SO Staff

Terokai Syurga Berbelanja Bersama Hanis Zalikha Dalam Mad Markets

Siapa yang tak suka melawati tempat menarik dan berbelanja? Apatah lagi kalau barangan yang dicari itu murah, cantik dan berkualiti. Kalau nak tahu tempat menarik atau syurga membeli-belah di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, ikuti perjalanan si cantik manis Hanis Zalikha dalam mencari tempat paling popular dalam Mad Markets, menerusi slot 9X terbitan TV9 (saluran 119) pada setiap Rabu, jam 10.30 malam, bermula 12 September 2012 ini.

Pengembaraan Hanis tidak hanya terhad di Malaysia sahaja, malahan turut merentasi sempadan negara sehingga ke Singapura, Indonesia, Bangkok, Hong Kong dan beberapa lagi negara Asia yang terpilih. Bukan hanya lokasi strategik untuk berbelanja akan dapat anda ketahui, malahan Hanis akan turut membawa anda mengunjungi lokasi popular bagi orang tempatan untuk menjamu selera dengan pelbagai menu menarik yang akan membuatkan anda terliur melihatnya.

Apa yang unik tentang rancangan Mad Markets ini ialah hubungan yang terjalin antara Hanis dan para blogger yang datang dari pelbagai negara.  Antara blogger terkenal yang akan menemani Hanis dalam misinya untuk mencari barangan terbaik dan tawaran harga menarik di setiap lokasi yang akan dilawati ialah Maria Elena dari Malaysia dan Xiaxue dari Singapura.  Jalinan kemesraan antara mereka tidak akan hanya terhenti disitu sahaja.  Pembaca setia laman blog mereka akan turut dapat merasai keseronokkan perjalanan yang menggamit memori antara Hanis dan blogger yang menjadi tetamu Mad Markets.  Setiap daripada mereka akan membuat catatan istimewa di laman blog mereka menceritakan pengalaman mereka bersama Mad Markets.

Buat anda yang inginkan ketenangan dan mahu lari dari kesibukan kota, Hanis akan turut membawa anda mengunjungi tempat istirehat menarik seperti spa, refleksilogi yang tentunya akan disukai anda dengan harga berpatutan. Selain daripada berkongsi pelbagai tip dan panduan untuk berfesyen dan berbelanja, Hanis akan turut berkongsi rahsia kecantikannya dengan kerjasama Clean & Clear.

Jadi anda tidak perlu runsing lagi untuk memilih barangan tertentu atau pening untuk memilih tempat menarik untuk dilawati kerana semuanya akan dikongsikan bersama anda di dalam Mad Markets. Untuk maklumat lanjut layari www.tv9.com.my/madmarkets.

‘Runtun Qalbu’ ~ Sebuah Lagi Karya Ahmad Idham Penuhi Slot Zehra

Drama bersiri 13 episod terbitan Excellent Pictures, bakal membuka tirainya pada 21 September 2012, setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pengarah baru yang berbakat besar iaitu adik kepada Ahmad Idham, Khalid Nazri dan skrip yang ditulis oleh Siti Jasmina membariskan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Shah Iskandar, Fasha Sandha, Fida Ibrahim, Shukri Yahaya, Reen Rahim, Kaza, Razak Ahmad, Rosnah Johari dan Juhara Ayob. 

RUNTUN QALBU berkisar tentang Qalbu yang dianggap sebagai seorang lelaki baik, punya ilmu agama, rajin bekerja namun sangat misteri orangnya. Qalbu yang tinggal seorang diri di pangsapurinya sentiasa menjadi pilihan jirannya, Idayu (Fasha Sandha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu yang bertugas sebagai penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik dan lebih suka menyendiri, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukai jejaka pendiam itu.

Qalbu sentiasa meluangkan masanya di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang bertugas mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida Ibrahim). Qalbu mula menyukai Ustazah Fatihah namun mereka tidak pernah bercakap antara satu sama lain sehinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu (Shah Iskandar) yang terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau hilang ingatan. Simpati dengan nasib malang Kelabu, Qalbu mengambil keputusan untuk menjaga Kelabu seperti keluarganya sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ apabila Kelabu sering menjadi orang perantara yang ingin membantu Qalbu sebagai balasan di atas kebaikannya selama ini. Sayangnya, Fatihah tidak menaruh cinta terhadap Qalbu tetapi mula menyukai Kelabu dan ini membuatkan keadaan sangat janggal di antara mereka bertiga.

Walaubagaimanapun hubungan Qalbu dan Kelabu semakin akrab. Namun begitu Qalbu tidak pernah bercerita tentang kisah hidupnya kepada Kelabu dan itu menambahkan kemusykilan terhadap dirinya tambahan pula Qalbu sering meracau semasa tidur dan menangis di dalam bilik.

Semasa Qalbu dan Kelabu keluar ke pekan, mereka bertemu dengan salah seorang sahabat Qalbu yang bernama Meng. Namun apabila Meng ternampak kelibat Kelabu, dia menjadi cemas dan terus melarikan diri. Perbuatan Meng itu menimbulkan tanda tanya buat Kelabu dan Qalbu.

Tanpa disedari Kelabu telah ditarik oleh sekumpulan gangster. Akan tetapi Kelabu berjaya melepaskan diri dan tiba di rumah Qalbu. Kelabu menjadi semakin bingung dan tertanya sendiri siapakah dirinya sebelum dia hilang ingatan. Sejak kejadian itu, Kelabu sentiasa diserang sakit kepala dan muntah-muntah.

Qalbulah yang membantu dan menjaga Kelabu siang dan malam. Apabila Kelabu sedar dari tidur, ingatannya sudah kembali pulih. Dia mula mengingati kisah silamnya lantas meninggalkan Qalbu dan kembali ke kancah lamanya sebagai seorang gangster.

Apabila Kelabu diarah oleh ketuanya untuk mencari pembunuh kepala gangster, Kelabu terkejut apabila mendapati pembunuh yang bakal dicarinya itu ialah Qalbu. Adakah benar orang yang harus dicari oleh Kelabu adalah Qalbu? Jika benar, siapakah sebenarnya Qalbu? Dan persoalannya sekarang ini, apakah yang diselindungi oleh Qalbu selama ini?

“Mystery Jets Radlands Live” Di The Stage Pada 15 September 2012

Kumpulan yang berasak dari Uk dan terkenal dengan lagu ‘Two Doors Down’, ‘Half in Love with Elizabeth’, ‘Young Love’ bakal mengadakan persembahan di The Stage, Avenue K pada 15 September 2012. Ia dibawa khas oleh Ben Sherman dan Livescape.

Info:

Masa : 8.00pm – Midnight
Tiket :
RM70

*Tiket boleh dibeli dengan melayari airasiaredtix.com dan di tiket outlet.

14 Selebriti Meriahkan ‘The 6th Chocolate Cake Championship’

Baru-baru ini telah diadakan ‘The 6th Chocolate Cake Championship’ bertempat di Menara Great Eastern,Jalan Ampang,Kuala Lumpur. Seramai 14 selebriti hadir untuk memeriahkan acara ini. Diantaranya Aaron Aziz,Rozita Che Wan,Azwan Ali,Amanda Amani,Rashidi Ishak,Vanidah Imran, Fizz Fairuz, Linda Onn, Amber Chia,Kamal Adli dan Zain Saidin.

Sebanyak 12 penyertaan dari hotel yang bertaraf 4 dan 5 bintang. Tema pada tahun ini ialah ‘ The Rafflesia Flower ‘. Setiap kek dijual pada harga RM15 sepotong dan RM1,000 untuk ‘Most Creative Masterpiece’. Hasil dari penjualan kek ini akan didermakan ke ChildrenCare iaitu projek amal oleh Great Eastern.

