SAFI.MY atau muat naik gaya keyakinan SAFI SHAYLA mu di laman instagram SAFI – @safimalaysia #safishayla

Oh My English Ke Amerika?

OME! 2

Astro akan membuka tirai tahun baru 2014 dengan menampilkan sebuah lagi karya telefilem istimewa daripada siri Oh My English yang difilemkan di Amerika Syarikat berjudul ‘Oh My English! – Hello America’. Telefilem ini akan disiarkan pada 15 Januari 2014, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135).

Buat pertama kalinya kumpulan produksi Oh My English! berpeluang untuk menjalani rakaman di Amerika Syarikat hasil daripada penganugerahan geran oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia. Para peminat siri ini pastinya tidak sabar menantikan segala kisah pengembaraan yang menyeronokkan apabila para pelakon OME! menjelajah ke bumi Amerika Syarikat. Di samping hiburan yang dihidangkan, para penonton akan dapat memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mereka melalui program ini kerana ianya turut menggunakan pendekatan pembelajaran yang sama seperti di dalam siri televisyen.

Kisah Hello America kali ini bermula apabila SMK Ayer Dalam telah terpilih sebagai juara untuk pertandingan filem pendek dan mereka telah memenangi pakej lawatan ke Amerika Syarikat. Lantaran itu, pengembaraan para pelajar Kelas 3 Merah bersama guru-guru mereka pun bermula merentasi benua terus ke kota New York. Di sana mereka membuat lawatan ke sebuah sekolah menengah di Amerika, merasai pengalaman bermain sukan ragbi Amerika serta mengunjungi lokasi-lokasi terkenal seperti Times Square dan Statue of Liberty.

Namun begitu, konflik peleraian mula tercetus apabila See Yew Soon dan Jibam terpisah jauh daripada kumpulan rombongan dan mereka hanya menyedarinya apabila tiba di Washington DC. Mereka berdua hanya mempunyai beberapa jam untuk kembali ke New York dan bersatu semula bersama kumpulan rombongan kerana jika tidak, mereka mungkin akan terlepas penerbangan untuk pulang ke Malaysia. Adakah mereka akan sempat pulang pada masanya? Adakah guru-guru mereka akan dapat mencari semula pelajar yang hilang? Dapatkah mereka mengatasi konflik perbezaan bahasa dan budaya di sana tatkala kemahiran Bahasa Inggeris yang mereka pelajari diuji.

OME! 1

Barisan guru seperti Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Cikgu Malik (Aaron Aziz), Encik Mohd Salleh (Harun Salim Bachik) dan para pelajar kelas 3 Merah seperti Azlin (Izara Aishah), See Yew Soon (Roax Tan), Jibam (Akhmal Nazri), Mazlee (Zhafir Muzani) and Anusha (Kaameshaa Ravindran) akan terus tampil dalam telefilem Hello America untuk menghiburkan para penonton. Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Nadia Aqila yang akan membawa watak sebagai kakak kepada Jibam, Kuah Jen Han sebagai rakan kumpulan rombongan serta beberapa penampilan istimewa para pelakon dari Amerika Syarikat.

Menurut Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, “Kami telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada telefilem pertama Oh My English! berjudul ‘Oh My Ganu’. Selain daripada menjadi “trending” pertama di Twitter, telefilem ini juga berjaya mencatatkan jumlah tontonan terbanyak untuk filem HD di Astro bagi tahun 2013. Para peminat setia rancangan ini yang terdiri daripada pelbagai golongan terus memberikan sokongan yang sangat luar biasa. Oleh itu, kami tampilkan pula telefilem ‘Oh My English! – Hello America’ sebagai penghargaan atas sokongan para peminat. Kami ingin membawa para peminat menyelusuri pengembaraan meneroka kota Amerika bersama para pelakon. 

