SO Staff

Astro Buka Saluran Pakej Mustika & Astro Mustika HD Kepada Semua Pelanggan Mulai 9 -17 November 2012

 

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan para pelanggan yang setia, pihak Astro dengan berbesar hati akan membuka saluran-saluran premium dalam Pakej Mustika iaitu Astro Citra (131),  Astro Warna (132), Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) untuk hiburan yang berterusan buat semua pelanggan mulai 9 hingga 17 November 2012 jam 6.00 pagi.

Mulai 9 hingga 17 November kelak, para penonton akan dapat menikmati pelbagai koleksi filem menarik dari dalam dan luar negara menerusi saluran Astro Citra (131) seperti Ayat-Ayat Cinta, Bujang Terlajak,  Kepergok Pocong, Dorm serta banyak lagi. Tambah menarik lagi, Astro Citra juga turut menayangkan filem-filem menghiburkan lakonan Aaron Aziz yang telahpun disusun khas untuk tontonan para peminat seperti Datin Ghairah, KL Gangster, Evolusi KL Drift 2, Pisau Cukur dan banyak lagi.

Manakala menerusi saluran Astro Warna (132) pula, para penonton pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menonton episod akhir program Onyomat Geset Go pada 9 November ini untuk mengetahui pelawak manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000. Nantikan juga episod pertama pertarungan lawak paling berprestij iaitu Maharaja Lawak Mega 2012 yang akan bersiaran buat pertama kali secara langsung pada 16 November 2012. Kedua program ini juga akan bersiaran secara serentak menerusi saluran Astro Mustika HD (134).

Selain itu, para penonton juga boleh bergelak ketawa dengan menonton program-program komedi baru di saluran ini termasuklah Opera Sabun Boboi, Pondok Jambu serta ulangan koleksi terbaik program-program komedi kegemaran ramai seperti Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia.

Bagi para penggemar program berbentuk telenovela pula pastinya akan lebih teruja dengan himpunan pelbagai drama telenovela yang pastinya menghiburkan di saluran Astro Bella (133) seperti telenovela bersiri menarik dari Latin berjudul Infamia. Bukan itu sahaja, para penonton juga boleh menikmati pelbagai koleksi drama telenovela lain seperti Budoy, Quererte Asi, Daniela dan Morena.

Selain daripada menawarkan program-program yang turut disiarkan secara serentak di saluran lain seperti program MasterChef Malaysia & RM1, 000, 000 Money Drop (tayangan serentak di Astro Ria 104), Primadona (tayangan serentak di Astro Prima 105) dan Entri Jameela (tayangan serentak di Astro Oasis 106), saluran Astro Mustika HD (134) yang hanya menyiarkan program-program dalam bentuk definisi tinggi turut membariskan program hebat seperti drama bersiri Adam & Hawa yang dibintangi oleh nama-nama popular seperti Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Norman Hakim,  Amyza Adnan dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, nantikan juga filem-filem tempatan yang turut ditayangkan menerusi saluran ini seperti Ngangkung, Hantu Bonceng, Bini Biniku Gangster, Kongsi dan banyak lagi.

Ujibakat ‘Muzikal Ali Baba’


Istana Budaya mengadakan ujibakat untuk Muzikal Ali Baba kepada remaja-remaja berbakat pada ketetapan berikut:

TARIKH: 10 NOVEMBER 2012 (SABTU)
MASA: 9 PAGI – 5 PETANG
TEMPAT: ISTANA BUDAYA

Untuk makluman juga, Muzikal Ali Baba bakal dipentaskan pada bulan Disember 2012 ini.

Tonton Siaran ‘Majlis Perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei’ Di NTV7 & Tonton.com.my

Ramai sudah mengetahui bahawa pemain badminton no. 1 negara, Dato’ Lee Chong Wei bakal mengakhiri zaman bujang bersama pasangannya, Wong Mew Choo. Bagaikan buku bertemu ruas, kedua-dua pasangan itu sama-sama lincah dalam arena sukan badminton. Siapa menyangka kisah cinta yang berpanjangan selama 11 tahun kini akan berakhir dengan penyatuan dua hati.

