SO Staff

AirAsia & AirAsia X Perkenal Hidangan Dalam Pesawat Terbaru

DSC00146

AirAsia akan memperkenalkan Kamal’s Mee Goreng Mamak bagi penerbangan AK AirAsia yang boleh didapati didalam pesawat dan semasa proses pra-tempahan. Selain Kamal’s Mee Goreng Mamak, AirAsia juga memperkenalkan dua hidangan baru bagi menu bulan November dan Disember iaitu Spicy Tuna Wrap dan menu istimesa krismas Roast Chicken with Cream Sauce .

DSC00150

Untuk penerbangan AirAsia X pula, AirAsia memperkenalkan hidangan-hindangan premium seperti Big Breakfast, Japanese Bento dan Roast Chicken with Special Stuffing and Cranberry Sauce.Setiap set hidangan premium ini akan dihidangkan dengan minuman,pembuka selera dan pencuci mulut. Ia hanya boleh didapati melalui pra-tempahan secara atas talian sahaja mulai 1 Disember 2013.

DSC00154

Nikmati layanan Xtra bersempena musim perayaan,kesemua penumpang yang memilih untuk MaXimise hidangan mereka akan menerima baucer bernilai RM50 yang boleh digunakan bagi penerbangan seterusnya bersama AirAsia X. MaXimise adalah pilihan tambahan di mana para penumpang boleh melengkapkan hidangan pra tempahan mereka dengan tambahan minuman (Dimes 100% apple Juice) dan pencuci mulut (moist chocolate cake) untuk RM7 Β sahaja. Baucer istimewa ini adalah sah untuk para penumpang yang terbang bersama AirAsia X dari Disember 2013 ke Februari 2014 sahaja.

Selain daripada itu, Pak Nasser’s Nasi Lemak kini dijual pada harga RM10 sahaja bagi masa terhad.Terus ikuti AirAsia dengan promosi terkini dan aktiviti dan banyak lagi melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

 

[nggallery id=190]

Selena Gomez Live In Malaysia 2014

 

Selena Gomez penyanyi dan pelakon kelahiran Amerika yang sedang popular dengan lagu ” Come & Get It” bakal mengadakan konsert sulung beliau di Malaysia pada 26 Januari 2014 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert ini dibawa khas oleh We Love Asia. Info-info mengenai harga tiket akan diupdate dari masa ke semasa.

 

Faizul Juara AF 2013

ZED_2951a

Setelah 10 minggu berentap, akhirnya Faizul anak kelahiran Tawau dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia ( AF 2013) malam tadi. Beliau berjaya mengalahkan lima finalis lain iaituΒ Amira, Aisyah, duo Azhael, Indah dan Nabila.Bagi anugerah AF BUZZ pula dimenangi oleh Azhael.

ZED_2932a

Di pentas akhir semalam, Faizul menyampaikan lagu Hanyut serta single terbaru beliau iaitu Sepasang Sayap.Beliau berjayaΒ Β membawa pulang wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,00 dan sebuah trofi.Tempat kedua pula dimenangi oleh Azhael.Dengan itu mereka membawa pulang RM30,000 dan sebuah trofi.Tempat ketiga dimenangi oleh Amirah dan membawa pulang RM10,000 serta sebuah trofi.

ZED_2981a

Pelajar bernama Siti Ruhailah Hussein atau Indah menduduki tempat keempat. Manakala Nabila dan pelajar kelahiran Singapura, Aishah pula masing-masing menduduki tangga kelima dan keenam.

Dihoskan oleh Zizan Razak, AF2013 menampilkan tiga pengkritik tetap iaitu Sharifah Amani, Edry Abdul Halim dan penerbit muzik Roslan Aziz.

Selain itu musim kali ini juga menampilkan tiga inspirer iaitu Faizal Tahir, Melly Goeslaw dan Datuk Siti Nurhaliza. Samsung adalah penaja rasmi untuk Akademi Fantasia 2013.

*Credit photo : Lensaayid

Hampir 1000 Peminat Banjiri One Utama Kerana Shane Filan

LCK_8531

 

Bekas penyanyi kumpulan Westlife, Shane Filan yang baru sahaja melancarkan album ” You And Me” hadir ke One Utama jumaat lepas untuk sesi autograf. Hampir 1000 peminat hadir untuk melihat artis kegemaran mereka ini dengan lebih dekat.

