SO Staff

MBI SELANGOR RAI USAHAWAN PLATS DALAM MALAM ANUGERAH PLATFORM SELANGOR (MAPS) 2024

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor meraikan peserta-peserta Usahawan Platform Selangor (U-PLATS) siri pertama dalam majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024, hari ini.

Majlis yang julung kali diadakan itu diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi dan YBrs. Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor.

Seramai 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, YBrs. Ts. Saipolyazan M Yusop berkata majlis ini amat bermakna untuk peserta PLATS kerana hal ini menunjukkan komitmen MBI Selangor dalam membangunkan serta memupuk bakat keusahawanan dalam kalangan rakyat Selangor.

“MAPS 2024 bukan sahaja menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian peserta PLATS tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka untuk terus maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan mikro Selangor pada masa hadapan,” katanya lagi.

Seramai 37,018 orang peniaga telah berdaftar dengan PLATS setakat 31 Jun 2024. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan hasil daripada program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY) seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar pada bulan Ramadan dan Program U-PLATS Digital.

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor turut menyampaikan enam anugerah khas kepada penerima yang terpilih. Anugerah khas tersebut ialah Anugerah Usahawan Mikro Komuniti, Anugerah Usahawan Mikro Inovasi, Anugerah Usahawan Mikro Digital, Anugerah Usahawan Mikro Muda, Anugerah Usahawan Mikro Wanita dan Anugerah Usahawan Mikro Negeri Selangor yang merupakan anugerah utama untuk MAPS 2024.

MBI Selangor yakin inisiatif PLATS ini merupakan usaha progresif dan pemangkin kepada ekonomi digital di Selangor sekali gus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Art of Speed 2024: Acara Kustom & Counter Culture Terulung Kembali

Art of Speed 2024 (AOS 2024) kembali dengan lebih besar dan lebih menarik, berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 27 dan 28 Julai 2024. Acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada para peminat dan pengunjung.

Tarikan Utama AOS 2024:

  1. Tetamu Antarabangsa:
  • Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa, dan Hey Murakamii dari MOONEYES, Jepun.
  • Daigo Saito, ikon drift terkenal dari Toyota Gazoo Racing.
  • Katie’s Customs dan STOOP Motorcycles dari Jepun.
  • Nigel Petrie dari Australia, Spinny dan Little Boy Cycles dari Thailand, serta ramai lagi.
  1. Aktiviti Terbaharu:
  • SoundCircus Takeover: Persembahan kugiran muzik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe, dan ramai lagi.
  • Kolaborasi dengan Selangor FC: Menyokong kempen “Stop The Violence”.
  • Komuniti Moto4sale: Platform untuk jual beli motosikal bawah 500cc.
  • Pameran Coating Edisi Terhad: Bersama IGL Coatings untuk penunggang motosikal.
  • Kolaborasi Eksklusif: Bersama Zippo, Von Dutch, Selangor FC, dan MOONEYES.
  1. Sorotan Lain:
  • AOS Invitational Build-Off: 10 pembina binaan khas bersaing untuk hadiah wang tunai dan peluang ke acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.
  • Hot Wheels Collectors Convention Malaysia: Pelbagai aktiviti menarik untuk pengumpul Hot Wheels.
  • ThunderCircus “Brotherhood Rally”: Aktiviti untuk peminat motosikal.
  • NEAT Fest: Paparan kereta bermodifikasi dari seluruh Malaysia.
  • Off The Grid: Pameran gaya hidup outdoor dengan keselesaan hawa dingin.
  • Hail Vintage dan Streetware Con: Fesyen pakaian jalanan dan thrift.
  • Kustom & Koffee Talk: Perbincangan mengenai trend terkini dalam industri motosikal dan automobil.
  • Show & Shine: Pameran kereta dan motosikal bermodifikasi terbaik.

Aktiviti Tambahan:

  • Roda Rumble 2024: Two Wheels Gathering & Outdoor Festival.
  • La Cultura: Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering.
  • Food Park dan Bazar Vintaj Automobil.
  • Test Ride Zone: Peluang mencuba pelbagai jenama motosikal.

Cabutan Bertuah:

  • Hadiah cabutan bertuah adalah sebuah kereta Honda yang dimodifikasi hasil kolaborasi dengan QARTEL TV.

Tiket dan Kemasukan:

  • Pas hujung minggu AOS 2024 boleh didapati dengan harga RM35.00, dan kanak-kanak bawah 12 tahun masuk percuma. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan percuma.
  • Pilihan parkir tiket valet VIP dengan bayaran RM30.00.

Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, menyatakan kesyukurannya atas sokongan yang diterima sepanjang 13 tahun penganjuran AOS. Matlamat acara ini adalah untuk mengumpulkan peminat di bawah satu bumbung untuk meraikan seni, gaya hidup, budaya, dan permotoran.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan vendor, layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.

Merchantrade Asia Lancar Merchantrade Money Biz Yang Merupakan Kad Prabayar Korporat Pertama Malaysia

Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), peneraju inovasi dalam perkhidmatan kewangan digital, telah melancarkan Kad Korporat mereka, Merchantrade Money Biz, yang kini menjadi Kad Prabayar Perniagaan Visa pertama di Malaysia. Produk inovatif ini direka untuk memudahkan pengurusan perbelanjaan bagi syarikat-syarikat dari pelbagai industri dan saiz, dari Korporat hingga Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Merchantrade Money Biz menggabungkan 3 kaedah inovatif – Kad Prabayar Perniagaan Visa (dengan had RM50,000 dan pengeluaran kad tanpa had bagi setiap syarikat) yang dipautkan dengan eDompet pelbagai mata wang, dan portal pengurusan perbelanjaan dengan fungsi yang direka untuk perniagaan moden.

Ramasamy K Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, berkata: “Merchantrade Money Biz bersedia menandingi kad kredit korporat tradisional yang dikeluarkan oleh bank. Kad kredit korporat biasanya hanya untuk eksekutif atasan; kini, dengan Merchantrade Money Biz, ia memberi kelebihan kepada pekerja di semua peringkat dengan kad prabayar korporat sambil menyediakan kemudahan untuk majikan mengawal dan mengurus kewangan dengan tepat dan betul.

Kami mempercayai bahawa kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat dalam mengurus perbelanjaan mereka dan menjadi satu alternatif yang terbaik bagi mereka yang tidak dapat memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko pembelanjaan berlebihan dan bebas faedah.”

Dikuasakan oleh Visa, kad prabayar perniagaan ini boleh digunakan oleh pekerja untuk membuat pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit untuk perbelanjaan syarikat. Ia juga dipadankan dengan eDompet pelbagai mata wang yang membolehkan pengguna menukar mata wang sehingga 20 mata wang asing dengan kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa. Pengguna kad prabayar ini juga dapat juga menikmati pelbagai benefit serta tawaran hebat.

