SO Staff

GLOBAL TURBINE ASIA SDN BHD, YAYASAN LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA DAN UNIVERSITI KUALA LUMPUR JALINKAN KOLABORASI DALAM PENDIDIKAN SERTA KEMAHIRAN

Global Turbine Asia Sdn. Bhd. (GTA), Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) bagi tempoh selama dua (2) tahun bermula Jun 2024 sehingga Mei 2026 semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Jejak Bakat Anak Tentera (JEBAT) YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan khususnyaMenteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bagi memantapkan kelestarian Pendidikan dan Latihan Kemahiran dalam pelbagai bidang seperti sains, sastera, perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain secara holistik disamping meningkatkan kebolehpasaran anak-anak warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menyediakan latihan industri serta laluan bagi penempatan pekerjaan yang kompetitif.

Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of lntent) ini ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif GTA, Yang Berbahagia Dato’ Nonee Ashirin binti Dato’ Mohd Radzi; Ketua Eksekutif YLTAT, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Yang Berbahagia Profesor Madya Ir. Dr. Azman bin Senin yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia.

Peluang menjalani latihan industri dan penempatan di bawah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di GTA untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran anak-anak warga dan veteran ATM.

GTA akan menaja elaun bulanan seramai 60 ke 80 orang anak-anak warga dan veteran ATM yang terpilih sepanjang tempoh mereka berada di bawah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di bawah Syarikat Kumpulan Global. GTA juga akan menaja sebahagian elaun bulanan anak-anak warga dan veteran ATM yang berjaya melanjutkan pelajaran di UniKL melalui usahasama trilateral ini.

GTA dan UniKL juga akan merangka dan menyelaras Program Industrial Placement and Training bagi anak-anak warga dan veteran ATM yang terpilih;

UniKL akan menawarkan Program Asasi melalui UniKL Top Achievers Foundation Scholarship (UTAFS) di mana pengecualian yuran akan diberikan kepada anak-anak warga dan veteran ATM yang layak sebagai program perintis bagi tahun 2024 dan kemasukan adalah pada bulan Julai dan September;

UniKL juga akan menawarkan peluang pendidikan peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sijil Profesional dan sebagainya kepada anak-anak warga dan veteran ATM serta membantu permohonan pinjaman pendidikan atau biasiswa; dan 

    YLTAT akan menyediakan calon yang merupakan anak-anak warga dan veteran ATM termasuk pelajar aliran tahfiz secara eksklusif untuk menyambung pengajian di UniKL dan penempatan latihan industri serta penempatan di bawah Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di GTA.

    Kerjasama strategik ini adalah antara usaha menyambut saranan dan usaha kerajaan khususnya Menteri Pertahanan Malaysia dalam melonjak ekosistem pendidikan dan kebajikan serta latihan kemahiran anak-anak warga dan veteran ATM terus terbela. GTA, YLTAT dan UniKL juga komited untuk memastikan penegasan berterusan terhadap kepentingan pendidikan,akses yang saksama terhadap pendidikan berkualiti tinggi bagi pelbagai lapisan masyarakat serta penyediaan kurikulum yang relevan.

    GTA, YLTAT dan UniKL turut mengalu-alukan sokongan dan penyertaan daripada semua pihak termasuk pihak kementerian, agensi-agensi, pemain industri serta institusi berkaitan dalam usaha melaksanakan usaha murni ini.

      Adira nyanyi lagu tema filem Memoir Seorang Guru berjudul Kasih

      Kredibiliti dimiliki penyanyi Adira Suhaimi dalam industri muzik tanahair tiada siapa boleh pertikai. Dia berjaya mencorak kanvas seni tersendiri dengan bakat yang dimiliki. Malah, aura bintang itu sudah terpancar sejak di awal kemunculan kerjaya beliau.

      Selepas lebih sedekad dalam industri muzik, Adira sudah merakamkan lebih 10 lagu runut bunyi hingga diberikan jolokan ‘Ratu Soundtrack’.

      Terbaharu, Adira sekali lagi berpeluang merakamkan lagu runut  bunyi bagi filem ‘Memoir Seorang Guru’ yang diterbitkan oleh Nova Music hasil ciptaan Ayden Ali, Adeef Den, Iqie Hugh serta lirik oleh Datuk Arisz Abd Rahman.Adira berkata, dia bernasib baik dapat bekerjasama dengan barisan komposer hebat itu selain bangga diberi penghormatan sekali lagi untuk menyanyikan lagu runut bunyi buat filem terbaharu.

      “Sebagai penyanyi, saya okey saja menyanyikan sebarang lagu asal sesuai melodi dan liriknya dengan suara saya.Ia sebuah karya yang menggamit kenangan buat bekas pelajar yang pernah berguru dengan guru-guru yang garang dan tegas.”

      “Kepercayaan diberi oleh komposer dan penulis lirik kepada saya untuk merakamkan sesebuah lagu tidak akan saya ambil mudah. Oleh itu, saya akan pastikan beri komitmen penuh pada tanggungjawab yang diberi.

      “Saya hanya mampu mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala peluang yang diberi. Bagi saya, menjadi tanggungjawab saya untuk melakukan yang terbaik dalam kerja rakaman sesebuah lagu,” katanya.

      Tidak kisah dengan jolokan ‘Ratu Soundtrack’, naib juara program realiti, Akademi Fantasia musim kelapan itu hanya mahu kekal relevan dalam era muzik semasa.

      Adira menyifatkan dirinya bertuah apabila lagu runut bunyi yang dirakamkan kerap diputarkan baik di panggung wayang, kaca televisyen atau radio. Ini sekali gus, dapat mempopularkan lagu yang dinyanyikan.

      “Ia umpama promosi secara percuma apabila lagu yang dirakam dijadikan runut bunyi sesebuah filem atau drama rantaian. Jika mahu mengeluarkan bajet untuk mempromosikan lagu di kaca televisyen memerlukan kos yang tinggi. Jadi bila sesebuah lagu kerap dimainkan di dalam filem atau drama rantaian mudah bagi lagu itu melekat di jiwa penonton,” katanya.

      Filem ‘Memoir Seorang Guru’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mei ini.

      Filem adaptasi novel Azizi Hj Abdullah ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor sebagai teraju utama serta pelakon Ellie Suriaty, Zul Huzaimy, Nabila Huda, Johan Asa’ri, Trisha Ooi dan ramai lagi.

      Filem arahan Kyoll Hamzah ini diterbitkan Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd (KAHSB) dengan kerjasama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

      23 Selebriti Popular Hadiri Program Viu Together Gather

      Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, telah menganjurkan program Viu Together Gather dan menjadi satu-satunya platform penstriman yang berjaya menganjurkan program dengan kehadiran 23 selebriti popular tanah air bersama lebih 100 usahawan terkemuka di Kelantan baru-baru ini. Program ini merupakan anjuran bersama Viu Malaysia dan agensi, Rich Colors Advertising Sdn Bhd.

      Program ini merupakan usaha Viu Malaysia dalam memperkenalkan jenama Viu dan rangkaian kandungan program tempatan dan antarabangsa terbaik yang tersedia di Viu di Pantai Timur. Dengan perubahan landskap pengiklanan di mana banyak jenama telah beralih ke platform digital dalam aspek promosi dan pemasaran, program ini juga sekaligus membuka peluang terutamanya kepada usahawan tempatan yang ingin berkolaborasi dan mengembangkan perniagaan mereka bersama Viu Malaysia.

      Antara usahawan yang hadir malam tersebut adalah Venus Rose, Elegant Cosmetics, Ufora, BCF by Chefiza, Afini Beauty , Dalya Beauty, Demica, Maaez, Annems Leadership Solutions dan ramai lagi.

      Pada masa yang sama, Viu Malaysia juga turut memperkenalkan barisan selebriti yang terlibat dalam drama yang ditayangkan di Viu. Antaranya ialah pelakon utama bagi drama bersiri Viu Original iatu Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Shahkimin (W: Two Worlds), Syafiq Kyle, Datin Seri Paduka Umie Aida, Syafi Tee dan penerbit Eirma Fatima (Terlanjur Cinta), Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don (From Saga With Love 2), Azira Shafinaz dan Aqasha (Nafsu), Nadiya Nisaa dan Sara Mack Lubis (The Secret) serta Mira Filzah dan Tracie Sinidol (Gadis Masa).

      Turut hadir adalah penerbit dari Global Station, Alia Ramly serta para pelakon drama bersiri di Viu iaitu Alya Iman (Anggun Mikayla), Nabila Razali (Bawah Payung Awan), serta Hannah Delisha dan Redza Rosli (Di Hatiku Ada Kamu). Malam itu turut diserikan dengan persembahan dari kumpulan DeFam dan Nabila Razali menerusi lagu raya viral mereka Alamak Raya Lagi dan Raya Mana? dan dihoskan oleh Ifa Raziah.

      Untuk maklumat lanjut, layari media sosial Viu Malaysia.