Berikut adalah senarai pemenangnya :

Most Creative Category

Champion : Grand Millennium Hotel KL
1st Runner-up : Berjaya Times Square Hotel KL
2nd Runner-up : Sunway Putra Hotel KL

Best Chocolate Cake Category

Champion : Grand Dorsett Subang
1st Runner-Up : Swiss-Garden Hotel
2nd Runner-up : The Royale Chulan KL

[nggallery id=93]

Episod Kemuncak ‘Oh My English’ Pada 16 September 2012

Rancangan ‘Oh My English’ bakal sampai ke episod kemuncaknya pada 16 September 2012 jam 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610). Untuk episod terakhir ini, ia akan bersiaran selama 1 jam. Antara artis-artis yang bakal muncul di episod ini ialah Rozita Che Wan,Tauke Raja Lawak,Altimet,Rabbit Mac,Point Blanc dan juga Ila Damiaa.

Dalam episod kemuncak ini, Mr Middleton (lakonan Zain Saidin) mempertimbangkan untuk meletak jawatan dan pulang ke England. Sejurus berita ini diketahui oleh para pelajar di kelas 3 Merah, mereka amat gusar dan memikirkan cara untuk membuat beliau untuk terus kekal di sekolah itu. Mereka mendapat idea untuk mencari seorang teman wanita tempatan untuk dijodohkan bersama guru kesayangan mereka semata-mata tidak mahu melihat guru mereka pergi.

Adakah mereka akan berjaya menukar fikiran Mr.Middleton?Atau adakah ini merupakan kali terakhir mereka bersama di kelas 3 Merah?

Esma Daniel Namakan Anak Ke-6 Sempena Tun Mahathir

Wajah Mahathir Daniel (kiri) yang selamat dilahirkan kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Esma Daniel, 43, kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Isteri Esma, Nitra Sari Omar, 33 selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kg di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 2.30 pagi tadi (Jumaat).

Menurut Esma, anak ketiganya itu diberi nama Mahathir Daniel. Menarik, ada cerita di sebalik nama itu.

“Anak pertama saya dulu perempuan lahir setahun lalu. Saya namakannya Maya Sari sebab masa isteri saya melahirkannya, waktu itu saya tengah buat pementasan Teater Tun Mahathir. Sejak itu saya memang ada terfikir kalau dikurniakan lagi cahaya mata, saya nak namakan bermula huruf M sempena nama Tun.

“Alhamdulillah pagi semalam, isteri saya selamat melahirkan dan kami dapat anak lelaki dan saya namakan Mahathir Daniel. Kebetulan saya pun akan kembali ‘menjadi’ Tun Mahathir tapi kali ni di pentas Teater Tun Siti Hasmah. Jadi itu ceritanya disebalik nama itu”, ujar Esma Daniel dengan nada cukup gembira.

Pelakon itu ditemui di sidang media Tribute Teater Tun Siti Hasmah bertempat di Istana Budaya, hari ini.

Esma dan Nitra mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Hadif Daniel, 6, Damia Sari, 5,  serta dua hasil perkahwinan terdahulu, Habib Daniel, 17, serta Harith Daniel, 16.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai watak yang digalasnya kata Esma, kali ni dia tidak terlalu banyak membuat persediaan memandangkan sebelum ini watak itu pernah dibawakan, setahun yang lalu.

“Tak banyak sangat buat persediaan. Cuma kali ini saya perlu interpretasikan watak itu dari perspektif dan kaca mata seorang suami kepada seorang isteri.

“Semasa saya buat teater Tun Mahathir dulu, saya memang ada berjumpa dan bercakap dengan Tun Siti Hasmah. Keakraban itu sudah terjalin. Saya juga pernah jumpa beliau dalam beberapa majlis sebelum ini. Kami bertegur sapa dan beliau pun sudah agak biasa dengan saya.

“Saya kagumi beliau sebab Tun bukan saja seorang isteri kepada seorang perdana menteri tetapi ibu juga seorang doktor sejati.

