Belia Malaysia berbulat suara menyangkal tabiat merokok dalam pertandingan “Unlike Cigarette” anjuran Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) bersama Courts Malaysia yang diadakan baru-baru ini.
Dalam pertandingan tersebut, para belia berusia 13-24 telah berkongsi pandangan mereka tentang keburukan merokok melalui video. Sebab-sebab yang dikemukakan dalam karya kreatif mereka termasuk faktor estetika seperti gigi kuning dan nafas berbau dan juga akibat yang amat serius seperti penyakit kanser dan kemudaratan kesihatan orang yang tersayang akibat terhidu asap rokok basi.
Justin Khoo (24), Ibtisem Ben Nassib (23), Justin Mah (22), Jared Tay (18) dan Lim Chun Huang (19) muncul sebagai pemenang dengan penyertaan yang amat kreatif.
Justin Khoo, pemenang utama pertandingan ini, telah melibatkan kawan-kawannya dalam rakaman video selama dua hari. Kehandalan pemuda yang bekerja dengan sebuah syarikat internet ini telah memenanginya sebuah televisyen LG LED 32″.
Hadiah-hadiah lain yang disumbangkan oleh Courts termasuk televisyen LCD Sharp 40”, Nokia Tablet N810, Apple iPod Shuffle 2GB dan mesin pencetak foto kompak Canon Selphy. Lim Soo Cheen, Pengarah Sumber Manusia Courts Malaysia dan Yahya Hj Hamsain dari bahagian Pemasaran & Komunikasi NCSM telah menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada para pemenang dalam satu majlis khas baru-baru ini.
Rakaman video pemenang akan disunting bersama-sama mesej anti-merokok daripada personaliti terkemuka yang telah mengambil bahagian dalam projek “Unlike Cigarette” seperti pelakon Cheryl Samad, Julie Woon, Stephanie Chai dan Will Quah; DJ radio Azura Zainal dan Jeremy Teo; “beatboxer” Shawn Lee; penyanyi utama kumpulan Kyoto Protokol, Fuad; dan penulis blog Bangsar Babe. Klip video tersebut akan dimuat naik ke projek “I Choose” di laman Facebook bulan ini.Kempen anti-merokok “I Choose” merupakan inisiatif anjuran NCSM bersama Courts Malaysia untuk menghebahkan mesej pencegahan kanser bermula dengan kehidupan yang sihat kepada para remaja di halaman Facebook.
Kerap melayari halaman www.facebook.com/MakeThatChoice untuk menimba ilmu dan mendapat tip-tip mudah untuk menjalankan gaya hidup yang sihat.
Mr Alexander Shorokhov Bersama Red Army Watches Malaysia team
Alexander Shorokhov berbesar hati membawa rekaan hidupnya, setelah hampir 20 tahun kejuruteraannya dipilih oleh sekumpulan bakat muda dari Rusia untuk mempelajari pasaran bebas di Frankfurt khasnya dan juga industri di serata Jerman umumnya.
Kelangsungan daripada kejayaan Alexander menjadikan label ini cukup meluas sebagai pembekal jam tangan disegani Rusia dan Eropah Barat sebelum menjadi perhatian bersama teknologi pendail masa di bawah koleksi milik jenama Poljot-International.
Selepas berjaya mencipta nama dan peluang sebagai pembikin jam tangan, dia juga berjaya menggabungkan elemen terkini dalam pembikinan jam tangan yang dihasilkan mengikut rekaan berteknologi tinggi meskipun dalam berhadapan dengan saingan jam mekanikal dari Switzerland yang mendominasi pasaran.
Pada tahun 2003, pembikin jam tangan bergaya ini telah memberi komen terhadap status dunia pembuatan jam tangan dengan meletakan namanya sebagai jenama jam tangan berkenaan yang telah menjadikan komposer Rusia terkenal, Rchaikovsky berminat untuk melahirkan koleksi bersejarahnya.