      MITCHELL CHEAH DAN NAQUIB AZLAN AKAN MEMIMPIN SERANGAN WING HIN MOTORSPORTS DALAM PUSINGAN 1 THAILAND SUPER SERIES

      Mantan pemandu kereta balap antarabangsa, Mitchell Cheah, dan pemenang perlumbaan Endurance Sepang 1000km, Naquib Azlan, akan berpasangan untuk memimpin kemasukan tunggal Wing Hin Motorsports dalam Kejuaraan Thailand Super Series dari 3 hingga 5 Mei di Litar Antarabangsa Chang. Mereka akan bersaing dengan menggunakan kereta Toyota Yaris dalam kelas Super Compact, dan ini akan menjadi musim pertama mereka berkompetisi di kejuaraan luar negara. Kelas Super Compact akan melibatkan dua perlumbaan selama 1 jam + 1 pusingan yang diadakan pada hari Sabtu (4 Mei) dan Ahad (5 Mei).

      Sebanyak 22 kereta telah mendaftar untuk bersaing dalam kelas ini, termasuk model-model seperti Toyota Altis dan Yaris; Honda CRZ, City, dan Jazz GK; serta Ford Fiesta. Berbekalkan kejayaan yang pasukan ini nikmati di Thailand pada tahun 2023, Wing Hin Motorsports telah berkomitmen untuk bersaing di luar negara, termasuk di Malaysia tahun ini. Pada musim debutnya di Thailand musim lalu, Wing Hin Motorsports meraih kemenangan kelas dalam perlumbaan 10 jam Idemitsu Super Endurance 600 Southeast Asia Trophy, dengan berjaya membawa ketiga-tiga kemasukannya ke garisan penamat, sementara dua kemasukan lain menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 dan ke-7 dalam kelas.

      “Pertandingan di Thailand telah terbukti menjadi medan ujian yang sangat kompetitif bagi pasukan kami, dengan campuran pelumba Thai dan antarabangsa serta kereta-kereta yang sangat bertenaga. Kami tidak mengharapkan Kejuaraan Thailand Super Series akan kurang kompetitif dan mencabar mengingat reputasinya yang dikenali dengan perlumbaan yang ketat dan sengit serta kereta-kereta yang dibina dengan cekap,” kata Pengarah Pasukan Wing Hin Motorsports, William Loh. Loh menambah bahawa Wing Hin Motorsports juga sedang membuat persiapan untuk menghantar pelumba Malaysia berkompetisi dalam kelas Thailand Supercar GT4 apabila Pusingan 2 TSS berlangsung di Litar Jalan Bangsaen pada 3 hingga 7 Julai.

      “Penyertaan dalam perlumbaan di Thailand merupakan langkah asas untuk meningkatkan daya saing dan kecekapan teknikal pasukan secara keseluruhan dalam persiapan untuk acara tempatan, iaitu Kejuaraan Malaysia Series (MCS) dan perlumbaan utama seperti Perlumbaan Endurance Sepang 1000KM. Sebenarnya, Wing Hin Motorsports juga akan menghantar sebuah Toyota Yaris kedua yang akan dikendalikan oleh Nabil Azlan dan Amer Harris dalam pusingan pembukaan Kejuaraan Malaysia Series (MCS) pada hujung minggu yang sama ketika kami bersaing di Thailand.”

      Bagi Naquib, tanggungjawab memandu dalam keempat-empat pusingan Kejuaraan Thailand Super Series adalah sesuatu yang pasti dia nikmati dan berniat untuk memanfaatkannya sebaik mungkin. “Saya sangat bersemangat untuk berpasangan dengan Mitchell lagi. Kali pertama kami berlumba bersama adalah semasa perlumbaan ketahanan 10 Jam tahun lepas dan kami menunjukkan potensi yang hebat. Kami berharap untuk membawa momentum ini ke TSS tahun ini,” kata Naquib yang berusia 24 tahun.

      “Sasaran saya sentiasa untuk menang. Saya tahu pasukan telah bekerja keras untuk memberikan kami kereta yang memberi peluang kepada kami untuk menang. Saya yakin pasukan di TSS akan kuat, tetapi saya mempunyai keyakinan pada pasukan kami dan kami boleh memberi saingan kepada mereka. Perlumbaan di peringkat antarabangsa adalah pengalaman yang sangat berbeza dan pendedahan tahun lalu telah membantu saya untuk beradaptasi lebih cepat bukan sahaja dengan trek yang berbeza, tetapi juga dengan pelbagai gaya lawan saya. Pendedahan ini pasti sangat penting dan memberi saya platform kukuh untuk mempercepatkan perkembangan saya sebagai pelumba.”

      Cheah, yang berusia 26 tahun, juga berasa seronok untuk mengambil langkah seterusnya dalam kerjayanya dalam sukan permotoran dengan kejuaraan baru dan pasukan baru. “Wing Hin Motorsports telah memberi sambutan yang baik sejak saya menyertai pasukan pada bulan Disember yang lalu dan segera, saya berjaya menduduki tempat ke-4 dalam perlumbaan 10 jam pada kali pertama pasukan berlumba dalam acara tersebut. Harapan saya pasti untuk memenangi kejuaraan Super Compact bersama Naquib. Menang sentiasa menjadi matlamat saya dalam mana-mana kejuaraan yang saya sertai.”