“Malah ketika buat teater Tun Mahathir dulu, beliau ada berpesan kepada saya supaya pastikan isteti saya beri susu badan pada Maya sehingga usia 7 bulan.Beliau seorang yang sangat mengambil berat. Saya rasa terharu.

“Tadi pun saya beritahu dia yang saya namakan anak saya sempena nama Tun, dan beliau kata beliau akan sampaikan pada suaminya”, kata Esma berkongsi sedikit pengalamannya bersama wanita pertama negara itu.

*credit mD

“Rooftop” ~ Rancangan Muzik Malaysia Pertama Di Puncak Bumbung

Lebih kurang dua bulan lalu bagaikan terdengar gema muzik dan tepukan serta sorak sorai di ruang udara Kuala Lumpur. Ada yang mungkin tertanya-tanya di manakah agaknya bunyi yang bagaikan konsert di siang hari. Sekilas pandang memang tidak tahu di mana asal usul bunyi yang kedengaran. Namun, bagi mereka yang benar-benar mengikuti perkembangan Saluran Ceria Anda mahupun membaca media cetak dan media sosial pasti boleh mengagak tentang rancangan berkonsep baru – Rooftop – sebuah siri muzik intimasi terbaru yang bakal dikeudarakan di ntv7. Siri muzik yang bakal menampilkan barisan artis penyanyi tempatan popular di puncak bumbung itu baru sahaja habis penggambarannya dan kini bersedia untuk dikongsikan bersama penonton bagi meraikan seni muzik ke sebuah lagi aras baru telah pun bermula pada 6 September, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam.

Selain membariskan penyanyi hebat seperti Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, Drama Band, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Nawhki & Clan, Adira, Awi Rafael, Hafiz dan Azlan Typewriter, rancangan ini juga memilih set berlatarbelakangkan keindahan panorama dan bangunan pencakar langit di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur bagi memberikan impak kepada para penonton di rumah.

Menurut penerbitnya, Khairul Anuar yang lebih mesra dengan panggilan Susu, konsep sebegini merupakan pertama kalinya direalisasikan di Malaysia.“Konsep nyanyian di atas bumbung sememangnya berbeza kerana kami cuba mewujudkan suasana unik buat para penyanyi dengan peminat khas mereka yang dijemput ke lokasi penggambaran. Keserasian serta gabungan elemen yang betul pastinya menjadikan siri muzik ini sebagai pengalaman muzik baru yang juga bakal dirasakan penonton di rumah,” kata Susu.

Tambah menarik lagi, rancangan selama 30 minit bagi setiap 13 episod itu turut memasukkan sisipan video menarik mengenai artis terlibat bagi memberi lebih informasi kepada setiap peminat dan penonton mereka selain dirakamkan secara Iive.

Yakin dengan kehadiran rancangan baru ini mampu menarik ramai penonton, Emilya Ab Rahim, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara ntv7, percaya bahawa suntingan yang minimal serta pilihan muzik hits menjanjikan penonton untuk merasakan sentuhan peribadi artis dalam persembahan mereka.“Malah kehadiran rancangan muzik ini bakal menjadikan Saluran Ceria Anda, ntv7 lebih ceria dan semestinya mampu memenuhi citarasa para penonton,” tambah Emilya.

Turut bekerja keras dalam menghasilkan ole-ole terbaru dari ntv7 ini adalah Encik Kamarul Zamli Ramly, Pengurus Besar Produksi Hiburan Studio Primeworks yang mendapat inspirasi  konsep nyanyian di puncak bumbung tatkala mengimbas kembali zaman kegemilangan The Beatles di mana mereka pernah membuat persembahan sedemikian.

Astro Warna Perkenal Undian Secara Hot Seat untuk Maharaja Lawak Mega 2012 Musim Kedua!!

