SO Staff

Menangi x5 T-Shirt Eksklusif , x10 Pas Berkembar & Poster “CHANTEK”

Menelan kos RM1.4 juta, Chantek mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur. Ini merupakan filem kedua (filem pertama, Hijab) sentuhan Pierre dibawah terbitan Empat Semudra Plantations Sdn Bhd.

Mengisahkan Chantek (Nurul Ekasari), seorang gadis Aceh yang masih dibayangi peristiwa hitam tsunami yang melanda negaranya telah membawa diri ke Malaysia untuk mencari rezeki sekaligus membina kembali keyakinan dirinya. Chantek akhirnya ditawarkan kerja sebagai pembantu rumah kepada Ad Adi (Pierre Andre), seorang pelakon Malaysia terkenal yang membawa diri ke sebuah pulau setelah mengalami kemalangan yang mengakibatkan dirinya menjadi buta. 

Menarik dan lucu apabila Chantek bekerja bersama Ad, dia terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana Ad mengalami trauma terhadap perempuan kesan dipermainkan oleh tunangnya sendiri. Daripada suara sehinggalah tingkah lakunya, Chantek terpaksa meyakinkan Ad yang dia adalah seorang lelaki. Namun lama kelamaan Chantek terpaksa mendedahkan rahsianya.

Walaupun telah dihalau, Chantek kembali kepada Ad demi cintanya yang mula mekar. Ceritanya tidak berakhir disini, penonton bakal dikejutkan dengan satu perkara yang tidak terduga oleh mereka sendiri.Memuatkan lagu tema nyanyian kumpulan tersohor Indonesia, Padi yang bertajuk ‘Begitu Indah’, filem ini turut dicantikkan dengan kemerduan lagu-lagu dari kumpulan Hujan, ciptaan Dimas, lagu Sadis nyanyian Afgan dan selitan lagu popular Awi Rafael, ‘Pulanglah’ yang bakal menghanyutkan penonton dalam menyelami kisah cinta Chantek dan Ad.

Filem Chantek dibintangi oleh Pierre Andre, Nurul Ekasari, Kim Wah, Maimon Mutalib dan ramai lagi. Menemui anda di pawagam mulai 16 Februari ini!

Jawab soalan-soalan di bawah:

x5 Hadiah Utama : Baju-t eksklusif + Pas Tayangan Berkembar + Poster

x5 Hadiah Kedua : Pas Tayangan Berkembar

Soalan 1 :  Berikan nama pelakon yang melakonkan watak “Chantek” didalam filem ini dan dari negara mana ia berasal?

Soalan 2 : Lokasi penggambaran filem “Chantek” dilakukan dimana?

Soalan 3 : Filem “Chantek” adalah filem arahan ke berapa Pierre Andre dibawah terbitan Empat Semudra Plantations Sdn Bhd?

Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat,No. IC dan No Tel. Sila letak tajuk email Contest “Chantek”.

Tarikh tutup penyertaan: 18 Februari 2012

“CHANTEK” ~ Kisah Romantik Komedi Antara Majikan & Pembantu Rumah

Filem Chantek yang bakal berada di pawagam pada 16 Februari ini menampilkan Pierre Andre, Nurul Ekasari, Kim Wah, Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang dan Zarina Anjolie sebagai cameo.Ia adalah filem kedua dari Empat Semudra Plantation Sdn Bhd dan menelan kos RM1.4 juta ini mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur. Filem ini diarah sendiri oleh Pierre Andre.

Menggunakan tagline ‘Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan’, penonton pasti memahami maksudnya diakhir cerita tanpa sebarang tekanan emosi atau penyimpangan mesej asal kerana filem ini adalah kisah cinta santai dan komedinya cukup menghiburkan seisi keluarga.

Memuatkan lagu tema nyanyian kumpulan tersohor Indonesia, Padi yang bertajuk ‘Begitu Indah’, filem ini turut dicantikkan dengan kemerduan lagu-lagu dari kumpulan Hujan, ciptaan Dimas, lagu Sadis nyanyian Afgan dan selitan lagu popular Awi Rafael, ‘Pulanglah’ yang bakal menghanyutkan penonton dalam menyelami kisah cinta CHANTEK dan Ad. Namun ada suatu perkara yang mengujakan apabila penonton juga berpeluang menyaksikan Pierre Andre menunjukkan bakat nyanyiannya menerusi lagu ‘Madu dan Racun’ yang dinyanyikan beliau sewaktu babak memujuk CHANTEK.

Sinopsis

AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK  berubah  setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali?

ASTRO bakal saji EURO 2012

Sempena EURO 2012 yang bakal diadakan pada Jun ini, para pelanggan ASTRO bakal menikmati siaran secara langsung bagi kesemua 31 perlawanan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 (Euro 2012) di Poland dan Ukraine.