      Kejuaraan Thailand Super Series (TSS) akan menjadi saingan yang sengit, kerana saya tahu terdapat beberapa pelumba yang baik juga mengambil bahagian dalam kategori ini, jadi mari kita lihat bagaimana segalanya berjalan… Saya pasti akan berusaha sebaik mungkin dalam setiap perlumbaan.

      “Pendedahan di TSS adalah besar dari apa yang saya lihat dan alami kerana komuniti permotoran di Thailand lebih besar. Saya pasti berharap untuk cemerlang di sana dan mungkin mempunyai lebih banyak peluang untuk memperkembangkan kerjaya permotoran saya pada masa depan.”

      Perlumbaan Kejuaraan Thailand Super Series (Super Compact) bermula pada jam 8.15 pagi (9.15 pagi waktu Malaysia) pada 4 Mei, dan pada jam 10.55 pagi (11.55 pagi waktu Malaysia) pada 5 Mei. Untuk menonton aksi perlumbaan, saksikan siaran langsung di: www.thailandsuperseries.net 

      Rumah Terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia 2024 Bersama Samsung

      Lagu raya sudah menjadi elemen penting dan tidak dapat dipisahkan setiap kali tiba musim Syawal. Seiring dengan peredaran dan evolusi muzik semasa, lagu-lagu raya yang dihasilkan kini turut memenuhi citarasa dan selera peminat muzik kontemporari masa kini.

      Tidak ketinggalan, Universal Music Malaysia melancarkan empat lagu raya terbaharu yang benar-benar memukau. Antara lagu itu adalah daripada kumpulan SEARCH dengan lagu indah berjudul Sujud Aidilfitri, DeFam yang mempersembahkan Alamak Raya Lagi, sebuah lagu yang ceria, Ernie Zakri dengan lagu HAHAHAHari Raya yang mengundang gelak tawa, serta The Gadys yang membawa kita ke suasana Cuti Raya yang penuh kegembiraan.

      Menariknya juga, lagu Alamak Raya Lagi dan HAHAHAHari Raya menjadi antara lagu raya 2024 yang paling tular selain muzik video mencecah jutaan tontonan di laman YouTube. Alamak Raya Lagi berjaya meraih 20 juta tontonan sepanjang sebulan ditayangkan dan HAHAHAHari Raya sebanyak 1.4 juta dalam tempoh tiga minggu.

      Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, lagu raya ini bukan sahaja mempunyai lirik jenaka dan melodi yang memikat, malah ia menunjukkan betapa rakyat Malaysia menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan dan semangat.

      “Video muzik yang kreatif dan menarik turut menyumbang kepada kejayaan lagu-lagu ini. Ia menggambarkan keunikan budaya dan tradisi kita yang dirai dengan penuh kehangatan dan keakraban. “Tidak hairanlah lagu-lagu sebegini mampu mencuri tumpuan ramai dan menjadi sebutan seluruh negara. Sememangnya satu pencapaian yang mengagumkan dan menjadikan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih meriah dan bermakna,” katanya.

      Selain itu, Universal Music Malaysia turut melancarkan Lagu Raya Raya Raya yang juga kolaborasi bersama Samsung yang dinyanyikan oleh Insomniacks dan DOLLA.

      Dalam pada itu, bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan Syawal, Universal Music berbesar hati menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia 2024 Bersama Samsung yang diadakan di Hotel Le Meridien Petaling Jaya.

      Pada majlis itu, barisan artis Universal Music Malaysia tidak ketinggalan menghiburkan tetamu yang hadir dengan dendangan lagu raya popular mereka. Antara yang terbabit ialah Achik Asrain dan Nadia Rosli menerusi lagu Suasana Hari Raya; Fahimi (Angau Raya); The Gadys (Cuti Raya); Search (Sujud Aidilfitri); Joe Flizzow & Gard (Berlian); Bella Astillah (Meriah Suasana Hari Raya); Ernie Zakri (HAHAHAHari Raya); Insomniacks dan DOLLA (Raya Raya Raya).

      Sementara itu, Universal Music Malaysia juga mengumumkan rakan kerjasama mereka dengan jenama elektronik dan telefon pintar yang terkenal dunia iaitu Samsung. Kolaborasi menakjubkan ini menjanjikan pengalaman yang memukau kepada peminat muzik dan teknologi di seluruh dunia.

