SO Staff

Nurul Ekasari – Heroin Filem “Chantek” yang bakal memukau hati penonton

Tentu semua tertanya-tanya siapakah gadis cantik ini..Empunya diri bernama Nurul Ekasari iaitu heroin filem “Chantek” yang bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Februari 2012. Nurul bakal digandingkan dengan Pierre Andre didlm filem “Chantek” disampingΒ Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang & Zarina Anjolie.

Gadis ini berasal dari Jakarta dan dilahirkan pada 13 Disember 1987 ini memilih kerjaya sebagai Pelakon,Pengacara dan Model.Β Nurul Ekasari bermula dalm bidang seni pada tahun 2009 dgn terlibat didalam iklan komersial, model majalah, pengacaraan & berlakon dlm drama tv dan sinetron.Β Beliau pernah terlibat didalam iklan McDonald,iklan Daihatsu Terios,iklan Toshiba Glacio, model cover Majalah Mall Metropolitan Bekasi, pengacara Dinas Sosial, pelakon didalam filem “Bait Surau” sebagai Ully, pelakon sinetron didalam KTP2 serta banyak lagi.

Pihak penerbit filem “Chantek” bersama pengarah iaitu Pierre Andre mengadakan open casting selama seminggu di Indonesia bagi mencari watak “Chantek” iaitu watak pembantu rumah Indonesia didalam filem tersebut. Selepas 700 orang yang menghadiri casting tersebut, akhirnya Nurul Ekasari yang terpilih untuk watak “Chantek”. Beliau perlu menari serta dikehendaki bercakap gaya suara lelaki ketika menyamar sebagai pembantu rumah lelaki. Lagu OST filem ini ialah “Begitu Indah” hasil nyanyian Kumpulan Padi dari Indonesia.

Filem “Chantek” ini penuh dengan babak-babak yang melucukan serta aksi-aksi romantik antara Pierre dengan Nurul Ekasari yang bakal memukau hati setiap penonton yang menontonnya. Amat sesuai sekali dengan tagline filem ini iaitu “Kebahagian adalah kejujuran dan kepercayaan” .

Tak sabar rasanya menunggu 16 Februari ini untuk menonton filem ini. Jom serbu pawagam nnt….

“Awan Nano” dinobatkan sebagai Juara Lagu 2011

Tuah milik Hafiz AF apabila lagu “Awan Nano” dinobatkan sebagai Juara Lagu 2011 serta dapat mempertahankan gelaran Vokal Terbaik yang dimenanginya pada AJL tahun lepas. “Awan Nano” adalah hasil ciptaan M.Nasir dan Budi Hekayat sebagai penulis lirik. Tempat kedua pula dimenangi oleh lagu “Beribu Sesalan” yang dinyanyikan oleh 3 Suara dan tempat ketiga pula oleh lagu “Karma” nyanyian Faizal Tahir.

Persembahan terbaik pula dimenangi oleh Alyah dengan lagu “Kisah Hati”. Kehadiran Remy Ishak di akhir lagu ini menggamatkan lagi suasana di Stadium Putra Bukit Jalil. ‘Juara Mobile’ pula dimenangi oleh lagu “Sedetik Lebih” hasil nyanyian Anuar Zain serta ciptaan oleh Edry Abdul Halim.

Bagi AJL 26,pemenang tempat pertama akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000, tempat kedua pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000, tempat ketiga pula akan membawa pulang RM12,000. Manakala pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM10,000 seorang.

Juara Lagu Ke 26

Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

[nggallery id=37]

Sumpahan Kum Kum Menyeramkan….

Tahun 2012 merupakan tahun produktif buat Metrowealth (MIG) dalam usaha untuk merealisasikan sasaran untuk menerbitkan 29 buah filem. Dengan itu, MIG terus mengatur langkah bagi merealisasikan sasaran tersebut dengan menerbitkan sebuah lagi filem iaitu Sumpahan Kum Kum. Filem ke-54 terbitan MIG ini menampilkan Ismail Bob Hasim sebagai pengarah melalui Skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan MIG. Sekali lagi, genre seram menjadi taruhan beliau setelah berjaya menghasilkan Ngangkung yang mencipta rekod box office dalam kutipan melebihi RM 8 juta. Walaupun Sumpahan Kum Kum merupakan genre seram pertama arahan beliau namun ianya bukanlah sesuatu yang janggal kerana sebelum ini, beliau turut membantu dalam menghasilkan drama yang bergenre sama.

MIG percaya penerimaan penonton terhadap genre seram sememangnya ditunggu-tunggu peminat kerana ianya mempunyai jalan penceritaan yang menarik serta adakalanya berkisarkan kisah benar. MIG juga sentiasa positif dalam menghasilkan genre-genre yang terbaik untuk dihidangkan kepada penonton masa kini. Faktor itu juga memberi keyakinan kepada MIG untuk terus merealisasikan sasaran menerbitkan 29 buah filem untuk tahun 2012 ini selain percaya genre seram mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.