Portal pengurusan perbelanjaan pula bukan sahaja secara automatik dan mendigitalkan proses perniagaan, tetapi juga memberikan 100% ketelusan pada semua transaksi dan termasuk kawalan yang mantap. Jadi pengguna kad prabayar ini tidak perlu bimbang akan keselamatan setiap transaksi yang dilakukan.

Roy Choudhury Debarun, Ketua Penyelesaian Komersial dan Pergerakan Wang Visa untuk rantau Asia Tenggara berkata: “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Merchantrade Asia untuk memperkenalkan kad prabayar pertama untuk syarikat-syarikat korporat dan PKS di Malaysia.

Ini adalah penyelesaian yang relevan dan tepat pada masanya, kerana kita telah melihat pertumbuhan sebanyak dua-angka dalam perbelanjaan kad komersial di Malaysia berbanding tahun lepas.

Ini menunjukkan peningkatan permintaan oleh syarikat-syarikat di negara ini untuk menggunakan kaedah pembayaran digital dan inovatif. Di Visa, kami komited untuk memperkasakan perniagaan melalui rangkaian global kami dan kepakaran kami untuk penyelesaian pembayaran. Kerjasama kami dengan Merchantrade melambangkan visi kami untuk meningkatkan keterangkuman kewangan dalam ruang pembayaran B2B dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia”.

Lebih daripada 80 syarikat telah mendaftar semasa fasa percubaan, menunjukkan permintaan yang tinggi dan penerimaan positif terhadap produk baru ini. Ini menekankan komitmen Merchantrade untuk menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif dan efektif dalam memenuhi keperluan syarikat yang berkembang pesat di Malaysia.

Dengan kaedah, fungsi, dan kerjasama baru yang sedang dibangunkan, Merchantrade yakin bahawa penyelesaian ini akan mengubah cara syarikat beroperasi. Visi Merchantrade juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi mereka dan menerima gaya baharu dalam usaha membina ekonomi yang lebih tanpa tunai.

PUTERI SARAH & NAD ZAINAL TERHARU TERIMA ANUGERAH KHAS DARIPADA MOMMYHANA

Susulan impak positif diterima syarikat MommyHana daripada perkongsian Nad Zainal dan Puteri Sarah di media sosial yang menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenamanya, dua selebriti popular tanah air itu diberikan Anugerah Khas pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana di Setia City Convention Centre, Shah Alam, 6 Julai lalu.

Perkongsian mengenai produk MommyHanna dibuat Nad Zainal dan Puteri Sarah melalui akaun media sosial masing-masing berjaya meraih jutaan tontonan, malah menjadi ‘viral’ sehingga manfaat produk syarikat yang terkenal dalam membantu perkembangan minda dan pendidikan kanak-kanak itu dapat disebar luaskan kepada umum.

Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas.

“Nad Zainal dipilih disebabkan dia  seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan  meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.

“Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka.

“Puteri Sarah juga sama seperti Nad Zainal, tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang masa seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak. Jadi, kandungan dihasilkan Puteri Sarah menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.

“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.

Malam Pesona Klasik Mommyhana 2024

Mengulas penganjuran Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ itu, Hana Shahadan berkata, ia diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.

“Kita sangat menghargai dan tahu cara untuk menghargai sebab kadang-kadang orang ingat kita lupa, tapi kita tidak pernah lupa orang yang membantu MommyHana walaupun sekecil bantuan atau sokongan diberikan.

“Secara keseluruhan, seramai 120 orang yang menerima anugerah tidak termasuk Anugerah Khas yang diterima lebih kurang 10 orang. Penerima Anugerah Khas ini pun mereka tidak tahu akan menerimanya,  ia disebabkan sumbangan mereka secara tidak langsung seperti dalam kalangan artis, pempengaruh atau pelanggan yang sentiasa menyokong MommyHana.

“Kami sangat hargai mereka, malah Anugerah Khas ini juga untuk tokoh-tokoh yang banyak membantu daripada segi inspirasi dan bantuan semasa berniaga. Sebagai contoh adalah Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah (pakar motivasi) yang membantu dari awal penubuhan MommyHana dan memberi doa. Kita memberi Anugerah Khas ini kepada keseluruhannya,” katanya.

Dua Agen Mommyhana Terima Hadiah outlet Mommyhana yang Bernilai Setuja Ringgit Setiap Satu

Majlis yang penuh dengan kejutan demi kejutan ini turut mendapat satu kejutan yang cukup besar apabila dua agen MommyHana diberikan hadiah berupa outlet MommyHana yang bernilai RM1,000,000 setiap satu. Dua outlet Mommyhana ini terletak di pusat membeli belah yang cukup terkenal iaitu di AEON Bandaraya Melaka dan KL East Mall.

Kedua-dua agen Mommyhana ini iaitu Norhafizal Kamil dan Siti Aisyah Syukor diberikan hadiah yang cukup bernilai ini lantaran komitmen mereka berdua yang sentiasa konsisten mendapat antara jualan tertinggi setiap bulan.

Menerusi majlis berkenaan, Hana Shahadan menjelaskan, pihaknya memberi pengiktirafan kepada individu yang banyak membantu meningkatkan taraf MommyHana menerusi beberapa kategori anugerah. Malah, katanya, penerima anugerah dipilih berdasarkan jualan serta bagaimana cara mereka bergerak dalam satu kumpulan.

“Penerima anugerah dipilih berdasarkan ‘sales’ dan ‘grouping’. Kita juga bukan hanya menilai melalui wang ringgit, tapi bagaimana individu itu dapat membantu pasukan dan membantu lebih ramai orang. Kita juga ada memberikan Anugerah Khas kepada individu yang membantu daripada segi pemasaran dan penjenamaan.

“Sebahagian anugerah diberikan  kepada mereka yang bekerja di belakang tabir. Mereka sentiasa menyokong MommyHana sejak di awal penubuhan. Tidak dilupakan kepada agen-agen yang kekal konsisten, jadi kita beri mereka penghargaan walaupun jualan tidak tinggi. Kita beri anugerah khusus disebabkan mereka konsisten supaya dapat memberi lebih semangat,” katanya.

Pelancaran beg sekolah berteknologi tinggi dan mesra kanak-kanak

Demi memastikan jenama MommyHanna terus bertahan dalam peredaran masa kini, Hana Shahadan turut mengumumkan pelancaran reka bentuk baharu beg kanak-kanak MommyHanna yang lebih baik dan mesra pengguna termasuk memperkenalkan produk ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama siri animasi terkenal, Upin & Ipin.

“Semasa majlis tersebut kita lancarkan 6 reka bentuk terkini beg MommyHanna. Beg-beg itu kami buat penambah baikan daripada segi ketebalan span supaya budak-budak lebih rasa ringan semasa bawa beg. Kita juga ada tambah tali dekat dada. Kita letakkan teknologi yang lebih bagus pada beg tersebut untuk membantu anak-anak kita supaya dapat merasakan beg mereka lebih ringan untuk ke sekolah.