      Inilah Cara Menjadi Hebat dengan Siri Galaxy A

      Samsung Galaxy A55 dan Galaxy A35 5G hadir dengan ciri-ciri terbaik seperti Samsung Knox Vault dan teknologi kamera yang luar biasa dari rangkaian Galaxy flagship. Dengan reka bentuk yang ramping dan warna yang trendi, mereka adalah teman yang sempurna untuk semua pengembaraan harian anda sambil meningkatkan permainan anda!

      Tenaga Watak Utama: Tangkap diri hebat anda

      Bagi raja dan ratu selfie, tingkatkan pengambilan gambar anda dengan kamera Selfie Galaxy A55 5G yang membolehkan anda mengambil swafoto berkualiti tinggi dengan pilihan nada hangat atau semulajadi. Mod Potret membantu anda menajamkan fokus pada wajah dengan kesan latar belakang yang tepat, untuk swafoto yang menakjubkan sama ada bersendirian atau bersama kumpulan!

      Zoom keluar untuk melihat butiran kecil dan warna dinamik momen besar dengan kamera Wide-angle berkeupayaan tinggi 50MP Galaxy A Series, yang mempunyai sehingga 68 juta warna dinamik untuk menghidupkan gambar anda.

      Malam-malam bersama rakan terbaik? Gunakan Nightography yang hebat, dikuasakan oleh pemprosesan Imej AI canggih Galaxy A55. Teknologi terkini ini bekerja tanpa henti di belakang tabir untuk meningkatkan gambar dalam cahaya rendah, mengurangkan bunyi, menajamkan butiran, dan mengoptimumkan warna untuk membuatnya kelihatan lebih jelas dan tepat daripada sebelumnya. Katakan selamat tinggal kepada gambar yang berbutir dan kurang terang, dan sambutlah tangkapan malam yang menakjubkan yang menandingi gambar profesional.

      Wujudkan Aura Terlindung: Kekal hebat sepanjang hari

      Galaxy A55 dan Galaxy A35 5G melindungi anda sepanjang hari dengan hanya getaran positif. Benar-benar wujudkan aura terlindung dengan peranti Galaxy ini yang dilengkapi dengan sehingga empat generasi peningkatan OS Android dan One UI serta lima tahun kemas kini keselamatan – supaya mereka kekal selamat dan terkini dengan ciri-ciri terbaru lebih lama.

      Peranti ini juga dilengkapi dengan Samsung Knox Vault, direka untuk melindungi maklumat sensitif anda, seperti PIN, kata laluan, dan corak.Dengan Samsung Knox Vault, data terenkripsi anda dipindahkan dengan selamat ke kawasan penyimpanan yang berasingan, sepenuhnya terasing daripada sistem operasi utama. Pemisahan data ini memastikan bahawa walaupun dalam kejadian serangan perisian atau perkakasan, maklumat sensitif anda tetap terlindung dan tidak dapat diakses oleh pengguna yang tidak dibenarkan. Dengan mewujudkan tempat perlindungan yang selamat untuk data anda, Samsung Knox Vault menyediakan lapisan pertahanan tambahan terhadap ancaman yang mungkin, memberikan ketenangan fikiran bahawa maklumat peribadi anda selamat dan terjaga. 

      Imbuhan Tanpa Cacat: Nampak dan Rasa Hebat

      Galaxy A55 dan Galaxy A35 5G dibina dengan berbeza menggunakan Corning® Gorilla® Glass Victus®+, menjadikannya tahan calar dan tahan lama untuk perjalanan jangka panjang, supaya ia dapat bertahan dalam cabaran kehidupan seharian bersama anda. Tambahan pula – kedua-dua peranti ini tahan debu dan air dengan penarafan IP67!

      Peranti Galaxy A series ini bukan sahaja praktikal, malah bergaya. Pilih warna hebat anda hari ini – Awesome Lilac, Awesome Iceblue, dan Awesome Navy – dan buat setiap gaya anda membara!

      Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

      Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal, semalam.

      Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada DOLLA.

      “Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya DOLLA dari awal sehingga kini.

      “Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada DOLLA mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

      “Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama DOLLA,” katanya.

      Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang beredar.

      “Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

      “Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada DOLLA,” katanya.

      INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

      Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati mengumumkan XFans Road Tour, yang merentasi Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini adalah bukti komitmen Infinix untuk menghargai dan berinteraksi dengan komuniti setia XFans, seiring dengan pelancaran terkini Siri NOTE 40. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai XFans Road Tour yang akan berlangsung pada 27 April 2024, di Lazy Monday Cafe, Johor Bahru untuk kawasan Selatan, dan pada 1 Jun 2024, di LalaLand Cafe Ipoh, untuk kawasan Utara dari jam 9:30 pagi hingga 6:30 petang.

