Angka 30 tahun bukan satu tempoh yang singkat buat Haiza, penyanyi versatil tanah air yang kekal relevan sejak muncul dengan album sulung Dag Dig Dug… Mana Tahan pada tahun 1995. Kini, sebagai simbolik tiga dekad bertahan dalam industri hiburan Malaysia, Haiza melancarkan Dag Dig Dug 3.0 dengan susunan muzik lebih segar dan moden.
Haiza meraikan 30 tahun kerjaya seni
Rakaman semula ini dihasilkan di Bandung, Indonesia dengan kolaborasi bersama Dedi Abdul Kadir Nughra, Diki Suwarjiki (arranger) dan Ari Yujeng (mixing & mastering). Menariknya, versi baharu ini menggabungkan elemen koplo moden namun masih mengekalkan identiti dangdut yang sinonim dengan Haiza.
Haiza meraikan 30 tahun kerjaya seni
Menurut Haiza, idea merakam semula lagu popularnya tercetus daripada permintaan peminat dan rakan-rakan industri yang mahu mendengar versi vokal lebih matang seiring dengan perjalanan seninya.
“Saya bersyukur dapat meraikan tiga dekad dalam bidang seni. Dag Dig Dug 3.0 ini hadiah istimewa buat semua yang sentiasa menyokong saya sejak awal,” kata Haiza ketika majlis pelancaran di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands.
Haiza meraikan 30 tahun kerjaya seni
Sambutan ulang tahun ke-30 Haiza turut dimeriahkan dengan tayangan dokumentari khas bertajuk 3 Dekad Dag Dig Dug Haiza yang boleh ditonton di YouTube Kool 101 mulai 21 Jun. Beberapa rakan strategik seperti Geo Resort & Hotel, Peterana Chenta, Alpha Sound & Light, FKZ Picture, NR Cosmetic, Adabi, Pop Meals, Super Coffee, By Qiss Bawal Exclusive Kuantan, Jaja Ishak Channel, dan NMR Sports turut bersama-sama menjayakan projek istimewa ini.
Haiza meraikan 30 tahun kerjaya seni
Untuk rekod, Dag Dig Dug 3.0 boleh dinikmati di semua platform digital bermula 20 Jun manakala video muzik rasmi ditayangkan menerusi YouTube Indigital Music.
TENTANG HAIZA
Dilahirkan di Benut, Pontian, Haiza memulakan kerjaya seni seawal usia 15 tahun melalui pertandingan Bintang Remaja RTM / Utusan pada 1993/1994. Meskipun tidak bergelar juara, bakatnya terus bersinar dengan pelbagai album, lakonan filem & drama, menjadi pengacara rancangan hiburan popular dan kini penyampai radio Kool 101.
KUALA LUMPUR, 14 JUN 2025 — Ratu Pop Indonesia, Datuk Seri Rossa, terus mengukir sejarah dengan menakluki 2 stadium di 2 negara menerusi konsert mega bertajuk “HERE I AM”. Selepas berjaya mencatat sold out dengan kehadiran lebih 12,000 penonton di Indonesia Arena, Jakarta, Rossa membuktikan popularitinya tetap ampuh apabila berjaya menarik lebih 10,000 penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil.
KONSERT “HERE I AM”
ROSSA HERE I AM di Jakarta menjadikan beliau penyanyi solo Indonesia pertama menjayakan konsert berskala stadium tertutup nasional dengan produksi pentas bertaraf antarabangsa. Sambutan hangat di Malaysia pula membuktikan Kuala Lumpur tetap menjadi ‘rumah kedua’ buat diva tersohor ini.
KONSERT “HERE I AM”
Tiket di Kuala Lumpur dijual dari RM288 hingga RM5,000, dengan kehadiran ramai artis dan VIP termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Bella Astillah, Melly Goeslaw, Ivan Gunawan dan Ruben Onsu. Momen paling manis apabila Rossa berduet spontan bersama Siti membawakan lagu popular Percayalah.
KONSERT “HERE I AM”
“Alhamdulillah akhirnya saya dapat kembali lagi ke Axiata Arena selepas 15 tahun. Malaysia memang selalu saya anggap sebagai rumah kedua. Kalian selalu terima saya macam keluarga,” ujar Rossa penuh syukur.
Sepanjang lebih 3 jam, Rossa menghiburkan penonton dengan lebih 30 lagu hits, diiringi penampilan istimewa bintang-bintang popular seperti Ariel, Ernie Zakri, MK K-Clique, Dipha Barus, Hael Husaini, Eka Gustiwana, serta bakat muda dari program Indonesian Idol & One in A Million Malaysia.
KONSERT “HERE I AM”
Istimewanya, Rossa juga mempersembahkan single terbaharu Serasa X Juwita bersama Dipha Barus dan debut eksklusif lagu Sinaran bersama MK K-Clique, bakal dimuatkan dalam album mini ASMARA DANSA.
KONSERT “HERE I AM”
Penampilan glamor Rossa turut mencuri tumpuan dengan 11 gaun eksklusif rekaan pereka terkemuka dari Indonesia dan Malaysia termasuk Adeline Ester dan Khoon Hooi, lengkap dengan kristal Swarovski, menaikkan lagi aura mewah pentas Here I Am.
KONSERT “HERE I AM”
Konsert ini dipersembahkan oleh Inspire Production, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Sah Entertainment, dengan lebih 180 tenaga produksi profesional diterbangkan khas dari Jakarta, selain sokongan pengkarya seni tempatan Malaysia.
“Here I Am adalah refleksi perjalanan seni saya selama 30 tahun. Saya mahu semua orang lebih menghargai diri, menerima diri tanpa rasa rendah diri, dan mencintai diri sendiri,” jelas Rossa.
INTEGRASI HULUAN & TEKNOLOGI PENSTERILAN BAHARU Flexidynamic Holdings Berhad terus melakar langkah berani apabila mengumumkan pemerolehan penuh Formtech Engineering (M) Sdn. Bhd., sebuah pengeluar acuan sarung tangan terkemuka di Nilai, Negeri Sembilan. Pengambilalihan ini dimuktamadkan menerusi dua Perjanjian Jualan Saham bersama HARPS Investment Asia Pte. Ltd. dan dua pemegang saham individu, meliputi keseluruhan 8.3 juta saham biasa Formtech. Langkah strategik ini memperkukuh integrasi huluan Flexidynamic dalam rantaian bekalan pembuatan sarung tangan getah Malaysia, selain memperluas penawaran penyelesaian kejuruteraan hujung‑ke‑hujung untuk pasaran serantau dan global.
PENGUKUHAN KAPASITI & SINERGI OPERASI Formtech, yang ditubuhkan pada 2010, diiktiraf sebagai pakar dalam penghasilan acuan seramik berkualiti tinggi untuk sarung tangan pembedahan dan pemeriksaan. Dengan teknologi pembuatan former bersalut yang mesra tenaga, Formtech kini menjadi pemangkin penting bagi Flexidynamic untuk memanfaatkan kelebihan teknikal, memperluaskan rangkaian pelanggan serta menjana sinergi operasi yang lebih cekap. Langkah ini juga diyakini memacu penjimatan kos dan mempercepatkan pengeluaran produk inovatif bagi memenuhi permintaan industri sarung tangan Malaysia dan pasaran eksport.
Dari kiri ke kanan: Puan Veronica How Mei Yen, Pengarah HARPS Investment Asia Pte Ltd Encik Ben Sin, Timbalan Pengarah Urusan Flexidynamic Holdings Berhad Encik Dietmar Trumm, Pengarah Urusan FormTech Engineering (M) Sdn. Bhd Encik Valluvan A/L A. Peramuthu, Ketua Pegawai Kewangan FormTech Engineering (M) Sdn. Bhd
VISI PENGURUSAN Menurut Timbalan Pengarah Urusan Flexidynamic, Ben Sin, pemerolehan Formtech adalah salah satu strategi utama untuk mengekalkan momentum pertumbuhan syarikat dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Beliau yakin bahawa sinergi baharu ini akan melonjakkan keupayaan Flexidynamic sebagai peneraju penyelesaian teknologi dan kejuruteraan sarung tangan, selain terus memberi nilai tambah kepada semua pemegang saham.
PERKHIDMATAN PENSTERILAN SINARAN GAMMA Sebagai tambahan kepada pengukuhan pembuatan acuan, Flexidynamic kini memperkenalkan perkhidmatan pensterilan sinaran gamma melalui anak syarikatnya, Gammatech Sdn. Bhd., yang dimiliki sebanyak 51 peratus. Pensterilan sinaran gamma ini bakal menjadi nilai tambah untuk pengeluar sarung tangan serta membuka pasaran baharu melibatkan sektor farmaseutikal, pemprosesan makanan dan pembungkusan. Inisiatif ini diyakini mampu memperkukuh aliran pendapatan berulang dan meningkatkan daya saing syarikat dalam jangka panjang.
JEJAK KUKUH DI ASIA TENGGARA Sejak penubuhan pada 2012, Flexidynamic Holdings Berhad terus membina reputasi sebagai pakar sistem pengklorinan sarung tangan tanpa serbuk dan kini melebarkan operasi di Vietnam, Indonesia, Sri Lanka, Malaysia dan Thailand. Melalui pengambilalihan Formtech dan pengembangan ke pensterilan sinaran gamma, Flexidynamic yakin dapat meneruskan misi sebagai peneraju industri sarung tangan Malaysia dengan amalan teknologi inovatif serta kelestarian industri yang progresif.
TENTANG FLEXIDYNAMIC HOLDINGS BERHAD Flexidynamic ialah penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu untuk industri sarung tangan Malaysia dengan fokus kepada inovasi, teknologi dan amalan perniagaan yang mampan, bagi menyokong pertumbuhan industri ke tahap global.
Perpaduan Warisan Seni & Teknologi Pentas Kontemporari
Kuala Lumpur, 18 Jun 2025 – Tanahair Films Sdn. Bhd. mempersembahkan Konsert Legasi P. Ramlee pada Sabtu, 20 September 2025 di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Sidang media pelancaran di Kompleks Studio Merdeka FINAS menggariskan misi “Projek Perdana P. Ramlee” untuk mengangkat seni Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, melalui produksi berskala mega berteknologi tinggi yang mampu menautkan nostalgia dan inovasi dalam satu malam bersejarah.
Konsert Legasi P. Ramlee
Barisan Maestro & Artis Terunggul
Konsert ini dipimpin empat maestro tersohor—Dato’ Ramli MS, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap dan Michael Veerapen—yang bakal mengepalai orkestra 60 pemuzik untuk menghidupkan lebih 30 karya abadi P. Ramlee. Pentas turut diserikan bintang legenda serta generasi baharu: Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Zainalabidin, Ella, MimiFly, Nadeera dan Liza Hanim, bersama persembahan istimewa tiga impersonator unggul P. Radhi, Danie Hasbullah dan Musly Ramlee.
Barisan artis Konsert Legasi P. Ramlee
Pengalaman Teatrikal Imersif
Penonton akan dibawa “merentas masa” melalui susunan klasikal, kontemporari dan sinematik, diperkaya visual multimedia serta naratif pentas dramatik. Gabungan ini menjanjikan sebuah pengalaman emosional yang bukan sahaja meraikan nostalgia, malah menghubungkan warisan lama dengan selera moden penonton hari ini.
Sokongan & Rakan Strategik
Konsert ini mendapat kerjasama strategik Arkib Negara Malaysia, FINAS, Kementerian Perpaduan Negara, K-KOMM, MOTAC dan Istana Budaya, di samping tajaan daripada 360 Entertainment, Patriots Asia, ParkRoyal Collection Kuala Lumpur, Maya Restaurant, Cikkiah for Fresh Bakes dan rakan penaja lain. Sinergi ini memastikan pengalaman penonton berada pada tahap tertinggi sambil mempromosi industri kreatif tempatan ke persada antarabangsa.
Barisan maestro dan artis Konsert Legasi P. Ramlee
Kata Peneraju
Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi jambatan yang menyatukan generasi melalui warisan seni negara, manakala Adlin Aman Ramlie menegaskan penonton bakal “kembali ke era keemasan” muzik Melayu dengan interpretasi baharu yang memukau.
Dapatkan Tiket & Maklumat Lanjut
Tiket boleh didapati bermula 27 Jun 2025 di Ticket2U.com.my. Ikuti perkembangan rasmi di saluran media sosial @konsertlegasipramlee, @TanahAirFilms dan @legasipodcast di Facebook, Instagram serta TikTok untuk berita terkini, kandungan di belakang tabir dan kemas kini eksklusif.
Tentang Tanahair Films Sdn. Bhd.
Ditubuhkan pada Mac 2024, Tanahair Films memfokuskan penerbitan kandungan beridentiti budaya tinggi—termasuk konsert, filem dan dokumentari—dengan visi menjulang seni warisan Malaysia ke peringkat global sambil merapatkan jurang generasi.
PUTRAJAYA, 16 Jun 2025 – Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kini secara rasminya menjadi pentas baharu bagi KONSERT CINTA NOSTALGIA KRIS DAYANTI, yang akan berlangsung pada 22 JUN 2025 jam 8.30 MALAM. Pertukaran lokasi ini dibuat demi memberikan pengalaman persembahan yang lebih selesa, eksklusif dan memuaskan untuk semua peminat diva ternama Nusantara ini.
Selepas kejayaan Konsert Romansa Kris Dayanti pada 2017, kemunculan semula Primadona Indonesia ke Malaysia kali ini bakal menggamit memori lama dengan dendangan lagu-lagu malar segar, diiringi gubahan muzik orkestra yang diarah sendiri oleh maestro terkenal, ERWIN GUTAWA.
Lebih istimewa, malam nostalgia ini bakal diserikan oleh penampilan artis jemputan sensasi tanah air iaitu MIMIFLY dan KHAI BAHAR, yang terkenal dengan aura persembahan bertenaga serta suara yang merdu, bakal melengkapkan magis pentas CINTA NOSTALGIA ini.
Para peminat dinasihatkan mendapatkan tiket lebih awal melalui platform rasmi UberTickets di pautan berikut:
Jangan lepaskan peluang menikmati malam penuh emosi, keindahan muzik dan kenangan manis bersama KRIS DAYANTI, MIMIFLY dan KHAI BAHAR di PICC PUTRAJAYA!
KUALA LUMPUR — Peminat muzik rock kapak bakal dihidangkan dengan satu pengalaman luar biasa apabila Konsert Rock Carpark 2026 dianjurkan pada 3 Januari 2026 bertempat di Rooftop Campbell, Kuala Lumpur. Konsert pembuka tirai tahun baharu ini dijangka menggamit nostalgia otai sambil menawan hati generasi muda dengan suasana segar dan konsep urban.
Acara ini dianjurkan oleh Nayla Network Sdn Bhd, penganjur acara baharu yang tampil dengan projek mega pertama mereka. Ilham konsert ini lahir daripada rasa rindu terhadap era gemilang muzik rock kapak, di samping memartabatkan semula budaya konsert carpark yang suatu ketika dulu menjadi nadi hiburan rakyat.
Menariknya, lokasi di Rooftop Campbell dipilih kerana simboliknya kepada memori rockers ‘melepak’ di sekitar Campbell — membeli CD, baju band, hinggalah berkumpul di parkir kereta. Kini, Campbell diangkat semula sebagai hab muzik dengan semangat baru.
Konsert ini menghimpunkan nama-nama besar seperti FTG, Wow Sofia dan Handy Black, dengan harapan membawa semula magis pentas besar yang dirindui ramai. Band-band muda juga diberi peluang membuka pentas, menjadikan Konsert Rock Carpark 2026 jambatan generasi antara otai dan bakat baru.
Dari segi promosi, pihak penganjur menekankan pendekatan moden dan ‘eye-catching’ agar relevan dengan cita rasa anak muda tanpa menjejaskan jiwa rock kapak asal. Nama Rock Carpark dipilih kerana merujuk sejarah konsert-konsert carpark di Malaysia yang unik dan ikonik — tempat anak muda berkumpul, jamming, lepak dan meraikan muzik rock.
Leftenan bersekutu(PA) Muhamad Najmi bin Abdul Rahim (Pengarah syarikat) dan Khairul Mustaqim bin Zainal (Pegawai eksekutif) Nayla Network Sdn Bhd.