Setelah melakar kejayaan besar dalam mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi menerusi penerbitan pelbagai program yang berteraskan bidang lawak jenaka dan komedi, pihak Astro Warna dengan berbesar hati membawakan kembali program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara iaitu Maharaja Lawak Mega 2012 yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 9 November 2012 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Memasuki musim yang kedua, pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik yang mana setiap peserta yang bertanding masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Sedikit berbeza dengan format pada musim sudah, kali ini pihak Astro Warna akan memberi peluang kepada para pelawak tanah air untuk menyertai pertandingan ini tidak kira sama ada secara individu mahupun berkumpulan menerusi undian Hot Seat secara online yang mana peserta terpilih itu nanti bakal diserap masuk sekaligus melengkapi jumlah keseluruhan senarai barisan peserta bertanding yang hanya akan diumumkan kelak.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, “Sebagai satu-satunya saluran komedi tempatan di Malaysia, kami di Astro Warna sentiasa berusaha meneroka potensi ruang yang ada bagi memastikan setiap program yang dibariskan benar-benar mempunyai pengisian yang padat dan berkualiti tinggi.Oleh yang sedemikian, kami bawakan pembaharuan demi pembaharuan dalam setiap pengisian yang ditawarkan bagi memastikan kandungan tersebut terus segar dan selari mengikut peredaran industri lawak jenaka yang semakin rancak berkembang.

Pendekatan yang diambil ini adalah supaya para pelanggan dapat menikmati program-program terhebat menerusi platform kami dan dijamin mendapat kepuasan untuk setiap wang yang telah dibelanjakan bagi melanggan Pakej Mustika,” ujar Nizam ringkas.Nizam turut menambah,Kembali untuk musim kedua yang pastinya lebih berprestrij untuk mencari yang terhebat di kalangan yang terbaik di rantau ini, kami ingin membuka ruang sekaligus memberi peluang kepada para peminat dari awal untuk memilih sendiri calon-calon kegemaran mereka yang dilihat benar-benar layak untuk mengisi tempat sebagai peserta program ini.

Para peminat kini boleh menilai dan mengundi calon-calon pelawak yang digemari untuk diserap masuk ke program Maharaja Lawak Mega 2012. Kami yakin dengan cara ini akan dapat menguatkan lagi sokongan mereka kepada calon-calon peserta walaupun program masih belum bermula. Sokongan-sokongan positif seperti inilah yang akan membantu para pelawak tersebut untuk membina keyakinan diri bagi memberikan yang terbaik sekaligus membuktikan pilihan penyokong adalah tepat.

Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 5 September 2012 jam 6.00 petang hingga 17 September 2012 jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari  laman sesawang rasmi program Maharaja Lawak Mega 2012 di www.Maharajalawakmega.com.my. Namun itu, orang ramai dikehendaki mendaftar menerusi Log Masuk Facebook terlebih dahulu sebelum mengundi para peserta kegemaran masing-masing. Orang ramai juga hanya boleh mengundi sekali sahaja bagi setiap peserta kegemaran untuk setiap hari.

27 peserta yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah dua peserta solo iaitu SHEM dan IDLAN serta 25 peserta berkumpulan iaitu GLAMOUR TAK PERLU, TUTUP BOTOL OREN, SHAM, SAT SAT, 3A, PARPU, KETAMPI, MAMU, INGKE, KLAUT, V2, AWAS, BUAYA, KERING, HAI, XN3, DUO, ABC, I S U (I SUE YOU), NGAM, KECIK, AJK, PANAS, BALAS dan OMG.

Masterchef Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua

 

MasterChef Malaysia ternyata telah mencipta fenomenanya yang tersendiri. Sejarah yang dilakar oleh seorang doktor gigi, Dr Ezani Farhana Md Monoto sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama pastinya masih segar dalam ingatan peminat rancangan realiti masakan ini. Bertitik tolak daripada kejayaan dan sambutan hebat ini, Astro berbesar hati membawakan kembali MasterChef Malaysia untuk musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) pada 8 September 2012, Sabtu,  tepat jam 7.30 malam.