      “Kami sangat bersemangat untuk menganjurkan Infinix Road Tour khas untuk komuniti Xfans yang kami kasihi. Inisiatif ini melambangkan lebih daripada sekadar perhimpunan, ia adalah perayaan semangat dan dedikasi Xfans. Bersama-sama dalam perjalanan ini, kami mengukuhkan semula komitmen kami untuk memupuk komuniti esports di Malaysia,” kata Abia Wang, Pengarah Wilayah Infinix.

      XFans Road Tour menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk peserta di seluruh Malaysia, dengan pelbagai aktiviti dan ganjaran. Dari terlibat dalam pelbagai aktivasi gerai seperti Mystery Box dan Illusion Box hingga memenangi barangan eksklusif Infinix. Tambahan pula, dengan lebih daripada 400 hadiah dan hadiah bernilai sehingga RM20,000 untuk dimenangi, termasuk telefon pintar seperti Infinix SMART 8 Pro, HOT 20, dan Earfon Tanpa Wayar XE 22 terkini.

      Selain itu, peserta boleh menerokai dunia teknologi canggih di Zon Pengalaman, dengan demonstrasi praktikal Siri NOTE 40, yang menunjukkan komitmen Infinix terhadap inovasi. Acara ini juga akan memupuk rasa komuniti melalui aktiviti seperti Homebois MPL Watch Party dan rakaman sulit eksklusif untuk siri Infinix yang akan dilancarkan tidak lama lagi, hanya untuk penyokong setia Infinix.

      Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) memanggil para peminat permainan video, di mana 16 pasukan akan dipilih untuk setiap lokasi untuk bersaing demi kemuliaan di setiap tempat, dengan hadiah wang tunai yang besar sebanyak RM1,200 dan pingat menanti juara berserta cenderahati seperti beg tote, tali leher, stiker, dan banyak lagi untuk semua pasukan yang mengambil bahagian. Permohonan kini dibuka, untuk mendaftarkan pasukan anda, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan untuk berpeluang menjadi sebahagian daripada pertandingan yang mendebarkan ini:

      1. Follow Infinix Malaysia di Facebook.
      2. Like, kongsi, dan komen “Game on! [masukkan lokasi anda]” dan tag rakan pasukan anda pada pos perekrutan.
      3. Isi Borang Google untuk melengkapkan pendaftaran.
      4. Pasukan yang terpilih akan dihubungi secara peribadi. Teruskan mengikuti perkembangan terkini dari Infinix di laman web rasmi Infinix, laman Facebook, laman Instagram, dan saluran TikTok.

      Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

      “𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular <NIGHT DANCER MV> ini yang menjadi viral di seluruh dunia dan telah menerima lebih daripada ratusan juta tontonan di Youtube! imase, artis di sebalik hit viral ini akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia!

      imase 1st Asia tour “Shiki” in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Gorgeous Entertainment dan ACO Media akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Jun 2024 (Khamis), bermula jam 8:30 malam.

      imase, artis Jepun yang mula belajar gitar dan komposisi muzik secara sendiri pada usia 20 tahun. Beliau mendapat populariti melalui video pendek di TikTok, terutamanya lagunya <Have a Nice Day>, yang telah mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di TikTok dan 7.5 juta tontonan di YouTube!

      Kebanyakan lagu imase tidak bergantung pada bahasa, tetapi melodi dan lirik yang mudah diingat selepas mendengarnya hanya sekali. Lagunya bukan sahaja menawan hati orang Jepun tetapi juga kepada orang di seluruh dunia yang tidak memahami bahasa Jepun kerana melodi dan susunan membuat irama dan kejelasan muzik yang menyegarkan untuk semua orang.

      Peminat di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan imase! Peminat yang membeli tiket PREMIUM VIP akan menikmati kemasukan awal dan berpeluang untuk memenangi sesi foto dengan imase atau menerima poster tandatangan eksklusif oleh imase!

      Tiket konsert akan mula dijual dari 25 April 2024 (Khamis), dari jam 11 pagi melalui https://www.ticket2u.com.my/.

      Harga Tiket Konsert:

      PREMIUM VIP RM 588 | VIP RM 488 | CAT 1 RM 378 |CAT 2 RM 338 | VIP BOX (maksimum 8 orang) RM 4,500 (tidak termasuk yuran pemprosesan)

      Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila melayari Facebook, Instagram dan Twitter Gorgeous Entertainment & ACO Media.

      imase 1st Asia Tour “Shiki” in Kuala Lumpur

      Tarikh: 20 Jun 2024 (Khamis)

      Masa: 8:30 malam

      Tempat: Zepp Kuala Lumpur

      #imase #imase_Shiki #imaseinkl #GorgeousEntertainment #ACOMedia

      Moira Teruja Pilih Malaysia Sebagai Lokasi Pertama MOIRA WORLD TOUR 2024

      18 April, Moxy RooDop Bar Putrajaya telah berlangsungnya sebuah sidang media penyanyi Filipina, Moira Dela Torre yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media anjuran Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment. 

      Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre, arFs terkenal Filipina kini berada di Malaysia untuk sebuah sesi jelajah yang pertama dan memilih Malaysia sebagai lokasi yang pertama. ArFs wanita berdarah seni yang canFk jelita ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklan (jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa. 

      Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines, Moira telah melancarkan EP yang pertama dan kini telah memenangi pelbagai anugerah sehingga kini. “Most Streamed Filipina ArFst” Selama Tujuh tahun berturut-turut dan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Moira. 

      Setelah menempa nama di Filipina, kini nama Moira telah meniF di bibir peminat antarabangsa menerusi lagu-lagunya yang dicipta sendiri selama lebih dari 10 tahun. Berjuta perhaFan dari peminat antarabangsa, kini lagu-lagu Moira telah mencecah lebih 1 Billion stream di aplikasi penstriman muzik SpoFfy. 

      10 lokasi telah dipilih untuk Moira World Tour 2024 dan memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya, dia berpendapat yang bahasa  Melayu dan Tagalog Fdak banyak beza dan suka dengan budaya yang ada di Malaysia. 

      Idola dan pujaan haF Filipina ini akan mengadakan konsert yang pertamanya bertempat di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, pada jam 8 malam. Lebih kurang 20 buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat baik dari Filipina dan juga serata Asia. 

      Tiket mula dijual pada awal bulan Januari 2024 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan hanya dijual dengan dua harga sahaja. RM 333 dan juga VIP RM555.

      Berikut merupakan senarai jelajah ke desFnasi seterusnya bagi MOIRA WORLD TOUR 2024.

      MALAYSIA 

      April 20 – Kuala Lumpur 

      USA 

      May 18 – San Fransisco, California 

      May 19 – Los Angeles, California 

      May 24 – Washington State 

      May 25 – Pala, California 

      Jun 01 – Stafford, Texas 

      CANADA 

      Jun 07 – Red Deer, Alberta 

      Jun 09 – Ontario, Toronto 

      Jun 15 – Saskatchewan 

      Jun 22 – Montreal, Quebec 

      Terima kasih kepada penaja yang turut terlibat. Rakan Radio Rasmi; Hitz, Rakan Tiket Rasmi ; Livepass, Rakan E-Hailing Utama ; Air Asia Ride dan konsert ini dipromosikan oleh Banyak Bagus Entertainment. Lokasi sidang media telah diadakan khas di Moxy Sky Bar, Moxy Hotel Putrajaya. 

      Rujuk laman Instagram : @moxyputrajayahotel @moxyskybarputrajaya

      HARTA Teroka Rangkaian Persepsi Melalui Pameran ‘Interwoven Realities’

      Sejak dilancarkan pada Ogos 2023, HARTA, merujuk kepada HABIB: Action for the Revival of Traditions and Arts, terus komited untuk memperjuangkan pemeliharaan, pendidikan dan dialog terbuka mengenai warisan dan budaya Malaysia. Dari pameran berkala di galeri seni sehingga muzium barangan kemas warisan yang memukau, HARTA sering menganjurkan acara, sesi perkongsian (percuma untuk orang ramai), dan bengkel yang mengetengahkan tradisi-tradisi Malaysia, dengan kerjasama berterusan bersama sekolah-sekolah, universiti, dan institusi-institusi budaya untuk meningkatkan ilmu dan kesedaran di kalangan masyarakat.

      Dalam pameran terbarunya, HARTA mempersembahkan Interwoven Realities, sebuah pameran kumpulan yang menampilkan 32 pelukis berbakat, masing-masing membawa perspektif unik yang mendasari kewujudan dalam seni yang kompleks. Pameran tersebut, bermula dari 18 April sehingga 11 Mei 2024 di HARTA, merupakan sebuah pameran yang mempersonakan dengan ungkapan seni yang mengkaji persimpangan realiti yang berbeza dan jaringan sempadannya.

      Menghiasi dinding-dinding HARTA, Interwoven Realities menjemput pengunjung untuk meneroka pelbagai rupa dan gaya dunia yang dibentuk dan dihubungkan melalui lensa artistik. Selami karya seni dalam beraneka stail dan medium yang mencerminkan sifat kepelbagaian realiti yang dikongsi bersama sambil pengunjung melepasi batasan persepsi konvensional.