Penganjur mensasarkan kehadiran 5,000 penonton di Rooftop Campbell. Tiket akan mula dijual Julai 2025 menerusi Ticket2U dan ejen terpilih, dengan tempoh jualan awal untuk memudahkan peminat merancang lebih awal.
“Kami mahu seluruh peminat rock — otai dan anak muda — turun padang, penuhkan venue dan raikan semula vibe rock carpark yang pernah jadi budaya hiburan rakyat. Kalau sambutan luar biasa, kami pertimbang tambah tarikh atau lokasi!” ujar penganjur.
Konsert Rock Carpark 2026 diharap bukan sekadar hiburan, malah diangkat sebagai khazanah budaya muzik Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan jualan tiket, ikuti Nayla Network Sdn Bhd di laman sosial rasmi dan platform tiket terpilih. Jangan lepaskan peluang jadi sebahagian daripada sejarah ini!
KUALA LUMPUR, 12 JUN 2025 – Kewpie Malaysia Sdn. Bhd. (“Kewpie Malaysia”), jenama terkemuka dalam pengeluaran mayonis dan dressing premium, meraikan 100 Tahun Kewpie Mayonis dengan penuh istimewa, melalui kerjasama pendidikan bersama Universiti SEGi dan kolaborasi kulinari bersama restoran terkenal Fei Fei Crab.
Dilahirkan di Jepun pada 1925 hasil visi Toichiro Nakashima untuk meningkatkan pemakanan masyarakat, Kewpie Mayonis terkenal dengan tekstur berkrim dan rasa umami yang unik. Seabad kemudian, resipi dan kualiti Kewpie terus menjadi pilihan di seluruh Asia, termasuk Malaysia sejak 2009, dengan status pensijilan halal yang diyakini ramai.
Bersempena ulang tahun istimewa ini, Kewpie Malaysia memperkenalkan Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie, mengajak rakyat Malaysia berkreasi di dapur menggunakan Kewpie Mayonis Gaya Jepun. Peserta hanya perlu cipta hidangan kreatif, rakam foto serta video pendek (30–45 saat) dan kongsikan di Instagram, Facebook atau TikTok dengan hashtag #KewpieIt100 serta tag @KewpieMalaysia. Hantaran juga perlu dihantar melalui DM untuk pengesahan penyertaan.
Peraduan ini berlangsung dari 31 Mei hingga 24 Ogos 2025 dengan hadiah utama berupa percutian impian ke Jepun, termasuk pelbagai hadiah eksklusif lain. Kempen ini seiring sambutan global Kewpie yang turut merangkumi lawatan trak makanan di Jepun, barangan edisi khas dan pengalaman eksklusif di muzium Mayo Terrace di Tokyo.
Di Malaysia, para peminat masakan bakal menikmati sajian istimewa melalui kerjasama eksklusif dengan Fei Fei Crab Restaurant. Hidangan fusion ini menggabungkan keaslian rasa Jepun bersama cita rasa tempatan Malaysia — membuktikan peranan Kewpie dalam mencetuskan idea masakan moden.
Menurut Encik Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia, “Kami amat berbangga meraikan 100 tahun Kewpie Mayonis bersama rakan kongsi pendidikan dan kulinari tempatan. Kewpie sentiasa percaya kuasa makanan mampu menyatukan manusia dan budaya. Inisiatif ini adalah bukti sokongan kami terhadap bakat muda, inovasi dan komuniti di Malaysia.”
Kewpie juga meneruskan komitmen mendidik dan melatih pelajar Universiti SEGi melalui projek praktikal dan aplikasi kreatif produk Kewpie, sekaligus memupuk generasi baharu cef dan inovator makanan tempatan.
Sepanjang 100 tahun perjalanan, Kewpie kekal konsisten memberi inspirasi melalui setiap titisan mayonisnya — daripada dapur rumah, restoran sehingga ke pengalaman menjelajah Jepun.
Untuk maklumat lanjut, layari www.kewpie.com.my dan ikuti Kewpie Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.