Bagi menghargai jasa pasangan ini yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di persada negara, ntv7 dan portal Tonton akan menyiarkan liputan khas bagi acara perkahwinan yang bakal berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Liputan eksklusif ini dibawakan KHAS OLEH ntv7 setelah PENGUMUMAN sebagai media rasmi dibuat oleh Dato’ Lee Chong Wei dalam SIDANG MEDIA pada 3 November lalu.

Siaran langsung ‘streaming’ menerusi portal Tonton boleh diakses pada 9 dan 10 November dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my.

Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam  dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya. Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu.

Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei:

 Tarikh

Tonton

ntv7

9 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.

*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefonpintar (Android 2.3+ & ios5+)

 

Lintas langsung menerusi <Edisi 7> pada 7.00 malam dan <7 Edition> pada 8.00 malam.
10 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.

*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3+ & ios5+)

 

Siaran langsung selama sejam di ntv7 bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
11 November  Rancangan dokumentari khas ‘A Galaxy Of Love’ pada pukul 9.00 malam.

PSY,Fun,Rita Ora Dan Armin Van Buuren’s Bakal Gegarkan Future Music Festival Asia 2013

Future Music Festival Asia kembali pada tahun 2013 dengan nama-nama besar yang bakal mengegarkan seperti PSY,Fun,Rita Ora,The Prodigy,DJ Lagenda Armin Van Buuren’s dan ramai lagi. Ia bakal akan diadakan selama 2 hari iaitu 15 hingga 16 Mac 2013 dan lokasinya akan diberitahu kelak.

Pada 15 Mac 2013 Future Music mempersembahkan ‘A State of Trance 600: The Expedition World Tour’ yang bakal ketuai oleh Armin Van Buuren dan pada 16 Mac 2013 Future Music Festival Asia 2013 pula mengetengahkan artis ternama seperti PSY,Fun,Rita Ora,DJ Fresh Live,The Prodigy dan ramai lagi.

 

Ticket Types and Details:

Early Bird

(Limited number
of tickets only)

Pre-Sale

(For sale up till
14 March 2012)

At The Door

Weekend Pass (Two-day Access: March 15 & 16)

  • Entry into FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour and FMFA 2013
RM178 RM238 RM288
Single-Day Pass (One-day Access: March 15 ONLY)

  • Entry into FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour ONLY
RM138 RM158 RM188
Single-Day Pass (One-day Access: March 16 ONLY)

  • Entry into FMFA 2013 ONLY
RM138 RM158 RM188
VIP (Two-day Access: March 15 & 16)

  • Entry into FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour and FMFA 2013
  • Priority VIP entry lane
  • Access into VIP marquees complete with private bars, couches, powder room, video feed of all stages and viewing decks
  • Dedicated VIP toilets
  • Access to designated VIP car parks
  • Complimentary drinks tickets, food discount vouchers and goody bags
N/A RM388 RM388

** Tickets will be on sale from 16 November 2012 onwards at www.futuremusicfestival.asia and www.facebook.com/futuremusicasia. Tickets are also available for walk-in purchase at all Rock Corner and Victoria Music outlets. Future Music Festival Asia 2013 is opened to guests aged 18-years and older only. ID verifications will be carried out at the door. The venue for Future Music Festival Asia 2013 will be announced on www.futuremusicfestival.asia on 15 November 2012.

For more information or to obtain updates on the festival, logon to: www.futuremusicfestival.asia or www.facebook.com/futuremusicasia. To take a look at highlight reels from the last Future Music Festival Asia 2012 which was held in March this year, visit: http://vimeo.com/37219388

See also www.astateoftrance.com for more information.

 

Lee Seung Gi Teruja Pertama Kali Ke Malaysia

“Hello Malaysia! Apa khabar!, ucap Lee Seung Gi dengan teruja  sebaik saja muncul ke tengah pentas tepat jam 8.30 malam. Hampir 1,000 orang peminat memenuhi Kenanga Wholesale City Mall untuk menyaksikan Tonight With Lee Seung Gi in Malaysia.

Segak bersut hitam, diiringi empat penari,Seung Gi  mendendangkan lagu Age of Love.Acara diteruskan dengan sesi permainan-saat yang memang dinanti peminat. Mahu bukti sejauh mana kesetiaan peminat terhadapnya, Seung Gi memilih enam yang bertuah kemudian cabaran mereka menyanyikan lagunya.

Bersambung permainan, peminat semakin histeria apabila kali ini babak berbasikal (juga sepertimana dalam drama Brilliant Legacy) antara Seung Gi dan Han Hyu Joo ‘dibawa’ ke pentas. Sejurus itu, sekali lagi, dua peminat bertuah dipilih.

Permainan semakin menarik apabila kali ini Seung Gi menunggang basikal sambil dibonceng peminat. Berjanji akan kembali lagi ke sini, Seung Gi mengakhiri malam temujanji dengan mini konsert. Dia mengajak peminat menyanyi dan menari bersama sewaktu dipersembahkan lagu Aren’t we Friends, Will You Marry Me, Smile Boy, Let’s go on a vacation,Because You’re My Girl dan di akhiri dengan Slave.

 

[nggallery id=114]

 

‘MeleTOP’ Gandingkan 2N Sebagai Pengacara

Saluran Astro RIA telah menerbitkan sebuah lagi program berita hiburan tempatan serta antarabangsa terbaru yang padat dengan elemen komedi iaitu “MeleTOP”, menampilkan dua nama besar dalam industri hiburan tanah air, Nabil dan Neelofa.

“MeleTOP” bukan sahaja bakal memaparkan berita terkini hiburan tempatan dan antarabangsa merangkumi gosip, filem, muzik dan internet, malah akan turut memaparkan apa yang rancak diperkatakan di laman sosial seperti Twitter, Facebook, YouTube, Instagram, blog dan sebagainya.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Raqim Ahmad berkata, pihaknya ingin memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan program dengan pengisian segar dan terkini.

“Kami jelas tentang kecenderungan para penonton masa kini yang bukan hanya mahukan berita dan gosip hiburan tetapi merangkumi gaya hidup terkini, serta menerapkan elemen teknologi yang sesuai dengan perkembangan semasa dan lebih dekat dengan kehidupan mereka.

“Program ini bakal menjanjikan kelainan yang segar berbanding program-program hiburan sedia ada. Contohnya, berita hangat ini akan juga disampaikan menerusi lakonan semula, sekadar untuk menjentik selebriti tentang isu hangat yang sedang diperkatakan.

Bercerita tentang pemilihan Nabil dan Neelofa pula, Raqim memberitahu ia amat tepat dengan konsep dan hala tuju program “MeleTOP” ini.

“Selain populariti dan pengalaman mengacara yang dimiliki mereka berdua pasti akan mewujudkan kolaborasi yang hebat walaupun ini merupakan kali pertama mereka digandingkan bersama. Namun keserasian mereka dapat dilihat dan mampu menonjolkan karakter serta kekuatan masing-masing.

“Kami yakin dengan gaya penyampaian yang santai dan elemen komedi yang diterapkan, “MeleTOP” mampu mendapat tarikan penggemar berita hiburan terus menonton,” jelasnya lagi.

“MeleTOP” bakal memaparkan tiga segmen utama iaitu Gosip MeleTOP yang memaparkan gosip terkini industri hiburan tanah air. Kedua adalah Carta MeleTOP yang dibawakan oleh Era.FM yang menampilkan carta-carta lagu terkini. Terakhir adalah Filem MeleTOP yang menampilkan carta filem terlaris di Malaysia serta sketsa parodi babak daripada filem pilihan.

“MeleTOP” bersiaran pada  setiap hari Selasa, jam 10 malam bermula 30 Oktober 2012 yang lepas di Astro RIA (Saluran 104) dan Astro-On-The-Go.