Dalam majlis penuh selesa di Restoran Sassorosso di ibu negara, Alexander Shorokhov telah turun padang dan bertemu dengan wakil media di Kuala Lumpur. Momen indah itu merupakan detik paling bermakna, apatah lagi sukar untuk melihat pencipta jam tangan itu sendiri bersalaman dan menerangkan serba sedikit berkenaan jam tangan rekaannya dan juga keistimewaannya menerusi koleksi Avant Garde dan Heritage Collection.
Alexander telah terbang ke Kuala Lumpur dari kawasan indah Alsenau, iaitu bandar lama berusia 600 tahun berhampiran Frankfurt yang telah menjadi kediaman pilihannya sempena ulang tahun ke-20 berkenaan.
Selepas selesainya ucapan pembukaan daripada pengacara majlis, Xavier Mah dan juga tidak ketinggalan sepatah dua patah daripada Pengarah Eksekutif Red Army Watches Malaysia, Soemantri Kusumadi, tayangan video bercerita tengan sejarah jenama berkenaan disiarkan. Tayangan video itu menceritakan keistimewaan, inovasi serta proses rekaan jam tangan berkenaan sehingga menjadi bualan hangat.
Sebagai peruncit yang membawa rekaan Shorokhoff, Red Army Watches dalam masa yang sama memperkenalkan kepelbagaian pilihan tertentu lagi istimewa dalam industri pembuatan jam tangan.
“Sememangnya kami amat berbesar hati membawa Alexander ke sini. Jenama ini telah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Red Army Watches dan kami berpandangan ke hadapan untuk meneruskan kerjasama pada masa akan datang, terutama sekali dalam memperkenalkan rekaan terkini daripada pembikin jam tangan terbaik ini,” kata Kusumadi.
Dalam majlis berkenaan juga, Alexander turut menerangkan mengapa dia memilih Peter Tchaikovky, Leo Tolstoi, Fedor Dostoevsky dan Alexander Pushkin dalam merealisasikan koleksi Heritage Series miliknya itu.
Mr. Alexander Shorokhov
Menurutnya, Tolstoi mewakili rekaan jam tangan yang mempunyai kepingan emas yang dikenali sebagai skeletonized chronograph, manakala Dostoevsky pula merupakan kesempurnaan bak seorang penyair. Diikuti rekaan penggera klasik terbaik milik Tchaikovsky dan Pushkin pula memperkenalkan hiasan tangan untuk wanita yang memiliki butang pemusing halus dan kerdipan berlian di tengah-tengahnya.
“Saya hanya membawa yang terbaik daripada lagenda kegemaran ramai Rusia ini. Ini merupakan penghormatan kepada asal usul saya, walaupun sejak kami memindahkan pasukan dan proses pengilangan kami ke Jerman. Walaubagaimanapun, setiap satu jam tangan dibuat dengan menggunakan kepakaran tertinggi dari Jerman. Koleksi ini memberi makna tersendiri kepada penjenamaan Alexander Shorokhoff dan juga bagi menghormati kepada sesiapa saja yang hadir sebelum kewujudan kami,” katanya berjenaka.
“Perjalananan kami dalam seni pembuatan jam tangan tentunya sangat menarik. Setiap satu jam tangan memberi makna tersendiri kepada si pemakai. Ianya merupakan kebijaksanaan kami dan tentunya kami mahukan sesuatu hasil yang boleh dibanggakan.
“Jadi saya menyerlah kesempurnaan kualiti dan persamaan dalam rekaan jam tangan kami. Itulah kunci utama dalam pencapaian kejayaan kami,” katanya Alexander.
Kepada pengumpul jam tangan yang tegar, Red Army Watches telah menghadiahkan setiap tetamu dengan bekas jam tangan yang diperbuat daripada kulit rekaan J. Myers Company.
Bagi melengkapkan lagi majlis berkenaan, seorang individu bertuah telah dipilih untuk membawa pulang seutas jam tangan Alexander Shorokhoff untuk menghiasi pergelangan tangannya.
Untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini, sertai facebook Red Army Watches di redarmywatchesmalaysia.
Kini sebuah lagi drama hebat menanti para penonton buat tahun 2013 yang bakal tiba. ntv7 dengan bangganya membawakan telemovie Tahun Baru Cina “Lucky Bowl” yang dibintangi oleh para pelakon terkenal seperti Adrian Tan, Karena Teo, Leslie Chai, Debbie Goh, Frederick Lee, Lim Ching Miau, Ong Ai Leng, Aenie Wong, Jack Yap, Jan Chin, Kyo Chen, dan Lawrence Wong.
Saksikan Lucky Bowl di ntv7 yang bakal menemui anda pada 10 dan 11 Februari ini, jam 8.30 malam.
Sinopsis
Kisah bermula dengan watak Shen Tang Tang lakonan Debbie Goh, seorang tuan tanah wanita yang mementingkan diri dan kedekut dan memiliki sebuah pangsapuri yang disewakannya kepada Ah Hun (Adrian Tan) yang tinggal bersama ayahnya. Tang Tang amat bertuah kerana memiliki mangkuk bertuah ajaib yang diwarisi oleh nenek moyangnya di mana setiap apa yang diletakkan di dalam mangkuk itu akan berganda. Tidak menyedari akan keajaiban mangkuk itu, Tang Tang tidak mengendahkan mangkuk yang dianggapnya sudah berkarat dan menjualnya kepada ayah Ah Hun – Pak Cik Lao Tao – yang merupakan seorang pengutip sampah.
Pada suatu hari, Ah Hun dipecat dan kegagalan mereka melunaskan duit sewa menyebabkan mereka diusir keluar oleh Tang Tang. Rasa dimalukan, Ah Hun bersumpah untuk menjadi seorang hartawan suatu hari nanti. Sementara itu, jiran Ah Hun, Ah Tian (Frederick Lee) merupakan seorang pelakon yang kurang dikenali mengalami masalah merundum dalam kerjayanya. Dia berharap dengan pembedahan plastik yang dilakukannya mampu meningkatkan tawaran sebagai teraju utama di dalam dunia lakonan. Bagi mendapatkan sumber kewangan, Ah Tian mempergunakan Tang Tang yang terdesak dan keseorangan.
Karena Teo & Adrian Tan
Tang Tang bukan sahaja bakal mendapat ancaman daripada Ah Tian malah saudara-maranya – adik-beradik Ke (lakonan Lim Ching Miau, Aenie Wong, dan Lawrence Wong) – yang ingin mendapatkan mangkuk ajaib milik Tang Tang. Ketika Tahun Baru Cina, adik-beradik ini mengambil kesempatan untuk melawat Tang Tang dengan rancangan jahat mereka. Walaubagaimanapun, niat jahat mereka berjaya dihidu Tang Tang.
Ah Hun yang cuba menyelamatkan keadaan adik beradik Ke berjaya menemukan rahsia mangkuk bertuah itu dan amat teruja mengetahui mangkuk itu kini di dalam tangan ayahnya. Melihat keajaiban itu, Ah Hun berharap dapat mengejar cita-citanya untuk menjadi kaya-raya. Adik-beradik Ke yang mengetahui rancangannya menyebabkan Ah Hun terpaksa melarikan diri.
Di dalam bahagian kedua telemovie itu, jalan cerita diteruskan dan ditumpukan kepada sepasang pasangan dewa yang sedang bercinta – Jiang Lang (Leslie Chai) dan Meng Po (Ong Ai Leng) – yang tinggal di sebuah pondok gunung di syurga. Jiang Lang merupakan penulis beribu kisah rakyat termasuklah kisah “Lucky Bowl” yang melibatkan Tang Tang, Ah Hun dan adik-beradik Ke.