KUALA LUMPUR, 11 JUN 2025 – Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025, acara automotif terbesar di Malaysia, bakal berlangsung dengan penuh gemilang di Litar Antarabangsa Sepang pada 14 dan 15 Jun 2025. Menggabungkan aksi permotoran yang mendebarkan, elemen budaya pop yang terkini serta aktiviti mesra keluarga, festival ini menjanjikan pengalaman hujung minggu yang tidak akan dilupakan.
Menampilkan lebih 800 kereta yang dipamerkan dalam perhimpunan kelab kereta terbesar negara, MALF 2025 menyediakan pelbagai acara menarik seperti demonstrasi drift oleh pemandu lagenda, pameran kereta retro, dan peluang eksklusif untuk mengakses kawasan pit. Pengunjung turut berpeluang menikmati hari litar rasmi, menjadikan acara ini sebagai pusat tumpuan peminat automotif dari serata rantau Asia Tenggara.
Selain daripada tarikan permotoran, MALF 2025 juga menawarkan pengalaman gaya hidup unik dengan bazar makanan yang menyajikan aneka hidangan tempatan dan antarabangsa, serta zon membeli-belah yang memaparkan produk dan fesyen terkini. Tidak ketinggalan, persembahan budaya tradisional yang menampilkan tarian etnik dari Borneo serta persembahan dramatik yang memukau.
Menurut Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025, festival ini mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia yang bersatu dalam semangat permotoran, budaya, dan kemeriahan. “Kami berbangga dapat menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam satu acara yang meriah, dinamik dan penuh semangat kebangsaan,” jelas beliau.
Festival ini turut mendapat sambutan luar biasa dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia, mengukuhkan kedudukannya sebagai acara automotif dan gaya hidup terbesar di Asia Tenggara.
Kemasukan ke festival ini adalah percuma untuk semua, memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati pengalaman yang disediakan. Khas sempena sambutan Hari Bapa, MALF 2025 turut menyediakan zon khas keluarga termasuk zon kanak-kanak, perkhidmatan penjagaan diri eksklusif untuk wanita, serta persembahan hiburan tanpa henti.
Ikuti perkembangan terkini festival ini dengan melayari akaun media sosial rasmi MALF di Instagram dan Facebook melalui @malfestivalmy.
INISIATIF SUKAN INOVATIF UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KUALA TERENGGANU
SHAH ALAM, 10 JUN 2025 – Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, melancarkan dua program sukan inovatif di Kuala Terengganu: “Terengganu Takeoff: United Under One Flag” dan “Frisbee Throwlogy D’Ganu”, dari 12 hingga 19 Jun 2025.
Inisiatif ini memperkenalkan Flag Football dan Frisbee kepada 146 pelajar dari SMK Sultan Sulaiman dan SMK Seri Budiman — menjadikan mereka perintis kepada penglibatan sukan alternatif di peringkat sekolah menengah di negeri ini.
PLATFORM PEMBELAJARAN & PEMBANGUNAN NILAI
Program ini direka untuk:
Memberikan pendedahan terhadap sukan tidak konvensional.
Menerapkan nilai kepimpinan, kerjasama dan semangat kejiranan.
Menyediakan pengalaman praktikal pengurusan sukan kepada 91 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Semester 6).
AKTIVITI MENARIK & PENDEKATAN LUAR KELAS
Antara pengisian utama:
Bengkel asas & mini tournament Flag Football dan Frisbee.
Aktiviti akuatik di Pulau Redang.
Lawatan budaya ke Pasar Payang.
Sesi latihan pengurusan & kepimpinan.
Kolaborasi bersama Rentap (Flag Football Club) dan All Ultimate Roar (Frisbee Community) memastikan kualiti pelaksanaan dan bimbingan profesional. Program ini akan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad bin Raja Azidin, Dekan FSR UiTM Shah Alam.
PEMBANGUNAN SUKAN & IKATAN KOMUNITI
Dengan objektif memupuk toleransi, disiplin dan semangat tolong-menolong, program ini menyokong usaha menyatukan pelajar dari latar belakang berbeza melalui sukan.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkasa akar umbi sukan tetapi juga mengukuhkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan sekolah, selari dengan misi FSR UiTM untuk memajukan sukan dan rekreasi secara inklusif di Malaysia.