“Kita juga ada beg beroda yang lebih selamat. Selain menghasilkan teknologi baharu untuk penambah baikan beg, kita letakkan juga ‘safety issue’ di beg tersebut seperti pantulan untuk budak-budak yang pergi sekolah awal pagi. Beg tersebut adalah kolaborasi dengan edisi-edisi terhad daripada MommyHana.

“Selain itu, produk kedua yang dilancarkan adalah ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama Upin & Ipin. Itu adalah produk yang pernah berjaya sebelum ini tapi kita keluarkan balik versi Upin & Ipin. Ia lebih mantap dan hebat daripada segi kolaborasi dan reka bentuk. Ia bakal memberi imej baharu yang lebih segar terhadap produk itu,” katanya.

Perlantikan duta Mommyhana

Sementara itu, lima duta baharu dalam kalangan pempengaruh atau personaliti media sosial diperkenalkan iaitu Rani Amanda dengan gelarannya Si Comel, Umar Al-Amsyar (Si Hensem), Syakila (Si Ibu Cantik), Bang Aji (Si Bam Bam) dan Aqil Zulkiflee (Si Abang Kacak).

“Duta yang kita lantik lebih kepada pempengaruh TikTok. Pernah ada artis dan TikTokers yang bersama dengan kami. Kebanyakan orang sekarang fokus kepada TikTok dan suka tengok ‘content’. Ia banyak dapat ditonton daripada TikTok dan kebanyakan audiens atau penonton ini mengenali TikTokers lebih cepat, jadi kita membuat sedikit kajian selama hampir setahun hingga dua tahun untuk mencuba dalam pasaran TikTok.

“Alhamdulillah ia memberi kesan kepada MommyHanna punya jenama dan pemasaran. Jadi, kita lantik kali ini seramai lima orang duta baharu yang lebih kepada TikTok dan kanak-kanak juga sangat suka dengan mereka terutama Aqil Zulkiflee. Kesannya sangat baik kepada kanak-kanak dan kali ini kami lebib mengenali sasaran.

“Kita bukan sahaja untuk mengukuhkan jenama, tetapi lebih kepada ‘menangkap’ audiens yang tepat termasuk memberi pengaruh supaya dapat kesan yang betul. Duta kali ini adalah bukan daripada artis, tapi lebih kepada yang mempunyai sasaran.

“Disebabkan itu kami pilih Aqil Zulkiflee dan beberapa kanak-kanak comel yang sangat terkenal di TikTok. Kandungan mereka juga sangat laju daripada segi capaian dan banyak kelebihan. Sekarang ini zaman penyediaan ‘content’, jadi ia akan lebih memberi kesan kepada MommyHana,” katanya.

Terdahulu, Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli termasuk dihadiri beberapa selebriti serta pempengaruh media soaial lain seperti DJ Fuzz, Puspa Gomen, Syarafi Sudarmaji, Auntie Purple dan ramai lagi. Manakala, pelawak daripada kumpulan Bochey iaitu Achey dan Fad bertindak selaku hos acara.

MommyHana adalah jenama yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden.

6 JIWA MUDA, PENERUS LEGASI MUZIK YANG BIKIN ORANG“KETAGIH” CHERRY ON TOP

Sudah sekian lama industri muzik arus perdana tanah air tidak diperdengarkan dengan band multi bakat semuda Cherry On Top yang membuka banyak mata sejak single mereka, Ketagih dilancarkan.Setahun penggabungan, memperkemaskan penampilan, enam anak muda ini yang berkongsi minat mendalam terhadap seni nyata tidak menduga kejutan yang menanti apabila pesona sehebat Datuk Syafinaz Selamat sedia berkolaborasi.

“Siapalah kami ini berbanding beliau, Datuk Syafinaz Selamat?” kata Kuzan, 22, atau nama sebenarnya, Raja Hifzhan Shah Raja Mohd Sham yang merupakan pemain keyboard, juga programmer dan vokal yang mengetuai band yang berasal dari Kuala Lumpur ini.Dimuatkan di dalam EP sulung mereka, Ketagih, bersempena single ciptaan Kusham dan lirik oleh Syafinaz Selamat itu, ia seolah booster buat band yang turut disertai gitaris, Osama, 23; pemain dram, Ayen Tommy, 25; penyanyi utama, Holy, 23; selain pasangan adik beradik, Didi, 22, dan Bobo, 18, masing-masing bermain gitar dan bass.Kesemua mereka juga masih mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Aswara, kecuali Didi yang mengambil jurusan automotif di sebuah kolej tempatan. Bobo yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia juga akan meneruskan pengajian asasinya di Aswara.

Diterbitkan oleh Kusham, EP keluaran syarikat rakaman One Scream Studio itu memuatkan lima lagu, iaitu Mengintai Rahsia, Menunggu dan Resolusi, selain Ketagih (Extended Version). Cherry On Top merupakan artis pertama One Scream Studio yang diasaskan oleh Kusham dan Zaira Aziz.Kesediaan Syafinaz untuk berkolaborasi jelas bermakna, terutamanya buat Holy atau nama sebenarnya, Adriana Audrey Michael. Dia malah terpaksa mencubit lengannya untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi.

“Semasa kecil, saya begitu mengagumi Datuk Syafinaz, terutama apabila beliau membuat ulasan dalam perjurian,” kata gadis kelahiran Papar, Sabah, ini mengimbas kenangan di dalam satu pertandingan nyanyian. “Saya berangan alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa.“Tapi dapat menyanyi, merakam lagu sama? Saya hilang kata-kata. Kepercayaan ini adalah penghormatan terbesar ketika band ini, dan kami semua bukannya siapa-siapa pun.”Ketagih, sebagai sebuah album jelas memperlihatkan keupayaan luar biasa Cherry On Top sebagai pemuzik.Rock, menurut Kuzan, menjadi asas kepada personaliti band, diadun dengan kecenderungan mereka yang meliputi daripada pop, fusion, malah Rhythm & Blues sebelum sama-sama menemukan titik persamaan, iaitu rock progresif.Ini juga, akuinya, tanpa menafikan hakikat bagaimana band ini memberi makna baharu kepada bidalan “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” dengan hampir kesemua ahlinya merupakan penerus legasi keluarga.

Kuzan sendiri, misalnya mewarisi bakat bapanya, Raja Sham, Pengarah Muzik terkenal yang juga seorang gitaris, komposer, penyusun dan programmer muzik, selain menjadi Pemuzik Kanan, Orkestra RTM. Ibunya, Zaira Aziz adalah guru vokal (Muzik) dan sering mengiringi persembahan penyanyi terkenal, selain mahir bermain flute dan turut menghasilkan lirik lagu.Juga Osama yang lebih dulu mencipta nama sebaga penyanyi, pemain gitar dan pelakon sejak diperkenalkan bapanya, penyanyi legenda, Dato Jamal Abdillah, mahu pun Ayen yang diinspirasi bapanya, Black, iaitu pemain dram band rock popular, Wings.Atau, bagaimana studio muzik menjadi sekolah pertama Didi dan Bobo kerana penglibatan bapa dalam industri rock, termasuk menguruskan band seperti DEF-GAB-C dulu.