Bertemakan ‘Dapur’ Malaysia ke Persada Dunia, MasterChef Malaysia musim kedua bakal memfokuskan kepada penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, program realiti masakan ini masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan.

Mereka adalah Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Md Zain yang merupakan juri untuk musim lalu. Selain itu, Chef Adu Amran yang pernah muncul di MasterChef Selebriti Malaysia juga akan bertindak selaku juri di MasterChef Malaysia musim kedua ini. Tiga orang chef berpengalaman dalam penyedian makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini bakal menilai masakan peserta sepanjang musim ini.

Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Raqim Ahmad berkata, “Astro Ria amat berbesar hati kerana telah merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman menonton program realiti masakan MasterChef Malaysia. Sambutan yang diterima MasterChef Malaysia musim pertama dan MasterChef Selebriti baru-baru ini ternyata telah menunjukkan fenomena luar biasa yang berlaku di kalangan penonton negara ini. Kedua-dua program ini telah muncul sebagai pilihan utama penonton sepanjang ditayangkan di saluran ini.

Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan kembali sebuah program yang dinantikan oleh rakyat Malaysia ini. Melihat daripada peningkatan jumlah peserta yang terlibat dalam sesi ujibakat yang berakhir pada bulan Jun yang lalu, kami turut menjangkakan enam episod ujibakat dan 66 episod seterusnya ini bakal menerima sambutan yang lebih hebat daripada musim pertama.”

Pihak produksi terlebih dahulu mengunjungi enam buah negeri iaitu Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. untuk mengenal pasti calon peserta yang dilihat layak untuk menyertai MasterChef Malaysia musim yang kedua ini.

Selepas enam episod menyiarkan sesi ujibakat yang bermula 8 September ini dan enam episod cabaran Bootcamp, seramai 24 peserta akan berjuang di MasterChef Malaysia musim kedua. Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Undangan (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Ujian Rasa dan Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Khamis).

“Pihak Astro juga berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Juara MasterChef Malaysia musim kedua bakal memenangi wang tunai  RM100,000 dan berpeluang untuk tampil di pelbagai program yang akan diaturkan pihak Astro kelak.  Sementara itu, kami juga mengalu-alukan kehadiran pihak Panasonic Cooking Magic sebagai penaja utama dan MyChef sebagai penaja bersama.

Jangan lupa menyaksikan MasterChef Malaysia untuk musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) pada 8 September 2012 tepat jam 7.30 malam dengan episod ujibakat di enam lokasi seluruh negara!

RM1,000 000 Money Drop kembali!

Kemenangan pasangan bapa dan anak, Encik Izhar Mohd Idris dan Mas Syahmi Izzah Izhar membawa pulang wang tunai sebanyak RM240,000 pada musim lalu pastinya menimbulkan iri hati ramai penonton. Hanya dengan menjawab beberapa soalan, mereka berjaya bergelar ‘orang kaya baru’ dengan sekelip mata. Berdasarkan sambutan dan permintaan yang ditunjukkan, Astro dengan berbesar hati mempelawa para penonton untuk menyertai ujibakat RM1,000,000 Money Drop untuk musim kedua yang akan diadakan bermula 1 September ini di beberapa lokasi terpilih sekitar negara.

Memasuki musim kedua, RM1,000,000 Money Drop masih mengekalkan konsep fikir, labur dan menang. Uniknya, para peserta harus pandai untuk berfikir dan melabur bagi lapan soalan sebelum menang kesemua wang. Para peserta diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang betul. Sekiranya mereka tidak pasti, mereka boleh mengagihkannya di beberapa buah petak jawapan. Jika jawapan mereka betul, pelaburan mereka boleh diteruskan pada soalan seterusnya atau pulang dengan tangan kosong.

Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Raqim Ahmad berkata, “Astro Ria amat berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para penonton terhadap program ini pada musim lalu. Ternyata eskperimen kami dalam menyiarkan program hiburan berbentuk permainan yang menguji kepintaran peserta dan kebijaksanaan melabur mendapat tempat yang baik di kalangan penonton.