      Interwoven Realities disusun atur oleh perunding seni, Sarah Abu Bakar, dengan gabungan 32 artis termasuk nama-nama terkenal seperti Anniketyni Madian, Nor Tijan Firdaus, Fazrin Abdul Rahman, Nini Marini, Agnes Lau, Alicia Lau, Cheong Tuck Wai, Anas Afandi, Cheong See Min, Ang Xia Yi dan Kimberly Boudville.

      “Sejak dari awal, HARTA terus teguh dalam komitmennya sebagai platform yang meraikan warisan dan kesenian Malaysia, jadi kami sangat teruja untuk mempersembahkan Interwoven Realities, pameran terbesar kami setakat ini,” ujar Mirsham Meer, Pengarah HARTA. “Kami berharap pengunjung akan menyelami diri mereka dalam karya-karya yang menakjubkan ini bersama 32 bakat luar biasa dan memperoleh pandangan baru melalui pameran ini,” tambah Mirsham.

      Interwoven Realities menceritakan tenunan yang kompleks dalam kewujudan melalui 7 naratif bertema yang diolah sendiri oleh setiap artis:

      • Abstrak: Di mana sebuah bentuk melarut jadi intipati
      • Seni Digital: Penumpuan teknologi dan kreativiti
      • Figuratif: Kedalaman pengalaman manusia
      • Garis Geometri: Keharmonian tradisi, materialiti, dan intropeksi
      • Seni arca: Menzahirkan visi artistik dalam 3D
      • Seni Berdasarkan Teks: Gabungan semantik dan grafik
      • Tekstil, Serat dan Seni Alternatif: Penyusunan ekspresi emotif

      Sehingga kini, HARTA telah menampilkan beberapa pameran seperti “OPEN HOUSE“, persembahan sulungnya yang menyelami sifat pelbagai segi tempat domestik; “There Will Be Dragons in My Future Dreams”, sebuah pameran oleh seniman digital, Chong Yan Chuah, yang mengubah ruang HARTA untuk menjadi pameran imersif melalui video, muzik, dan aroma. Yang terbaru, HARTA mempamerkan “Perjalanan 10 Tahun dalam Seni Kaligrafi Islam” oleh Seniman Kaligrafi Islam, Husin Hourmain.

      Waktu Pembukaan:

      Muzium, Galeri Seni dan Kafe HARTA

      10 pagi – 5 petang (Selasa – Ahad)

      HONOR Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

      HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti tersebut adalah tablet HONOR Pad 9 5G, komputer riba HONOR MagicBook X 16 dan telefon pintar HONOR X7b 5G. Ini termasuk jam tangan pintar kesihatan dan kecergasan serba baharu HONOR Band 9.

      HONOR Pad 9 5G – Peranti Terbaik Untuk Kerja dan Berhibur

      Susulan pelancaran HONOR Pad 9 versi WiFi pada bulan lalu, HONOR bakal membawa edisi 5G ke kedai seluruh negara dalam masa terdekat. Tablet ini sesuai untuk kerja dan hibur kerana hadir dengan RAM 16GB dan storan 256GB. Ia didatangi bersama pensil pintar HONOR Choice Pencil dan Papan Kekunci Bluetooth Pintar, menjadikan tablet ini hampir seperti komputer riba. HONOR Pad 9 menawarkan pengalaman menaip yang selesa, sudut pandang yang lebar dan keterhubungan lancar untuk produktiviti maksima.

      Selain itu, HONOR Pad 9 menampilkan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan 88%. Pengguna juga boleh menikmati visual mengasyikkan tanpa bimbang ketegangan mata kerana tablet ini dilengkapi ciri penjagaan mata Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Ciri menarik lain pada HONOR Pad 9 termasuk didatangi dengan lapan pembesar suara dan bunyi sekeliling 360° menerusi teknologi penalaan bunyi HONOR Histen.

      HONOR X7b Varian 5G

      HONOR X7b yang dilancarkan pada Disember lalu kini didatangi dalam varian 5G untuk keterhubungan dan prestasi pantas. Menariknya, HONOR X7b peranti 5G dengan storan terbesar dan berbaloi di dalam kelasnya. Telefon pintar ini menawarkan bateri besar 6,000mAh, Pembesar Suara Dwi Stereo serta Kamera Utama 108MP. HONOR X7b menonjol sebagai telefon pintar serba boleh dalam Siri X.

      HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band 9

      HONOR MagicBook X 16 mempunyai ciri terkini bagi mereka yang mencari kelainan dalam komputer riba. Manakala HONOR Band 9 jam tangan pintar serba boleh yang menyediakan ciri-ciri memantau tahap kesihatan dan kecergasan.

      Nantikan maklumat penuh dan harga empat peranti tersebut yang akan dimumkan pada 22 April ini. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan kunjungi laman web HONOR di www.honor.com/my/