LCK_8532

Shane juga meluangkan masa dengan menandatangani hampir 500 album untuk para peminat beliau. Di majlis ini juga, beliau menyampaikan dua buah lagu “Everything To Me” dan “About You”. Bagi 150 orang peminat pertama yang beratur, mereka di beri 2 keping tiket untuk menonton Shout! Awards pada keesokkan harinya.

LCK_8436

Pelakon Dan Pelawak Terkenal Ahmad Busu Meninggal Dunia

ahmadbusu

Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas Maghrib pada Ahad. Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Berita kematian beliau tersebar twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

“How I Feel” New Single By FLO RIDA

florida-how-i-feel

RapperΒ FLO RIDAΒ is out with his new single “How I Feel“, the first official single from his upcoming fifth studio album entitled “The Perfect 10”. Guided by Nina Simone’s β€œFeeling Good” sample, this single is without a doubt a mood lifter.Β  The chorus brings a pleasant vintage feeling, while Flo Rida keeps the energy pumping in the booming verses.

Β 

Petronas Serlahkan Deepavali

Sempena Perayaan Deepavali 2013, PETRONAS akan membawa rakyat Malaysia menyelami dengan lebih mendalam aspek-aspek dalam perayaan Deepavali yang disambut setiap tahun di negara ini.

Tahun ini, PETRONAS menghasilkan video web yang terdiri daripada empat episod merakamkan kehidupan masyarakat Malaysia yang menyambut Deepavali sekaligus memaparkan kemeriahan serta makna keakraban dari perayaan yang kaya dengan nilai-nilai tradisi ini.

“Deepavali adalah satu perayaan bagi meraikanΒ kemenangan atas terhapusnya kejahatan oleh kebaikan. Dengan siri terbaru video web ini, PETRONAS berharap dapat meningkatkan kefahaman mengenai makna perayaan ini, dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan di kalangan rakyat Malaysia,” kata Anita Azrina Abdul Aziz, Pemangku Ketua, Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS.

Lima hos telah dipilih untuk menjayakan siri video web ini iaitu, penyampai radio popular, DJ Aanantha bersama-sama dengan abangnya, DJ Ram; penyanyi hip hop Altimet; pengacara televisyen, Megan Tan; dan juara Astro Vaanavil Superstar, Alinda. Mereka akan menjadi hos dalam episod yang berbeza dan akan berkongsi makna di sebalik perayaan Deepavali dari pelbagai perspektif.

Penonton akan dapat menyaksikan pembuatan pelita di Parit Buntar, Perak dan juga upacara menyalakan pelita dan upacara mandi minyak bijan.

Rancangan ini juga akan memaparkan proses menyiapkan hiasan kolam iaitu lakaran hiasan yang dibuat di atas lantai dan makna di sebaliknya serta proses menyiapkan makanan vegetarian.

Selain daripada melawat kuil-kuil, hos-hos rancangan ini juga akan menyertai sebuah keluarga di Pulau Pinang dalam menyediakan rempah kari serta membuat manisan tradisional seperti athirasam dan kal urundai.

Episod-episod web ini dapat ditonton di laman YouTube rasmi PETRONAS bermula dari 12 November.

Episod 1: Kisah Deepavali

Perjalanan rancangan ini bermula dengan DJ Aanantha melawat kuil-kuil terkenal di Seremban dan Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, DJ Aanantha bersama Alinda membeli-belah di Little India yang menawarkan pelbagai kain sari yang beraneka warna. Mereka juga melawat kilang membuat manisan tradisional.

Episod 2: Budaya dan Tradisi

DJ Aanantha bersama artis hip hop tanahair, Altimet melawat kilang pembuatan pelita di Parit Buntar, Perak. Mereka juga melawat sebuah keluarga di Seremban untuk melihat penyediaan sambutan Deepavali termasuk menghiaskan rumah dan juga penggubahan kolam

Episod 3: Makanan Tradisional

Hari Perayaan di Malaysia tidak lengkap tanpa hidangan yang lazat. DJ Aanantha dan Megan akan menyertai aktiviti dua keluarga di Pulau Pinang dan Seremban dalam penyediaan hidangan lazat seperti manisan tradisional.

