SO Staff

Rita Ora Lahirkan Album Pertama ‘ORA’

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘R.I.P’ , ‘Hot Right Now’ dan single terbaru iaitu ‘How We Do (Party)’  ini telah melahirkan album yang berjudul ‘ORA’. Beliau ialah artis dibawah label Roc Nation / Columbia Records.Dua single pertama beliau sebelum ini pernah mengungguli carta N0.1 UK.

Album ini diedarkan oleh Sony Music Malaysia. Beliau turut mendapatkan sentuhan DJ Fresh di dalam lagu ‘Hot Right Now’.

 

 

Anugerah Skrin 2012 Meraih 4 Juta Penonton

Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012), anugerah paling berprestij dekad ini  telah menyaksikan kemenangan besar drama ‘Di Telapak Kaki Bonda’ terbitan Filmscape Sdn Bhd di bawah arahan Kabir Bhatia yang menggondol 4 anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di samping meraikan Bunohan sebagai Filem Terbaik.

Belum pun reda bahang kehangatan ASK 2012 yang berlangsung pada Jumaat malam lalu, stesen televisyen swasta nombor satu Negara, TV3 berjaya meraih jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 4 juta (17.1 TVR) atau 54% syer penonton (sumber: Nielsen Media Research) sewaktu tayangan ASK 2012 secara langsung, bermula dari jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Program ‘Fantasi ASK 2012’ yang memaparkan detik-detik persiapan Anugerah Skrin 2012 dan kemeriahan Jelajah ASK 2012 pada 9 November 2012 dari jam 4.30 petang hingga 5.00 petang juga mencecah kadar tontonan sehingga 1 juta penonton sewaktu bersiaran.

Utuh memasuki musim yang ke-14, Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun. Tahun ini, ASK 2012 telah mengangkat ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale) dan menyuntik elemen teater dalam konsep persembahan malam anugerah itu.

Bukan saja cemerlang meraih kadar tontonan tinggi di kaca televisyen, malah ASK 2012 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi www.tv3.com.my/ask2012. Rekod menunjukkan seramai 64,000 menonton ASK2012 dan ’esklusif Red Carpet’ secara langsung menerusi online. Jumlah ini juga merupakan kenaikan sebanyak 28% berbanding dengan tahun 2011. Antara aplikasi menarik tahun ini, penonton boleh memilih skrin mana yang ingin ditonton untuk mengikuti suasana pada sebelum dan sewaktu Anugerah Skrin berlangsung sama ada ’Video Streaming di pintu masuk’, ’Red Carpet’, ’Malam Anugerah’ atau ’Thank You Cam’. Dengan itu, hampir 20% penonton dicatatkan terdiri daripada pelayar-pelayar web dari luar negara seperti Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Brunei Darussalam.

ASK2012 juga berjaya mendapat hampir 200,000 pelayar mengikuti perkembangan terkini melalui laman rasmi hanya pada malam Anugerah tersebut. Laman sosial Twitter dengan #ASK2012 bukan sahaja ’trending’ di Malaysia malah ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga berjaya mendapat tempat ke 8 secara global (worldwide). Sehingga hari ini, hampir 40,000 telah menonton catch up ASK2012 di www.tonton.com.my.

 

Tiket Future Music Festival Asia 2013 Mula Di Jual Pada 16 Nov 2012 & Percuma CD PSY!!!!

Tiket-tiket konsert Future Music Festival Asia 2013 yang bakal berlangsung Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Mac 2013 akan mula dijual di Rock Corner Midvalley, Jumaat ini!

Menarik, bersempena pelancaran jualan tiket tersebut, pada hari itu, Rock Corner juga mengadakan promosi khas (satu hari sahaja) yang mana 1,000 pembeli terawal (early-bird) yang membeli tiket berharga RM178 berpeluang mendapatkan CD percuma PSY,  Gangnam Style dan promosi ini sah hanya di Rock Corner Midvalley bermula jam 6 pm.

Manakala jualan tiket secara online akan bermula pada hari Sabtu, 17 November 2012 dan seterusnya. Peminat boleh membeli tiket ini dengan melayari www.futuremusicfestival.asia atau www.facebook.com / futuremusicasia. Tiket (early-bird) berharga RM138 (untuk pas satu hari) dan tiket berharga RM178 (bagi pas hujung minggu) adalah terhad. Jadi peminat digesa untuk mendapatkannya lebih awal!

