David Guetta pada 20 Januari lepas telah melancarkan single terbaru beliau yang berjudul ‘Shot Me Down’ featuring Skylar Grey.Walaupun beliau sedang menyiapkan album keenam, single ini dilancarkan dibawah label Jack Back Records dan boleh didapati secara eksklusif di Beatport selama sebulan.
FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.
Meneruskan perjalanan seni mereka, FORTEEN telah tampil dengan album debut mereka yang berjudul ‘KITA’ yang dipasarkan pada 23hb Disember 2013 yang lalu. Album `KITA’ memuatkan 6 buah lagu antaranya lagu `Kita’, `Tidak Pernah Berjumpa’, `Dikau Saja’,`Berdua Bersatu’, `Ketika Ini’ dan `Seperti Dulu’. Album `KITA’, mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul `Tidak Pernah Berjumpa’ yang memberikan kelainan dari single terdahulu yang berentak pop akustik `sing –a-long’ yang santai dan “easy listening”. Album `KITA’ telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat setia mereka .
Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh FORTEEN dan bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat FORTEEN, KRU Music Sdn. Bhd. akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29hb Mac 2014, Konsert ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail dan pintu masuk akan dibuka pada tepat 3.00 petang. Konsert ini bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang, selama 2 jam ini akan dmenggunakkan khidmat `live band’ bagi memantapkan lagi akan diselangselikan dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Lebih kurang sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh FORTEEN. Tiket konsert ini berharga RM80.00 sahaja. Penjualan tiket konsert telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03 8320 1888, KL Live 03 2162 2570/71/72 dan di Redbox Ria 03 2145 7788. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke enquiries@unitedstudios.net.
Kemunculan pelakon Salina Saibi seringkali dikaitkan dengan watak polis yang dibintanginya dalam drama kepolisian Gerak Khas. Selebihnya pelakon wanita ini diberikan watak pembantu jahat atau penggoda yang berjaya dibawakannya dalam skrin TV dengan berkesan.
Namun dalam drama bersiri bertajuk “Hadiah” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 12 Februari depan, Salinamemegang watak utama drama kekeluargaan yang berkongsi kisah ketabahan wanita bernama Alia yang menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal di usia yang masih muda dan pada masa sama memiliki anak menghidap penyakit buah pinggang.
13 episod drama bersiri mengisi slot Galeri Famili yang disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, pukul 2.30 petang menerusi saluran TV2 ini menyaksikan Salina Saibi bergandingan dengan Nazim Othman selain turut dibantu oleh Aida Khalida, Zack Kool dan Faizal Hussein.
Perjalanan ceritanya mengisahkan cabaran dan keperitan hidup dialami watak Alia, lakonan Salina Saibi, ibu tunggal anak satu, sering menghadapi ‘masa getir’ kehidupan dalam mengurus anaknya yang berpenyakit. Suaminya telah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang dan kini anaknya, Nur pula mengidap penyakit sama. Alia menganggap Nur adalah ‘hadiah’ Allah kepadanya.
Alia bekerja dengan Datuk Derani sebagai Setiausaha Peribadi yang semakin erat dengan majikannya itu. Ini menimbulkan perasan cemburu Datin Mariam isteri Datuk Derani, hinggakan Datin Mariam menyiasat latar belakang Alia.
Sementara itu Ramli, seorang ahli perniagaan yang tidak mempunyai teman wanita yang diketemukan dengan Alia oleh Lucia, salah seorang rakannya melalui ‘blind-date’.
Perkara itu dihidu Budin, ayah Alia, seorang ‘penipu’ dan nampak peluang perhubungan Alia-Ramli dengan menggunakan Alia sebagai umpan. Budin mahu menghancurkan empayar Datuk Derani kerana Datin Mariam adalah kekasih lamanya. Datin Mariam memilih Datuk Derani kerana harta. Budin mula membuat strategi untuk menjatuhkan mereka dan siapa sahaja yang menghalang niatnya akan turut dibinasakannya. Tindakan Budin disokong oleh kuncu-kuncunya.
