Para Pengguna Tune Talk bolehlah mendapatkan Sim Card edisi ‘Marvel’s The Avengers’ dengan hanya topup sebanyak RM30. Dengan hanya RM30 topup,anda akan dapat satu simcard secara percuma. Sila kumpul 6 kesemuanya. Ia telah mula berada di 10,000 outlet dealer seluruh negara.
Tune Talk juga bakal memberi tiket wayang eksklusif ‘Marvel’s The Avengers’ pada 16 April 2012 di GSC Pavilion. Anda boleh mendapat tiket wayang tersebut dengan menukarnya dengan Tune Talk Points.
Untuk keterangan lanjut,sila layari www.tunetalk.com atau www.facebook.com/tunetalk untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran ini.

Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.
Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program ‘Teach For Malaysia (TFM) Week’ di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.
“Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.
“Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.
Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.
Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013.

Sebuah filem Korea pertama berlatar belakangkan era perang dunia kedua bakal menggegarkan pawagam Malaysia bermula 19 April ini. ‘My Way’, membongkar misteri seorang pemuda Korea yang merupakan satu-satunya tawanan perang berketurunan Asia yang terselamat setelah menempuh tiga peperangan besar melibatkan tentera Mongolia, Kesatuan Soviet dan tentera Jerman yang mengheret dirinya sejauh 12,000 kilometer meninggalkan kampung halamannya.
Di bawah arahan Kang Je-kyu, filem yang menelan modal sebanyak RM77.3 milion ini telah mengangkat industri filem Korea ke satu tahap yang boleh dibanggakan dengan paparan perang segenap dunia termasuklah peristiwa petempuran dahsyat di Normandy yang pernah diabadikan menerusi filem Hollywood, ‘Saving Private Ryan’.
Mempertaruhkan pelakon hebat Korea, Jang Dong-gun, filem ini telah mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak RM36 milion sewaktu tayangannya di Korea pada Disember 2011, manakala kutipan keseluruhan tayangannya di pasaran antarabangsa telah menjangkau sebanyak RM108.5 milion setakat ini.
Kini, tiba giliran rakyat Malaysia pula untuk menyaksikan filem terhebat Korea ini apabila Knotty Ideas Sdn Bhd dengan kerjasama Alternate Pictures membawa masuk filem itu ke sini.
Sinopsis
Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka.
Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.
Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.
Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.
Hampir 2,000 peminat Greyson Chance membanjiri KL Live malam tadi sempena konsert jelajah secara besar-besaran di Asia. Konsert ini dibawa khas oleh JS Concerts. Ia merupakan kunjungan kedua beliau selepas mengadakan showcase pada November tahun lepas.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Unfriend You,Paparazzi,Rolling In The Deep,Take A Look At Me Now,Hold On Till The Night dan banyak lagi. Konsert semalam berlangsung selama dua jam.
Jatuh cinta pada hari Jumaat… Putus cinta pada hari Khamis… Kembali jatuh cinta pada hari Jumaat, dan sekali lagi cinta berakhir pada hari Khamis.Inilah intipati dan konsep kreatif drama bersiri terbaru, Friday I’m In Love yang akan mula bersiaran pada 19 April ini, setiap Khamis, 8.30 malam melalui slot Aurora di stesen televisyen nombor dua negara, TV9 (Saluran 119).
Drama ini diterbitkan oleh Primeworks Sdn Bhd dan diterajui oleh Jalena Rejab sebagai penerbit dan Faizul Abdul Rashid selaku pengarah.
Drama bersiri 13 episod yang diterajui oleh Qushairi Razali (Qi) sebagai Awang turut memberi peluang kepada pelakon-pelakon muda dan nama-nama baru untuk mengekspresikan bakat mereka. Mereka adalah Nellydia Senrose, Ryzal Jaafar, Aiman Mentor, Zoey Rahman, Bella Dally yang melakonkan watak sahabat-sahabat Awang. Penampilan istimewa pelakon-pelakon wanita popular Malaysia seperti Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda, Ayang Hussein sebagai kekasih hati Awang pastinya akan lebih menghangatkan lagi drama ini.
Sinopsis
Friday I’m In Love mengisahkan tentang Awang (Qi Razali), seorang remaja yang juga merupakan seorang pembantu kepada sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana (Bella Dally), Nisha (Nellydia Senrose), Pitt (Zoey Rahman), Jo (Aiman Mentor) dan Hansem (Ryzal Jaafar). Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada hari Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba juga Awang cuba sedaya-upaya untuk berkenalan dengan dia. Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang telah jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu… tetapi pada hari Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia telah pun berkahwin. Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur tentang Amy dan bertemu pula dengan Bella, dan jatuh cinta sekali lagi.
Tiket untuk persembahan Russell Peters pada 12 Mei ini di Stadium Melawati laris seperti goreng pisang panas. Tidak sampai sejam, tiket-tiket untuk Bronze(RM128) dan Silver (RM188) telah habis dijual.
Bagi peminat Russell Peters yang terlepas tadi, anda masih boleh lagi membeli tiket-tiket untuk Gold 2(RM248), Gold 1(RM338) dan Platinum(RM438). Russell Peters Notorious World Tour (Malaysia) 2012 dibawa khas oleh The Comedy Club KL.
Jason Mraz yang terkenal dengan lagu ‘I’m Yours’ bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 19 June ini di Stadium Merdeka. Konsert ini adalah siri jelajah beliau di benua asia disamping mempromosikan album terbaru beliau.
Walaubagaimanapun, tiket masih belum dijual setakat ini.
Kagum sebentar melihat kecantikan gambar-gambar yang diambil oleh AnnasEaskey ini. Sememangnya model yang digunakan iaitu Neelofa sudah pasti cantik menarik tertarik kau memang da bomb, tetapi kalau tak ada bakat yang awesome pasti tak akan dapat gambar secantik ini.
Untuk makluman, gambar-gambar ini diambil semasa Neelofa ke berjalan-jalan ke Eropah untuk penggambaran Nona. Lagi 4 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.