‘ANGEL DUST’ Single Kedua Lynnzay Affandy feat. Tactmatic

Lynnzay Affandy yang pernah muncul dengan lagu ‘Jejaka Idaman 2.0’ baru-baru ini telah pun meriliskan lagu terbaru ciptaannya sendiri bertajuk ‘ANGEL DUST’ yang berbahasa Inggeris bersama penyanyi hiphop underground yang di kenali sebagai

Tactmatic

Muzik video lagu ini di arahkan oleh Lynnzay dan produksinya sendiri.Selain tema percintaan yang bersesuaian dengan konsep lagu ini dengan lakonan ringkasnya bersama pengacara ‘Over The Top MBSB’ di TV3,Faisal Ariffin,Lynnzay juga ingin memberikan kelainan dalam muzik videonya dengan menekankan konsep ‘TIADA DISKRIMINASI’ untuk mereka yang berbakat dengan menggunakan penari bersaiz XL.

Tanpa ingin di bayangi konsep tipikal video muzik yang selalunya lebih cenderung kepada penggunaan penari seksi, Lynnzay dengan beraninya melakukan kerjasama bersama dua penari yang berbakat segar serta menggunakan khidmat mereka sebagai pereka tari yang amat meminati tarian berunsur K-POP.Lagu ini juga memperkenalkan gaya sebenar muzik Lynnzay dan kebolehan Lynnzay mencipta lagu sendiri kepada Malaysia.

Dan selepas ini,Lynnzay khabarnya akan sentiasa menerbitkan lagu-lagu hasil ciptaannya setiap 2-3 bulan untuk anda semua lebih mengenali dan mendekati Lynnzay.

Dengarkan ‘ANGEL DUST’ dan nantikan produk-produk Lynnzay yang bakal datang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut dan info tentang Lynnzay, anda boleh layari laman Facebook di – http://www.facebook.com/LynnzayAffandy atau pun Twitter : @LynnzayAffandy

Dengan Sekali Lafaz Diana Danielle Sah Milik Farid Kamil

Alhamdulillah dan tahniah dengan sekali lafaz pelakon Diana Danielle Benson,21 sah menjadi isteri kepada pelakon-pengarah Farid Kamil,31 sebentar tadi.Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Dato’ Dr. Zahari telah dinikahkan oleh Ybhg. Ustaz Haji Daim Jajuli iaitu Pegawai Tadbir Agama /Pendaftar Kanan Daerah Gombak. Majlis ijabkabul telah diadakan di Hotel Flamingo, By The Lake Ampang.

Diana menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa helmet dan motor monster energy, senaskah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin.Manakala Farid pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, Majalah Polo, mini bike Kawasaki, sireh junjung dan bubble gum towel, manisan dan foto album daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis pernikahan ini akan disiarkan secara live eksklusif di Astro Ria jam 9.00 malam, hari ini.Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan di  pada 30 November 2012. Lokasi akan diberitahu kelak. Sementara majlis sambut menantu dijangka berlangsung pada 12 Disember, dikampung halaman Farid, Jitra, Kedah.

Kredit photo : Rotikaya

[nggallery id=113]

Filem ‘Skyfall’

Di Pawagam : 1 November 2012

Pengarah :  Sam Mendes

Pelakon :  Daniel Craig, Javier Bardem, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Bérénice Marlohe, Ben Whishaw,Albert Finney dan Judi Dench.

Sinopsis

Menerusi filem aksi Skyfall, watak James Bond telah dikatakan hilang dan dianggap telah mati. Identiti untuk menjalankan segala aktiviti pengintipan ejen M16 juga telah dimusnahkan daripada data internet.

Menerusi insiden tersebut, pihak kerajaan telah menggunakan M sebagai subjek rujukan mereka dalam menangani segala situasi dan masalah. Namun begitu, apabila M mula diserang oleh pihak tertentu,Bond telah muncul secara tiba-tiba dan mereka telah berhubung secara rahsia.