Seperti juga Holy yang dibesarkan dalam keluarga yang bergelumang dengan muzik.Justeru, kombinasi pelbagai genre yang menjadi kecenderungan dan legasi sebagai amanah yang perlu digalas, jelas Kuzan lagi, telah membawa kepada nama Cherry On Top sebagai pengenalan.“Ditubuhkan asalnya dengan nama Rock Ages, nama itu dirasakan tidak begitu komersial untuk dibawa menerobosi pasaran. Sedang tercari-cari nama yang sedap didengar, sesuai dengan prinsip, divisualkan pula dengan kehadiran Holy sebagai vokalis dan satu-satunya wanita dalam kalangan kami, lelaki, maka lahirlah Cherry On Top,” katanya.

Cenderung kepada penulisan lagu, jelas Kuzan yang meminati nyanyian sejak kecil, dan kini membuat pengkhususan pengajian dalam penggubahan, menyedari kedudukan dimiliki orang tua atau keluarga dalam seni tidak bermakna segalanya mudah buat mereka.“Ada baik dan buruknya apabila ada orang tua terkenal ini,” kata Kuzan, dan diakui Ayen atau nama sebenarnya, Muhammad Khairin Azmi, “Sebagai tarikan, ya. Tapi tinggi jugalah jangkaan, adakah anak-anak sehebat orang tuanya. Kena usahalah dan jadi sebaik mungkin.”Osama yang juga anak sulung Jamal, mengakui bapanya yang membuka ruang kepadanya dalam seni.

“Cuma setakat itulah, selebihnya kata ayah, pandai-pandailah. Ertinya, band ini berdiri bukan sebab aku anak siapa, kau anak siapa. Tapi kerana sama minat dan perjuangan telah mempertemukan kami, dan ditakdirkan bapa, keluarga kami adalah somebody,” kata pemilik nama sebenar, Yamani Abdillah ini.Didi, gelaran bagi Muhammad Danish Danial, kala menjelaskan mengapa Cherry On Top tidak boleh diperkecilkan, berkata, “Kerana kami akan memperdengarkan nafas baharu, daripada segi susunan muziknya, melodinya. Ketagih berbaloi untuk dihasilkan dan didengarkan.”Sehebat Bobo atau Muhammad Danish Ashraf yang memberikan sentuhannya dalam banyak rakaman lagu, daripada penyanyi sebesar Datuk Siti Nurhaliza ke Ezad Lazim dan Zamani Slam seawal usia 10 tahun, semua itu menjadi rencah yang tanpa sangsi lagi mengesahkan mengapa Cherry On Top bakal mencetuskan angin perubahan yang luar biasa.

EP Ketagih kini boleh didengari di semua platform digital, selain dalam bentuk fizikal yang terhad dan akan dilancarkan kelak. Cherry On Top boleh diikuti di FB, selain IG menerusi cherryontop_band atau ikuti juga Once Scream Studio di FB dan Tik Tok untuk info.

BLUES GANG APO NAK DIKATO DI KUALA LUMPUR RAIKAN KEMBARA 5 DEKAD

Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato yang dijadual berlangsung pada 9 Ogos nanti.

Utuh memperjuangkan genre blues dan rock sepanjang lima dekad penubuhan mereka, band legenda yang dikenali dengan karya kritis dan berjiwa rakyat itu memilih pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur bagi melakar momen bersejarah pada malam anjuran AV Group itu.

Penyanyinya, Ito Mohd berkata konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo Nak Dikato yang dirilis 40 tahun lalu.

“Secara solo, di pentas sebesar ini, konsert Blues Gang Apo Nak Dikato ialah yang pertama selepas 50 tahun. Kali terakhir muncul dalam konsert berskala besar ialah pada Konsert 2 Raksaksa Reunion pada 2011, tapi bersama Sweet Charity.

“Ini bukan saja eksklusif Blues Gang, malah boleh dianggap rare selepas 14 album kami. Saya sendiri, secara solo pun memiliki 20 album. Justeru, ini cara terbaik untuk meraikan kembara lima dekad Blues Gang, terutama untuk peminat dan penggemar blues.

“Kenapa Blues Gang Apo Nak Dikato sebagai judul konsert istimewa ini? Ini @dak lain sebagai tribute karya dalam loghat Negeri Sembilan ‘paling power’ kami sepanjang 40 tahun ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan AV Group, Zool Azri Abu Bakar dan Shamsul Effendi Mahammad sebagai rakan kongsi penganjuran konsert ini.

Tinggal bertiga, turut meneruskan perjuangan Blues Gang ialah Julian Mokhtar sebagai pemain gitar utama dan Ghani Dato Abu Talib (gitar kedua/keyboard), selain Ito atau nama sebenarnya Mohd Arif Kendut. Pemain bass dan vokal, Jim Madasamy telah meninggal dunia pada 2018 sebelum Shaik Karim (dram/vokal) menyusul Julai tahun lalu.

Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato juga menyaksikan Belbis mengendalikan produksi dan penerbit konsert, manakala Mewah Event Management (MEM) dan Itos Co‘age Muzik sebagai rakan-rakan strategik, selain Ilassotickets bagi pengurusan tiket. Konsert ini juga mendapat sokongan penajaan daripada PBH Music & BLW sebagai rakan teknikal.

Sebagai penghargaan dan terima kasih Blues Gang kepada peminat yang membeli tiket konsert ini,  penganjur dengan berbesar hati akan menghadiahkan beberapa hadiah cabutan bertuah berupa gitar eletrik, keyboard serta banyak cenderahati menarik yang lain kepada pembeli tiket bertuah. PBH Muzik dan BLW Gitar sekali lagi bermurah hati terus menyokong industri muzik Malaysia dengan menaja kesemua hadiah ini nanti. Pengumuman pemenang bertuah akan dibuat pada hari konsert dan akan disampaikan oleh kumpulan Blues Gang sendiri.

Menurut penyanyi Blues Gang, Ito Mohd, konsert pada Ogos itu juga bagi memperbetulkan prasangka bahawa Blues Gang hanya tinggal nama.

“Blues Gang tidak pernah bubar walaupun kehilangan beberapa ahli yang diakui meninggalkan kesan mendalam buat kami. Konsert ini juga bagi menghidupkan kembali kenangan bersama, selain bertepatan dengan kelahiran single, Bincang Adik Beradik yang akan dilancarkan nanti,” katanya sebagai menyusul single Panglima Awang Hitam yang telah diterbitkan sebelum ini.

Juga dikenali dengan lagu seperti Khatulistiwa, Oh! Mama Saya Mahu Kahwin, Cinta Oh

Cinta dan Mak Siti, band yang diperkenalkan pada 1979 itu menerusi album Inggeris, Any@me, Anyday dijangka bakal memperdengarkan semua hits mereka dalam konsert selama hampir dua jam itu. Tentunya lagu-lagu siulan ramai seperti Ibu dan lagu ikonik Apo Nak Di Kato akan dipersembahan selain lagu Inggeris daripada album terdahulu berjudul Malaya Blues yang bakal mengembalikan nostalgia turut didendangkan oleh kumpulan blues lagenda tanah air ini nanti.

