SO Staff

Dengan Sekali Lafaz Diana Danielle Sah Milik Farid Kamil

Alhamdulillah dan tahniah dengan sekali lafaz pelakon Diana Danielle Benson,21 sah menjadi isteri kepada pelakon-pengarah Farid Kamil,31 sebentar tadi.Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Dato’ Dr. Zahari telah dinikahkan oleh Ybhg. Ustaz Haji Daim Jajuli iaitu Pegawai Tadbir Agama /Pendaftar Kanan Daerah Gombak. Majlis ijabkabul telah diadakan di Hotel Flamingo, By The Lake Ampang.

Diana menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa helmet dan motor monster energy, senaskah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin.Manakala Farid pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, Majalah Polo, mini bike Kawasaki, sireh junjung dan bubble gum towel, manisan dan foto album daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis pernikahan ini akan disiarkan secara live eksklusif di Astro Ria jam 9.00 malam, hari ini.Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan di  pada 30 November 2012. Lokasi akan diberitahu kelak. Sementara majlis sambut menantu dijangka berlangsung pada 12 Disember, dikampung halaman Farid, Jitra, Kedah.

Kredit photo : Rotikaya

[nggallery id=113]

Filem ‘Skyfall’

Di Pawagam : 1 November 2012

Pengarah :  Sam Mendes

Pelakon :  Daniel Craig, Javier Bardem, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Bérénice Marlohe, Ben Whishaw,Albert Finney dan Judi Dench.

Sinopsis

Menerusi filem aksi Skyfall, watak James Bond telah dikatakan hilang dan dianggap telah mati. Identiti untuk menjalankan segala aktiviti pengintipan ejen M16 juga telah dimusnahkan daripada data internet.

Menerusi insiden tersebut, pihak kerajaan telah menggunakan M sebagai subjek rujukan mereka dalam menangani segala situasi dan masalah. Namun begitu, apabila M mula diserang oleh pihak tertentu,Bond telah muncul secara tiba-tiba dan mereka telah berhubung secara rahsia.

Apakah akan berlaku antara Bond dan M selepas itu? Dapatkah mereka bekerjasama sebagai satu pasukan?


Liputan Eksklusif Perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle di Astro Ria!

Percintaan yang sentiasa mendapat perhatian bakal dijunjung ke kemuncaknya dengan majlis perkahwinan yang berprestij. Setelah lebih empat tahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil langkah untuk memeterai ikatan suci murni yang sah di hari bahagia mereka.

Bersempena dengan majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan ini, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go. Siaran selama 30 minit ini bakal memaparkan persediaan saat-saat akhir menjelang majlis pernikahan Farid dan Diana dan paparan eksklusif sebelum dan selepas lafaz akad nikah.

Percintaan yang sentiasa mendapat perhatian bakal dijunjung ke kemuncaknya dengan majlis perkahwinan yang berprestij. Setelah lebih empat tahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil langkah untuk memeterai ikatan suci murni yang sah di hari bahagia mereka.

Bersempena dengan majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan ini, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go. Siaran selama 30 minit ini bakal memaparkan persediaan saat-saat akhir menjelang majlis pernikahan Farid dan Diana dan paparan eksklusif sebelum dan selepas lafaz akad nikah.

Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi kebahagiaan kisah cinta Farid Kamil dan Diana Danielle bersama Astro Ria melalui liputan  eksklusif perkahwinan pasangan ini pada hari Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam. Nantikan juga dua lagi episod dokumentari istimewa pada Disember ini, dibawakan khas untuk penonton Astro Ria (Saluran 104)!

 

Malam Ahad Kini Lebih Santai Bersama Awie Di ‘Tunggu Sekejap’

Selepas Jangan Tidur Lagi dan BROS, malam Ahad para penonton akan terus diserikan dengan sebuah lagi program terbaru, “Tunggu Sekejap”, yang dihoskan oleh penyanyi rock dan pelakon terkenal tanah air iaitu Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie mulai 11 November ini. “Tunggu Sekejap” merupakan program bual bicara variety yang sarat dengan aksi yang mencuit hati dan mendebarkan serta diselitkan elemen-elemen hiburan. Awie tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, ahli sukan, VVIP dan ahli perniagaan.

Bersiaran selama 1 jam bermula 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam, “Tunggu Sekejap” merupakan pelengkap malam hujung minggu penonton dengan memuatkan 5 segmen menarik iaitu “Babak Ke Babak”, “Lawak Lawak”, “Aksi”, “Tiru Gaya Artis” dan “Karaoke Ligat”. Sesi rakaman “Tunggu Sekejap” diadakan di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam dan turut menampilkan band Kristal sebagai pemuzik iringan untuk kesemua 13 episod.

