SO Staff

‘Jidin Sengal’ – Bila Ekstra Jadi Superstar Di Pawagam 22 Mac

Setelah filem Suatu Malam Kubur Berasap berjaya di pawagam pada tahun lepas, Outloud Studios tampil dengan filem terbaru iaitu ‘ Jidin Sengal’. Kali ini ia diarah oleh Nur Esmi Zahara Yusof. Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Angah dan Along Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah Elai dan juga Zack Diamond.

Filem ini telah berada di pawagam pada 22 Mac 2012.

Sinopsis

JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Semuanya akan terjawab dalam filem komedi “JIDIN SENGAL” yang telah berada di pawagam 22 Mac 2012.

[nggallery id=59]

Menangi Barangan Eksklusif Filem “The Vow”

Pengarah : Michael Sucsy
Pelakon : Rachel McAdams, Channing TatumScott Speedman, Jessica Lange, Sam Neill, Wendy Crewson, Jessica McNamee

Tarikh Tayangan : 22  Mac 2012

Sinopsis

Merayakan lima tahun pernikahan mereka, pasangan muda ini menghadapi satu masalah besar pabila Paige (Rachel McAdams) cedera teruk didalam satu kemalangan kereta yang mengakibatkan Paige koma. Ketika sedar, Paige bukan hanya tidak mengenali suaminya, Leo (Channing Tatum), namun ingatannya terus tertumpu kepada bekas tunangnya iaitu Jeremy (Scott Speedman).

Meskipun Paige tidak mencintai Leo lagi, pelbagai usaha dilakukan untuk membuat isterinya jatuh cinta kepadanya kembali. Apakah usaha Leo akan berhasil?

Jawab soalan-soalan di bawah:

5 x Limited Edition “The Vow” PU Leather Notebook

5 x Limited Edition “The Vow” Memory Photo Book

5 x Limited Edition “The Vow” Cube Notepad

Soalan 1 :  Berikan 2 nama pelakon utama filem The Vow?

Soalan 2 : Namakan pengarah yang filem ini?

Soalan 3 : Siapakah yang memegang watak Jeremy ?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook Warisan Chanteq terlebih dahulu..

* Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

* Sila letak tajuk email Contest “The Vow”.

Tarikh tutup penyertaan: 29 Mac 2012

SNSD & Nicole Gegar Twin Towers @Live 2012 Pada 23 Mac

Akhirnya jadual lengkap Twin Towers @Alive 2012 yang bakal berlangsung pada 23 & 24 Mac ini adalah seperti dibawah :

23 Mac 2012 (Jumaat) : Nicole Scherzinger, SNSD (Girls’ Generation), James Baum, Reshmonu, DJ Nadine, di’hoskan oleh Jojo Strus.

24 Mac 2012 (Sabtu) : Orianthi, Kelis,Faizal Tahir, dan DJ Nikki, di’hoskan oleh Deborah Henry.

Pintu akan mula di’buka jam 6.30 petang untuk kedua dua sessi konsert pada 23 & 24 Mac 2012.

Tiket awam: Konsert ini adalah percuma untuk orang awam di’kawasan awam.

Tiket untuk kawasan khas: Beli barangan cenderahati 2012 Formula 1™ PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase di Suria KLCC bernilai RM150 akan melayakkan anda untuk menerima dua (2) tiket ke Fan Zone. Tiket akan sah untuk kedua dua hari konsert berlangsung.

*credit to Rotikaya

Nicole Scherzinger, SNSD & Kelis Sedia Gegar TWIN TOWERS @LIVE 2012 Hujung Minggu Ini!!!

Lupakan tentang Kylie Minogue. Waima Orianthi. Sebab? TWIN TOWERS @LIVE 2012 kembali! Sekaligus mengubati kekecewaan anda atas ketidakhadiran dua bintang Pop Australia itu. Maka dengan bangganya bakal ditampilkan artis antarabangsa, penyanyi-pelakon-model sensasi Nicole Scherzinger dan Kumpulan paling hangat Korea, SNSD (Sonyeo Shidae) atau di kenali juga sebagai Girls Generation bakal mengegar dataran KLCC pada 23 Mac ini!

Lebih tepat, konsert percuma selama dua hari iaitu 23 & 24 Mac, anjuran JoJo Events ni akan berlangsung di hadapan binaan ikon kemegahan negara kita, Menara Berkembar Petronas.Tidak ketinggalan bintang R&B Amerika, Kelis bakal beraksi sekaligus menghangatkan lagi pentas TWIN TOWERS @LIVE 2012 pada Sabtu.

Di samping turut menampilkan artis hebat tanah air seperti Faizal Tahir, Reshmonu, James Baum dan ramai lagi!

Jom ramai-ramai serbu KLCC dan memeriahkan Twin Tower @LIVE 2012! pada 23 & 24 Mac ini…

‘3 Janji’ Gantikan ‘Vanilla Coklat’ Di Slot Lestary TV3 Bermula Malam Ini

‘3 Janji’ bakal menggantikan ‘Vanilla Coklat’ di slot Lestary TV3 pada malam ini. Ia dibarisi oleh Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Hanez Suraya dan ramai lagi. Ia akan ditayangkan pada jam 9 malam ini.