Zool Azri berkata, sesuai dengan cerminan perjuangan Blues Gang yang sampai hari ini terus dikagumi kerana keutuhan identiti yang dibawa selama 50 tahun ini, satu segmen khas Melayu akan diselitkan pada malam berkenaan.

“Selain puluhan hits Blues Gang seawal 70an, segmen khas Melayu pula akan menyaksikan bagaimana alunan blues dan rock menyatu dengan Dikir Barat, serunai Melayu, gendang serta beberapa muzik tradisi Melayu yang menjadi teras muzik Melayu Malaysia sejak zaman berzaman.” Beberapa pemuzik serta penyanyi undangan juga akan turut serta dalam sesi jamming bersama Blues Gang sebagai tanda sokongan dan persembahan istemewa untuk peminat.

Shamsul Effendi pula berkata “Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato tidak lain adalah sebagai penghormatan kepada band selegenda Blues Gang yang masih utuh dengan perjuangan, memikat penggemar daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat, tanpa mengira umur.”

“Selain daripada menonton serta bernostalgia dengan konsert ini nanti, sebahagian daripada hasil jualan tiket konsert akan disumbangkan kepada tabung bantuan Palestin yang amat memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita semua,” tambah Shamsul Effendi lagi.

Peluang bekerjasama dengan band selegenda Blues Gang, Zool Azri dan Shamsul Effendi senada mengakui, ibarat pucuk dicita ulam mendatang selepas sekian lama menyimpan kekaguman terhadap seniman seperti kumpulan Blues Gang yang banyak menyatukan rakyat Malaysia berbilang bangsa terutama Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di Malaysia serta peminat dari negara jiran serantau terutama Singapura, Brunei serta Indonesia.

“Ini julung-julung kalinya juga Blues Gang muncul solo pada skala sebegini, di pentas berprestij seperti Zepp Kuala Lumpur. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melakar momen indah bersama Blues Gang pada konsert Blues Gang Apo Nak Dikato,” tambah mereka lagi.

Selain persembahan istimewa, pelbagai hadiah serta cenderahati esklusif akan dihadiahkan kepada penonton bertuah pada konsert itu nanti.

Peminat boleh mendapatkan tiket-tiket konsert Blues Gang Apo Nak Di Kato di laman web ilassotickets.com mulai sekarang sehingga ke tarikah konsert. Peminat juga boleh memilih membeli secara bayaran ansuran sebanyak 3 kali di laman web itu nanti menggunakan aplikasi Atome.

Sebagai penghargaan juga, pengajur bermurah hati memberi diskaun 15% bagi pembelian tiket Platinum dan Diamond  bermula 5 Jun hingga 16 Jun ini. Kepada semua peminat, disaran untuk merebut peluang ini semasa tempoh diskaun berlangsung.

Bagi menjamin keselesaan semua peminat yang hadir, kesemua kategori tiket adalah duduk dan bernombor. Bagi peminat yang pertama kali hadir ke Zepp KL, venue ini menyediakan kemudahan lengkap seperti tandas, surau, kaunter makanan ringan serta ruang merokok di bahagian luar dewan konsert. Bagaimana pun, makanan serta minuman adalah dilarang dibawa masuk ke dalam dewan konsert.

Tiket berharga RM198 (Silver), RM268 (Gold), RM398 (Platinum) dan RM338 (Diamond), selain RM5,099 (Royal Box – ruang eklusif boleh memuatkan 8-10 pax) boleh didapatkan dengan melayari laman web tiket online  h‘p://ilasso@ckets.com atau hubungi hotline +60 11-1329 7822.

IJ BERKONGSI KISAHNYA “LARI” DARI DIKEJAR BAYANG HITAM 

Ijlal Afiq atau lebih mesra dipanggil sebagai IJ (25) Anak kelahiran Johor Bahru dan mula dikenali ramai selepas melibatkan dirinya di dalam rancangan program TV3 iaitu “I Can See Your Voice Malaysia” untuk musim yang ketiga. Beliau yang sedang bekerja di dalam bidang industri fesyen, banyak juga meluangkan masanya menghasilkan video di aplikasi TikTok dengan trademark “what if lagu ni” dimana beliau menukar genre lagu pop kepada ballad. 

Lagu Lari ini menceritakan tentang apa yang kita akan lakukan untuk menempuhi liku-liku kehidupan dengan masalah yang menyelubungi kehidupan kita. Bak kata Ijlal Afiq, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu IJ, “Semua orang akan hadapi masalah kan? Sama ada kecil atau besar je. Namun, setiap orang ada cara tersendiri untuk keluar dari realiti kehidupan seharian dan meluangkan masa untuk diri sendiri kekal tenang. Contohnya, pergi keluar meluangkan masa dengan kawan-kawan ataupun melakukan hobi masing-masing. Bagi saya pula, muzik adalah tempat saya untuk keluar atau Lari daripada realiti saya dimana saya akan menghasilkan lagu ataupun membuat “cover” lagu daripada artis-artis yang lain.”

IJ mengungkapkan lagu Lari ini sangat berkait rapat dengan kisah hidupnya. Seperti biasa, masalah kerja dan juga masalah dengan kawan-kawan. Jadi IJ menghasilkan lagu yang diilhamkan dari kisah hidupnya. 

“Saya merupakan pendatang baru dalam industri muzik di Malaysia. Jadi dengan mempertaruhkan genre pop ballad, saya berharap lagu Lari mendapat sambutan seperti lagu-lagu pop yang pernah hits atau viral sebelum ini. Cukup sekadar rakyat Malaysia boleh terima single pertama saya Lari, ini pun saya dah rasa cukup dan amat bersyukur.”

Menurut IJ sangat mudah dan selesa baginya bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik iaitu – Amsyar Razqa, Amzar Sabri dan Emeer Bakri oleh kerana mereka sangat terbuka dari segi idea untuk penambahan instrumen ataupun vokal. 3 hari selepas IJ menerima demo untuk lagu Lari daripada komposer, mereka terus memulakan sesi vocal recording. Proses rakaman mengambil masa selama 4 hari kerana kekangan dari segi masa. Namun, IJ berpuas hati dengan penghasilan lagu Lari atas kerjasama komposer dan penulis lirik bersamanya.

“Saya ingin jadikan genre pop sebagai genre utama saya seperti artis Malaysia yang lain seperti contoh Ismail Izzani dan Andi Bernadee. Kelebihan genre pop ini bukan terletak kepada vocal sahaja, namun bagaimana cara penyanyi mempersembahkan lagu mereka diatas pentas nanti. Saya juga seorang penari, jadi saya rasa itu antara salah satu kelebihan yang saya ada untuk bawa genre pop sebagai genre utama saya.”