Selain memberikan variasi pilihan rancangan hiburan, rancangan ini memberi peluang kepada seisi keluarga berkumpul dan berkongsi pengetahuan am dengan suasana santai dan mendidik para peserta dan penonton daripada aspek pengurusan risiko dan pelaburan. Kami menjangkakan program ini mengulangi fenomena serupa untuk musim kedua dan menerima sambutan luar biasa pada sesi ujibakat yang akan datang.

Pihak produksi akan berkunjung ke empat buah lokasi seperti berikut:

NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
1. Pulau Pinang Ixora Hotel, Penang 1 & 2 September 2012
2. Terengganu Permai Hotel, Kuala Terengganu 7 & 8 September 2012
2. Johor The Zon Regency Hotel, Johor Bahru 8 & 9 September 2012

 

3. Kuala Lumpur Gardens Hotel, Mid Valley 15 & 16 September 2012

** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Hadirkan diri di lokasi ujibakat secara berpasangan seperti suami isteri, kawan dan sebagainya. Mereka yang berminat untuk menyertai rancangan ini perlu mempunyai pengetahuan am yang luas serta berpewatakan ceria.

RM1,000,000 Money Drop ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) bermula 20 Oktober ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak

DJ David Guetta Lancarkan “NOTHING BUT THE BEAT 2.0” pada 10 September 2012

DJ Superstar David Guetta bakal lancarkan album terbarunya pada 10 September ini yang berjudul “NOTHING BUT THE BEAT 2.0”.

Track lagu di Nothing But The Beat 2.0 :

1 – David Guetta feat Sia – Titanium

2 – David Guetta feat Nicki Minaj – Turn Me on

3 – David Guetta feat Sia – She Wolf (Falling To Pieces)

4 – David Guetta feat Usher – Without You

5 – David Guetta feat Chris Brown & Lil Wayne – I Can Only Imagine

6 – David Guetta feat Ne-Yo & Akon – Play Hard

7 – David Guetta & Nicky Romero (Jack Back) feat Sia – Wild One Two (edit)

8 – David Guetta feat Taped Rai – Just One Last Time                                      

9 – David Guetta & Daddy’s Groove feat Nervo – In My Head                      

10 – David Guetta feat Flo Rida & Nicki Minaj – Where Them Girls At

11 – David Guetta feat Taio Cruz & Ludacris – Little Bad Girl

12 – Snoop Dogg vs David Guetta – Sweat

13 – David Guetta feat Akon – Crank It Up

14 – David Guetta feat will.i.am – Nothing Really Matters

15 – David Guetta & Alesso feat Tegan & Sara – Every Chance We Get We Run

16 – David Guetta & Avicii – Sunshine (Edit)

17 – David Guetta & Afrojack – Lunar (Edit)

18 – David Guetta  – What The F***

19 – David Guetta & Nicky Romero – Metropolis (Edit)

20 – David Guetta – The Alphabeat

21 – David Guetta – Toy Story

 

“JLO Dance Again World Tour Live In Malaysia” Pada 2 Disember 2012

Akhirnya selepas lama menanti, penyanyi terkenal Jennifer Lopez atau JLO bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 2 Disember 2012 di Stadium Merdeka jam 8 malam. Ia dibawakan khas oleh Galaxy Group bersempena ulang tahun ke 18.

Tiket-tiket akan mula pada 8 September ini. Bermula 8 September sehingga 30 September bagi pemegang kad VISA, anda akan diberi diskaun dari 10% – 15%. Jadi jangan lepaskan peluang.

Info Tiket :

RM628,RM528 – Number Seat

RM658,RM268 – Free Standing

RM368,RM288,RM168 – Free Seating

Untuk keterangan lanjut,anda boleh menghubungi Galaxy Hotline 03-2282 2020 atau di laman web www.Galaxy.com.my