Antara tetamu undangan yang akan bersama Awie di dalam “Tunggu Sekejap” ialah Shuib Sepah, Ifa Radziah, Zalif Sidek, Sofi Jikan, Didie Alias, Eby Yus, Monoloque, Almy Nadia, Nabil, Dina Nadzir, Aiman Hakim Ridza, Angah Raja Lawak, Abon, Syanie, Wan Sharmila dan ramai lagi.

“Tunggu Sekejap” diterbitkan oleh Primeworks Studios yang diterajui oleh Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif dan Zaini Saidi selaku Penerbit. Saksikan “Tunggu Sekejap” bersama hos, Awie, pada setiap hari Ahad jam 11.00 malam mulai 11 November ini di TV3. Selain itu, penonton mempunyai alternatif untuk menyaksikan “Tunggu Sekejap” menerusi laman sesawang www.tonton.com.my.

‘The Forgotten’ Dari Green Day Dipilih OST ‘Twilight – Breaking Dawn Part II’

Single terbaru daripada Green Day yang berjudul ‘The Forgotten’ telah dijadikan lagu sountrack untuk filem Twilight – Breaking Dawn Part II. Video Klip lagu ini juga berlatar belakangkan filem ini.

Filem yg dibintangi oleh Robert Pattinson dan Kristen Stewart bakal menjengah ke pawagam pada 22 November 2012.

 

Nu’est Dan Vixx Bakal Gegarkan Shout! Awards 2012

Kumpulan KPOP iaitu Nu’est dan Vixx bakal mengegarkan pentas Shout! Awards 2012 yang bakal diadakan di Surf Beach @Sunway Lagoon tepat jam 8.30 malam pada 23  November 2012.Ia akan disiarkan secara ekslusif di saluran hip 8TV. Ia ditaja oleh CANON dan YES serta Sunway Lagoon sebagai penaja lokasi.

Pengacara popular Henry Golding sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengacarakan anugerah berprestij ini. Henry tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani personaliti wanita yang cukup ‘hot’ Hannah Tan dan Razif Hashim, pengacara yang cukup terkenal dengan aksi spontan yang menghiburkan.Anda    boleh    mengundi    artis    kegemaran    anda    dengan    melayari    laman    sesawang www.shoutawards.com.my  atau  SMS  ke  SHOUT  <jarak>  <kod  undian>  dan  hantarkan  ke 33399.  Pemenang  akan  dipilih  menerusi  undian  SMS  dan  ‘online’  yang  akan  dibuka  selama sebulan bermula 22 Oktober 2012 hingga 22 November 2012.

Nu’est

Majlis anugerah ini pastinya tidak meriah tanpa persembahan bertenaga dan kolaborasi menarik dari artis-artis dan band popular tempatan. Kini, kami ingin mengumumkan barisan artis yang bakalmembuat  persembahan  di Shout! Awards.  Mereka  yang  bakal  menggegarkan  pentas adalah Yuna, Goldfish & Blink, Altimet, Ze!, Darren Ashley, Kyoto Protocol, Go Gerila!, Liyana Fizi, Run This, Diandra Arjunaidi, The Impatient Sisters dan ramai lagi.

Tahun ini juga Shout! Awards memberikan kelainan dengan mengadakan sebuah pentas khas iaitu ‘Discovery Stage’. Objektif ‘Discovery Stage’ yang diadakan buat julung-julung kalinya ini ialah untuk memberi platfom bagi bakat-bakat baru mempamerkan muzik masing-masing. Antara bakat-bakat kreatif yang bakal menghangatkan ‘Discovery Stage’ ialah Meliha Faisal, The Aggrobeats, Tres Empre, Man Under Zero Effort, Rosevelt, Wanted Symphony, DJ B!ng dan Salam Muzik.Ia juga akan diserikan dengan kehadiran artis-artis popular sebagai penyampai antaranya ialah Yuna, Jason Lo, Patricia K, Sazzy Falak, Reshmonu, Kimberly Legett, Serena C, Atilia, Sharifah Amani,Sharifah Aleya, Yasmin Hani, Bunkface, Marsha Milah Londoh,Amy Search, Rina Omar, Redza Minhat, Sara Ali, Izara Aishah, Siti Saleha, Farid Kamil, Joseph Germani, Jared (Grimm Films),Dan Khoo dan ramai lagi.