Saya mewakili pihak Astro ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Kedutaan Amerika Syarikat di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan telefilem ini. Ia merupakan satu pengalaman berharga kerana berpeluang untuk bekerjasama dan diharapkan ini akan menjadi titik tolak untuk usaha sama di masa akan datang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja kami yang juga merupakan penaja rasmi untuk telefilem ini iaitu Vitagen di atas sokongan berterusan yang diberikan semenjak daripada siri pertama Oh My English. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan juga buat barisan pelakon Oh My English!, Lina Tan selaku penerbit dan juga tenaga kerja produksi Red Communications kerana merealisasikan telefilem Oh My English! – Hello America’”.

Tuan Yang Terutama Ambassador Joseph Y. Yun, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia berkata “Kami sangat berbangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak Astro dan Red Communication di dalam projek ini. Ternyata kemahiran Bahasa Inggeris adalah sangat penting dalam dunia globalisasi kini. Kerajaan Amerika Syarikat begitu komited untuk memupuk pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia dan di seluruh dunia”.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem Oh My English! – Hello America! yang akan disiarkan pada 15 Januari 2014, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135).

Layari laman rasmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.

Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

LEESSANG Live In Malaysia 2014

Poster

 

Highlights :

  • This will be the first ever showcase of Leessang in Asia, starting with Singapore on 30thNov 2013 and ending in Kuala Lumpur, Malaysia as their final stop on 11th Jan 2014 at Kenanga Wholesale City.
  • The showcase will feature the highly talented hip hop duo, Gary and Gill, after their hugeconcert tour success in the New York and LA early 2013.
  • Running Man and Monday Couple fans should also be extremely excited to see the much loved in Malaysia – Gary, prepped to perform his signature raps and songs live in Malaysia for the first time!
  • All Prices include RM3.00 Ticketing Fee

Details :

Fancy some quality Korean music other than PSY and his annoying chants about a street and being a gentlemen? Today’s DEAL gets you the hottest hip hop act from the land of morning calm, Leessang!

Leessang is a Korea’s iconic hip-hop duo with Gary (Kang Heegun) and Gill (Gil Sungjoon), one of the most popular hip-hop duos in Korea. Last year in 2012, Leessang’s nation wide concert tour across 10 cities in Korea was a huge success with all tickets sold out within minutes, proving Leessang’s popularity as a hip-hop artist. In 2013, Leessang successfully ran their first concert in New York and LA, with their broadening fan base worldwide.

  • Choose from the options below:
    • Option 1: “LEESSANG 1ST ASIA SHOWCASE IN MALAYSIA” Normal Ticket For 3 Pax Only At RM259 Instead Of RM333
    • Option 2: “LEESSANG 1ST ASIA SHOWCASE IN MALAYSIA” Silver Ticket For 3 Pax Only At RM399 Instead Of RM579
    • Option 3: “LEESSANG 1ST ASIA SHOWCASE IN MALAYSIA” Normal Ticket For 10 Pax Only At RM630 Instead Of RM1110

Conditions

  • Unlimited number of e-Vouchers can be purchased
  • The showcase will be held on 11th January 2014 (Saturday) 7:00pm at Starstage, KWC Fashion Mall, KL
  • Seating is subject to availablity and allocated on a first-come-first-serve basis
  • E-entrance Ticket will be sent to customer via email by POP Culture Live before 10th January 2014
  • Customers must print out The E-entrance ticket & Mydeal e-voucher and redeem for the showcase actual ticket at Redemption Counter @ Starstage, KWC Fashion Mall on the event date itself
  • Redemption Start From : 6:00 PM – 7:00 PM
  • No outside food & beverages shall be allowed in the exhibition hall
  • No cancelation or changes allowed once ticket sold
  • No refund is allowed after a purchase is made
  • Please click HERE for Universal Terms & Condition.
  • Any enquiry please Contact (+60 3) 80766700, (+60 3) 80766500, (+60 3) 80808700
  • Printed e-Voucher & e entrance ticket is to be presented upon redemption for verification purposes
  • No show will result in forfeiture of one e-Voucher

Senarai Giliran AJL28

Para finalis yang bakal bertanding di AJL 28 bersama-sama Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9 dan Encik Afizulazha Abdullah, Ketua Pegawai Perkhidmatan Digital, Celcom Axiata Berhad

Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil akan berkonsepkan ‘Game On’ .