Ketika malam Tahun Baru Cina, adik perempuan Meng Po, Meng Xiao Mei (lakonan Jan Chin) membacakan kisah sambungan “Lucky Bowl” kepada Jiang Lang dan terperanjat mengetahui kisah itu ditulis tanpa kebenarannya. Marah dengan tindakan adik iparnya itu, Jiang Lang mengubah penamat cerita itu. Jiang Lang menetapkan Ah Hun mati dilanggar kereta dan mati di tempat kejadian. Baginya, kesudahan cerita itu sesuai dengan peraturan kisah rakyatnya – karma – apa yang berlaku pasti akan dibalas semula dengan setimpalnya. Dalam masa yang sama, Xiao Mei yang gagal menghentikan perubahan itu melihat watak protaganisya sedang menemui pengakhiran hidupnya.
Sementara itu, Ah Hun yang sebenarnya merupakan salah satu watak dalam cerita rakyat itu terpaksa meneruskan kisah hidupnya seperti yang ditulis Jiang Lang dan Xiao Mei. Takdir menemukan Ah Hun dan seekor tikus emas yang boleh berkata-kata, Jin Shu (Karena Teo) yang mengubah hidupnya. Ah Hun kini mengetahui kisah hidupnya dicipta dari dunia dewa. Tidak rela hidupnya dikawal, Ah Hun memasuki dunia dewa dan cuba merampas halaman yang terdapat di dalam buku tersebut yang mengandungi hayat hidupnya. Dalam cubaannya untuk mengoyakkkan halaman buku itu, Jin Shu menyedari bahawa tindakannya akan memusnahkan segalanya dan membunuh kesemua watak yang berada di dalam buku tersebut.
Ah Hun yang berkeras untuk mengawal sendiri hidupnya berazam untuk meneruskan takdir dan nasib di dalam tangannya sendiri. Dengan keputusan yang di ambilnya. Apakah yang bakal terjadi kepada Ah Hun dan watak-watak yang lain?
Pada Sabtu lepas telah berlangsung Anugerah Planet Muzik (APM 2012) di Max Pavilion,Singapore Expo. Ia dianjurkan oleh MediaCorp’s, Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM. Ia membabitkan tiga negara iaitu Singapura,Malaysia dan Indonesia.
Antara artis-artis yang hadir pada anugerah tersebut adalah Datuk Sheila Majid,Sheila Amzah,Mojo,Alyah,Zizan,Kaka,Amanda Amani dari Malaysia dan Judika,Kotak,Maria Calissta,Keith Foo serta Anji dari Indonesia manakala dari Singapura pula adalah Taufik Batisah,Hady Mirza,Aliff Aziz,Awi Rafael dan Teacher’s Pet.
Pengacara untuk majlis anugerah ini adalah TG (Warna 94.5Fm) dari Singapura, Dato’ AC Mizal dari Malaysia dan Sophie Navita dari Indonesia.
Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012:
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki): Anji (Hatiku) Berhenti Di Kamu
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita): Raisa (Serba Salah)
Pemenang Duo/Kumpulan Baru Terbaik: Audionaut (Maha Bisa Rahsia)
Anugerah Hits Radio: Aishiteru (Zivilia Band)
Pemenang NOVA Media Baru: Abdul Mutaleeb dari UiTM Malaysia
Pemenang Ikon Media Baru: Sleeq
Lagu Terbaik Singapura: Pulanglah (Awi Rafael)
Lagu Singapura Paling Popular: Ku Tetap Menunggu (Hardy Mirza)
Pemenang Kolaborasi Terbaik: Taufik Batisah & Rossa – Aku Bersahaja.
Pemenang Duo Kumpulan Terbaik: Kotak
Pemenang Artis Singapura Paling Popular: Taufik Batisah
Pemenang Artis Serantau Paling Popular: Taufik Batisah
Pemenang Artis Lelaki Terbaik: Hafiz
Pemenang Artis Wanita Terbaik: Shila Amzah
Anugerah Khas #APM2012: Datuk Sheila Majid
Pemenang Lagu Terbaik #APM2012: Kisah hati (Alyah)
Pemenang Lagu Serantau Paling Popular #APM2012: Ku Kan Tetap Menunggu (Hardy Mirza)
Pada Sabtu lepas telah berlangsung Anugerah Planet Muzik (APM 2012) di Max Pavilion,Singapore Expo. Ia dianjurkan oleh MediaCorp’s, Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM. Ia membabitkan tiga negara iaitu Singapura,Malaysia dan Indonesia.
Antara artis-artis yang hadir pada anugerah tersebut adalah Datuk Sheila Majid,Sheila Amzah,Mojo,Alyah,Zizan,Kaka,Amanda Amani dari Malaysia dan Judika,Kotak,Maria Calissta,Keith Foo serta Anji dari Indonesia manakala dari Singapura pula adalah Taufik Batisah,Hady Mirza,Aliff Aziz,Awi Rafael dan Teacher’s Pet.
Pengacara untuk majlis anugerah ini adalah TG (Warna 94.5Fm) dari Singapura, Dato’ AC Mizal dari Malaysia dan Sophie Navita dari Indonesia.
Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012:
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki): Anji (Hatiku) Berhenti Di Kamu
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita): Raisa (Serba Salah)
Pemenang Duo/Kumpulan Baru Terbaik: Audionaut (Maha Bisa Rahsia)
Anugerah Hits Radio: Aishiteru (Zivilia Band)
Pemenang NOVA Media Baru: Abdul Mutaleeb dari UiTM Malaysia
Pemenang Ikon Media Baru: Sleeq
Lagu Terbaik Singapura: Pulanglah (Awi Rafael)
Lagu Singapura Paling Popular: Ku Tetap Menunggu (Hardy Mirza)
Pemenang Kolaborasi Terbaik: Taufik Batisah & Rossa – Aku Bersahaja.
Pemenang Duo Kumpulan Terbaik: Kotak
Pemenang Artis Singapura Paling Popular: Taufik Batisah
Pemenang Artis Serantau Paling Popular: Taufik Batisah
Pemenang Artis Lelaki Terbaik: Hafiz
Pemenang Artis Wanita Terbaik: Shila Amzah
Anugerah Khas #APM2012: Datuk Sheila Majid
Pemenang Lagu Terbaik #APM2012: Kisah hati (Alyah)
Pemenang Lagu Serantau Paling Popular #APM2012: Ku Kan Tetap Menunggu (Hardy Mirza)
Pada Sabtu lepas telah berlangsung Anugerah Planet Muzik (APM 2012) di Max Pavilion,Singapore Expo. Ia dianjurkan oleh MediaCorp’s, Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM. Ia membabitkan tiga negara iaitu Singapura,Malaysia dan Indonesia.
Antara artis-artis yang hadir pada anugerah tersebut adalah Datuk Sheila Majid,Sheila Amzah,Mojo,Alyah,Zizan,Kaka,Amanda Amani dari Malaysia dan Judika,Kotak,Maria Calissta,Keith Foo serta Anji dari Indonesia manakala dari Singapura pula adalah Taufik Batisah,Hady Mirza,Aliff Aziz,Awi Rafael dan Teacher’s Pet.
Pengacara untuk majlis anugerah ini adalah TG (Warna 94.5Fm) dari Singapura, Dato’ AC Mizal dari Malaysia dan Sophie Navita dari Indonesia.
Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012:
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki): Anji (Hatiku) Berhenti Di Kamu
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita): Raisa (Serba Salah)
Pemenang Duo/Kumpulan Baru Terbaik: Audionaut (Maha Bisa Rahsia)
Anugerah Hits Radio: Aishiteru (Zivilia Band)
Pemenang NOVA Media Baru: Abdul Mutaleeb dari UiTM Malaysia
Pemenang Ikon Media Baru: Sleeq
Lagu Terbaik Singapura: Pulanglah (Awi Rafael)
Lagu Singapura Paling Popular: Ku Tetap Menunggu (Hardy Mirza)
Pemenang Kolaborasi Terbaik: Taufik Batisah & Rossa – Aku Bersahaja.