Vixx

Berbeza dari tahun sudah di mana pihak 8TV menampilkan artis Hollywood. Peka dengan fenomena K-Pop yang sedang melanda dunia, istimewa Shout! Awards edisi tahun ketiga kali ni, bakal menerbangkan bukan satu tapi dua kumpulan K-Pop sensasi iaitu NU’EST dan VIXX yang akan membuat persembahan secara live pada malam itu.

Bagi menghangatkan majlis ini, beberapa siri jelajah telah diatur dan sebagai pembuka tirai siri jelajah Shout! Awards akan diadakan pada 10 November 2012 di Berjaya Times Square Boulevard jam 5.00 hingga 6.00 petang. Siri jelajah ini akan diteruskan ke lokasi kedua pada hari yang sama di Laundry Bar, The Curve jam 9.00 hingga 10.00 malam.  Selain dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular, anda juga berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket eksklusif ke malam kemuncak  Shout! Awards.

Masih tidak puas? Temui arts-artis kesayangan anda di Sunway Giza Concourse Area pada 18 November 2012 jam 8.00 hingga 9.00 malam.  Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan  bertemu  dengan  pasukan  8Team  atau  menerusi  laman  sosial  Facebook  iaitu  di ‘Facebook Fan Page’ dan menerusi Twitter di @theshoutawards.

Peminat-peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas pada hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 3.00 petang hingga 5.00 petang.Selain itu anda juga boleh memenangi tiket-tiket eksklusif ini menerusi 8TV Quickie atau 8TV Nite Live.

 

 

Muzik Video ‘Flower Power’ (Versi Japan) Single Terbaru Girls’ Generation

‘Flower Power’ ialah single terbaru versi japan dari kumpulan kpop yang  terkenal iaitu Girls’ Generation telah pun berada di Youtube pada 31 Oktober iaitu semalam.Manakala album ‘FLOWER POWER – Girls, Limited Edition’ pula akan berada di pasaran pada 21 November 2012 ini.

Terdapat 3 lagu di dalam album (format CD Maxi) tersebut iaitu Flower Power, Beep Beep dan Girls’ Generation II Smash-Up.

Filem ‘Istanbul Aku Datang’

Di Pawagam : 8 November 2012

Pengarah :  Bernard Chauly

Pelakon :  Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan

Sinopsis 

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Senarai Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2012

Anugerah Planet Muzik bakal berlangsung pada 15 Dec 2012, 8.30 malam di The Max Pavilion, Singapura. Sebanyak 15 kategori akan dipertandingkan.

Satu Majlis Sidang Media APM2012 telah berlangsung di Rendezvous Grand Hotel, Singapura petang samalam. Selain pengumuman senarai pencalonan, roadshow serta sidang media di Malaysia dan di Indonesia juga akan turut diadakan bagi mempromosikan anugerah ini.

Berikut adalah senarai pencalonan-pencalonan Anugerah Planet Muzik 2012:

1. BEST VOCAL PERFORMANCE IN A SONG (NEW MALE ARTISTE) PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)
1. Anji, (Hatiku) Berhenti Di Kamu
2. Awi Rafael, Bila Aku Jatuh Cinta
3. Budi, DoReMi
4. Hazama, Cinta Teragung
5. Sandy Canester, Lelaki Dungu

2. BEST VOCAL PERFORMANCE IN A SONG (NEW FEMALE ARTISTE) PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA)
1. Dhisa, Cintaku Kamu
2. Lala Karmela, Kamu, Aku, Cinta
3. Najwa Latif, Cinta Muka Buku
4. Raisa, Serba Salah
5. Zahidah, Malam Ini

3. BEST NEW DUO/GROUP DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK
1. Armada, Mau Dibawa Ke Mana
2. Audionauts, Maha Bisa Rahsia
3. Hazama & Amy Search, Semitri
4. PULSE!, Tetap Berazam
5. Salam Musik & Altimet, Alamak!

4. BEST COLLABORATION KOLABORASI TERBAIK
1. Aliff Aziz & Hao Ren, Dilema Cinta
Komposer: Choo Hao Ren
Penulis Lirik: Sha Kalam
2. Dayang Nurfaizah & Tompi, Perlukan Cinta
Komposer: Audi Mok
Penulis Lirik: Ad Samad
3. Hyrul Anuar & Mimi Fly One Nation Emcees, Sudah Mengapa
Komposer: Andi A. Merican & Khairafik Khairudin
Penulis Lirik: Hyrul Anuar
4. Ramlah Ram & SleeQ, Sesaat Kau Datang
Komposer: ID Mifzal
Penulis Lirik: Zie Shafruddin
5. Rossa & Taufik Batisah, Aku Bersahaja
Komposer: Taufik Batisah
Penulis Lirik: Taufik Batisah