“Saya sangat excited untuk pembuatan muzik video dan juga photoshoot sepertimana yang diberitahu kepada saya sebelum ini. Ini adalah pengalaman pertama saya untuk keluarkan lagu yang saya sendiri nyanyikan. Konsep dan idea muzik video saya serahkan kepada producer merangkap director iaitu Meamth kerana saya pernah bekerja dengan beliau dan saya yakin dengan hasil kerja beliau. Walaupun proses muzik video hanya berlangsung selama 2 hari, saya cukup yakin dengan hasil yang akan team Armani Entertainment berikan.”

Kehadiran lagu Lari ini diharapkan dapat memberi nafas baru dalam industri muzik tempatan. Lagu Lari dibawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube @ArmaniEntertainmentGroup. Teruskan menyokong hasil karya Armani Entertainment Group demi memartabatkan industri muzik tanah air.

Artis             : Ijlal Afiq
Penulis lirik  : Amsyar Razqa, Ijlal Afiq & Emeer Bakri
Komposer    : Amzar Sabri & Amsyar Razqa
Terbitan        : Armani Entertainment Group

Jerayawara JBL Heart of Sound Perkenal Audio Terkini Dan Bingkai Cermin Mata

JBL®, syarikat audio terkemuka dalam industri memperkenalkan tiga pembesar suara mudah alih yang dinaik taraf, fon telinga baharu dan cermin mata hitam dilengkapi audio di “JBL® Heart of Sound Roadshow” dari 3-7 Julai di 1 Utama, Concourse Old Wing. JBL®, jenama audio gaya hidup di bawah Harman International, anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co, LTD., terkenal kerana menghasilkan peralatan audio dengan bunyi yang unggul dan pengalaman audio yang mengasyikkan untuk pengguna dan pasaran profesional.

Jerayawara menawarkan beberapa bahagian interaktif untuk merasai dan mengalami produk. Kawasan Pembesar Suara Mudah Alih JBL menyerlahkan Xtreme 4, Clip 5 dan Go 4 yang dinaik taraf. Selain perubahan kosmetik, setiap pembesar suara kini menyertakan AuracastTM sambungan berbilang pembesar suara yang membolehkan audio yang sama dimainkan pada pembesar suara yang berbeza.

Di lokasi JBL Makes Earbuds, Live Beam 3 TWS (True Wireless) membuat penampilan sulungnya, menampilkan Sarung Pengecas Pintar dengan paparan sentuh LED 1.45” dan True Adaptive Noise Cancelling untuk pengoptimuman audio melalui Ujian Salur Telinga yang terdapat dalam Fon Kepala JBL aplikasi. Selepas mencuba fon telinga baharu, ketahui TWS yang terbaik untuk anda dan gaya hidup anda dengan dinding Fit Check.

Bingkai semula hidup anda dengan Soundgear Frames. Cermin mata hitam menggabungkan rasa fesyen dengan inovasi audio JBL yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Teknologi bunyi terbuka membolehkan anda mendengar muzik, menerima panggilan telefon, semuanya dalam bingkai yang bergaya dan selesa. Kanta preskripsi boleh ditukar oleh pakar optik profesional.

Encik Henry Yap, Pengarah Urusan Global Best United (M) Sdn Bhd berkata, “JBL sibuk dengan reka bentuk semula, naik taraf, AuracastTM, fon telinga TWS baharu dan Soundgear Frames. Xtreme 4 menerima bateri yang lebih besar dan kini boleh tanggal, carabiner Clip 5 lebih lebar, dan Go 4 mendapat bahagian tepi yang lebih lembut. Setiap satu dilengkapi dengan AuracastTM untuk membolehkan perkongsian audio di kalangan pembesar suara.”

Encik Mitchell Wong, Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk JBL Malaysia berkata, “JBL True Wireless mengambil langkah ke dimensi lain dengan Live Beam 3 dan Soundgear Frames! Live Beam 3 yang kaya dengan ciri adalah tentang mengawal pengalaman audio anda dengan skrin sentuh LED pada Sarung Pengecas Pintar kepada Sambungan Berbilang Titik yang membolehkan pengguna menukar peranti Bluetooth dengan mudah. Dan juga, JBL ada menjual bingkai cermin mata. Soundgear Frames menggabungkan fungsi dan fesyen seperti Wear and Play, membuka dan menutup lengan menghidupkan dan mematikan fon telinga.”

Soundgear frames datang dalam dua bentuk, bulat dan segi empat sama, kalis air IP54 dan 8 jam masa bermain (berbeza-beza bergantung pada penggunaan). Panggilan telefon adalah jelas daripada tatasusunan 2 mikrofon pada satu kuil, dengan pembatalan hingar persekitaran modul dwi dan algoritma penindasan gema tak linear untuk perbualan berkualiti tinggi.

Ketersediaan

Semua produk JBL® yang ditampilkan tersedia untuk pembelian di Lazada, Shopee dan semua peruncit terkemuka:

All IT Hypermarket, Viewnet, Urban Republic, Thundermatch, Vivid Concepts, PC Image, SY Electric, THT, One Living, Harvey Norman, AES, Central Electronics, SS Audio, Brightstar Computers, Style Laser dan EKS. Ketahui lebih lanjut mengenai Produk JBL di jblonlinestore.com.my.

ORBIT10000 DILANCARKAN OLEH ORIENT TELECOMS

Orient Telecoms, sebuah syarikat tersenarai di UK dan penyedia perkhidmatan rangkaian terurus dan telekomunikasi serta penyelesaian teknologi, secara rasmi melancarkan ORBIT 10,000 Internet Perniagaan Premium dengan kapasiti 10Gbps hari ini.Menerusi langkah penting untuk mentakrifkan semula ketersambungan perniagaan, perkhidmatan premium itu disesuaikan untuk perniagaan berskala besar.

Ia mula ditawarkan di Malaysia sebelum dikembangkan ke peringkat serantau dan global. Perkhidmatan ini memastikan kelajuan dan keselamatan 10,000 Mbps dengan memanfaatkan Teknologi Slipstream Conduit proprietari Orient Telecoms yang beroperasi pada infrastruktur Ethernet Kelas Pembawa aktif.

Ini berbeza dengan penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tetapi kebanyakannya beroperasi pada infrastruktur rangkaian optik pasif yang sederhana. Rangkaian Kelas Pembawa aktif menjadi pilihan utama kerana skalabiliti, keupayaan prestasi dan kesesuaian untuk menyampaikan ketersambungan internet yang mantap, boleh dipercayai dan selamat.

“ORBIT 10,000 adalah perkhidmatan Internet Perniagaan Premium yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kami yakin ia akan meletakkan Orient Telecoms dan industri telekomunikasi Malaysia sebagai kuasa yang perlu diberi perhatian di rantau ini,” kata Encik Yane Alkushovski, Naib Presiden, Orient Telecoms Plc pada taklimat media yang diadakan di Kuala Lumpur.

Teknologi Perintis untuk Prestasi Tiada TandinganORBIT 10000 bukan semata-mata mengenai kelajuan; ia juga mengenai penyampaian pengalaman internet yang komprehensif, selamat dan boleh dipercayai. Perkhidmatan ini menyepadukan rangkaian teknologi canggih dan keupayaan sistem yang direka untuk memenuhi permintaan perusahaan masa kini:

•Seni Bina Rangkaian Zero Trust: Memastikan setiap permintaan akses, sama ada peringkat dalaman atau luaran, disemak dan disahkan dengan teliti bertujuan untuk melindungi data sensitif daripada akses yang tidak dibenarkan.

•Sistem Pertahanan Pencerobohan & Tebatan Cleanpipe DDoS: Menyediakan perlindungan yang teguh terhadap serangan penafian-perkhidmatan dan pencerobohan rangkaian tanpa kebenaran bagi memastikan operasi perniagaan berjalan lancar.

•Perisai Perlindungan Lapisan Rangkaian: Menawarkan lapisan keselamatan tambahan untuk mencegah aktiviti berniat jahat dan ancaman melibatkan rangkaian.

•Penghalaan Keutamaan Rangkaian Kelas Perniagaan: Memastikan prestasi optimum untuk aplikasi kritikal perniagaan, meminimumkan kependaman dan memaksimumkan kecekapan.

•Ciri Keselamatan Rangkaian Komprehensif: Termasuk firewall kritikal-misi dan penyelesaian bunkering rangkaian untuk mewujudkan persekitaran digital yang kukuh.

Mentransformasi Kesalinghubungan PerusahaanORBIT 10000 bersedia untuk merevolusikan cara perniagaan memenuhi keperluan internet mereka. Dengan menggabungkan kelajuan ultra pantas dengan keselamatan dan kebolehpercayaan, Orient Telecoms menetapkan standard baharu untuk ketersambungan perniagaan.

Perkhidmatan ini direka bentuk untuk memperkasakan perniagaan, membolehkan mereka berkembang maju dalam dunia digital.Keselamatan Tiada Tandingan dengan Insurans Tahap-1Komitmen Orient Telecoms untuk menyediakan perkhidmatan internet yang selamat dan berdaya tahan dengan menawarkan ORBIT10000 Internet Perniagaan Premium turut disokong dengan polisi insurans Tahap-1 bernilai USD10 juta yang memberi ketenangan kepada perniagaan kerana mengetahui operasi mereka dilindungi daripada ancaman operasi.

“Ini menunjukkan komitmen kami terhadap keselamatan data pelanggan dan keyakinan kami terhadap keteguhan langkah keselamatan ORBIT10000,” tambah Yane Alkushovski.

Kesediaan untuk Era Kepintaran BuatanPertumbuhan pesat Kecerdasan Buatan (AI) membawa kepada era baharu permintaan pengkomputeran. Perniagaan kini semakin bergantung pada pemprosesan data masa nyata, pembelajaran mesin dan aplikasi intensif-sumber. ORBIT10000 menangani cabaran itu dengan menyediakan asas yang teguh dan selamat yang diperlukan untuk berkembang maju dalam landskap AI.

Kepantasan ORBIT10000 memperkasakan perniagaan untuk:

•Mengendalikan jumlah data besar yang diperlukan untuk latihan dan analisis AI dengan lancar.

•Memudahkan pemprosesan masa nyata untuk aplikasi dan perkhidmatan yang dikuasakan oleh AI.

•Memastikan kelancaran operasi automasi dipacu AI dan proses pembelajaran mesin.Visi untuk Masa DepanPelancaran ORBIT 10000 oleh Orient Telecoms menandakan peristiwa penting dalam landskap telekomunikasi Malaysia. Ia mencerminkan dedikasi syarikat terhadap inovasi dan kecemerlangan, menyediakan peralatan yang perlukan oleh perniagaan untuk berjaya.

Apabila perniagaan semakin berkembang, Orient Telecoms kekal komited untuk menyokong perjalanan mereka dengan teknologi terkini dan kebolehpercayaan yang tidak berbelah bahagi.Encik Alkushovski berkata, ORBIT10000 dipantau dalam masa nyata oleh Pusat Operasi Rangkaian kami bagi memastikan tindak balas insiden yang pantas dan mempertingkatkan prestasi serta kebolehpercayaan.ORBIT10000 menjamin 99.99% masa beroperasi dan pemulihan pantas dalam tempoh 4 jam, disokong oleh bantuan secara 24/7/365.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ORBIT 10000 dan cara ia mengubah ketersambungan perniagaan anda, layari laman sesawang Orient Telecoms atau hubungi pasukan penyelesaian perniagaan kami. Alami masa depan perkhidmatan internet dengan ORBIT 10000 – di mana kelajuan disokong keselamatan, dan inovasi memacu kejayaan.

HEITECH Bersedia Menerajui Transformasi Digital untuk Pertumbuhan Kewangan yang Mampan

HeiTech Padu Berhad (HeiTech atau Kumpulan) bersedia untuk mempercepatkan pertumbuhan, menerajui transformasi digital merentasi pelbagai industri melalui penyelesaian digital holistiknya.

Syarikat ini berhasrat untuk menjadi rakan teknologi yang dipercayai dengan mengintegrasikan teknologi canggihnya seperti keselamatan siber, pengkomputeran awan, dan kecerdasan buatan, yang boleh diandalkan oleh pelanggan untuk berkembang maju dalam era digital ini dan akhirnya menjadi Syarikat Teknologi Digital menjelang 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Salmi Nadia Mohd Hilmey
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Salmi Nadia Mohd Hilmey

Berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 HeiTech secara maya, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Salmi Nadia Mohd Hilmey berkata, “Kami telah memperhalusi tumpuan kami terhadap perniagaan teras dan gembira dengan keputusan positif yang dicapai walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar. Membina momentum ini, kami akan terus memajukan strategi korporat kami, mengubah HeiTech dengan mempelbagaikan lagi tawaran produk kami dan meningkatkan pendigitalan operasi kami.”

“Kami telah berkembang daripada penyepadu sistem dan penyedia infrastruktur terurus kepada penyedia produk dan perkhidmatan teknologi digital. HeiTech telah mengembangkan tawaran dan kawasan pasarannya melalui penciptaan produk dan penyelesaian dalaman yang sesuai dengan asas transaksi dan pasaran massa, termasuk penyelesaian tempat letak kereta pintar, e-kenali pelanggan anda (e-KYC), gerbang pembayaran, serta aplikasi pintar untuk majlis tempatan, koperasi, penyelesaian pengurusan sekolah dan portal pengajaran”.

HeiTech baru-baru ini mengumumkan prestasi kewangan yang lebih kukuh pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (S1 2024) berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Bagi S1 2024, Kumpulan melaporkan keuntungan sebelum cukai (“PBT”) sebanyak RM501,000 dan keuntungan selepas cukai (“PAT”) sebanyak RM231,000.