Budin dapat meyakinkan Ramli membeli satu hartanah. Ramli meminta bantuan ayahnya kerana kekurangan modal. Dengan itu, Budin sudah sedia untuk menipu Ramli. Pada masa yang sama Lina, seorang pemilik salun kecantikan, merasakan ada ‘peluang besar’ baginya setelah dipilih oleh Datin Mariam sebagai calon isteri Ramli.
Datuk Derani melamar Alia untuk menjadi isteri keduanya. Ramli juga melamar Alia walaupun caranya berbeza. Alia menolak lamaran Datuk Derani. Alia meragui Ramli akan berbahagia dengan keluarganya nanti kerana dia mempunyai anak yang berpenyakit. Ramli melafazkan janjinya untuk mengharungi dugaan hidup bersama-sama Alia. Akhirnya, Alia menerima lamaran Ramli. Datin Mariam terus membenci Alia walaupun Ramli membawa berjumpanya.
Budin terkejut dan cuba menahan niat Alia untuk mengahwini Ramli itu kerana dia akan memusnahkan seluruh perniagaan keluarga Datuk Derani termasuk Ramli. Dia tidak mahu Alia terkena tempiasnya nanti.
Datuk Derani pula kesal dan kecewa kerana Alia memilih Ramli. Beliau sanggup membayar segala kerugian yang dihadapi supaya Alia meninggalkan Ramli. Di samping itu, Datin Mariam sentiasa cuba menghalang niat Ramli untuk mengahwini Alia. Malah Datin Mariam sendiri meminta Alia supaya melupakan Ramli.
Ramli merayu kepada Alia supaya menerimanya. Tetapi Alia tetap menolak dengan alasan Lina lebih layak daripadanya. Ramli mengulangi janjinya kepada Alia. Akhirnya, mereka berkahwin. Alia berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada suami dan anaknya. Untuk mengeratkan hubungan keluarga, Ramli berusaha untuk membuatkan Nur menerimanya sebagai ayah.
Nur sering sakit dan memerlukan pemindahan buah pinggang selain rawatan hemodilysis yang dijalani sekarang. Ramli meminta agar Alia menguatkan semangat dan banyak bersabar supaya dapat mengharungi dugaan Allah ini. Pada masa yang sama, Alia meminta agar Ramli meminta maaf daripada kedua ibubapanya. Tetapi Ramli enggan berbuat demikian.
Perniagaan Ramli menghadapi kebuntuan kerana Datuk Derani tidak mahu melabur. Lina pula sering meracuni fikiran Ramli dengan mengatakan bahawa perkahwinan Ramli dengan Alia adalah satu kesilapan. Lina sanggup menerima Ramli dengan syarat Ramli meninggalkan Alia dan dengan itu masalah kewangan Ramli selesai.
Alia mahu meng‘hadiah’kan Nur buah pinggangnya. Semasa Alia menjalani pemeriksaan kesihatan untuk pemindahan buah pinggang, dia didapati telah mengandung. Dengan itu, dia tidak boleh menjalani pemindahan buah pinggang itu. Kelewatan ini nanti akan memburukkan lagi tahap kesihatan Nur. Ramli sanggup meng‘hadiah’kan Nur buah pinggangnya.
Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Bagaimanakah Alia cuba bertahan bila suami yang disayanginya tiba-tiba koma? Saksikan kesudahan drama 13 episod ini hanya di TV2.
Kini impian anda untuk memilliki rambut cantik ala salun setiap hari menjadi kenyataan apabila SYOSS membuat penampilan sulung di Malaysia pada 21 Jan 2014! Memperkenalkan rangkaian produk penjagaan dan gaya rambut, kini jenama SYOSS memenuhi hasrat orang ramai untuk memiliki rambut yang dicemburui.
Ditubuhkan di Jepun 37 tahun yang lalu, produk SYOSS telah diuji dan dibangunkan oleh pendandan dan penggaya rambut profesional dari Jepun untuk membantu wanita mendapatkan gaya ala salun dari keselesaan rumah mereka. Nama SYOSS terhasil daripada kerjasama rapat di antara Sharp dan Yamahatsu di Osaka pada 1977. Kini, jenama SYOSS boleh didapati di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.
Siri SYOSS Hair Care menawarkan rangkaian syampu, perapi dan rawatan dengan tiga produk utama iaitu SYOSS Repair Therapy, SYOSS Moisture Intensive Care dan SYOSS Anti Dandruff Control sebagai penyelesaian kepada masalah penting berkaitan rambut.
Rangkaian SYOSS Hair Care mengandungi Pro-Cellium Keratin, sebuah formula yang amat berkesan dibangunkan oleh pendandan rambut terkenal dari Jepun untuk jenis rambut orang Asia. Teknologi profesional ini menguatkan gentian rambut dari dalam dan digunakan oleh beribu-ribu pendandan rambut di seluruh dunia untuk semua jenis rambut. Untuk menjadikannya lebih profesional, wangiannya yang lembut dan berdasarkan kepada haruman bunga dan buah-buahan direka dan diuji secara khusus untuk citarasa Asia oleh pakar wangian dari Jepun.
SYOSS Repair Therapy bertujuan menangani isu-isu yang dihadapi oleh rambut yang rosak, stres, diwarna atau dikeriting bagi mengembalikan sinar rambut yang sepatutnya. SYOSS Moisture Intensive Care pula bertindak untuk melembapkan rambut yang kering, keriting dan rapuh menjadikannya licin dan sihat manakala SYOSS Anti Dandruff Control terbukti berkesan untuk mengurangkan kelemumur dari pertama kali ia digunakan.
Melangkah keluar dari rumah dengan penuh yakin dan pamerkan gaya rambut anda dengan rangkaian SYOSS Hair Styling. Rangkaian SYOSS Hair Styling terdiri daripada SYOSS Styling Strong Hold, SYOSS Styling Straight & Shine dan SYOSS Styling Curl Control.
SYOSS Styling Strong Hold terdapat di dalam bentuk wax dan gel. Siri ini mengandungi formula pengeringan yang cepat dan sesuai untuk pelbagai gaya rambut. Dengan inovatif tekstur gelee tanpa lekit, SYOSS Styling Straight & Shine memastikan rambut lurus anda sentiasa kemas dengan gel dan produk waxnya.
Jika anda gemarkan keriting besar, rangkaian SYOSS Styling Curl Control akan memenuhi kehendak anda tanpa perlu ke salun dan pada harga yang anda inginkan! Formula profesional SYOSS Styling Bouncy Curl Airy Curl Cream memelihara rambut dan melembutkan keriting tanpa melekit. Formulanya menjadikan rambut bersinar semula jadi.
SYOSS Styling Bouncy Curl Bouncy Whip menjadikan rambut keriting besar lebih melantun dan lancar sambil mengekalkan keriting dengan lebih lama. Sekarang anda boleh mempunyai rambut keriting besar yang anda idamkan selama ini! Melangkahlah dengan penuh bangga dan glamor. Anda akan menjadi perhatian ramai! Gadis-gadis pasti cemburukan anda namun si jejaki pasti menyukainya!
Pengurus Besar Henkel Beauty Care Retail Malaysia, Encik Tan Hock Guan berkata, “Kami teruja dan bangga membawa masuk produk Penjagaan dan Penggayaan Rambut SYOSS ke dalam pasaran Malaysia. Kami berasa bangga melihat senyuman pada wajah pelanggan kami dengan gaya rambut yang mereka idamkan tanpa perlu berbelanja besar!”
Jenama ini mempunyai kedudukan yang kukuh dalam segmen barangan pengguna (FMCG) negara-negara lain. SYOSS boleh didapati di lebih 50 buah negara di seluruh dunia. Di Asia Pasifik, SYOSS boleh didapati di Jepun, Korea Selatan, Thailand, China, Vietnam, Taiwan, Indonesia dan Malaysia.
Antara berita-berita kejayaan dari China adalah: Siri penjagaan rambut SYOSS Moisture Intensive Care telah mencipta rekod dan meraih Anugerah Kecantikan Kosmopolitan pada tahun 2011, SYOSS Styling Strong HoldWax telah diumumkan sebagai pemenang untuk Penggayaan Rambut Pendek Terbaik oleh majalah Self pada tahun 2011 manakala SYOSS Styling Strong HoldWax pula memenangi anugerah Kategori Wax Terbaik oleh majalah Bazaar Men.
SYOSS Ambassador Christine Fan
Christine Fan atau lebih dikenali sebagai Fan Fan, adalah duta SYOSS untuk Asia. Fan Fan sentiasa dilihat dengan rambut panjang yang sihat samada di luar maupun di dalam skrin. Penyanyi, pelakon dan hos dari Taiwan ini teruja dengan hakikat bahawa beliau masih boleh menyimpan rambut yang sihat serta ‘bersinar ala salon’ walaupun di rumah.
Turut sama semasa pelancaran produk SYOSS adalah JoJo Struys – Pengacara TV/Penulis Tentang Kesihatan dan personaliti radio, Karena Teo – Artis Serantau/Pelakon dan Dynas Mokhtar – Pengacara, pelakon, model yang menceritakan pengalaman mereka menggunakan produk terbaru ini. Mereka amat bersetuju dan akan mengesyorkan SYOSS kepada keluarga dan rakan-rakan mereka kerana SYOSS ternyata berkesan dalam menyelesaikan masalah rambut dan keupayaan produk tersebut yang bertindak sebagai perangsang keyakinan!
Pendandan rambut dari Jepun, Daisuke Hamaguchi akan membuat penampilan khas semasa pelancaran produk tersebut dan beliau akan menunjukkan bagaimana pelanggan boleh menggunakan produk dandanan rambut SYOSS untuk menghasilkan gaya rambut yang menarik. Hamaguchi adalah seorang pendandan khas untuk beberapa model, pelakon dan selebriti Jepun. Di Kuala Lumpur, Hamaguchi memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pendidik teknikal rambut untuk “Number76 Hair Salon” yang mempunyai dua cawangan dan menjadi salun rambut rasmi bagi majalah fesyen Jepun, Vivi Malaysia.
Rangkaian Penjagaan dan Penggayaan SYOSS boleh didapati di semua gedung beli-belah utama dan farmasi terpilih. Harga produk-produk tersebut adalah di antara RM9.90 ke RM23.90.Produk runcit SYOSS juga boleh didapati di farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.
Datuk Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit – Nene, Rani Mukherji, Jacqueline Fernandez, Arijit Singh Live in Malaysia. Temptation Reloaded has sold out in 12 countries around the world and by having a huge fanbase in Malaysia, this concert will be staged at the Stadium Merdeka on 15th February2014. The show is widely described as a 3 hour long live Bollywood movie, including a supporting cast & crew of over 100+ people.
Get your Tickets:
1. Online exclusive on www.vip.my
2. Rockcorner, The Gardens, Mid Valley (TEL: 03-2201 4893)
3. Rockcorner, Mid Valley (TEL: 03-2201 1423)
4. Rockcorner, KLCC (TEL: 03-2181 5560)
5. Rockcorner, Subang Parade (TEL: 03-5613 1139)
6. Rockcorner, The Curve (TEL: 03-7733 1139)
7. Rockcorner, One Utama (TEL: 03-7733 5667 / 03-7725 5667)
Making a present amongst the festival in Malaysia, Elements of Sound Division (EOSD) embraced 15 February 2014, Saturday to showcase their debut festival – Elements of Sound: Rise of the Red Knights.
Elements of Sound Division (EOSD) are a collective of dance music lovers who are committed in sharing their opinion of the music that they love. Each individual is unique and grew with different music background, and with this passion and strong bond amongst themselves, they are committed to rise. ‘Rise of the Red Knights’ was nurtured with grounds that is holding them together and sharing this vision is what they intended to do.
‘Elements of Sound: Rise of the Red Knights’ is proud to present an epic music festival with electronic dance music stars. Witness a mix of legendary and rising talents in this stellar line up. On top of the bill is Alex M.O.R.P.H. – a leading DJ and producer in the global dance music scene. He is always one step ahead in quality and energy like no one else in his genre. His popularity rises with outstanding releases such ‘An Angel’s Love’, ‘Life Less Ordinary’, ‘Dreams’ and remixes plus collaborations with other prominent artists like Armin van Buuren, Paul van Dyk, Faithless, Dash Berlin and many others.
Another highlight of the night is the legendary DJ and producer team, Rank1. The infectious energy in their set creates a melodramatic vibes throughout the air. Trance Energy, Mystery Land, Nature One and Dance Valley are some of the festivals that have witnessed Rank1’s colossal presents.
For his debut performance in Malaysia, Sneijder joins the extravagant line up. Tipped by John O’Callaghan and praised by Paul van Dyk in recent years, hehas truly soars amongst his peers. Known for his trademark sound, a fusion of uplifting and tech trance, he is fast becoming one of the most in demand artists in the scene. Next is the young and talented future star, Tomas Heredia. His first release in Armada back in 2012 kick started his career with more releases soon after. He is respected from the international dance community culminating in praise from Armin Van Buuren in his DJ sets and ‘A State of Trance’ radio shows.
Added to the bill is the sensational and energetic vocalist, the angelic voice behind Alex M.O.R.P.H.’s track – Dreams, Natalie Gioia. ‘Dreams’ shot into the Beatport trance chart at number 2 and picked up support from Armin van Buuren and voted as Future Favorite which also featured as Track of the Week for A State Of Trance radio shows. A definite show stealer with live performance show and recognized as ‘The Voice of Russia’, she represents the kind of artists that choose to be different from the rest.
Rising with the stars are our local warriors whom represent Elements of Sound Division society. Warriors includes Samuel Dan; one third of Trimix which have worked with Germany producer, Woody van Eyden. Next is Leey Houdini, a name that is familiar with the scene. His monthly podcast #worldjourney syndicated in TranceradioFM have received great support from guest acts such Daniel Wanrooy to Fisherman & Hawkins and many more. Wrapping up the line up are newcomer in the scene – RVD, Adam’S, Torex and DJ Yung.
Making a history, Elements of Sound: Rise of the Red Knights is ready to bring one of the best show Malaysia will witness. Admissions to the event will be available via EOSD official ticket ambassadors, all Ticket Charge outlets and online (http://www.ticketcharge.com.my/). Admission fee will be from RM78 (early bird), RM98 (presale) and VIP packages are also available.
Event is organized by E&F Event Resources in collaboration with Motive Scene Entertainment with the support from Elements of Sound Division society, Global Sound Masters, Kenanga Wholesale City, and Infinity Prospect (M).
Astro akan membawakan liputan menyeluruh Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 yang berlangsung di Sochi, Rusia melalui dua saluran khas berdefinisi tinggi (HD) iaitu saluran 840 dan 841 serta dua saluran berdefinisi standard (SD) iaitu di saluran 820 dan 821. Acara sukan ini juga boleh ditonton melalui perkhidmatan Astro-On-The-Go. Saksikan kemeriahan Upacara Pembukaan secara langsung pada 8 Februari 2014, jam 12.00 malam dan sorotan acara-acara sukan secara langsung dari pukul 1.00 petang hingga 3.00 pagi setiap hari serta Upacara Penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 yang turut dibawakan secara langsung pada 24 Februari 2014, jam 12.00 malam.
Berikut merupakan jadual sorotan acara sukan musim sejuk sepanjang dua hari pertama:
Saluran 820/840
8 Februari, Sabtu
00:00 (L) Opening Ceremony
10:00 Highlights Day 0
13:00 (D) Snowboard Slopstyle Men’s Qualification
13:25 (L) Snowboard Slopstyle Men’s Semi Finals
15:30 (D) Freestyle Skiing: Women’s Moguls Qualifying
2NE1 “All Or Nothing” World Tour Live In Malaysia will be held on 23rd May 2014 at Stadium Negara.