5. BEST MALE ARTISTE ARTIS LELAKI TERBAIK
1. Afgan, Panah Asmara
2. Anuar Zain, Ajari Aku
3. Hafiz, Ku Akui
4. Once Mekel, Hilang Naluri
5. Sammy Simorangkir, Sedang Apa Dan Dimana

6. BEST FEMALE ARTISTE ARTIS WANITA TERBAIK
1. Agnes Monica, Rindu
2. Alyah, Kisah Hati
3. Astrid, Tentang Rasa
4. Shila Amzah, Patah Seribu
5. Yuna, Terukir Di Bintang

7. BEST DUO/GROUP DUO/KUMPULAN TERBAIK
1. Geisha, Cinta dan Benci
2. Kesna, Pilihlah Diriku
3. Kotak, Tendangan Dari Langit
4. RAN, Mencuri Hati
5. Rausyanfikir, Rentak Hati

8. BEST SONG (SINGAPORE) LAGU TERBAIK SINGAPURA
1. Coba, Snowball
Komposer: Sid Isman
Penulis Lirik: Sid Isman
2. Fatamorgana, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
Penulis Lirik: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
3. Maha Bisa Rahsia, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal & Sham
Penulis Lirik: Malon, Ryzal & Sham
4. Malam Ini, Zahidah
Komposer: Zahidah
Penulis Lirik: Zahidah
5. Pulanglah, Awi Rafael
Komposer: Awi Rafael
Penulis Lirik: Awi Rafael

9. BEST SONG LAGU TERBAIK
1. Apa Bisa, Kotak
Komposer: Pay, Dewiq & Kotak
Penulis Lirik: Pay, Dewiq & Kotak
2. Kisah Hati, Alyah
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih
3. Ombak Rindu, Hafiz & Adira
Komposer: Nurzaidi Abd Rahman
Penulis Lirik: Sharad Sharan
4. Sedang Apa dan Dimana, Sammy Simorangkir
Komposer: Mario Ricardo
Penulis Lirik: Mario Ricardo
5. Terukir di Bintang, Yuna
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna

10. MOST POPULAR SINGAPORE ARTISTE ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
SG1: Aliff Aziz
SG2: Aryan
SG3: Audionauts
SG4: Awi Rafael
SG5: Didicazli
SG6: Diorama
SG7: Fauzie Laily
SG8: Hady Mirza
SG9: Imran Ajmain
SG10: Sezairi Sezali
SG11:SleeQ
SG12: Taufik Batisah

11. MOST POPULAR SINGAPORE SONG LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
LP1: Cinta Yang Lain, Arus
LP2: Gila, Tujuh
LP3: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LP4: Maha Bisa Rahsia, Audionauts
LP5: Membenam Pagi Tanpamu, Diorama
LP6: Menanti Cintamu, Revalina
LP7: Mengapa Kau Harus Pergi, Farhan Shah
LP8: Pulanglah, Awi Rafael
LP9: Salahkan, Hyrul Anuar
LP10: Sally The Lion, The Lion Story & The Sallys
LP11: Terlalu Sayang, Didicazli
LP12: Yang Teristimewa, Sheikh Haikel feat. SleeQ

12. MOST POPULAR REGIONAL ARTISTE ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
AS1: Afgan
AS2: Agnes Monica
AS3: Aliff Aziz
AS4: Alyah
AS5: Hady Mirza
AS6: Hafiz
AS7: Judika
AS8: Shila Amzah
AS9: SleeQ
AS10: Taufik Batisah
AS11: Ungu
AS12: Yuna

13. MOST POPULAR REGIONAL SONG LAGU SERANTAU PALING POPULAR
LS1: Beribu Sesalan, 3 Suara
LS2: Bukan Dia Tapi Aku, Judika
LS3: Kalau Cinta, Aliff Aziz & Joanna
LS4: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir
LS5: Kisah Hati, Alyah
LS6: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Pasha Ungu & Rossa
LS7: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LS8: Ombak Rindu, Hafiz & Adira
LS9: Paralyzed, Agnes Monica
LS10: Sedetik Lebih, Anuar Zain
LS11:Takkan Pernah Ada, Geisha
LS12: Tentang Rasa, Astrid

14. NEW MEDIA NOVA NOVA MEDIA BARU
MN1: Abdul Hamim Suleiman
MN2: Abdul Muttaleeb
MN3: Arien Nur Santi
MN4: Asya Yonce
MN5: Ayu Videl
MN6: Cassidy Anderson
MN7: Fairuz Selamat
MN8: Muhamad Wazini Bin Mohamed Taib
MN9: Muhammad Azri Syafiq
MN10: Muhammad Samsudian
MN11: Syazwiyanti
MN12: Yoseph Pradana