Persembahan finalis akhir AJL 28 ditentukan menerusi cabutan undi daripada artis itu sendiri, namun bagi edisi penganjuran tahun ini, TV3 mengambil pendekatan dengan menetapkan sendiri giliran persembahan finalis.

AJL28 kali ini berkonsepkan Game On yang bersesuaian dengan senario perubahan muzik yang sentiasa berubah dan mahukan pembaharuan.

AJL 28 akan menampilkan AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos . Sebelum acara kemuncak, acara ‘Karpet Ungu’  bakal disiarkan menerusi program Hip TV di TV9 serta laman www.anugerahjuaralagu.com bermula seawal 7.30 malam.

Selain finalis bertanding penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada beberapa artis popular seperti Shila Amzah, Mus (May), Waris, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Dali (Ahli Fikir) dan Zaidi (One Nation Emcees).

Berikut merupakan senarai giliran persembahan finalis akhir AJL 28.

1. Aku Pelat – Salammusik

2. Takkan Terpisah – Black

3. In Love With You – Aizat Amdan dan Noh Salleh

4. Hanya  Aku – Hyper Act

5. Bosan – Stacy

6. Bahagiamu Deritaku – Hafiz

7. Penglipur Lara – Hazama

8. Ikut Rentakku – Jaclyn Victor

9. Sahabat – Najwa Latif ft. Sleeq dan Syamkamarul

10. Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter

11. Kau Yang Terindah – Alyah

12. Kalau Aku Kaya – Awi Rafael dan Altimet

The WOW Summer Splash Beach Festival 2014

WOWMusicFestival2013_zpsf6aa102f

Music festivals continue to draw national and international performers and audiences into Malaysia. Not only have music festivals in general found a home in the city, electronic music festivals in particular have begun to take root. With the rise of EDM (electronic dance music), it was inevitable for more genre-specific festivals to rise in Malaysia.

Malaysian craving for an Ibiza like dance party at the beach need not worry no more as come Saturday January 11th 2014 fans of dance music will have non stop fun in the water from 4pm till 12 midnite with THE WOW SUMMER SPLASH BEACH FESTIVAL 2014 at Surf Beach Sunway Lagoon, This momentous event is brought to you by KONG SIN Entertainment. What better way to usher in the Chinese New Year festivities and carry forth 2014 New Year celebrations onto January 11th.

It is unprecedented whereby party goers and dance music lovers can experience the Ibiza festival atmosphere in our very own party venue. What is unique is that the party commences as early as 4pm and fans are advised to come in early for the opportunity to experience a dance music festivities that incorporates dance music with fun in the water and at the same time fans will get up close with their favourite DJs. fun whilst splashing in the water. The loud blast of industrial-siren, incessantly pounding sounds of EDM along with periodic refreshing breeze water shots from confetti machines installed on the stage to be “sprayed” to audiences ; awesome lighting effects all designed to heighten theGET WET TO DANCE experience that can only happen at the WOW SUMMER SPLASH BEACH FESTIVAL 2014

As anyone who follows pop music knows, the last 4 years have seen the DJs rise to celebrity status on a tidal wave of dance music that’s come to be called EDM (electronic dance music) by the press and fans alike. The pounding sounds of EDM have also been popularized on Top 40 radio with famous singers from the pop and R&B music genre joining its ranks.

The EDM dominance moves forth into 2014 with the headliner for The Wow Summer Music Festival 2014 being EDM legend Steve Aoki

Headlining this event will be a face now pretty much a household name in the electro realms of dance music, and totally familiar and well loved by Malaysian electro fans. Grammy nominated US DJ/producer Steve Aoki, as much known for his acrobatic crowd surfing stunts, throwing cake at fans, spraying drinks, and riding rafts on the dance floor, as his music productions, will return to delight his Malaysian fans,Now ranked No. 8 in that DJ Poll of all polls by British club magazine DJ Mag, he’s also been ranked by Forbes as one of the highest paid DJs in the business..