About 2NE1
2NE1, made up of members CL, DARA, BOM and MINZY, burst onto the music scene like a comet in 2009 with their electronic-influenced debut hit single “Fire”. 2NE1 used their unique style and sound to poise themselves as a girl group different from the rest. Their songs reflect the members’ independence and confidence as women, with songs like “I Don’t Care” and “Go Away” providing the anthems for females of all ages. Their cutting-edge music and unique fashion style led to collaborations with artists such will.i.am of the Black Eyed Peas to world-famous fashion designer, Jeremy Scott. In 2011, 2NE1 proved that their talent has no boundaries by winning MTV Iggy’s “Best New Band in the World” award. Next up for 2NE1 is “2NE1 New Evolution”, their first world-wide tour which was produced in conjunction with Live Nation.
Setelah kepergian Faizal Ismail sekitar akhir tahun lalu, industri penyiaran radio ternanti-nanti akan pengganti personaliti tersebut. Spekulasi demi spekulasi telah diandaikan seawal minggu pertama lagi. Justeru itu setelah hampir 3 bulan sesi percubaan diadakan, Hot FM hari ini mengumumkan Mohamad Hafizie Bin Roslan, 26 tahun atau lebih mesra disapa sebagai Fizie akan mula bertugas pada 10 Februari 2014 bersama dua penyampai lain iaitu Fara Fauzana dan AG.
Menurut Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, pemilihan Fizie adalah berdasarkan keserasian gandingan bertugas bersama Fara dan AG. Sebagai satu nama yang sinonim dengan masyarakat Kelantan, Fizie turut menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 3 tahun sewaktu bertugas di Hot FM Kelate.
“Bukan mudah untuk mecipta satu keserasian secara alami, tetapi dengan Fizie, kami dapat melihat gandingan tersebut bakal memberikan satu kelainan untuk segmen pagi nanti. Kepetahan serta aksi spontan Fizie pasti akan menjayakan trio Hot FM AM Krew.”
Selain kemasukkan Fizie, pelbagai pengisian baharu juga turut dilakukan bagi memantapkan lagi jenama Hot FM. Pengisian-pengisian tersebut yang turut merangkumi penampilan beberapa nama selebriti lain akan diumumkan tidak lama lagi.
Kedai Ayamas baru-baru ini telah melancarkan ciptaan terbarunya, ayam panggang Oishii, dalam menambahkan lagi menu ayam panggang lazat keluarannya.
“Oishii” yang bermaksud “lazat” dalam bahasa Jepun, merupakan ayam panggang Ayamas kegemaran ramai yang diperap dengan kicap Jepun istimewa. Kerangupan kulit ayam yang memikat selera, berserta kelembutan isi ayam yang penuh perisa, menjadikan gabungan ini satu menu lazat yang pastinya memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan sesuai dinikmati seisi keluarga.
Ayam panggang Oishii adalah produk unik yang membolehkan pelanggan menikmati ayam panggang ala Jepun. Dengan slogan “Manis di dalam, rangup di luar” sudah cukup untuk menggambarkan keenakkan ayam panggang ini, yang juga sesuai bagi mereka yang sentiasa mencari sesuatu rasa baru dan menarik untuk dinikmati.
“Kami yakin bahawa ayam panggang Oishii ini akan menjadi popular di kalangan pelanggan kami kerana kelazatannya yang tak terhingga”, kata Hishamuddin Hamidon, Pengurus Besar, Kedai Ayamas.
Untuk hidangan ala’Carte, ayam panggang Oishii boleh dibeli dengan harga RM27.90 untuk seekor ayam, separuh ayam pada harga RM18.90, manakala suku ayam dijual pada harga RM13.90.
Ayam panggang Oishii juga boleh didapati dalam set yang berharga dari RM19.90 hingga RM30.90, serta Super Duper Deal pada harga RM45.00. Selaras dengan produk ini, barangan promosi termasuk minuman oren F&N 1.5L – RM1.99 (jimat 1.90), yoghurt Marigold pada harga RM1.69 (jimat 50 sen) , Drumet – RM12.99 (jimat RM3.00) , Golden nugget RM9.99 (jimat RM1.00) , minuman Peel Fresh 1L RM4.69 (jimat RM1.00) , Sosej Ayam Premium RM7.99 (jimat RM1.50) (perisa lada hitam/cendawan/keju) dan pelbagai produk Figo (jimat RM1.00).