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Heykal Hanifah adalah terbitan HNJ Production Sdn Bhd. Manakala  skripnya ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Dalia (Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) yang berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan menyayangi akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentisa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sabahat terbaik, menjadi kekasih & suami terbaik buat Dalia.

Apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 janji tersebut?  Jangan lupa tonton setiap Selasa jam 9 malam.

Shiro Ditabal Raja Lawak 6

Kumpulan Shiro menepati ramalan ramai pihak apabila diisytiharkan sebagai juara Raja Lawak musim ke 6 (RL6), sebentar tadi dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang berlangsung dari Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.

Kemenangan Shiro telah diumumkan oleh pasangan hos RL6, Johan dan Zizan dan dengan kemenangan ini, Shiro telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Shiro dianggotai oleh Shahrol Azizie Bin Azmi atau Sharol, 27 dan Mohd Hanaffi Bin Razak atau Ajak, 25. Mereka merupakan anak didik kepada Cif Kecil Tauke.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan yang juga merupakan anak didik kepada Tauke iaitu Zero telah diisytiharkan sebagai naib juara RL6. Trio adik beradik dari Kudat, Sabah ini membawa pulang wang tunai RM50,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro.Wakil dari utara, kumpulan Cuit pula menduduki tempat ketiga dan tiga sekawan dari Pulau Pinang ini membawa pulang wang tunai RM30,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro. Cuit adalah anak didik kepada Cif Kecil Yus.

Manakala kumpulan 2yol yang merupakan anak didik Cif Kecil Angah, menduduki tempat keempat dan pulang membawa wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Juri tetap untuk malam final ini ialah seperti biasa penerbit terkenal Mejar David Teoh, pelakon Sheila Rusly, dan pelawak Sathiya.

Konsert “LMFAO Live In KL” Tunda & SKY BLU Tidak Dapat Hadir

Ini adalah berita terbaru yang diterima daripada JS Concert Production yang konsert “LMFAO Live In KL” yang sepatutnya pada 29 Mac 2012 telah ditunda ke 9 April 2012. Venue konsert masih lagi Surf Beach,Sunway Lagoon.

Di samping tarikh yang ditunda, anda juga berita yang kurang enak untuk didengar iaitu Sky Blu tidak dapat menghadirkan diri ke konsert jelajah Asia kerana masih berusaha untuk pulih dari masalah sakit belakang yang dialaminya.

Tiket-tiket dari harga RM138(Chill Out Zone),RM198(Party Zone),RM298(Samsung Zone) dan RM398 (JS VIP Zone).Ia juga boleh didapati di www.ticketpro.com.my dan outlet-outlet seperti Victoria Music,The Guitar Store dan Rock Corner atau Hotline 03-7880 7999.

‘THE JOB’ ~ Rancangan Realiti Terbaru Di 8TV

Kejayaan tidak akan datang bergolek. Ia memerlukan kerja keras, dedikasi dan sikap tanggungjawab serta keseimbangan dalam hidup untuk berjaya dalam kerjaya. THE JOB, satu rancangan realiti terbaru pencarian calon yang sesuai dan berpotensi untuk menjawat jawatan eksklusif bersama syarikat ternama. Diantara peserta-pesertanya ialah Chin Xian Mei ,Tareeq Azmi,Wee Kim Teong,Mohd Zarith Bin Md Hanipah,Ismail Amsyar Mohd Said,Yam Ee May,Reshma Sangvi A/P Dilip Kumar,Ho Shin Tze.

Selain itu peserta berpeluang mendapat pendapatan yang lumayan, biasiswa pascasiswazah dan wang tunai sebanyak RM 15,000! Rancangan ini dibawakan khas oleh SEGi College dan akan bersiaran secara eksklusif di saluran hip 8TV. THE JOB juga menawarkan kontrak selama 12 bulan bersama SEGi University College di bahagian korporat, di mana jawatan serta skop pekerjaan akan ditentukan berdasarkan keupayaan serta bakat pemenang tersebut.

THE JOB dihoskan oleh Hansen Lee dari NTV7’s The Breakfast Show dan DiGi’s The Next Level bergandingan dengan hos 8TV Quickie , Megan Tan.  Tidak lengkap rancangan realiti ini tanpa kehadiran pihak juri. Juri-juri THE JOB  terdiri dari wakil dari Segi University College, seorang  juri jemputan dan seorang dari syarikat yang mengendalikan tugasan pada minggu tersebut.

THE JOB  akan bersiaran setiap Jumaat  bermula pada 23 Mac 2012 jam 9:30 malam secara eksklusif di 8TV. 8TV juga boleh ditonton di saluran 708 di Astro. Penonton juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my serta ikuti kami di laman sesawang www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts