SO Staff

Ana Raffali Bercinta?

Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali dengan nama pentas Ana Raffali kini dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang juga teman di universiti satu ketika dulu.

Dipetik daripada Berita Harian, penyanyi “Tolong Ingatkan Aku” mengakui dia seorang yang sukar difahami tetapi lelaki ini berjaya mengambil hati dan memahaminya, sekaligus melengkapkan hidupnya.

“Saya suka sikapnya yang memahami karier dan kehidupan saya sebagai seorang artis. Kami sudah berkenalan lebih kurang enam tahun lalu tetapi sebagai teman rapat sahaja. Saya tidak menyangka persahabatan tersebut boleh melangkah ke hubungan yang lebih serius,” ujar penyanyi yang sentiasa tampil dengan baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.

Malah pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 ini turut memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga memandangkan sudah berusia 26 tahun. Namun dia menegaskan bukan dalam tempoh terdekat ini.

“Saya serahkan kepada ketentuan Ilahi dan doakan yang terbaik sahaja,” kata Ana lagi yang turut memberitahu tidak kisah jika jodohnya tiba di saat karier sedang meningkat.

 

 

‘Dingin Lavenda’ drama terbaru menerusi slot Zehra

Menyusuli Tahajjud Cinta, saksikan drama bersiri terbaru, ‘Dingin Lavenda’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam mulai 9 Disember 2011. Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Eira Syazira, Zarina Zainordin, Faralyna Idris, Salleh Mahfooz dan Azlee Khairi, terbitan Layar Consult Sdn Bhd yang diarahkan oleh sutradara Amy Maziah dengan nukilan skrip oleh Zabidi Mohamed. Drama ini turut menjalani penggambaran di Melbourne, Australia.

Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.

Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.

Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.

Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.  Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.

Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.

Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan kisah 3 sahabat di drama bersiri hebat, Dingin Lavenda, setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

 

Vanila Coklat bakal mengisi slot Lestary menggantikan Cinta Elysa bermula 20 Disember ini

Vanila Coklat, sebuah drama romantik komedi yang menampilkan Izara Aishah sebagai Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) sebagai Aamir, Iqram Dinzly sebagai Kamal dan Nabila Daly sebagai Liana bakal mengisi slot Lestary menggantikan Cinta Elysa bermula 20 Disember ini. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe, skrip ditulis oleh Panel AMC dan diterbitkan oleh Asia Media Content.

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat, setiap Selasa jam 9.00malam bermula 20 Disember ini. Penonton yang terlepas menyaksikan Vanila Coklat boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

 

Pembukaan Amber Chia Academy ke-4 di Berjaya Times Square serta sambutan hari jadi yang ke-30

Pada 8 Disember yang lepas bertempat di Berjaya Times Square, Supermodel terkenal Malaysia iaitu Amber Chia telah merasmikan pembukaan Amber Chia Academy yang  ke-4 selepas Jaya One (Petaling Jaya),Melaka dan Pulau Pinang. Pada majlis itu juga diadakan sambutan hari jadi utk beliau yang ke-30 yang jatuh pada 14 Disember 2011.

Akademi ini menawarkan pelbagai kursus iaitu modelling,photography serta make up. Kursus-kursus ini dijalankan pada setiap hari termasuk hujung minggu. Pada masa akan datang, ia akan menawarkan kursus-kursus seperti seni lakonan,menari dan menyanyi.Terdapat juga kursus make-up iaitu yang diiktiraf oleh KPMA (Makeup Advanced Korea Pro Makeup Association) yang mempunyai ahli seramai 50,000 orang diseluruh dunia.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan boleh lah datang terus ke Amber Chia Academy Berjaya Times Square,Lot 08-58,08-59,08-60, Tingkat 8,Berjaya Times Square,N0.1,Jalan Imbi,55100 Kuala Lumpur,Malaysia. Anda juga boleh menghubungi di talian 03-21418998 atau melayari laman web iaitu www.supermodel-academy.com atau www.amberchia.com/academy.

SONGLAP ~ Kerja Kotor Sapu Bersih ~

Akhirnya filem Songlap akan menemui para penonton pada 15 Disember 2011 di 77 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Ia adalah terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films.