Pemenang Duo Kumpulan Terbaik: Kotak
Pemenang Artis Singapura Paling Popular: Taufik Batisah
Pemenang Artis Serantau Paling Popular: Taufik Batisah
Pemenang Artis Lelaki Terbaik: Hafiz
Pemenang Artis Wanita Terbaik: Shila Amzah
Anugerah Khas #APM2012: Datuk Sheila Majid
Pemenang Lagu Terbaik #APM2012: Kisah hati (Alyah)
Pemenang Lagu Serantau Paling Popular #APM2012: Ku Kan Tetap Menunggu (Hardy Mirza)
Pencipta XALF, jenama sepatu bespoke dalam talian, telah menghasilkan Xpression dalam bentuk kasut tinggi yang boleh ditempah khas mengikut keperluan wanita moden. Sebuah majlis sofistikated dianjurkan bagi memperkenalkan jenama itu dan Bentley Gallery Pavilion KL yang disuntik elemen jazz merupakan lokasi paling cocok bagi meraikan tujuan berkenaan.
Menarik para jemputan lebih jauh ke dalam dunia Xpression, Xavier turut memperkenalkan pereka Alfred Hor – yang mengucapkan terima kasih atas kehadiran tetamu dan memberikan penjelasan beliau mengenai proses rumit yang terlibat dalam pembuatan setiap peep-toe, tumit tinggi bertali dan platform tinggi tempahan khas yang unik. Sepatu yang pertama seumpanya itu juga boleh diubahsuai dan pelanggan boleh memilih aksesori sendiri untuk diletakkan pada permukaan tumit.
Aspek menarik jenama kelahiran tempatan XALF Design terletak pada butik virtual yang menawarkan pilihan ubahsuai mengikut citarasa dan selera individu. Gaya klasik diberi nafas baru dengan sentuhan moden, dan setiap satunya menyaksikan penghargaan terhadap seni warisan serta perhatian terperinci.
Setiap rekaan Xpression adalah direka dan dihias khas mengikut citarasa semua yang mengunjungi laman web (xalfdesign.com) atau menghubungi kami untuk temujanji,” katanya lagi. “Perkhidmatan berorientasikan pelanggan juga akan memastikan anda menikmati hasil pembuatan tangan vintaj (dengan kulit anak lembu asli) dan estetika elit untuk keselesaan sempurna hanya untuk anda. Ini adalah rekaan kami yang paling membanggakan.”
Kesempurnaan malam Disember bagi label baru yang mewah itu digemilangkan lagi dengan persembahan fesyen berinspirasikan Xpression membawakan barisan wanita-wanita hebat tanah air antaranya Datuk Yasmin Yusuff, Dato’ Ruby Khong, Mizz Nina, Dynas Mokhtar, Datin Reiss Tiara, Thanuja Ananthan, Debbie Goh, Chris Tong, Cecilia Yong, Elianna, Cassandra Patrick, Dian Sharlin dan Beatrice Au.
Keselesaan jelas ketara apabila mereka memperagakannya di pentas sambil menggayakan dandanan rambut istimewa oleh Backstage Academy. Mereka kelihatan bergembira sambil menonjolkan rekaan bespoke Xpression dengan sentuhan tersendiri yang meningkatkan lagi personaliti dan gaya individu masing-masing, dengan sebahagiannya diselubungi rekaan terpilih daripada Australia, Katelyn Aslett.
Samsung Galaxy Golden Disk Award (GDA) ke-27 bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 dan 16 Januari 2013 dan menyaksikan lebih 20 buah kumpulan Pop Korea akan turun ke Malaysia untuk membuat persembahan juga penampilan khas.