Episod 4: Hari Deepavali

DJ Aanantha dan DJ Ram menyertai Pesta Cahaya di KL dan turut bersama mereka adalah sebuah keluarga dari Sungai Petani, Kedah. Hari mereka bermula dengan upacara mandian minyak bijan, diikuti dengan sembahyang di kuil. Ikuti pengalaman mereka meraikan hari istimewa ini sambil menyingkap budaya dan amalan yang telah dipraktikkan selama beribu-ribu tahun oleh penganut beragama Hindu di Malaysia.

Fizo Omar Selamat Diijab Kabulkan Dengan Mawar Abdul Karim

Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabulkan dengan Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz awal pagi tadi. Majlis ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang dan dinikahkan oleh Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Takbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.

IMG_9723

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.

MAW_8954

Eropah menjadi pilihan destinasi bulan madu mereka. Selamat pengantin baru kepada Fizo Omar dan Mawar.

 

Astro Umum Peserta Maharaja Lawak Mega 2013

IMG_6840

Diakui sebagai pentas terulung yang mengangkat kehebatan pemain komedi terbaik di rantau ini, Maharaja Lawak Mega 2013 kembali dengan menampilkan barisan peserta dan kolaborasi terbaru untuk edisi kali ini. Program yang menerima penyertaan daripada tiga buah negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia ini bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, 10.00 malam bermula 15 November 2013 Β di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (Saluran 134) dan Astro on-the-go (Warna).

Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pemain komedi profesional terbaik yang masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.Seramai 13 barisan pelawak telah berjaya menempah tiket awal untuk beraksi secara automatik di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013. Mereka terdiri daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka JAMBU, BOBOI, SHIRO, SAYWHO, WALA, COMEY, NABIL, OSAMA, TULANG, BOCEY, SEPAHTU, KUCAI dan SYJ.

Manakala bagi 12 buah kumpulan lain, mereka perlu melalui perjalanan yang lebih berliku sebelum mampu menempatkan diri dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2013. Mereka perlu melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM yang akan disiarkan pada hari Jumaat, 8 November 2013 jam 10.00 malam. Hanya tiga Β peserta akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan seramai 16 peserta Maharaja Lawak Mega 2013.Mereka adalah kumpulan yang menggelarkan diri mereka SHAKE, GLORY, SANTAN, HAI, MAMU, ZERO, PAJAK, GADAI, KECIK, 2YOL, GERAK dan KEROSS.

Pihak Astro Warna turut mengumumkan bahawa Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000. Manakala sistem pemarkahan dikekalkan 70% markah oleh juri tetap dan 30% daripada undian penonton. Selain itu, Dato’ AC Mizal juga diumumkan kekal sebagai pengacara untuk Maharaja Lawak Mega 2013.

Astro turut menyediakan aplikasi permainan percuma kepada pengguna telefon pintar Android dan IoS dengan kemaskini terbaru iaitu β€˜Mana Naga?’ sempena Maharaja Lawak Mega 2013 bermula 16 November 2013. Melalui aplikasi ini, pengguna berpeluang menyertai peraduan yang dianjurkan dan merebut pelbagai hadiah menarik yang disediakan.

Menerusi laman sosial Facebook dan Twitter, para peminat bukan sekadar boleh bersembang dan berkongsi cerita dengan para peminat lain, malah turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Para peminat juga boleh menghantar video-video parodi bermula 22 November 2013 dan berpeluang memenangi hadiah menarik. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November 2013.

Radio Sinar fm akan sekali lagi menyokong Maharaja Lawak Mega 2012 selaku radio rasmi dan disokong oleh Thr Gegar. Barisan EMPAT (4) juri tetap untuk musim ini hanya akan dapat diketahui pada hari Jumaat, 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (Saluran 134) dan Astro on-the-go (Warna). Teruskan menyokong industri komedi tanahair.

Filem KIL Dominasi Pencalonan Anugerah Skrin 2013

9941775704_5970d6cc25_o

Filem terbitan Flux Visual Lab dan Grand Brilliance, KIL mendominasi pencalonan akhir kategori filem di Anugerah Skrin 2013 yang diumumkan jumaat lepas.

Filem arahan Nik Amir Mustapha itu menerima pencalonan dalam kesemua tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Redza Minhat), Pelakon Wanita Terbaik (Cristina Suzzane), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Harun Salim Bachik), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Anne James) dan Lakon Layar Terbaik.