15. NEW MEDIA ICON IKON MEDIA BARU
MI1: Afgan
MI2: Alyah
MI3: Kotak
MI4: Najwa Latif
MI5: Sherina Munaf
MI6: Shila Amzah
MI7: SleeQ
MI8: Ungu
MI9: Vidi Aldiano
MI10: Yuna

Rahsia Kulit Cerah Dan Berharga Dengan Mandian Badan LUX White Impress

Setiap wanita mahu tampil dan berasa hebat pada diri sendiri, jadi bagi membantu mereka berasa yakin untuk menyinar, mandian badan LUX White Impress memberikan pengalaman mandian mewah yang menghasilkan kulit cerah yang berharga.LUX White Impress mempunyai “Triple-Action-System” yang unik yang dirumuskan secara sempurna dengan ekstrak mulberi bagi mencerahkan ton kulit, madu bagi mengekalkan kelembapan dan mikro-kristal bagi pengelupasan kulit, menjadikan kulit sehalus sutera dan lembut seperti kulit bayi!!

LUX memang dikenali dengan haruman memikatnya yang luar biasa dalam setiap mandian badannya di mana LUX White Impress tidak terkecuali apabila hadir bersama pesona menawan Lili dari lembah, Ros dan Melur yang digandingkan dengan buah-buahan yang bergemerlapan, dan pati vanila bagi mencipta wangian menggoda yang kontemporari.

Bagaimanapun, kemewahan ini bukan sekadar di bilik mandi kerana haruman memikat dalam LUX White Impress kekal berpanjangan selepas itu, lantas mewujudkan mood menawan dan sensual yang membolehkan potensi dalaman wanita terserlah sinarnya dengan yakin sekali gus memikat pandangan penuh kagum daripada orang lain!

Hanya untuk masa yang terhad, pengguna berpeluang menjadi lebih berseri-seri dengan membawa pulang loket rantai Preciosa® Genuine Czech Crystal™ dengan setiap pembelian produk LUX bernilai RM20, yang mesti termasuk sekurang-kurangnya satu produk LUX White Impress di semua farmasi dan pasar raya yang mengambil bahagian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman Facebook LUX bagi mendapatkan kemas kini.

Mandian badan LUX White Impress boleh didapati di semua rangkaian kedai yang menawarkan produk LUX di seluruh Malaysia, pada harga RM15.90 (untuk botol 700ml) dan RM6.00 (untuk botol 220ml). Pek isian semula juga boleh didapati pada harga RM8.90 (untuk pek 600ml).

‘Coca-Cola Collectors Fair 2012’ pada 10 November 2012 Di Publika Boulevard Shopping Mall

Ramai orang menikmati mengumpul setem, rakan-rakan di facebook dan matchboxes tetapi pengumpul barangan Coca-Cola adalah antara yang paling bersemangat di dunia.

Jika anda mempunyai semangat untuk perkara yang sebenar, datang dan melihat koleksi swasta 30 pengumpul tempatan dan asing di Pengumpul Coca-Cola Fair 2012 Malaysia di Publika Shopping Mall Boulevard (Level G2) pada hari Sabtu, 10 November.

Ia juga akan menampilkan Muzium Coca-Cola Perjalanan yang terdiri daripada pameran interaktif yang memaparkan memorabilia asal dari Arkib Coca-Cola yang terletak di Atlanta, Amerika Syarikat dengan pelbagai item budaya pop dari dunia seni, muzik dan fesyen.

3 DJ Hip Hop legenda Di Adidas Breathe And Stop ‘Laced Up’ Tour 2012

Selepas berjaya dengan Breathe And Stop Tour pada bulan Ogos 2012, yang pertama,tiga lagi DJ Hip Hop legenda akan merentasi 6 bandar ikonik di Asia Tenggara pada November ini.

‘Laced Up’ Tour mempunyai 3 DJ parti yang terkenal – DJ Apollo (Invisibl Skratch Piklz / Triple Threat DJs / SF), Vinroc (5th Platoon / Triple Threat DJs / SF), & Tony Touch (Rocksteady Crew / NYC) di Singapura pada 15 November, Kuala Lumpur 16, Saigon 17, Manila 22, Jakarta 23 & Bangkok pada 24.

‘Laced Up’ Kuala Lumpur akan diadakan di The Butter Factory pada 16 November 2012. Untuk butir-butir dan maklumat terkini termasuk harga tiket sila layari www.facebook.com / BreatheAndStop .