Apakah akan berlaku antara Bond dan M selepas itu? Dapatkah mereka bekerjasama sebagai satu pasukan?


Liputan Eksklusif Perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle di Astro Ria!

Percintaan yang sentiasa mendapat perhatian bakal dijunjung ke kemuncaknya dengan majlis perkahwinan yang berprestij. Setelah lebih empat tahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil langkah untuk memeterai ikatan suci murni yang sah di hari bahagia mereka.

Bersempena dengan majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan ini, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go. Siaran selama 30 minit ini bakal memaparkan persediaan saat-saat akhir menjelang majlis pernikahan Farid dan Diana dan paparan eksklusif sebelum dan selepas lafaz akad nikah.

Percintaan yang sentiasa mendapat perhatian bakal dijunjung ke kemuncaknya dengan majlis perkahwinan yang berprestij. Setelah lebih empat tahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil langkah untuk memeterai ikatan suci murni yang sah di hari bahagia mereka.

Bersempena dengan majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan ini, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go. Siaran selama 30 minit ini bakal memaparkan persediaan saat-saat akhir menjelang majlis pernikahan Farid dan Diana dan paparan eksklusif sebelum dan selepas lafaz akad nikah.

Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi kebahagiaan kisah cinta Farid Kamil dan Diana Danielle bersama Astro Ria melalui liputan  eksklusif perkahwinan pasangan ini pada hari Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam. Nantikan juga dua lagi episod dokumentari istimewa pada Disember ini, dibawakan khas untuk penonton Astro Ria (Saluran 104)!

 

Malam Ahad Kini Lebih Santai Bersama Awie Di ‘Tunggu Sekejap’

Selepas Jangan Tidur Lagi dan BROS, malam Ahad para penonton akan terus diserikan dengan sebuah lagi program terbaru, “Tunggu Sekejap”, yang dihoskan oleh penyanyi rock dan pelakon terkenal tanah air iaitu Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie mulai 11 November ini. “Tunggu Sekejap” merupakan program bual bicara variety yang sarat dengan aksi yang mencuit hati dan mendebarkan serta diselitkan elemen-elemen hiburan. Awie tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, ahli sukan, VVIP dan ahli perniagaan.

Bersiaran selama 1 jam bermula 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam, “Tunggu Sekejap” merupakan pelengkap malam hujung minggu penonton dengan memuatkan 5 segmen menarik iaitu “Babak Ke Babak”, “Lawak Lawak”, “Aksi”, “Tiru Gaya Artis” dan “Karaoke Ligat”. Sesi rakaman “Tunggu Sekejap” diadakan di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam dan turut menampilkan band Kristal sebagai pemuzik iringan untuk kesemua 13 episod.

Antara tetamu undangan yang akan bersama Awie di dalam “Tunggu Sekejap” ialah Shuib Sepah, Ifa Radziah, Zalif Sidek, Sofi Jikan, Didie Alias, Eby Yus, Monoloque, Almy Nadia, Nabil, Dina Nadzir, Aiman Hakim Ridza, Angah Raja Lawak, Abon, Syanie, Wan Sharmila dan ramai lagi.

“Tunggu Sekejap” diterbitkan oleh Primeworks Studios yang diterajui oleh Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif dan Zaini Saidi selaku Penerbit. Saksikan “Tunggu Sekejap” bersama hos, Awie, pada setiap hari Ahad jam 11.00 malam mulai 11 November ini di TV3. Selain itu, penonton mempunyai alternatif untuk menyaksikan “Tunggu Sekejap” menerusi laman sesawang www.tonton.com.my.

‘The Forgotten’ Dari Green Day Dipilih OST ‘Twilight – Breaking Dawn Part II’

Single terbaru daripada Green Day yang berjudul ‘The Forgotten’ telah dijadikan lagu sountrack untuk filem Twilight – Breaking Dawn Part II. Video Klip lagu ini juga berlatar belakangkan filem ini.

Filem yg dibintangi oleh Robert Pattinson dan Kristen Stewart bakal menjengah ke pawagam pada 22 November 2012.