Supporting Steve Aoki will be an impressive array of international reknown DJs such as his constant co-collaborator ANGGER DIMAS from Indonesia. DJ and producer Angger Dimas represents Indonesia’s national music dish with his mash up of chopped beats and pumping synths that are topped off with some Dutch inspired spicy sounds! Angger has constantly been rocking the best parties & clubs throughout Asia, was booked to perform at the world’s biggest festivals Tomorrowland, Belgium and at Insomniac’s Nocturnal Wonderland,

To round off the first list of DJs participating will be our very own Mr Fluff .Malaysia’s multi-talented, big haired music producer, singer-songwriter, musician and renowned club DJ who has travelled to Las Vegas and performed alongside Gym Class Heroes, Erick Morillo, Kanye West, Paul Oakenfold and many more.

The DJs stated are only 3 of the many more star studded international DJs which will be announced in the weeks to come to what promises to be a wet in the water dance fiesta to kick off 2014 festivities with a splash.

For Early Birds tickets are priced at RM 88.00 for the first 500 purchases in which after that the tickets will be sold at Pre Sale price of RM 118.00 (for a limited time only) Regular Sale RM 138.00 and Door Sale RM 158.00. For VIP Tickets – Early Bird RM 219.00 Pre Sale RM 249.00 (Door Sale RM 279.00).

The tickets are inclusive of Sunway Lagoon rides from 4.00pm – 7.00pm. The G-Force and Bungy Trampoline will be exclusive for VIP ticket holders whilst FlowRider is for all ticket categories… The First 200 VIP ticket holders will be able to play G-Force for an unlimited time!

All VIP holders are entitled for FREE entrance to Soju SUNWAY (after 12am) and get up close with your favourite international DJs until the break of dawn. Limited capacity (800 pax) on a first come first serve basis.

The Wow Summer Music Festival 2014. Brought to you by KONG SIN Entertainment

Line Up:

Steve Aoki
Angger Dimas
Bennie Blanco
DJ Jekey
Ricky Stone
Mr. Fluff
DJ Kanou

WOWMusicFestival2013TP_zps22db57b7 (1)

WOWMusicFestival2013SP_zpscec7f6d8

Ticketing Hotline: +603 78807999
Online Booking: www.ticketpro.com.my

Piza Golden Fortune Sajian Terbaru Dari Pizza Hut

Pic_02 copy

Pizza Hut meraikan kehadiran Tahun Baru Cina dengan ciptaan terbarunya, piza Golden Fortune, dengan membawa peminatnya untuk berkongsi kemesraan dan kemeriahan dengan satu piza yang sangat enak!

Piza tahun baru ini menawarkan kelazatan yang pasti memuaskan selera setiap peminat. Dengan kerak unik berintikan keju 3 perisa yang lembut lagi enak, kepingan salami ayam, isi ketam, hirisan cendawan serta nenas keemasan dan limpahan perisa lain di atas sos limau berempah yang menyamankan.

Pic_05

 

Dipadankan dengan hidangan sampingan terbaru, Sajian Fortune (Fortune Platter) yang mengandungi bakul tortilla rangup berintikan ayam, bijan dan juga salsa tomato, kentang criss-cut, bebola dim sum, roti bawang putih kegemaran ramai, tidak lupa juga potongan timun dan lobak merah segar lengkap dengan sos cili untuk mencicah. Kombinasi meriah ini bukan sahaja menawarkan keenakan yang berganda, malah menjadikannya hidangan istimewa yang wajib dikongsi bersama di musim perayaan ini. Minuman Fizz Fortune yang menggabungkan campuran air berkarbonat perisa stroberi Mirinda, jus mangga pekat, daun pudina dan biji selasih, menyerlahkan lagi hidangan istimewa ini.

Dengan slogan “Eratkan Kemesraan. Rasai Kelazatannya”, piza ini menjemput anda semua untuk menikmatinya bersama orang yang tersayang, keluarga dan juga sahabat handai dalam berkongsi kemeriahan tahun baru bersama-sama.