Kejohanan ini boleh disaksikan melalui lima saluran interaktif Standard Definition (SD) oleh pelanggan pek sukan dan lima saluran interaktif  High Definition (HD) bagi pelanggan Beyond. Astro merupakan penyiar utama bagi Kejohanan Bola Sepak Eropah ini di Malaysia. Perlawanan terpilih pula akan akan disiarkan secara langsung dengan ulasan Bahasa Melayu melalui Astro Arena.

Astro juga akan memperkenalkan ‘Special Pass To Euro 2012’ yang bernilai RM50 kepada pelanggan bukan pek sukannya, yang boleh dilanggan mulai 1 April.Pas khas ini akan direbet kepada pelanggan yang terus melanggan pek sukan berkenaan hingga 31 Jun 2013.

“Hantu Dalam Botol Kicap” ~ Komedi Seram Yang Bakal Menggeletek Anda ~

Hantu Dalam Botol Kicap menjadi filem ke-7 arahan Azhari Zain yang mana merupakan pengarah yang berada dibawah Skim 10 Pengarah Muda MIG. Melalui filem ini juga,kredibiliti Azhari Zain juga diuji dengan menampilkan bakat-bakat baru buat pertama kalinya ditampilkan di layar perak.Mikael Andre,Zalif Sidek,Mon Ryanti,Epy Raja Lawak dan Wawa Zainal merupakan antara pelakon baru yang menjayakan filem ini.

Penggambaran filem ini dijalankan pada sekitar 2011.Lokasi adalah di sekitar  Sijangkang dan Banting,Selangor. Pemilihan lokasi adalah bagi memberi mood serta latar cerita filem ini yang mana skrip memerlukan suasana kampung dan persekitaran yang menghijau. Hantu Dalam Botol Kicap telah mula ditayangkan dipawagam pada 9 Februari 2012.

Sinopsis

Aminah dan suaminya,Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya. Nek Temah seorang Dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.

Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap,mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut.

Semasa makan,Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Apakah yang terjadi pada Rina, Epul dan Azri?

[nggallery id=42]

Aksi Berani Kat McPhee dalam Tab Mandi

WOW!!Seksinya.Ia adalah sesi photoshoot Katharine McPhee dengan majalah GQ keluaran Mac, depan. Jika dulu ia seorang yang manis ayu tetapi sekarang telah berubah kepada seorang wanita seksi.

Semasa sesi temuramah Kat dengan GQ, beliau mempromosikan drama muzikal lakonannya iaitu “Smash”. Kat juga mendedahkan rahsia serta pesanan kepada para lelaki sejati supaya menonton drama bersiri terbitan NBC yang semakin hit.

Sebab pertama: Kalau biasanya si perempuan selalu buat sesuatu demi lelaki. Kini tiba masanya anda (lelaki) lakukan (tonton “Smash) demi buah hati anda.

Sebab kedua: Kata Kat, dia faham kenapa kaum lelaki tak suka tonton Glee sebab siri tu banyak sangat adegan menyanyi- dah nama pun musical show kan… Tapi siri ni lain! Paling banyak pun ada tiga lagu jer untuk satu episod.

Sebab ketiga: “Okaylah, apa kata kalau macam ni, di episod ke-5 nanti, saya akan buka baju. Gerenti rating naik, kan! Nak tahu betul ker tidak saya buka baju, kenalah tonton Smash!”- Katharine McPhee.

credit to GQ dan mD

“LMFAO” Live In Malaysia ~ JOM Shuffle ~

Sebut saja lirik “Every day I am shufflin’”  dan “Yeah I’m sexy and I know it! ” sapa yang tidak kenal dengan tuan empunya lagu iaitu LMFAO.  LMFAO bakal mengadakan konsert Live In Malaysia 29 Mac 2012 bertempat di Surf Beach @ Sunway Lagoon pada jam 8.30 malam.

Konsert ini dibawa khas oleh Samsung dan JS Concert Productions.Tiket-tiket dari harga RM138(Chill Out Zone),RM198(Party Zone),RM298(Samsung Zone) dan RM398 (JS VIP Zone).Ia juga boleh didapati di www.ticketpro.com.my dan outlet-outlet seperti Victoria Music,The Guitar Store dan Rock Corner atau Hotline 03-7880 7999.

Pada 11 Februari 2012 ini tiket-tiket akan dijual di Sunway Pyramid Main Concourse dengan 30% Diskaun sehingga kehabisan tiket.

Jangan lepaskan peluang yaa…Jom Shuffle!!!!

“SUM 41” Live In KL ~ Yeahhh

Akhirnya band Punk Rock iaitu SUM 41 akan mengadakan Konsert Live In KL di KL Live pada 14 April 2012 ini. Kali ini ia dibawa khas oleh Livescape, atas nama ‘Special Rockawayfest Showcase’.Pembatalan persembahan lalu di sebabkan insiden vokalis utamanya, Deryck Whibley, yang mengalami kecederaan di salah satu konsert , sehingga terpaksa membatalkan persembahan konsert jelajah 2011, mereka yang seterusnya.