Future Music Festival Asia yang baru-baru ini mengumumkan gelombang pertama barisan bahagian epik untuk perayaan besar-besaran tahun depan menjangkakan kira-kira 40,000 peminat berkumpul lebih dua hari.

Direalisasikan buat julung kalinya di Malaysia (sebelum ini di Australia), konsert terbesar Asia Tenggara ini dianjurkan oleh Livescape Asia Sdn. Bhd dan Future Entertainment Australia ni mensasarkan seramai 40, 000 peminat (untuk kedua-dua hari).

Untuk hari pertama FMFA pertama akan menyaksikan ‘delegasi’ yang diketuai Armin Van Buuren tampil sebagai sebahagian daripada siri A State of Trance 600: The Expedition World Tour.

Manakala di hari kedua, membariskan artis hebat seperti PSY, Rita Ora, Fun, Bloc Party, Temper Trap, Rudimental, DJ Fresh Live, Stafford Brothers, Timmy Trumpet, Tenzin dan ramai lagi.

Di pentas ‘Warrior’s Dance Arena’ pula bakal menyaksikan  Feed Me, Kill The Noise, Zeds Dead dan Borgore yang akan berkongsi pentas dengan The Prodigy.

Barisan artis untuk dua lagi pentas berasingan akan diumumkan kelak.

Harga tiket-tiket seperti berikut:

Pass Hujung Minggu (Untuk kedua-dua hari: 15 & 16 Mac 2013) 
Early Bird (tiket terhad)               – RM178.00
Pre-sale sehingga 14 Mac 2013 – RM238.00
At the door                                   – RM288.00 

Pass Untuk 1 hari (15 MaC 2013 sahaja)
Early Bird (tiket terhad)               – RM138.00
Pre-sale sehingga 14 Mac 2013 – RM158.00
At the door                                   – RM188.00

Pass Untuk 1 hari (16 MaC 2013 sahaja)
Early Bird (tiket terhad)               – RM138.00
Pre-sale sehingga 14 Mac 2013 – RM158.00
At the door                                   – RM188.00

VIP (Untuk kedua-dua hari: 15 & 16 Mac 2013)
Early Bird (tiket terhad)               – N/A
Pre-sale sehingga 14 Mac 2013 – RM388.00
At the door                                   – RM388.00

Konsert ‘The Global 2NE1 Tour 2012 in Malaysia – New Evolution’ Dibatalkan

Konsert ‘The Global 2NE1 Tour 2012 in Malaysia – New Evolution’ yang dijadualkan berlansung pada 8 Disember 2012 di Stadium Malawati terpaksa dibatalkan diatas sebab isu teknikal. Keputusan tersebut dibuat oleh Running Into The Sun (RITS) selaku pihak penganjur selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa perkara termasuk dari segi keselamatan sewaktu persembahan, kelak. RITS kesal dengan pembatalan tersebut sekali gus turut memohon maaf terhadap kesulitan dan kekecewaan yang dialami semua peminat juga kepada 2NE1 dan label artis berkenaan iaitu YG Entertainment.

Kepada peminat yang telah membeli tiket sebelum ini, bayaran balik sepenuhnya akan diberikan. Butiran pembayaran balik tiket akan diumumkan tidak lama lagi menerusi www.facebook.com/runningintothesun.

 

Far East Movement & B.O.B Di ‘Watsons Music Festival’ Pada 15 Disember 2012

‘Watsons Music Festival’ menampilkan Far East Movement, B.O.B serta Mizz Nina bakal dilangsungkan di Stadium Merdeka pada 15 Disember 2012 jam 7 malam. Konsert ini adalah percuma.

Untuk mendapatkan tiket, mereka mestilah mempunyai Watsons VIP Card. Hanya dengan berbelanja RM60 di Watsons outlet,anda akan dapat 2 keping tiket serta 100 mata ganjaran mulai 12 November sehingga 15 Disember 2012. Tiket-tiket percuma juga boleh didapati di Era FM, Hitz.FM, 8TV Quickie dan akhbar The Sun.

Sila lawati Watsons Facebook untuk keterangan lanjut.

 

Astro Ceria Sediakan Platform Untuk Kanak-Kanak Dalam ‘SUPERSTAR’

Melihat kepada fenomena bidang tarian yang semakin menjadi ikutan ramai, Astro Ceria berbesar hati membawakan sebuah program realiti khas untuk kanak-kanak yang meminati bidang ini berjudul SUPERSTAR. Sebanyak lapan kumpulan peserta telah dipilih barisan juri profesional hasil pencarian bakat di lima buah negeri di seluruh negara. Kesemua peserta ini bakal bersaing dan mengejar gelaran juara yang akan disiarkan setiap hari Ahad bermula 11 November 2012 pada jam 11.00 pagi hanya di saluran Astro Ceria (611).

Lapan kumpulan peserta yang terpilih adalah THE IMPOSIBBLE KIDZ, E’QUEEN, AMY & MAJIDAH, SECRETS, GEMERSIK TARI, KRAZY-G, CAPTIVATION serta LEELEESM.SUPERSTAR akan dikemudikan oleh penyanyi yang juga terkenal dengan kemahirannya menari shuffle, Khairil Azam Pilus atau Aril. Program ini turut membawakan pengacara kesayangan kanak-kanak, Aznil Haji Nawawi sebagai Penaung program SUPERSTAR.

Sepanjang pertandingan SUPERSTAR, kesemua peserta akan berpeluang untuk mendapat latihan dan bimbingan daripada koreografer terkenal dan terhebat tanahair iaitu Ray Redzuan, Dayang Dayana, Saiful, Alam, Lilo, Yandi, Arroy dan Becky. Persembahan mereka kemudian akan diadili oleh tiga orang juri dan markah akan diberikan berdasarkan teknik serta kemahiran, irama lagu, serta persembahan keseluruhan pertandingan.

Farah Sulaiman dan Mohd Zulfarqar, atau dikenali juga sebagai Belalang, merupakan dua juri tetap Superstar. Antara yang bakal menjadi juri jemputan pertandingan tarian ini adalah Nabil Ahmad dan Adam.

SWEDISH HOUSE MAFIA ‘One Last Tour’ Di Kuala Lumpur Pada 18 Januari 2013

Trio DJ dance music yang popular dengan Save The World dan Don’t You Worry Child ini bakal mengadakan persembahan di Surf Beach,Sunway Lagoon pada 18 Januari 2012 seawal jam 6.00 petang. Ini disahkan oleh JS Concert.

Tiket-tiket telah mula dijual pada 9 & 10 November pada harga RM203 untuk Party Zone (RM253 harga biasa) & RM123 untuk Chillout Zone (RM153 harga biasa).

Tiket tiket ke Swedish House Mafia One Last Tour Live in Kuala Lumpur boleh di’dapati di Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve & Victoria Music dan juga secara online di Ticket Pro.

Justin Bieber Dan Taylor Swift Kuasai MTV EMA 2012

 

Justin Bieber dan Taylor Swift mengungguli MTV EMA 2012 dengan memenangi 3 anugerah. Walau bagaimanapun Bieber tidak dapat hadir pada majlis ini. PSY pula yang tiba-tiba namanya meledak kerana ‘Gangnam Style’ pula memenangi anugerah Best Video. 

Lebih menarik, Psy juga turut menarik perhatian apabila dipertontonkan video lucu dia menari Gangnam Style bersama-sama supermodel Jerman, Heidi Klum yang juga merupakan pengacara pada malam itu.

Manakala mendiang diva Whitney Houston diiktiraf sebagai Ikon Global.

Senarai pemenang MTV EMA 2012:

Best Female
Taylor Swift

Best Male
Justin Bieber

Best New Act
One Direction

Best Song
“Call Me Maybe,” Carly Rae Jepsen

Best World Stage
Justin Bieber

Best Video
“Gangnam Style,” PSY

Best Rock
Linkin Park

Best Pop
Justin Bieber

Best Look
Taylor Swift

Best Alternative
Lana Del Rey

Best Hip Hop
Nicki Minaj

Best Live
Taylor Swift

Biggest Fans
One Direction

Best PUSH
Carly Rae Jepsen

Global Icon
Whitney Houston

Tayangan ‘COLDPLAY LIVE 2012’ Hanya Di 3 Pawagam GSC Pada 13 November 2012

‘Coldplay Live 2012’ bakal ditayangkan hanya semalam di 3 pawagam GSC iaitu GSC Mid Valley,GSC 1 Utama dan GSC Pavilion KL pada 13 November 2012. Ia akan ditayangkan menerusi 2D dan tiket-tiket sudah mula dijual pada 11 November 2012. Tiket-tiket boleh didapati di GSC E-Payment (Tiket Online ) www.gsc.com.my , via GSC Mobile App (iOS dan Android) or serta  kaunter tiket GSC . 