Songlap merupakan kisah diantara dua beradik iaitu Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi. Mereka menjalani kehidupan yang sama tetapi berbeza pendapat dari segi perspektif kehidupan. Kehadiran Hawa (Sara Ali), salah seorang mangsa pemerdagangan haram telah mengubah segalanya dimana Ad lebih nekad untuk meninggalkan aktiviti yang menjadi punca rezeki selama ini dan cuba meyakinkan Am untuk bersama mencari jalan keluar daripada kehidupan gelap yang dijalani mereka selama ini. Disitulah bermulanya konflik diantara kedua adik beradik ini yang harus mereka selesaikan segera. 

Selain itu, filem ini juga mendapat sokongan daripada penaja Everlast dalam kempen promosi Songlap.  Antaranya, peraduan “Mystery Shopper” sedang giat dijalankan di mana seorang pemenang bertuah akan diberi baucar sebanyak RM1,000.00 untuk berbelanja bersama Shaheizy Sam di butik Everlast.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/grandbrilliance dan www.twitter.com/grandbrilliance.

Apalagi..jom tonton…

 

 

 

Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia

Baru-baru ini telah berlangsung Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2 di Setiawangsa. Ia akan disiarkan di Astro RIA (104) pada 31 Disember 2011 jam 10.00 malam. Konsert ini berjaya mengumpulkan hampir semua peserta Akademi Fantasi dari musim pertama hinggalah yang ke sembilan. Jangan lupa saksikan Konsert Reunion ini.

Pada konsert tersebut sebanyak 9 anugerah diberikan kepada peserta Akademi Fantasia. Berikut adalah pemenang-pemenangnya :

Anugerah Dangdut Terbaik
Lufya ~ Kopi Dangdut
Akma ~ Selamat Jalan Romeo
Aswad ~ Yang Sedang-sedang saja
Zarina ~ Goyang Inul

Anugerah Rock Wanita
Nija & Anum ~ Permata Biru
Nadia & Mama Rina ~ Permata Pemotong Permata
All ~Kesal

Anugerah Rock Lelaki
Aril & Afif ~ Hukum Karma
Hazama ~ Opera Hidup
All ~ Sejati

Anugerah Irama Malaysia
Bob ~ Pantun Budi
Raqib ~ Joget Renung-renung
Farhan ~ Sayang Di Sayang
Haziq ~ Umpan Jinak di Air Tenang

Anugerah Komedi
Syawal ~ Berjuta Batu
Daus ~ Cari Jodoh
Zahid ~ Cik Mek Molek
Faizal ~ Wa Timbang Landak

Anugerah Balada Lelaki
Akim & Khai ~ Derita Cinta
Shahrir & Mawi ~ Kekasih Awal Dan Akhir
All ~ Gadis Melayu

Anugerah Balada Wanita
Adira ~ Jerat Percintaan
Isma ~ Bukan Cinta Biasa
Rosma ~ Seindah Biasa
Mila ~ Biarlah Rahsia

Anugerah Tari
Erul ~ Legasi Cleopatra
Eka ~ Bukan Milikmu Lagi
Stacy ~ Kasanova

Anugerah Duet
Azri & Nera ~ Hanya Memuji
Adira & Hafiz ~ Ada Apa Dengan Cinta
M.Nasir & Mawi ~ Lagu Jiwa Lagu Cinta
Hazama & Amy ~ Simetri

Big Jamm Band – You Rawk!!

[media-credit name=”Big Jamm Band” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Rissa berpeluang berkunjung ke Hitz Borneo Horizon-Setapak, bersama teman-teman rapat untuk ‘beralih angin’ seketika selepas halwa telinga ini kerap di hidangkan dengan genre muzik yang syahdu. Dan ini adalah berita baik untuk orang orang Sarawak! Bagi penggemar muzik terkini, anda pastinya tidak mahu terlepas peluang untuk menyaksikan sebuah band baru yang berasal dari Sarawak ini beraksi. Mereka adalah BIG JAMM BAND!

Terdiri dari gabungan lapan orang cewek dan cowok di sekitar umur 23 hingga 40 tahun, mereka benar-benar mampu membuatkan anda tidak senang duduk di kerusi tatkala melihat persembahan hebat mereka yang sungguh memukau. Peluang di berikan pada Rissa untuk menemubual mereka sebelum persembahan bermula adalah amat berharga . Bertempat di luar premis, Rissa berkesempatan untuk mengenali kelapan-lapan mereka dengan lebih dekat lagi.