Filem ke-5 arahan beliau ini menjalani pengambaran di sekitar Ijok, Selangor. Pemilihan lokasi ini dibuat berdasarkan konsep penceritaan dan latar cerita filem yang bergenre seram serta kesesuaian dalam penghasilannya untuk membantu membangkitkan mood lakonan kepada para pelakon. Selain itu, filem ini juga diperkuatkan lagi dengan lakonan mantap pelakon dibawah Unit Talent MIG iaitu Fezrul Khan, Shima Anuar dan Wawa Zainal. Ia juga turut dibantu oleh Β Maimon Mutalib, Lydiawati, Razak Ahmad, Kaza, Ct Chubby, Adib (The Fabulous Cats), Putri Mardiana serta pelakon cilik Farisya Fatin Faizal dan ramai lagi.Β 

SINOPSIS

Mengisahkan Mila (Shima Anuar) yang mempunyai masalah kulit pada mukanya. Keadaaan ini menyebabkan dirinya malu untuk berdepan dengan orang sekeliling terutamanya rakan sekerjanya. Tertekan dengan masalah itu, Mila berjumpa dengan seorang dukun untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan keadaan mukanya itu. Ketika menjalani proses pemulihan itu, Mila perlu mengikuti pantang larang yang telah ditetapkan. Antaranya ialah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Sejak mendapatkan rawatan tersebut, Mila mula menjadi perhatian ramai. Mila merasakan tidak sabar untuk melihat wajah sebenarnya lalu melihat cermin. Perbuatannya itu mengundang musibah apabila wajahnya yang cantik itu bertukar menjadi hodoh.

Untuk memulihkan keadaan wajahnya itu, Mila berjumpa semula dengan dukun yang sama untuk merawat wajahnya itu. Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya Mak Tom ( Lydiawati ) bersetuju untuk membantu namun hanya ada satu cara untuk mengembalikan wajahnya ke asal. Mila perlu meminum darah 9 gadis sunti, itu diantara syarat yang ditetapkan. Mila menuruti kehendak Mak Tom dan usahanya bermula dengan mangsa pertama iaitu Shima (Wawa Zainal) yang juga anak kepada Mak Tom.

Mak Tom menjadi marah terhadap tindakan Mila itu lalu bertekad untuk membunuh Mila. Mak Tom merancang pembunuhan Mila dan segalanya bermula ketika Mila bersumpah yang dia akan turut membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Keadaan ini menyebabkan Mak Tom gusar kerana beliau mempunyai cucu yang bernama Tini (Farisya Fatin) anak kepada Adi (Fezrul Khan) dan Nurul (Putri Mardiana).

Sejak kematian Mila, rohnya sentiasa tidak aman dan sering merayau mengganggu penduduk kampong. Begitu juga dengan keluarga Adi yang sering menjadi gangguan Mila. Setelah Mak Tom meninggal, pelbagai kejadian serta peristiwa berlaku.

Apakah kaitannya sumpahan Mila dengan kematian Mak Tom dan juga keluarga Adi?Jom Saksikan di pawagam sekarang..

[nggallery id=36]

ON AIR – ASTRO Beri peluang gilap bakat pengacaraan

Membuka tirai tahun 2012, Astro terus merancakkan perkembangan industri penyiaran tempatan dengan membawakan sebuah lagi program realiti yang akan mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan berjudul ON AIR yang bakal memulakan sesi ujibakat di negeri-negeri terpilih bermula 14 Januari ini!Β 

Pihak produksi akan mengunjungi empat buah negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:

NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
1. Pulau Pinang Red Box Karaoke, Gurney Plaza 14 & 15 Januari 2012
2. Johor Bahru
The Puteri Pacific, Johor Bahru
21 & 22 Januari 2012
3. Sarawak
Merdeka Palace, Kuching
28 & 29 Januari 2012
4. Kuala Lumpur
Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil,
4 & 5 Februari 2012

Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorangΒ  warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai personaliti yang menarik. Para paserta ujibakat perlu membawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

Majlis Kesyukuran & Gong Xi Fa Cai MIG 2011/2012 Meriah

Tahun 2011 merupakan tahun paling gemilang dalam sejarah pembabitan filem di Malaysia.Kutipan kasar keseluruhan menjangkau RM108 Juta dan meletakkan Malaysia sebagai negara paling berjaya di Asia Tenggara dalam penerbitan filem.Daripada jumlah itu,warga MIG menjadi penyumbang utama sebanyak 22.2% (RM24 Juta).Untuk tahun 2012,MIG telah mendapat 10 slot wajib tayang dan menjangkakan 19 buah filem MIG ditayangkan sehingga akhir tahun ini.

Pada majlis ini,menjadi tradisi MIG untuk berkongsi rezeki dengan semua yang telah bersama-sama memastikan kejayaan yang diperolehi ini. Slogan ‘Bintang Dicipta,Bukan Dilahirkan’ membuktikan bahawa MIG berjaya mengembangkan bakat-bakat yang sedia ada seperti Shaheizy Sam,Lisa Surihani,Farid Kamil,Pierre Andre,Yana Samsuddin,Intan Ladyana,Fizo Omar dan ramai lagi.

Keberkesanan Skim 10 Pengarah Muda MIG terbukti dengan lahirnya pengarah generasi baru yang mampu menyuntik idea segar di dalam karya mereka.Ianya terbukti dengan kejayaan pengarah muda MIG seperti Ismail Bob Hasim dan Farid Kamil yang berjaya mengutip kutipan pecah panggung melebihi RM8 Juta.Begitu juga dengan pengarah muda yang lain seperti Azhari Zain,Hashim Rejab,Pierre Andre,Ollyn Khadri,Yana Samsuddin,Razif Rashid,Amiro,Nor Hazlin Salam dan Eyra Rahman.

Ally Iskandar & Farah Lee Sah Bergelar Suami Isteri

Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.

*Sumber & Foto Ehsan dari OHBULAN!