Promosi dan pengiklanan ayam panggang Oishii merangkumi promosi di dalam stor, pengedaran iklan bercetak dari rumah ke rumah, dan juga secara online melalui pelbagai platfom media sosial untuk mendekati lebih ramai peminat.
Ayam panggang Oishii kini boleh didapati di semua cawangan Kedai Ayamas di negara ini untuk masa yang terhad sahaja , bermula dari 14 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014.
Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari www.kedaiayamas.com.my atau login ke laman Facebook Ayamas Roasters dan juga Twitter @ AyamasRoasters.
Hard Rock Hotel Penang today announced that it has been named a winner in the Top 10 Hotels for Families in Malaysia category in the 2014 Travelers’ Choice® awards, coming in THIRD out of 10. In the 12th year of the awards, the world’s most outstanding properties were identified in the categories of Top Hotels, Bargain, B&Bs and Inns, Family, Luxury, Romance, and Small Hotels.
Travelers’ Choice award winners were determined based on the reviews and opinions of millions of TripAdvisor travelers around the globe.
“We’re excited to recognize the world’s best properties, based on the opinions of those who know them best – the millions of travelers around the globe who come to TripAdvisor to share their experiences,” said Barbara Messing, chief marketing officer for TripAdvisor. “For those seeking inspiration for their 2014 travel planning, this list of spectacular accommodations that received 2014 Travelers’ Choice awards is a perfect place to start.”
Trio terkenal tanahair iaitu Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira akan bersatu kembali bagi menjayakan projek teater muzikal, Konsert Teaterikal Suara Kita bertempat di Panggung Sari Istana Budaya. Pementasan selama 7 hari (3-9 Mac) berturut-turut ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau kembali episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung.
Di sekitar tahun 90’an, gandingan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam filem Sembilu dan Sembilu 2mencetus fenomena yang luarbiasa di kalangan pencinta filem Melayu. Kini setelah dua dekad lamanya, gabungan trio terkenal ini kembali bersatu mengharapkan suatu ‘comeback’ buat tatapan peminat mereka.
Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem-filem seperti Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana 2 dan Merah yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia suatu ketika dahulu sebagai teras dan latar penceritaan.
Awie ketika ditanya tentang projek terbitan Awie Entertainment Sdn Bhd ini berkata perkara pertama yang dilakukan beliau sebelum melancarkan kolaborasi tersebut ialah dengan meminta ‘lampu hijau’ daripada isteri kesayangan, Rozana Misbun.
“Konsert ni terbahagi kepada dua segmen. Pertama, kami bertiga akan mendedangkan lagu-lagu hit daripada album kami. Segmen kedua adalah teater muzikal. Kita ambil momen dan beberapa babak masterpiece dalam lima filem yang disebutkan dan kita pertontonkan semula pada peminat”, jelasnya sekaligus memberitahu simbolik judul ‘Suara Kita’ itu bermaksud suara mereka bertiga yang optimis untuk mengembalikan semula nostalgia para penonton.
Menelan kos sebanyak RM1.4 juta, Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ juga mendapat sentuhan Erma Fatima sebagai Pengarah Bersama, penerbit acara berkaliber Azmi Zainal Abidin sebagai Pengarah Produksi dan komposer hebat Edrie Hashim sebagai pengarah muzik.
Tambah menarik, konsert ini menerapkan tema elegan pada setiap inci persembahan, rekabentuk set di pentas dan paparan visual di skrin.
Untuk memeriahkan lagi suasana dan menghargai peminat Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, para penonton yang membeli tiket berharga RM399 dan RM499 layak untuk mendapat jemputan khas majlis jamuan dan ramah mesra bersama 3 artis tersebut pada hari terakhir pementasan, jam 9 malam. Maklumat lanjut mengenai tiket-tiket, boleh layari www.ticket2u.biz.