Pic_04

“Kekayaan sejati bukan sekadar memiliki harta dan wang ringgit, tetapi juga memiliki nilai-nilai kekitaan. Di musim perayaan ini, kami di Pizza Hut berharap agar kita semua dapat menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan kesatuan tanpa mengira bangsa atau agama, apabila mereka duduk semeja dan makan piza terbaru kami bersama,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

Piza Golden Fortune boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM28.90 (saiz biasa) dan RM37.90 (saiz besar) untuk hidangan a’la carte. Terdapat juga kombo Golden Fortune yang menawarkan harga yang berpatutan di Pizza Hut. Harga tawaran ini sah untuk semua restoran seluruh Malaysia kecuali Pizza Hut KLCC dan Genting Highlands.

 

Strategi pengiklanan dan promosi untuk Piza Golden Fortune  merangkumi pengiklanan di TV dan akhbar, promosi dalam stor, titik bahan jualan (POSM) serta risalah, dan pengumuman di media sosial untuk pencapaian yang meluas kepada pelanggan. Piza Golden Fortune boleh didapati di semua Pizza Hut di negara ini untuk jangkamasa yang terhad, bermula 9 Januari hingga 16 Februari, jadi jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk menikmatinya serta berkongsi kemeriahan sambutan tahun baru ini!

 

Lee Kwang Soo Fan Meeting In Malaysia

 Poster - A3 Lee Kwang Soo

 Malaysians along with other international countries have embraced the infectious and unique new form of “urban action variety, called The Running Man since its 2010 premiere in Korea. At the time, most variety shows were either talk-centered (talk shows like Strong Heart or even varieties like Family Outing or 1N2D which focused primarily in cast interaction) or game centered (Dream Team and to a lesser degree, X-Man).

Running Man was an interesting mix of both; it offered a fixed cast completing very high-concept and ever-changing races performed in a new landmark every week. The show sought to do the unexpected, implementing new missions or tasks that aimed to thrill or intrigue. The characters continue to grow and win the affection and devotion of fans not just in Korea but the world including Malaysia.

Malaysian fans of Running Man will be in store for a session that will get them up and close with one of the cast most “paid attention to” personalities; Lee Kwang-Soo; who is known as the framing master, betrayer, and giraffe in the show. He was originally only known to be timid and quiet at the show’s commencement but slowly became the show’s resident traitor as betrayal became all the more prominent in the show. His hilarious and charismatic personality in Running Man propels him into international stardom and even given the title of Asia’s Prince because of his immense popularity across Asia.

JS Concert Productions with Faith & D Entertainment and King Kong Entertainment proudly presents the much anticipated Lee Kwang Soo Fan Meeting In Malaysia that will be held at 6pm on Saturday, 4th of January 2014 at KWC Fashion Mall in Kuala Lumpur.

The Lee Kwang Soo Fan Meeting will offer Malaysians a chance to see him perform and serenade them with songs and dance live whilst getting to know him up close and personal beyond the personae they see him as on the small screen as in The Running Man. He will participate in the various interactive fun and games which will be spontaneous and riotous for all involved, surely and event of epic fan meets artist proportions that must not be missed.

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 98.00, RM 158.00, RM 298.00 & RM 498.00

icketing Hotline: +603 78807999
Online Booking: www.ticketpro.com.my

For More Information:

URL: jsconcert.com/
TW: twitter.com/Jsconcert
FB: www.facebook.com/JSConcertProductions

 

Social Media Festival 3-5 Januari 2014 Di WhiteBox Publika

tumblr_mxn4kdCWsu1s4ufsto1_1280

‘Fashion.Music.Creative Art’ adalah motto untuk Social Media Festival yang sedang berlangsung di WhiteBox Publika dari 3 hingga 5 Januari 2014. Ia pertama kali dianjurkan oleh Local Art my dengan SocialMedia The Movement.Ia berkolaborasi dengan Ukulele Malaya dan Big Productions.