Di anggotai Deryck Whibley (vocal utama, gitar rhythm), Tom Thacker (gitar utama, back-up vocal), Jason McCaslin (bass, back-up vocal) dan Steve Jocz (drums), Sum 41 dikenali sebagai ikon band Punk Rock dalam industry muzik sejak tahun 1996. Kemudian pada tahun  2001 mereka release-kan debut berjudul  All Killer, No Killer.

Pada konsert ini Bunkface dan One Bucks Shot (OBS) akan menjadi band pembuka tirai. Tiket-tiket dari harga RM108 (terhad), RM138, RM158 dan VIP RM238 (makan dan minuman di sediakan).Ia juga boleh didapati di www.ticketpro.com.my dan outlet-outlet seperti Victoria Music,The Guitar Store dan Rock Corner. Maklumat lanjut, layari www.livescapeasia.com.

Betulkah??????

Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah TMJ itu? Wajah jelita itu saling tak tumpah seperti wajah aktres popular tanahair.  Tak payahlah disebutkan namanya…satu Malaya kenal siapa si jelita itu…Nampaknya, kali ini sudah terang lagi bersuluh.  Tak payah lah kita asyik dok main teka-teki lagi kerana tuan empunya diri sudah berani berkongsi saat-saat mesra mereka melalui  laman sosial ranking ketiga terkenal di dunia ni…apalagi kalau tak laman sosial Twitter.

Laman sosial Twitter milik TMJ (@HRHJohor2)

Bukan apa. ..kami tumpang gembira dan turut berdoa untuk kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini. Apalagi, tuan empunya laman Twitter sendiri yang asyik me’retweet’ (mengulang dalam bahasa twitter) akan doa-doa dan ucapan-ucapan berbaur tahniah kepadanya. Amin….

Tindakan me-“retweet” (mengulang dalam bahasa Twitter) TMJ yang seakan-akan mengaminkan doa pengikut-pengikutnya.

Apakah ini satu petanda pasangan  ini sudah bersedia untuk tampil di khalayak umum dan mengisytiharkan perhubungan mereka sebagai sesuatu yang ‘rasmi’? Sama-samalah kita nantikan….

*credit to mD

“Pilih Kasih 3” ~ Lebih Mantap

Merentas dua musim penganjurannya sebelum ini, program realiti yang mengangkat seni lakon sebagai konsep utamanya sudah banyak menghasilkan bintang berbakat dan popular. Yakin dan percaya akan ketandusan wajah baru dengan prinsip untuk memartabatkan industri tanah air, aktor yang juga penerbit drama dan filem popular juga pencetus idea asalnya, Rosyam Nor tidak pernah kenal erti jemu dan lelah untuk mencari bakat-bakat pelapis dunia lakonan tempatan.

Dalam usaha beliau meneruskan kesinambungan legasi pelakon-pelakon tanah air, Rosyam menerusi syarikat produksinya Suhan Movies and Trading Sdn Bhd dan Telekom Malaysia (TM) sekali lagi bekerjasama menerbitkan musim terbaru program pencarian bakat lakonan iaitu Pilih Kasih.

Mengulas tentang pembaharuan yang ditampilkan pada musim ini, Rosyam berkata selain pengenalan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih, Pilih Kasih juga lebih berseri dengan kehadiran dua bintang besar dunia lakonan, Erra Fazira dan Umie Aida yang bertindak sebagai penasihat. “PK  menampilkan beberapa pembaharuan bagi menyuntik elemen segar dan kematangan, seiring dengan usia penerbitannya yang kini mencecah tahun ketiga.

Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti  Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.

Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu. Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang PK secara terperinci.

Sementara itu, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam.Masih lagi dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.

Selain siaran langsung dan siaran ulangan Pilih Kasih  di saluran TV2 atau saluran 102 di HyppTV, portal gaya hidup TM EveryoneConnects (www.everyoneconnects.net) pula akan menayangkan siaran ulangan secara eksklusif di ruangan Sini Maa.Segala maklumat, profil peserta dan perkembangan semasa berkaitan Pilih Kasih akan dipaparkan menerusi www.everyoneconnects.net. Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai peraduan yang dianjurkan di portal berkenaan, semuanya di www.everyoneconnects.net.

Sebagai kesinambungan daripada Pilih Kasih tahun lalu, TM meneruskan penajaannya untuk Anugerah Khas TM iaitu Pelakon Terbaik TM yang akan dianugerahkan kepada peserta pilihan juri berdasarkan bakat, potensi, komitmen dan kesungguhan mereka sepanjang berada dalam Pilih Kasih musim ini. Pemenang anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan trofi sumbangan TM.

[nggallery id=41]