Menurut ketua band ini, Stanley atau Stan, band ini berasal dari Bumi Kenyalang dan terdiri dari lapan orang, 6 lelaki dan 2 perempuan (yang pada Rissa, oh! sungguh gorgeous). Mereka adalah Stanley, Syafiq, Nita, dan Dewi selaku vocalist, Nigelguitarist, Amankeyboardist, Jaibassist, dan Mack selaku drummer merangkap founder band ini.  Big Jamm Band adalah gabungan pelbagai etnik termasuk Melayu, Melanau dan Iban dan genre muzik yang di pilih merangkumi pelbagai nuansa muzik termasuk dance, pop, rock dan r&b. Yang menariknya, mereka mampu membuat persembahan dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Filipina, Tamil , Cina dan Inggeris. Huh! Hebatkan?

Apabila di tanya, apakah kenangan paling manis sepanjang 3 tahun Big Jamm Band beraksi di pentas, Stan pantas menjawab, “ The best moment adalah bila kami di beri peluang untuk membuat performance di The Funtheque, SHIP Kuala Lumpur baru-baru ini dan crowd di sana lebih international sedangkan kami masih lagi baru di dalam industri ini..”  Justeru, apabila di tanya lagi mengenai rancangan di masa depan, Big Jamm Band berharap dapat melebarkan sayap mereka ke Singapura dan Thailand bagi menimba lebih banyak pengalaman seterusnya memperkenalkan muzik etnik dari Sarawak yang turut menjadikan mereka lain dari yang lain.

Dengan pengalaman lebih dari tiga tahun beraksi di pentas, mereka membawa konsep ‘funky’, energetic dan rock & roll setiap kali membuat persembahan. Namun begitu, meski Big Jamm Band masih baru dalam arena live band performance, rata-rata ahli kumpulan ini telah pun menimba pengalaman secara individu sebelum ini. Sebagai contoh, Jai –selaku pemain bass telah pun menempa nama dalam pembikinan lagu selaku penggubah muzik dan Stanley dan Mack sendiri pernah menyertai pertandingan Rentak Juara anjuran RTM sektar dua tahun yang lepas. Justeru segala pengalaman dan ilmu yang diterima telah di curah sepenuhnya kepada Big Jamm Band yang kini menjadi taruhan dalam hidup mereka.

[media-credit name=”Big Jamm Band” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Selesai temubual, mereka meminta untuk mengundur diri untuk bersiap sedia ke pentas. Dan Rissa sempat bertanya, apakah harapan mereka terhadap industri muzik tanah air terhadap Big Jamm Band, Stanley dengan rendah hati menjawab, “ Kami masih baru, dan masih banyak pengalaman yang perlu kami terokai. Harapan kami agar peminat live band di luar sana boleh menerima persembahan kami dan enjoy!”

Rissa ucapkan good luck pada mereka dan sempat lagi meminta untuk memainkan lagu Hotel California dan dengan senang hati mereka menunaikan permintaan Rissa. Oh Big Jamm Band, u guys are so RAWK!!. Kepada sesiapa di luar sana, terutamanya sahabat-sahabat dari Borneo, silalah ke Hitz Borneo Horizon-Setapak bagi menikmati muzik anak tempatan dari Bumi Kenyalang ini dan mereka akan berada di sana sehingga 15 Januari 2012. So , apa tunggu lagi! Ho yeah!!

Ps: Entry seterusnya Rissa akan share keterujaan Rissa melihat persembahan mereka di Hitz Borneo Horizon.

[nggallery id=29]

 

Konsert Online Yuna Untuk Pengguna Hotlink

[media-credit name=”Yuna Online” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Untuk kali pertamanya Hotlink membawakan kepada penggunanya sebuah konsert yang disiarkan eksklusif secara online. Konsert tersebut dinamakan  Hotlink’s People Power Concert.

Konsert yang akan berlangsung pada 14 Disember ini, mempersembahkan Yuna mendendangkan lagu-lagu terbarunya yang masih lagi belum dipasarkan kepada umum. Melalui konsert ini juga penonton berpeluang untuk memberikan tajuk kepada single terbaru Yuna dan mungkin juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam video muzik lagu tersebut.

Konsert Online Yuna ini terhad kepada 10,000 pengguna sahaja. Anda perlu membuat tempahan untuk menonton konsert tersebut di laman web http://www.nowyoucan.my/yuna/index.php. Tempahlah sekarang untuk mendapatkan tiket anda.

‘Far East Movement Live In KL’ di KL Live

Setelah ‘Pitbull’ mengegarkan Surf Beach Sunway pada khamis lepas, tibalah masa Far East Movement menggamatkan suasana malam minggu lepas di KL Live. Lebih daripada 2000 penonton dihiburkan dengan persembahan yang amat bertenaga oleh Far East Movement.

Konsert ini dibawa khas oleh Universal Music Malaysia dengan kerjasama Marctensia Concerts & TuneTalk Mobile Prepaid. Pada konsert tersebut DJ Jackman dan DJ Junior menjadi pembuka tirai.Selepas itu barulah Far East Movement mengegarkan KL Live dengan 21 lagu yang terdiri daripada ‘G6’ , ‘Rocketeer’,’OMG!’  ‘!Party’ dan lain-lain lagi.

[nggallery id=28]

Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik

Tirai separuh akhir Muzik-Muzik telah pun melabuhkan tirainya pada jumaat lepas dengan 12 lagu layak ke final daripada 30 lagu kesemua. Tahniah kepada lagu-lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 26.

Yuna ke pentas akhir AJL 26 ini dengan berbekalkan 2 lagu iaitu ‘Cinta Sempurna’ dan ‘Penakut’. Yang paling mencuri tumpuan adalah penyertaan kali pertama Najwa Latiff di Muzik-Muzik berbaloi dengan lagu ‘Cinta Muka Buku” mara ke AJL juga. Lagu ‘Sedetik Lebih’  yang nyanyian asal oleh Anuar Zain tetapi dinyanyikan oleh Jaclyn Victor pada peringkat Separuh Akhir turut layak ke AJL 26.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang layak ke AJL 26 yang akan diadakan pada 29 Januari 2012.

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

 

Sarah Raisuddin lahirkan bayi lelaki

Utusan Online melaporkan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak, Shuib Sepah pada pukul 10.19 pagi ini.

Bayi lelaki seberat 3.32 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bersyukur dan gembira kerana dia kini bergelar seorang bapa.

“Alhamdulillah, Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat walaupun terpaksa melalui kaedah pembedahan, bukan kelahiran secara normal.

“Kali pertama melihat bayi saya, perasaan bercampur-baur iaitu antara gembira dan terharu kerana beginilah rupanya perasaan seorang lelaki yang menanti untuk bergelar ayah.

“Dengan kelahiran orang baharu dalam keluarga kami, ia semakin menambahkan semangat buat saya untuk lebih berjaya pada masa hadapan,” ujarnya.

Shuib yang bergegas pulang dari Sabah berkata, dia akan berusaha untuk memperbaiki perjalanan karier seninya memandangkan tanggungjawab yang dipikulnya kini lebih berat.

Kata Shuib, Sarah kini sedang berehat di hospital sementara menunggu kebenaran doktor untuk pulang.

Konsert ‘Pitbull Live In Malaysia’ di Surf Beach,Sunway Lagoon

Pitbull iaitu penyanyi Amerika yang terkenal dgn irama dance telah mengadakan konsert secara live di Surf Beach,Sunway Lagoon pada Khamis 1 Disember yang lepas.Seperti jangkaan, lebih dari 5 ribu peminat-peminat di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert ini.Konsert yang sepatutnya bermula pada jam 9 malam tetapi terpaksa ditunda ke 9.30 malam kerana hujan lebat.

Konsert ini dibawa oleh DIGI Communication dan JS Music.Ia adalah konsert secara live pertama Pitbull di Malaysia selepas  konsert tertutup pada bulan May lepas.Mizz Nina diberi peluang sebagai artis pembukaan bagi konsert ini dan menyampaikan 3 buah lagu.

Pitbull pada malam itu telah menyampaikan sebanyak 15 buah lagu yang mana 5 lagu dibawa secara medley.Diantara lagu-lagu yang disampaikan adalah Rain Over Me,Hey Baby (Drop It to the Floor),I Know You Want Me. Lagu penutup bagi konsert Pitbull tersebut adalah Give Me Everything.

[nggallery id=27]