IMG_7296

Hampir 47 vendor yang menyertai festival ini. Vendor-vendor ini terdiri dari Malaysia,Indonesia dan Korea serta terbahagi kepada 2 iaitu ‘Clothing’ dan ‘Fashion’.Diantaranya Sabotaj,RATED,Propa,Timor,Borgata,Tempatan,L’Agenda dan banyak lagi.

IMG_7315

Pelakon  Nelydia  Senrose dan pasangannya Qi Razali juga ada membuka booth dengan memperkenalkan jenama mereka sendiri iaitu DreamerbySenrose dan Reneg8.Ini merupakan festival pertama yang mereka berdua sertai. Menurut Nelydia, beliau baru sahaja memulakan perniagaan ini dalam masa 2 minggu lepas dan sambutannya memang mengalakkan.Setakat ini hanya ada satu design tetapi dalam perlbagai warna.Ia berkonsepkan ‘Glow In The Dark’.

IMG_7321

Bagi Qi pula, “Design untuk t-shirt ini memang sudah ada saya siapkan lama namun baru-baru ini terfikir untuk membuat t-shirt setelah kawan saya iaitu Faiz dan Mira keluarkan jenama Borgata pada awal September 2013 yang lepas. Selain itu,saya juga menjaga kualiti material untuk baju saya,”. Harga bagi jenama DreamerbySenrose adalah RM55 dan Reneg8 RM45. Anda semua boleh dapatkan ia di festival ini atau beli secara online dengan layari instagram @DreamerbySenrose dan @Reneg8  .

IMG_7288

Selain membeli-belah, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan dari local band seperti Happy Siblings, Sindikit Jongkong Emas, Juno and Hana, The Alif Band, Abstrak Hingga Ke Bulan dan banyak lagi.

[nggallery id=197]

The AVRIL LAVIGNE TOUR LIVE IN KL 2014

AvrilLavigneLiveInKL

 

Avril Lavigne sekali lagi bakal mengegarkan Stadium Merdeka pada 14 Mac 2014. Konsert kali ini dibawakan khas oleh AMC Live Group.

Konsert kali ini adalah untuk mempromosikan album terbaru beliau yang berjudul AVRIL LAVIGNE. Antara lagu-lagu yang menjadi ketika ini adalah “Here’s to Never Growing Up”, “Rock n Roll” dan “Let Me Go”.

Tiket-tiket yang berharga RM491 , RM391 , RM361 , RM171 dan RM 91 boleh didapati seperti dibawah :

Ticketing Hotline: +603 87754666
Online Booking: www.airasiaredtix.com

Ticket Outlet:

Victoria Music Centre

Sg Wang – +603 21487208 / +603 21420661
Amcorp – +603 79560592
Tropicana – +603 77222955
BSC – +603 20931093

Rock Corner

The Gardens, Mid Valley – +603 22844893
Mid Valley – +603 22841423
KLCC – +603 21619417
Subang Parade – +603 56369520
The Curve – +603 77296313
One Utama – +503 77255667
Layout:

AvrilLavigneLiveInKLSP

 

 

 

`Kekasih Abadi’ Single Terbaru Pasangan Romantis Yusry & Lisa

yusry

Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani, seni mempertemukan cinta mereka sebagai kekasih. Perkenalan circa 2011, telah memulakan bibit cinta antara mereka dan seterusnya termeterailah perjanjian kekasih abadi  sebagai pasangan suami isteri yang sah pada 23hb Februari 2012.  Berdua bersatu mereka menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan dimana Lisa merupakan pelakon, model dan pengacara terkenal dan berbakat besar di Malaysia manakala Yusry seorang komposer, penyanyi, pelakon, produser dan pengarah yang berkaliber bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa menerusi filem `Hikayat Merong Mahawangsa’ dan `Vikingdom’.