GENTING HIGHLANDS, 7 JUN 2025 – Arena Stars, Resorts World Genting bergema dengan sorakan dan lautan emosi apabila DAESUNG, vokalis legenda BIGBANG, membuat kemunculan semula yang amat dinanti-nantikan menerusi konsert solo Asia Tour “D’s WAVE” 2025. Lebih dari sekadar persembahan, konsert ini menjadi malam penuh keikhlasan dan ikatan istimewa antara DAESUNG dan peminatnya di Malaysia.
PEMBUKAAN MAGIS DAN DETIK PENUH EMOSI
Sebaik sahaja lagu pembukaan “Universe” bergema, ribuan peminat menyanyi bersama dalam harmoni yang memukau. Cahaya LED dan kesan visual mempersonakan membangkitkan suasana magikal yang tidak dapat dilupakan. DAESUNG kelihatan terharu dan tersentuh apabila peminat menyambutnya dengan semangat luar biasa.
MESEJ ISTIMEWA DAN DETIK LAWAK SPONTAN
DAESUNG mencuit hati penonton dengan ungkapan mesra dalam Bahasa Melayu seperti:
“Terima kasih! Dah makan? Memang mantap! Sayang kau orang!”
Gelagat lucu dan aksi spontan seperti menanggalkan jaket di atas pentas menambahkan kehangatan suasana. Sambil tersenyum, beliau berseloroh:
“Saya lupa nak cakap apa… patut saya terus menyanyi saja?”
PRESTASI VOKAL YANG MEMUKAU DAN SENTUHAN PERIBADI
DAESUNG mempersembahkan hampir 18 lagu tanpa henti, termasuk duet maya bersama Han Yo Han dan beberapa lagu Jepun yang disertakan sari kata Bahasa Inggeris. Beliau menyatakan dengan mesra:
“Tak mengapa jika anda tidak faham liriknya. Muzik tiada sempadan.”
Sorotan emosi memuncak ketika lagu “Lights” dinyanyikan, menyaksikan lautan cahaya telefon bimbit yang menghidupkan suasana seakan mimpi.
PENGHARGAAN, SURAT TULUS DAN LAGU ENCORE
DAESUNG turut membaca sepucuk surat tulisan tangan dalam Bahasa Korea, meluahkan penghargaan atas sokongan peminat.
“Terima kasih kerana mempercayai saya. Kerana anda semua, saya kembali berdiri di atas pentas.”
Semasa encore, peminat dihidangkan lagu-lagu ikonik BIGBANG seperti “FANTASTIC BABY,” “BANG BANG BANG,” serta solo beliau “Look At Me, Gwisun.” Sorakan yang tidak berpenghujung memanggil DAESUNG kembali ke pentas untuk satu lagu tambahan.
JANJI YANG MENYENTUH HATI
Menutup malam penuh kenangan, DAESUNG menyampaikan kata-kata yang menggetarkan jiwa:
“Selagi anda memanggil saya, saya akan sentiasa berada di sini.”
DAESUNG “D’s WAVE” 2025 Asia Tour in Malaysia dianjurkan oleh I Am Trendsetter, bersama Dream Factory Entertainment sebagai penganjur bersama.
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2025 – Fenomena muzik Jepun yang telah mencipta gelombang global, BABYMETAL, mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia menerusi konsert BABYMETAL WORLD TOUR 2025–2026 IN ASIA – LIVE IN KUALA LUMPUR yang akan berlangsung pada Isnin, 6 Oktober 2025, jam 8.00 malam di ZEPP Kuala Lumpur.
Acara ini dianjurkan oleh CUNCUN Media, dengan kerjasama bersama LLAVE Music, E.A Stars, 10S Live Music dan JIAO Studio, serta turut disokong oleh Rock Promotions dan ACO Media.
REKOD MUZIK YANG MELANGGAR TRADISI
BABYMETAL bukan sekadar kumpulan muzik—mereka adalah perintis revolusi genre baharu yang menyatukan heavy metal dengan pop Jepun (J-pop). Berpakaian seragam sekolah, namun membawa semangat seorang pejuang, mereka mendobrak stereotaip dan mencipta sebuah alam yang mempertemukan kekerasan dan keindahan.