“Berdasarkan sambutan hangat konsert Bigbang lalu juga fenomena K-Pop yang melanda Malaysia kini, kami membuat keputusan untuk memilih Malaysia untuk merealisasikan anugerah ini. Malaysia merupakan negara kedua selepas GDA diadakan di Jepun, tahun lalu”, kata Pengarah Editor Hiburan Ilgan Sports, Kim Sora.
Sementara mengulas lanjut mengenai pemilihan venue, Pengarah Mediaartncomm Co. Ltd, Min Yoonki berkata,
“Pemilihan litar antarabangsa Sepang (SIC) sebagai venue pula adalah disebabkan sebelum ini sudah banyak acara dan konsert KPop diadakan di ibu kota Kuala Lumpur, jadi kami yakin SIC tempat yang paling sesuai dan pasti dapat menghimpunkan ramai pengunjung”.
Antara artis K-Pop yang bakal turun adalah BigBang, Super Junior, Girls’ Generation -TTS, BEAST, 2NE1, KARA, PSY, 4 Minute, Epik High, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, B.A.P, EXO, Beast, 4 Minute, Sistar, Secret, B1A4, Busker Busker, Miss A, Shinee, K-Will, Ailee dan MBlaq.
Dimulakan pada tahun 1986, penghargaan melalui Golden Disk Awards merupakan satu taraf yang didambakan oleh penggiat muzik Korea. Anugerah ini akan dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu yang terdiri daripada kategori Utama iaitu Disk Album, Disk Album of The Year. Manakala kategori Utama untuk Lagu ialah The Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, MSN Southeast Asia Award, MSN International Award, New Rising K-Pop Star Award, Best Hip Hop Award, Single Album of The Year.
Harga tiket-tiket seperti berikut:
Samsung Galaxy Zone: RM898 (early bird), RM999
Rockpit : RM620 (early bird), RM688
Maklumat lanjut layari info@ticketpro.com.my atau talian hotline 03-78807999 atau www.goldendiskawards.asia.
Masterchef Malaysia musim kedua sudahpun melabuhkan tirainya. Setelah berhempas pulas mengharungi ujian dan cabaran yang diberikan, Izyan Hani kini dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia Musim Kedua. Pertama kali disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Masterchef Malaysia sabtu lalu, Izyan memperjudikan semangat serta kreativitnya dalam masakan dengan gelaran juara mengalahkan dua lagi finalis iaitu Ah Hong serta Along.
Elemen kejutan disiarkan pada permulaan episod finale Masterchef Malaysia di mana penonton dapat menyaksikan Siti Noorashikeen atau lebih dikenali sebagai Etiqa disingkirkan dari menyertai edisi peringkat akhir Masterchef, ‘Citarasa Juara’.
Hasil titik peluh Izyan Hani juga ternyata berbaloi dengan kemenangan beliau sebagai juara yang membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi dan hadiah peralatan memasak tajaan Panasonic Malaysia. Manakala Along yang mendapat undian di tempat kedua dan Ah Hong di tempat ketiga masing-masing memperolehi hadiah peralatan memasak juga dari tajaan Panasonic Malaysia.
Sesi penyampaian hadiah finale Masterchef Malaysia disampaikan oleh pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, Encik Harry Sasaki selaku pengarah pemasaran Panasonic Malaysia bersama-sama tiga juri tetap Masterchef Malaysia iaitu Chef Joe, Chef Zubir serta Chef Adu Amran.
Dua pertubuhan NGO mendapat sumbangan besar sebanyak RM50,000 daripada Coca-Cola Malaysia berikutan sambutan bulan Ramadan tahun ini yang penuh keriangan oleh rakyat Malaysia.Pemberian derma ini merupakan hasil kempen Ramadan Coca-Cola yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendedikasikan mesej perayaan kepada kawan-kawan dan orang tersayang untuk dikongsi bersama melalui rangkaian sosial, seperti Twitter dan email melalui applikasi Facebook yang direka khas untuk tujuan tersebut.
Coca-Cola telah menjanjikan sumbangan wang tunai bagi setiap dedikasi yang dibuat melalui laman Ramadan Coca-Cola itu. Lebih banyak mesej yang dikongsi, lebih banyaklah wang akan disalurkan untuk kebajikan masyarakat.Melalui aktiviti seperti ini, Coca-Cola berharap untuk merealisasikan lebih banyak lagi projek pembekalan air bersih kepada komuniti luar bandar dengan kerjasama organisasi pelindungan dan pembangunan masyarakat, Yayasan Muslim Aid Malaysia, dan pertubuhan pembangunan belia, Raleigh International.
Muslim Aid dan Raleigh merupakan rakan kongsi Coca-Cola Malaysia dalam program membangunkan kemudahan bekalan air bersih.Pada tahun ini, Coca-Cola telah berganding bahu dengan Muslim Aid untuk membekalkan air bersih dan kemudahan sanitasi kepada penduduk Pulau Mabul di Sabah.Cocal-Cola Malaysia juga telah membiayai pembinaan sistem saluran air dengan kuasa graviti yang dilaksanakan oleh Raleigh di 20 lebih kampung di kawasan pendalamam negeri Sabah sejak tahun 2006 lagi. Projek-projek yang dijalankan telah memudahkan penduduk kampung untuk mendapat bekalan air paip bersih tanpa bersusah payah mencari sumber air dan mengangut bekalan dari jauh.
Selain peruntukan yang telah disumbangkan sebelum ini, kutipan dana berakhir kempen bulan Ramadan tersebut telah memperlihatkan tambahan sebanyak RM25,000 kepada tabung kedua-dua NGO berkenaan demi meneruskan projek bekalan air.
Dalam upacara penyerahan wang sumbangan yang diadakan di kilang Coca-Cola, Negeri Sembilan, baru-baru ini, Puan Habsah Marjuni, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia berkata, “Dana tambahan ini amat bermakna kerana ia membolehkan usaha penyelenggaraan sistem bekalan air bersih untuk dijalankan buat jangka masa panjang. Ini akan menjamin bekalan air yang berkualiti dan berterusan untuk penduduk luar bandar.”
Jika sebelum ini peminat The Wanted yang menyerbu F.O.S One Utama,namun kali ini F.O.S Mid Valley pula diserbu oleh para peminat Greyson Chance. Hampir 1,500 orang peminat membanjiri F.O.S Mid Valley sejak jam 7 pagi lagi.
Pada majlis ini, beliau telah menandatangani semua poster bersaiz A4 kepada para peminat yang telah membuat tempahan barangan rasmi serta EP terbaru beliau yang bertajuk Truth To Be Told Part 1 yang telah dilancarkan pada 30 Oktober 2012 yang lepas.
Para peminat juga berpeluang memenangi Beats Solo HD Headphones yang ditandatangi oleh Greyson Chance sendiri.
Jennifer Lopez aka J.Lo memang terkenal dengan seksi,tarian erotiknya serta persembahan yang mantap ketika membuat persembahan. Semua penonton begitu terhibur ketika menonton konsert sulungnya Dance Again Live in Malaysia 2012, bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada malam ahad lepas walaupun terpaksa berhujan.Hampir 8,000 penonton membanjiri konsert tersebut. Ia dibawa khas oleh Galaxy Group.
Konsert dimulakan pada 9.10 malam, J.Lo menghangatkan suasana dengan deretan 15 lagu dari zaman Jenny From The Block hinggalah album terkini dengan lagu seperti Get Right, Love Don’t Cost A Thing, I’m Into You, Waiting For Tonight, Let’s Get Loud, All I Have, Run The World,Papi dan Dance Again .
J.Lo mengenakan 6 kostum rekaan pereka fesyen Lebanon, Zuhair Muraid termasuk jumpsuit, catsuit dan leotard lace yang seksi serta menonjolkan keindahan punggung serta bentuk badannya yang curvy.