Ini menandakan peningkatan yang ketara berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya, yang mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM3,168,000 dan kerugian selepas cukai sebanyak RM3,344,000.

Kumpulan kekal kukuh dalam sektor awam dan swasta, memperoleh kontrak baharu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kesihatan, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan lanjutan kontrak dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Kontrak ini mencerminkan kekuatan Kumpulan dalam mengurus projek infrastruktur berskala besar dan kritikal serta menunjukkan keupayaannya untuk menyampaikan penyelesaian komprehensif merentasi pelbagai sektor.

Atarashii Gakko Berjaya Puaskan Hati Peminat Di Malaysia Dengan Persembahan Yang Energik Dan Unik

Kumpulan muzik Jepun, Atarashii Gakko, telah mengadakan konsert yang luar biasa di Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini telah menarik perhatian ramai peminat dari seluruh Malaysia yang tidak sabar untuk melihat persembahan energik dan unik dari kumpulan ini.

Atarashii Gakko, yang bermaksud “Sekolah Baru” dalam bahasa Jepun, dikenali dengan gaya muzik yang eklektik dan penuh tenaga. Mereka menggabungkan elemen-elemen pop, punk, dan hip-hop dalam muzik mereka, yang menjadikan setiap persembahan mereka sesuatu yang luar biasa. Kumpulan ini terdiri daripada empat anggota: Suzuka, Kanon, Mizyu, dan Rin, yang masing-masing membawa personaliti unik ke atas pentas.

Konsert di Zepp Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada jelajah Asia mereka. Zepp Kuala Lumpur, yang terkenal dengan akustik yang baik dan suasana yang intim, merupakan tempat yang sesuai untuk persembahan bertenaga seperti ini. Peminat yang hadir pada malam itu disajikan dengan pelbagai lagu hits dari album-album Atarashii Gakko, termasuk “Tokyo Calling”, “OtonaBlue”, dan “Toryanse”.

Dari awal hingga akhir konsert, suasana di Zepp Kuala Lumpur penuh dengan semangat dan keseronokan. Anggota kumpulan berinteraksi dengan penonton dengan mesra, membuatkan mereka merasa lebih dekat dengan idola mereka. Peminat juga tidak ketinggalan untuk turut serta menyanyi dan menari, menjadikan konsert ini lebih meriah dan interaktif.

Salah satu perkara yang membezakan Atarashii Gakko dari kumpulan lain adalah persembahan pentas mereka yang unik dan koreografi yang kreatif. Setiap lagu disampaikan dengan gaya tersendiri, menunjukkan dedikasi dan kreativiti kumpulan ini dalam memberikan persembahan yang terbaik. Mizyu dan Kanon, terutamanya, menunjukkan kemahiran tarian yang luar biasa, manakala Suzuka dan Rin memukau penonton dengan vokal dan karisma mereka.

Konsert Atarashii Gakko di Zepp Kuala Lumpur adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh peminat mereka. Persembahan yang penuh tenaga, interaksi mesra dengan penonton, dan muzik yang catchy memastikan malam itu menjadi kenangan indah buat semua yang hadir. Kejayaan konsert ini juga membuktikan bahawa Atarashii Gakko mempunyai peminat setia di Malaysia dan potensi besar untuk terus berkembang di peringkat antarabangsa.

KEMUNCAK SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-18 BANDARAYA PETALING JAYA DAN PERASMIAN “PETALING JAYA INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL 2025”

20 Jun merupakan tarikh yang amat bermakna kepada seluruh warga bandaraya Petaling Jaya kerana pada 18 tahun yang lalu pada 20 Jun 2006, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinaik taraf statusnya daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya. Menelusuri garis masa selama 18 tahun ini, Petaling Jaya telah mengalami pembangunan dan perubahan pesat seiring dengan perkembangan teknologi. Tahun ini, “Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia” diangkat menjadi tema untuk Sambutan Ulang Bandaraya Petaling Jaya Ke-18.

Untuk makluman, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Bahagia Bersama Malaysia MADANI”.

MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha mencetuskan dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya.

Oleh itu, bagi menghargai warga Petaling Jaya dan sempena sambutan ulang tahun bandaraya, sebanyak 37 aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan di antara MBPJ dengan warga Petaling Jaya. Selain itu, objektif perlaksanan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan penyertaan dari semua peringkat komuniti. Kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling akan diadakan pada 29 Jun (Sabtu) pukul 8 malam dengan Majlis Perasmian Ulang Tahun Petaling Jaya 2024 dan Promosi “Petaling Jaya International Folklore Festival 2025” di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Pertandingan perarakan merupakan salah satu pengisian acara kemuncak Sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya Ke-18. Dalam perarakan itu, sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu kategori Majlis Perwakilan Peduduk dan kategori terbuka yang melibatkan penglibatan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Hampir 400 orang peserta akan menyertai perarakan dengan jumlah keseluruhan 13 penyertaan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil dan plak. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 beserta sijil dan plak.

Acara kemuncak ini akan diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh, Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api.

MBPJ mensasarkan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi. Selaras dengan matlamat tersebut, pembangunan mampan untuk satu tempoh jangka masa panjang disediakan MBPJ iaitu “Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya tahan 2030 (Petaling Jaya  Smart, Sustainable & Resilient 2030 – PJSSR)”.

Petaling Jaya dirancang menjadi sebuah bandaraya “a next generation city” yang inklusif, terhubung, kolaboratif, berekologi, sihat, dinamik, berteknologi digital dan menjadi bandar raya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.

Pada 20 Jun, MBPJ telah menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang awam khususnya warga Petaling Jaya seperti tempat letak parking (on street parking), penggunaan kemudahan kolam renang, padang dan gelanggang sukan, 500 keahlian  Perpustakaan Komuniti, 1000 anak pokok dan abate (ubat jentik-jentik). Selain itu, MBPJ juga telah membuka kaunter bayaran, kaunter semakan dan juga pameran kepada orang ramai.

Antara pengisian lain sepanjang bulan ini termasuk PJ Berselawat (27 Jun), Sukan Komuniti (29 Jun), Sumbangan PJ Prihatin (29 Jun), dan PJ Tower Run (30 Jun). Larian Menara MBPJ setinggi 25 tingkat dengan 552 anak tangga ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 10,000 serta penampilan khas Soh Wai Ching, pelari menara nombor satu negara.

Selari dengan visi MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya pintar, mampan, berdaya tahan dan dinamik menjelang tahun 2025, diharapkan sambutan ulang tahun ini dapat memperkukuhkan lagi usaha tersebut dan menggalakkan penglibatan seluruh komuniti dalam merealisasikan visi ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan acara-acara yang telah disusun sepanjang bulan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti sambutan ulang tahun, sila layari laman sesawang rasmi MBPJ di www.mbpj.gov.my atau kunjungi laman sosial rasmi Majlis (Facebook: @petalingjayacitycouncil, Twitter; Instagram: @pjcitycouncil).