Sisi romantis pasangan Yusry & Lisa ini diluahkan dalam seni jua dimana mereka telah mengabadikan kisah cinta yang berjanji untuk sehidup semati di dalam lagu duet julungkali mereka iatu `Kekasih Abadi’. Yusry sememangnya bermula sebagai penyanyi  bersama 3 bersaudara KRU manakala bakat nyanyian Lisa belum pernah diketengahkan sehinggalah terlahirnya `Kekasih Abadi’. Mempertaruhkan julung-julung kali vokal Lisa bersama Yusry lagu `Kekasih Abadi’ ini diharap dapat diterima ramai.

`Kekasih Abadi’ ciptaan komposer Edry Abdul Halim untuk pasangan romantis ini dimana Edry telah menterjemahkan rasa syukur mereka dipertemukan yang ianya bukan sekadar impian tetapi realiti. Ikrar cinta sejati mereka diabadikan menerusi lagu ini.

`Kekasih Abadi’ juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog `Paspot Cinta Yusry Lisa’, siri sebanyak 13 episod yang bakal menemui peminat di kaca TV bermula Mac 2014 di RTM 2.  Program yang diinspirasikan dengan konsep percutian bulan madu Yusry dan Lisa  menampilkan mereka pasangan suami isteri yang mengembara ke seluruh negeri di Malaysia. Apa yang cukup menarik, penonton akan berpeluang melihat perbezaan karakter Yusry dan Lisa dalam merancang percutian-percutian bajet mereka.

Pada 8hb Januari 2014, lagu `Kekasih Abadi’ akan dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian ’You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan mula dipasarkan minggu hadapan.

 

 

Penang World Music Festival 2014

PenangWorldMusicFestival1

Penang World Music Festival (PWMF) is back for its third installment this 12 & 13 April 2014 with 12 World-Music bands from across the globe; performing a variety of genres including folk, Balkan, Gypsy, Reggae, Tribal, Ethno Jazz and many more.

The two-day festival will be held at the famed 130-year old Penang Botanic Gardens, Penang, Malaysia.

PenangWorldMusicFestival2014

Festival highlights include World Grammy Nominee, N’Faly Kouyate’ from West Africa and Belgium, also known as “Jimmy Hendrix of the Kora”, For fans of the Spanish Flamenco, look out for guitar virtuoso Davila Trio from France and Spain. Famed vocalist and actress from Poland , Ewa Konstancja will also be performing at the festival with her band Ewa Konstancja Bulhak & Ple Ple Band.

Other international bands that will be performing includes reggae group Carlos Dje Dje & The Protecters from South Africa, Alvorada Pé Vermei from Minas Gerais in Brazil; tribal drummers, Dollu Kunita and Kachi Ghodi Horse-Dance from India; traditional Malay flute and Rebana players, Mohram from Malaysia; Bulgara from Bulgaria; and traditional musicians OXUS from Uzbekistan. The festival will also highlight musicians and dancers from Penang.

PWMF 2014 on both days begins from 2.00pm with art and music workshops followed by the main concert from 6.00pm onwards. There will also be a festival bazaar on site offering a wide selection of food and beverages, souvenir items, handicrafts and the performers’ CDs especially for festival-goers.

PenangWorldMusicFestivalBus

PenangWorldMusicFestivalMap

‘Ariana Rose’ Menampilkan Barisan Pelakon Hebat Tanah Air

Antara barisan pelakon Ariana Rose

Bagi membuka tirai tahun 2014, slot popular Akasia menampilkan sebuah lagi drama siri terbaru berjudul ARIANA ROSE khas buat peminat dan penonton setia TV3 telah pun bermula 30 Disember 2013 yang lepas.

Drama yang diadaptasi dari novel ‘The Wedding Breaker’  terbitan Karya Seni ini merupakan sentuhan terbaru dari pengarah berkaliber, Raja Alauddin Shah dan nukilan skripnya pula oleh Sofia Rhyland. Drama bersiri 28 episod terbitan Pena Creative ini dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda), dan ramai lagi.

ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal  diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama  dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.Teraju utama drama Ariana Rose

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?

Segalanya bakal terjawab dalam ARIANA ROSE yang telah disiarkan pada 30 Disember 2013 yang lepas, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Ariana Rose, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.