Dalam kategori Filem Terbaik, KIL bakal bersaing dengan filem Rock Oo!, Istanbul Aku Datang, Langgar dan S.A.M. Turut dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik bersama Nik Amir ialah Mamat Khalid (Rock Oo!), Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang), Syed Hussein (Langgar) dan Syafiq Yusof (S.A.M.).

Kejutan pada malam tersebut apabila pelakon filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani tidak dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Sementara itu, Astro AWANI turut menerima pencalonan dalam kategori Rancangan Bual Bicara Terbaik menerusi Suara Kami – Bersama PM.

Turut menerima pencalonan adalah program terbitan Astro antaranya Anugerah Blockbuster, Raja Lawak Akhir dan Maharaja Lawak Mega Akhir.

Drama yang ditayangkan di Astro juga turut dicalonkan antaranya Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Keluarga Iskandar dan Adam dan Hawa.

Anugerah Skrin 2013 bakal berlangsung pada 29 November depan.

Filem Terbaik
Rock Oo
Istanbul
KIL
Langgar
SAM

Pengarah Terbaik
Mamat Khalid (Rock Oo)
Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syed Hussein (Langgar)
Syafiq Yusof (SAM)

Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)
Remy Ishak (29 Februari)
Que Haidar (Rock Oo)
Redza Minhat (KIL)
Adi Putra (Langgar)
Shaheizy (SAM)

Pelakon Wanita Terbaik (Filem)
Jojo Goh (29 Februari)
Christina Suzanne (KIL)
Nora Danish (Mencari Cinta)
Lisa Surihani (SAM)
Nadia Aqilah (Zaiton Ceritamu)

Lakon Layar Terbaik (Filem)
29 Februari
Rock Oo
Istanbul Aku Datang
KIL
SAM

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)
Soffi Jikan (Rock Oo)
Sharnaz Ahmad (Juvana)
Khir Rahman (Rock Oo)
Harun Salim Bachik (KIL)
Izzue Islam (29 Februari)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)
Umie Aida (Sembunyi)
Yana Samsuddin (Dua Kalimah)
Miera Liyana (Pecah)
Erin Malik (Lari)
Anne James (KIL)

Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke 20

files
Anugerah Industri Muzik yang ke 20 bakal diadakan pada hari Sabtu,14 Disember 2013 di Stadium Putra,Bukit Jalil. Ia akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Maya HD manakala Era FM pula selaku radio rasmi AIM kali ini.
Anugerah ini adalah anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah menyenaraikan pendek 85 calon dari 17 buah kategori yang menyaksikan Amir Jahari, Hafiz Suip dan Hazama mendominasi pencalonan.
Berikut ialah senarai pencalonan penuh Anugerah Industri Muzik ke 20;
Artis Baru Terbaik
Alex Subryn
Jes Ebrahim
Mosyi
Sekumpulan Orang Gila
Yubi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
Azlan & The Typewriter – Tanda Tanya
Faizal Tahir – Biar
Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
Hazama – Relakan Jiwa
Ronnie (Hyperact) – Hanya Aku
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
Adira – Dewi Cinta
Dato’ Siti Nurhaliza – Galau
Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
Jaclyn Victor – Ikut Rentakku
Najwa Mahiaddin – Impian Terindah
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Forteen – Kita
Inteam – Syafaat-Mu
Nowseeheart – Maafkan Aku
Saujana – Salam Atasmu
UNIC – Ya Hanana
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
Guba & Yuna – You’re So Fine
Noh Salleh & Aizat Amdan – In Love With You
Sleeq menampilkan Hazama – Lari
Velvet & Rich – Bersama Kamu
Kulit Album Terbaik
Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Kasi Gegar Entertainment / J Play)
Faizal Tahir – Faizal Tahir (Zarul Eskandar)
Goldfish & Blink – Goldfish & Blink (Bombshelter Studios)
Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun (Nizam Ahmad)
Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)
Rakaman Album Terbaik
Akim Ahmad – Akim Ahmad (CL Toh & Kuncidemak)
Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Felix Voon)
Kali Pertama – Asmidar (Audi Mok, Taja, Ben Tio, Aiyad Sakti, Riza, Nick Lee, Greg Henderson & Rumie)
Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)
O – Salammusik (Dubmalas)
Video Muzik Terbaik
Dwihati – Aizat Amdan menampilkan Yuna (Syahir Ismail & Ili Amdan)
Tanpamu – Amir Jahari (Khairul Azri)
Jauh Ke Syurga – Ana Raffali (Ahmad Aznaim Abdullah)
Fearless Heart – Mr Fluff (Tan Hyon-Le)
#1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)
Lagu Pop Etnik Terbaik
Sailing the Sahara – Amirah Ali (Amirah Ali / Amirah Ali)
Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)
Selamat Datang – Noraniza Idris Menampilkan Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ihab Ismail)
Khilaf Pandangan – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
Fantasi Sahara – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
Lagu Nasyid Terbaik
Janji Khalifah – Hijjaz (Isman Isam / Zuryati Isa)
Pemula Langkah – Hijjaz (Putra Aiman / Zuryati Isa)
Zikir Susah Senang – Inteam (Amin Inteam / Amin Inteam)
Maafkan Aku – Nowseeheart (Azahari Nsh / Azahari Nsh)
Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)
Lagu Rock Terbaik
Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)
Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter (Light & Bakri / Dark)
Panic – Bunkface (Sam Bunkface / Sam Bunkface)
Vortex – Faizal Tahir (Omar K & Audi Mok / Faizal Tahir)
Ulek Sayang – Hazama (Omar K / Omar K)
Lagu Pop Terbaik
Sekadar Mimpi – Adira (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
Senafas Baru – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
Ikut Rentakku – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
Bosan – Stacy (Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok / Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok)
Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)
Lagu Hip Hop Terbaik
Ini Janjiku (R&B Mix) – Amran Ismail (Amran Ismail / Amran Ismail)
Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)
Sebulatnya – The Fabulous Cats (Cat Farish, Zizie & Adeeb Mahar / Cat Farish, Ziziz & Addeb Mahar)
Rembau Most Wanted – Waris (DJ Fuzz / Waris)
Botingkek – Waris menampilkan Juzzthin (DJ Fuzz / Waris & Juzzthin)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Rave – Goldfish & Blink menampilkan Sona One & Arabyrd (Goldfish & Blink / Sona One & Arabyrd)
In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)
You’re So Fine – Guba & Yuna (Gabriel Robert / Gabriel Robert & Yunalis Zarai)
Keep On Movin – Joe PV & Joe Flizzow (Joe Pv, Jeffrey Little & Saiful Ridzuan / Joe Pv & Joe Flizzow)
Play Some Reggae Musik – Salammusik (Talal Zahnan / Talal Zahnan & Eyza Bahra)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
Pesan Cinta – Afgan (Afgan, Inu Numata & Nino Ran / Afgan, Inu Numata & Nino Ran)
Segalanya Tentang Kita – Kris Dayanti (Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)
I Still Love You – Once (Youngky Soewarna, Marijati & Lina / Youngky Soewarna, Marijati & Lina)
Sayang – Shae (Posan Tobing / Posan Tobing)

Samsung Galaxy Mega Telefon Pintar Pilihan Nana & Aizat

IMG_7337

Samsung Galaxy Mega yang bersaiz 6.3 inci menjadi pilihan bagi Nana Mahazan dan Aizat Amdan. Selain model ini memiliki saiz skrin yang besar ia juga mempunyai beberapa fungsi yang menarik minat mereka untuk memilikinya. Harga telefon pintar ini dipasaran diantara RM1400-RM1700 mengikut spekfikasi.

Kedua-dua selebriti ini mula menggunakan Samsung Mega pada awal September yang lepas. Apabila ditanya mengenai kelebihan telefon ini berbanding yang lain, Nana menjawab “Selain skrin yang besar, kita juga boleh tukar wallpaper,cover serta font mengikut kesukaan kita. Selain itu senang untuk nana melayari internet dan juga instagram walaupun pada mulanya agak janggal kerana skrinnya”.

IMG_7325

“Jika saya pula, saya boleh transfer lagu atau apa sahaja begitu mudah dengan rakan-rakan. Ini kerana kebanyakan mereka juga menggunakan telefon android. Sayaseorang gamer, jadi skrin besar ini memudahkan saya untuk bermain game di telefon ini.Memang amat puas bermain game di Samsung Mega”, tambah Aizat.

IMG_7361

Bagi Aizat dan Nana, Samsung Mega adalah merupakan telefon android pertama yang mereka gunakan. Pada pendapat mereka, aplikasi GPS juga senang digunakan di telefon ini kerana kelebihan saiz skrinnya. Bagi Aizat, beliau memuat turun aplikasiΒ Synthesizer yang memudahkannya mencipta lagu dimana-mana sahaja.