Dengan persembahan yang dianggap sebagai ritual muzik moden, para peminat bakal dibawa menyelusuri dimensi muzik yang menyatukan irama berat dan tarian yang diselaraskan secara sempurna. Dari lagu viral “Gimme Chocolate!!” hingga ke lagu epik “THE ONE”, setiap persembahan BABYMETAL menjanjikan pengalaman transendental yang sukar dilupakan.
TIKET & MAKLUMAT KONCERT
🎤 Tarikh: Isnin, 6 Oktober 2025
📍 Lokasi: ZEPP Kuala Lumpur
🕗 Masa: 8.00 malam
🎫 Kategori dan Harga Tiket (tidak termasuk caj pemprosesan):
Konsert ini bukan sekadar persembahan—ianya satu perhimpunan untuk semua jiwa bebas. Bagi mereka yang pernah dipinggirkan atau disalah tafsir, ini adalah medan untuk berdiri sebagai satu. Dalam dunia BABYMETAL, tiada siapa yang diasingkan. Muzik adalah kuasa penyatu, dan anda adalah sebahagian daripada kekuatan itu.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT & MEDIA SOSIAL
Ikuti perkembangan terkini melalui platform rasmi:
PUTRAJAYA, 5 JUN 2025 – Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka Asia Tenggara, melakar sejarah baharu apabila secara rasmi memasuki pasaran FMCG dengan pelancaran sachet 3-dalam-1 pertamanya yang menampilkan minuman teh susu, kopi dan coklat. Rangkaian baharu ini membolehkan pengguna menikmati kenikmatan rasa berkualiti kafe di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Pelancaran rasmi telah berlangsung meriah di IOI City Mall dan turut disempurnakan oleh bekas Menteri dan personaliti podcast popular, Khairy Jamaluddin. Beliau menyifatkan inovasi ini sebagai simbol kebangkitan jenama tempatan yang bukan sekadar menjual produk, tetapi mencipta budaya dan identiti Malaysia.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo, produk sachet ini menandakan permulaan baharu buat Tealive dalam memudahkan pengguna menikmati minuman kegemaran mereka secara praktikal dan fleksibel. “Kini anda boleh bawa Tealive ke mana saja — sama ada ke pejabat, rumah atau semasa melancong,” ujar Loo.
Sachet Tealive 3-dalam-1 akan dijual bermula 15 Jun secara eksklusif di AEON dan cawangan Tealive seluruh negara serta platform e-dagang terpilih. Ia ditawarkan pada harga RM12.90 sekotak dengan kandungan lima hingga enam sachet, menggunakan bahan premium demi mengekalkan rasa kaya, berkrim dan autentik seperti di cawangan.
Antara pilihan perisa termasuk:
Teh Susu: Signature, Matcha, Teh Tarik
Kopi: Signature, Caramel Macchiato, Hazelnut
Coklat: Signature, Coklat Gelap, Hazelnut
Menurut Loo, kelebihan utama produk ini terletak pada kepercayaan jenama, profil rasa yang inovatif, bahan berkualiti tinggi serta hubungan emosional yang kukuh dengan pengguna. “Ini lebih daripada produk – ia adalah pengalaman gaya hidup,” katanya.
Khairy turut menzahirkan sokongan terhadap usaha Tealive, menyatakan jenama ini sebagai contoh terbaik bagaimana inovasi tempatan mampu mencipta impak global. “Sokong jenama tempatan bukan sekadar patriotik – ia adalah pilihan pintar,” katanya.
Sebagai pelengkap kepada pelancaran produk, Tealive turut memperkenalkan menu baharu termasuk kategori teh susu ringan dan reformulasi siri Bang Bang. Turut diperkenalkan ialah minuman premium seperti Da Hong Pao dan siri Snowy, memenuhi citarasa pelbagai lapisan pelanggan dari indulgent hingga sihat.
Selain itu, kolaborasi eksklusif dengan jenama tempatan turut diumumkan untuk menghasilkan barangan edisi terhad — meraikan kreativiti dan warisan Malaysia dalam gaya moden.
Dengan lebih 950 cawangan di seluruh dunia dan kehadiran di 10 negara, Tealive terus memimpin pasaran dengan inovasi berterusan, menjangkau lebih 5 juta pengguna sebulan di Malaysia sahaja.