 

Coldplay Live 2012 in GSC

Lokasi : GSC Mid Valley, GSC 1 Utama and GSC Pavilion Kuala Lumpur

Tarikh : 13 November, 2012 (Semalam Sahaja)

Harga Tiket : GSC MV & GSC Pavilion (RM15), GSC One Utama (RM13)

Masa Tayangan : GSC MV (7pm, 9pm), GSC PKL (8.10pm, 10.20pm), GSC 1U ( 7.30pm, 9.40pm)

 

Coldplay Live 2012 CD+DVD (RM45.90) and CD+Blu-ray (RM79.90) akan mula berada di pasaran pada 20 November 2012 dan ke atas..

Di Malaysia, para peminat boleh membeli Live 2012 (local version) pada harga RM 27.50 hanya UNTUK DUA HARI SAHAJA  iaitu 24 November dan 25 November 2012.Harga biasa adalah RM 45.90.

CD + DVD (local version) boleh didapati di outlet-outlet berikut :

  • Rock Corner ( All Outlets)
  • Victoria Music Centre (All Outlets)
  • Artist Gallery (All Outlets)
  • Speedy (Pavillion & Mid Valley
  • Movie Magic (One Utama)
  • Inverno Music Centre – Melaka
[nggallery id=117]

 

Shaheizy Sam Dan Maya Karin Gondol Pelakon Lelaki/Wanita Terbaik Filem Di ASK 2012

 

Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang di  Anugerah Skrin 2012 :

1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella : Labour Day Special
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi : Rambu Solok
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama – Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
24. Filem Terbaik – Bunohan – Apparat Sdn Bhd
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd

[nggallery id=116]

Filem ‘Cold War’

Di Pawagam : 8 November 2012
Pengarah : Longman Leung
Pelakon : Aaron Kwok,Andy Lau,Tony Leung,Eddie Peng,Aarif Rahman & Charlie Young

Sinopsis

Di sebuah ibukota Asia yang dikatakan paling selamat, pihak polis sejak sekian lama dilihat seolaholah bagaikan ‘kebal’ dari ancaman. Menghampiri tengah malam di Hong Kong, ibu pejabat polis menerima satu panggilan dari pemanggil tidak bernama: sebuah van polis yang mengangkut senjata berteknologi tinggi dan dikawal rapi oleh lima orang anggota polis terlatih secara tiba-tiba dilaporkan hilang. Jelas sekali kumpulan penjenayah terlibat memiliki maklumat tentang prosedur diamalkan pihak polis. Mereka sudah berada beberapa langkah lebih jauh di hadapan. Pihak polis harus memenuhi senarai permintaan mereka bagi memastikan mangsa-mangsa tahanan mereka dibebaskan dengan selamat dan ini termasuklah penghantaran wang tebusan dengan jumlah yang begitu banyak. Sebarang kelewatan buruk padahnya. Jam telahpun mula berdetik.

Timbalan Pesuruhjaya Sean Lau dan Waise Lee yang merupakan pesaing antara satu sama lain berebut-rebut untuk mengetuai operasi menyelamat tersebut yang menggunakan kod rahsianya, COLD WAR. Lau berhasrat melakukan sesi perbincangan dengan kumpulan penjenayah tersebut dengan tujuan berupaya menjejaki lokasi mereka bersembunyi tanpa disedari mereka. Lee pula bersiap sedia dengan serangan agresif, tidak kira apa kesannya. Bagi mereka, banyak risiko yang harus diambil kira namun keselamatan mangsa tebusan bukanlah satu kompromi kerana reputasi pihak polis bakal tercemar jika kesudahan buruk berlaku. Ditambah pula dengan perletakan jawatan Setiausaha Keselamatan Negara, kerusi tersebut bakal kosong. COLD WAR akan menentukan siapa yang akan mendaki tangga hingga ke puncak.

Lau dan Lee sedar bahawasanya setiap keputusan yang diambil adalah sangat penting, manakala setiap detik pula begitu berharga dan diambil kira. Namun tatkala rancangan untuk menyerang mula diatur oleh pihak berwajib, tanpa mereka sedari rupanya dalam diam-diam mereka menjadi buah catur kepada satu permainan yang lebih berbahaya.